Home Novel Cinta SeJiWa (BAYANGAN GURAUAN SEQUEL)
SeJiWa (BAYANGAN GURAUAN SEQUEL)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
16,183
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10


Hye...

#HarrysIrish menjengah sekejap...

Rindu pada BGrians...

Much love...

#newchapter


**********


"SO... where we are going now?"

Suara Tengku Safra memecah sunyi antara mereka. Dalam bayu pantai Brighton, mereka berjalan pulang ke hotel usai nikmati makan malam.

"Nak ke mana? Tak ada ke mananya, Safra. Balik hotel aje terus. Mama dah letih sangat ni sehari-suntuk berjalan. Esok aje kita sambung."

"Mom's right. Akak, Abang John dengan budak-budak pun dah penat ni. Tilam dengan bantal kat hotel tu dah memanggil-manggil dah suruh letak kepala."

"Me too. So tiredLet's continue tomorrow. Kalau Safra nak, Safra jalan sorang-sorang."

"Isk! Abang ni, kan!" Tengku Safra tumbuk geram lengan Tengku Syaffi.

"What? Betullah abang cakap, kan? Semua orang dah mengantuk. You sorang aje yang tak reti penat!"

"Okay. Fine!"

"Dah, dah. Tak payah nak bergaduh. Listen here. Tonight all of us just get a rest, okay. Any activity will only starts tomorrow. Everyone get it?" saran Tengku Yasmin.

"Yes, ma!"

"Good. Harrys, Irish. Kamu berdua pun sama. Malam ni rehat aje kat bilik. Simpan tenaga untuk esok."

"It's okay. Mak long dengan yang lain-lain masuk dulu."

"Laa...," langkah Tengku Yasmin mati. "... kenapa pulak?"

"Harrys nak bawa Irish ambil angin sekejap."

"Sejuk-sejuk macam ni?"

"Alah, ma. Tak apalah. Kasi chance pengantin baru tu nak dating berdua. Honeymoon dia orang kan tak habis lagi. Tahulah si Harrys nak jaga Irish tu macam mana," sampuk tengku Saffa, buat yang lain ketawa.

"Hmm, yelah. Tapi jangan lama-lama, Rys. Demam si Irish tu nanti. Kita jumpa esok."

Tengku Yasmin kembali atur langkah pulang ke hotel dengan yang lain. Tinggal Tengku Harrys berdua bersama Irish.

"Come."

"Ke mana?"

Tengku Harrys tak jawab. Kaki mula dihayun menuju persisir pantai.

Irish cuma turut. Tak berani bertanya lanjut. Sejak insiden beberapa malam lalu, lelaki itu banyak berdiam dan menjauh.

Sampai tebing pantai Brington, Tengku Harrys matikan langkah. Kedua tangan lansung seluk saku seluar. Pandangan dilayang ke dasar laut yang gelap ditelan dek pekat malam.

Lima minit berlalu, lelaki itu terus leka tatap laut. Irish di belakang lansung tak dihirau.

Dan Irish... dia tak punya pilihan. Hanya tunggu, perhati, dan lihat. Tak tahu apa yang Tengku Harrys menungkan. Tapi dia perasan, lelaki itu memang suka laut. Setiap kali terjumpa atau ternampak, pasti akan disinggah. Sekejap pun jadilah.

"You know what. Kita dengan pantai macam dah ditakdirkan."

Akhirnya... suara Tengku Harrys kedengaran.

"Kita?"

"Kali pertama kita berbual, waktu kat Danga Bay, JB. Kali kedua kita bercakap, waktu saya cari awak kat Batu Feringghi. Kita leraikan segala rahsia di Pantai Jeju. Sepanjang tour di UK pun, pantai pasti jadi destinasi yang dituju. Even sekarang pun, kita ada depan pantai."

"Takdir kita atau dengan awak seorang?"

Tengku Harrys tersenyum halus. "Maybe."

"Pantai ingatkan awak pada someone?"

"Always."

"Siapa?"

"You."

Tepat mata Irish pandang Tengku Harrys.

"Tiap kali teringatkan awak dulu, tempat ini jadi destinasi saya. Kala hati rindukan bayangan awak setiap waktu, pantai ini meleraikan tiap kerinduan saya. Awak dan pantai tak ada beza. Macam mana desir ombak dan bayu laut beri ketenangan pada jiwa saya, macam tu juga kehadiran awak membawa seribu makna dalam kehidupan saya."

"Jadi betullah... awak selalu ke sini?"

Tengku Harrys angguk perlahan.

"Duduk sini, petik gitar, sambil pandang laut. Seolah-olah wajah awak ada kat tengah-tengah laut tu. Bukan kat sini aje, kat pantai mana-mana pun. Selagi ianya pantai, it reminds me of you."

Irish tertunduk. Butiran pasir hujung kaki ditenung.

Satu lagi pengakuan mengejut dia terima malam ini. Jadi tak silaplah telahan Tengku Safra. Ada 'sesuatu' yang membawa abang sepupunya sering datang ke sini. Dan 'sesuatu' itu adalah dirinya.

'Patutlah Tengku Harrys tak betah setiap kali terpandangkan pantai...' detik hati kecilnya.

"Irish. Do you really happy with me?"

Mata Irish terus merenung pasir.

"Awak bahagia dengan saya?"

Kepala wanita itu cuba cari jawapan untuk diberi.

"Atau awak menyesal kah...,"

"Awak pemberian sempurna yang Dia kirimkan. Nikmat mana lagi yang harus saya dustakan?"

Tengku Harrys ketap rahang. Balasan Irish buat jiwanya berantakkan. "Tapi hati awak belum dapat saya miliki."

"Awak dah milikinya. Sejak hari pertama saya dinikahi."

"Cinta awak belum dapat saya takluki."

"Awak dah dengar ungkapan tu waktu di Jeju tempoh hari."

"Sayang awak masih saya ternanti-nanti."

"Saya tengah mencuba. Beri saya ruang dan masa lagi."

"Sebab tu saya masih tak dapat miliki awak sepenuhnya. Sampai ke saat ini."

Irish pandang Tengku Harrys semula. Lama. Namun tak sikit pun lelaki itu balas pandangannya.

"Saya rasa awak yang menyesal kahwin dengan saya sekarang."

"Tak pernah terlintas."

"Mulut mungkin jawab macam tu. Tapi dalam fikiran awak saya tak tahu," ujar Irish seraya alihkan pandangan. Suaranya bergetar. Tubirnya mula hangat. Entah kenapa hatinya terasa begitu sayat.

Dalam kepayahan melawan emosi, Irish terasa tubuhnya tiba-tiba didakap perlahan dari belakang. Terkejut dia bukan kepalang.

"Harrys!"

"I'm sorry. I make you crying."

Irish sentuh tangan Tengku Harrys. Ingin lepaskan.

"Once dah dapat, jangan harap Harrys akan lepaskan..." bisik lelaki itu perlahan. Pelukan kian dieeratkan.

"Orang nampak...,"

"This is UK, not Malaysia. Nobody won't care whatever I did to you. Plus... I'm your husband."

"Harrys...,"

"That's the fact you couldn't change."

Irish ketap rahang. Hilang segala sedih menjengah. Sekarang lelaki ini mahu pujuk pula. Tanpa sekelumit rasa bersalah.

"I'm sorry." Sekali lagi Tengku Harrys bisik lembut di telinga Irish.

"Irish tak layak terima kata maaf tu."

"Don't say it. Harrys tahu, kata-kata Harrys buat Irish terluka. Dan Harrys tahu, sikap dingin Harrys buat Irish terasa."

Irish bungkam. Dalam diam hati mengiakan. Tapi dia sedar dirinya tak pantas nak kata demikian.

"Diam Harrys bukan bermakna Harrys tak endah. Dingin Harrys tak beerti Harrys menyesal. Cuma Harrys takut nak berada dekat. Takut hati dan diri Harrys tak kuat," ucap lelaki itu lagi dalam getaran. Namun cukup terkesan di pendengaran.

"Setiap lelaki inginkan rumahtangga yang bahagia. Perhatian, belaian, kasih sayang, manja dari seorang isteri. Tapi Harrys tahu bahagian Harrys masih belum waktunya lagi. Sebab masih ada luka-luka semalam dalam hati Irish yang perlu Harrys ubati."

"Harrys...,"

"Walau diberi emas dan permata sebagai ganti, senyuman Irish yang tetap Harrys ingini."

Mata Irish kembali berkaca.

"Andai Harrys punya kudrat dirikan mahligai, akan Harrys hadiahkan buat Irish satu hari nanti."

Dada Irish terasa sesak.

"Dalam berjuta bintang yang berkerlipan menyinari, Irish bagaikan kejora ditengah-tengahnya pasti."

Perlahan-lahan Irish tutup kelopak mata. Setitis air jernih jatuh mendarat di pipi.

"Takkan Harrys biarkan Irish tenggelam lagi, dalam ribuan mata yang ingin menikam selepas ini. Sebab Irish hanya milik Harrys. Sejak azali, dan sampai syurga nanti. Pegang semua kata-kata ni."

"Sejauh mana?"

"Laut dan pantai jadi saksi."

Tengku Harrys eratkan lagi pelukan.

Bersaksikan bumi Inggeris, satu demi satu isi hati terpendam dirungkai. Hatinya lega. Jiwanya tenteram. Terasa kasih pada Irish bersemi kian dalam.

"Kembalikan semula rusuk kiri Harrys yang dah hilang. Biarkan ia terpatri kembali. Meskipun beribu tahun membilang, Harrys akan setia menanti."

Desir suara itu berbisik lagi. Bersama harapan yang berbalam tinggi. 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.