Home Novel Cinta BUKAN SALAH CINTA
BUKAN SALAH CINTA
AURUM FUHAIRA
3/10/2018 11:37:46
7,351
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

“Nash, termenung apa tu petang-petangni? Ibu jalan bawa dulang ni pun, Nash tak sedar.” Pn. Marina menegur anakbujangnya yang sedang mengelamun di kerusi rehat taman mininya.

            “Taklah ibu.Nash bukan termenung tapi merenung.. hehehehe...” Nash membalas sambilmengambil dulang berisi pisang goreng dan teh panas dari tangan ibunya.

            “Dah tu, renung apa? Bakal menantu ibu ke?”

            “Mungkin.”Perlahan Nashriq menyebut seperti tidak mahu didengari ibunya.

            “Apa Nash? Mungkin? Ibu tak salah dengar ke ni?” Alamak! Tak cukup perlahan ke?

            “Eh, ibu salah dengar tu.. Nash kata pumpkin.Tiba-tiba teringin serawa labu.” Nashriq mengenyit mata ke arah ibunya.

            “Banyaklah pumpkin.. ibu belum pekakNash. Kalau betul, bagi alamat, hujung minggu ni juga ibu pinangkan.”

            “Kenapatak esok terus ibu? Hehehehe.... Tapi, betul ibu nak pergi pinangkan ni? Ok,hujung minggu ni ibu pergi satu tempat tolong pinangkan Zahra Arissa untukNash.”

            Tiba-tiba! terus saja Nashriqmelontarkan sesuatu yang diluar dugaan ibunya.

            “Sungguhni? Nash jangan main-main? Siapa Zahra Arissa tu? Ibu kenal tak?” sedikitteruja bercampur terkejut jadinya Puan Marina. Tidak jadi dia meneguk teh yangsudah dekat dibibirnya. Nashriq bukan begini. Selalunya, bila saja dibangkitkan soal nikah kahwin, pasti Nashriq akan pusing-pusing mengubah topik. Tapi hari ini lain. Memang Nashriq sering juga berseloroh tentang jodohnya, tapi tidakpernah sekalipun dia menyebut nama mana-mana gadis selepas Azreen.

                        Azreen, gadis yang pernah Nashriqsuarakan hasrat hatinya untuk diperisteri. Tapi, entah mengapa tiba-tiba sajasegalanya dibatalkan pada hari rombongan meminang sudah bersedia untuk bergerakke rumah pihak perempuan. Nashriq pernah disoal Pn. Marina asbab kejadian itu,tapi, dia hanya membalas sudah tiada jodoh. 

            Namunbegitu, Pn. Marina bersyukur Nashriq tidak berubah secara drastik selepas kejadian itu. Takut juga dia jika Nashriq jadi putus harap atau kemurungan seperti cerita-cerita yang pernah didengarinya mahupun dibaca dalam suratkhabar. Nashriq seperti biasa. Cuma tiada lagi nama wanita lain yang disebutnyadalam 3 tahun ini. Zahra Arissa yang pertama!

            “Satu-satu ibu. Bertenang. Zahra Arissa kawan sekolah Nash dulu. Nash baru jumpadia 3 minggu lepas. Kalau ibu nak Nash kahwin, ibu pinang dia.” Selamba sajaNash menjawab. Berkerut dahi ibunya mendengar kata-katanya.

            “Serius ke main-main ni Nash? ibu tak pernah ajar anak ibu main-mainkan anakgadis orang. Kahwin ni kalau boleh biarlah sampai bila-bila. Bukan sampai bilasuka. Berkahwin itu sunnah. Tapi haram hukumnya berkahwin dengan niat yang takelok dengan pasangan.” Nada Pn. Marina sudah berubah.

            “Ke situ pula ibu. Nash tahu ibu. Tapi Nash tak main-main. Lama Nash fikir.Ingat senang-senang ke nak cakap benda serius dengan ibu. Nash rasa keputusan Nashtak salah. Memang dia yang terbaik buat Nash.” Nash nampak yakin dengankeputusannya.

            “Nash dah cakap dengan Zahra Arissa tu yang Nash nak jadikan dia isteri Nash?takut nanti kita bawa rombongan pergi merisik, terkejut pula orang sebelahsana.” Soal Pn. Marina. Tidak mahu dia berdolak dalih lagi takut Nashriq ubahpendirian.

            “Ibu pergi je dulu. Yang lain-lain tu belakang kira. Nash yakin dia akan terima.Nash kenal dia ibu.” Nash tersenyum.

            “Benda serius ni Nash.”

            “Ya..Nash tahu. Ibu pergi je dulu. Sekejap lagi Nash bagi tahu Zahra.” Denganselamba Nashriq memberi cadangan kepada ibunya.

            “Baik, hari Sabtu minggu depan ibu pergi rumah dia. Nash ada 9 hari nak bagitahu Zahra Arissa.” semudah Nashriq memberi cadangan, semudah itu jugalahibunya membuat keputusan tidak mahu Nashriq menarik balik offer once in a lifetime itu. Emak borek, anak rintik!

           

            Entahdari mana datangnya keyakinan Nashriq, dia sendiri tidak pasti. Tapi semuanyabertitik tolak dari Azreen, reunion juga Arif dan Hafiz!

            “Arif, kau tak bosan ke hidup bujang?” sedang asyik Arif menonton bolaperlawanan Leicester City bertemu Manchester United, tiba-tiba Nashriqbertanya.

            “Kau dah kenapa ni Nash? pelik pula soalan kau tiba-tiba? Selalu kita lepakmamak tengok bola, kau...orang nak tanya soalan pun tak boleh. Hari ni, tup-tup‘Arif, kau tak bosan ke hidup bujang’? apa kes? Habaq mai sikit.”  Arif sedikit pelik dengan perangai Nashriqhari ini.

            “Tak ada la. Kita ni dah 27 tahun. Orang cakap umur dah sedang elok nak berkeluarga.Tapi, aku ni alih-alih, melepak mamak tengok bola dengan hang tak pun denganHafiz. Kadang-kadang tu seronok pula tengok orang lain jalan-jalan pegang tangan bini, dukung anak comel-comel. Kau tak rasa macam tu?” Nashriq menyuarakan apa yang dirasakannya saat itu. Dengan Arif, dia bisa berbincang apa saja. Begitu juga dengan Hafiz.

            “Ok apa baru 27 tahun. Muda lagi kot. Aku setakat ni ok lagi la dok bujang. Tapiaku macam musykil sikit la pasai pa hang dok kalut tiba-tiba. Baru ja minggu lepas hang kata syoknya bujang. Tak gaduh balik awal rumah. Tak dak orang nak kena bagi report. Hari ni, awat lain semacam? Ka hang tersangkut dengan awe kmana-mana ni?” Arif memulakan kaji selidik. Nashriq hari ini memang pelik.

            “Bukan macam tu. Cuma tiba-tiba hati ni timbul rasa nak kahwin. Nak ada orang kejut pagi-pagi. Solat jemaah sekali. Salah ka? Lagipun aku rasa umur macam kita ni memang patut pun dah kahwin. Kita saja yang perasaan muda.”

            “Aku paham semua tu. I get you.. I get you.. Tapi pasai pa hari ni baru hang bukak mulut? Sebelum ni kalau aku bukak story pasai kahwin hang kata pa?Relax bro.. relax.. tiba-tiba?” Arif angkat tangan bertanya lagi.

            “ Aku rasa aku dah jatuh hati pandangpertama lagi sekali. Aku rasa dah sampai seru kot. Lagipun, minggu lepas Azreen cabar aku. Dia kata aku ni tak kahwin lagi sebab aku tak move on dari dialagi.” Nashriq mula buka cerita pasal Azreen.

            “Cup! Cup! La  ni hang nak kahwin sebab cinta pandang pertama hang tu ka pasal Azreen ni? Dah minah janda tu mai cari hang lagi ka sampai hang kalut nak nikah bagai ni? Cuba cerita betui-betui.” Ni dah lain ni. Nashriq jangan buat kerja gila.

            “Ada la aku jumpa Azreen minggu lepas. Dia datang office cari aku. Katanya dia rindu aku. Sayang aku lagi, sebab tu dia kena cerai dengan laki dia. Dia cakap laki dia tak macam aku la.. bla..bla...bla.. aku malas lah nak layan. Aku pun suruh dia blah dari office aku. Dia tak puas hati kot kena halau dengan aku ,so dia ungkitlah aku tak kahwin lagi sebab dia. Aku takkan bahagia kalau aku kahwin dengan orang lain and so on.”  Nashriq mula buka cerita tentang kehadiran semula Azreen yang tiba-tiba Ahad lalu.

            “Ok, part Azreen cabar dah settle. Part hang jatuh cinta pandang pertama pulak.Sila cerita.”

            “Zahra Arissa. Aku rasa dia sesuai jadi isteri aku.”

            “What???!”

            Hampirtersembur air yang baru disedut Arif. Perlawanan bola malam ini dirasakan tidak semenarik cerita Nashriq malam ini.

            “Biaq betui Nash. Zahra Arissa member sekolah kita tu? Hang jangan. Dia budak baik kot.”

            “Salah ke kalau aku nak kahwin dengan dia? Dia solo, aku solo.” Nashriq angkat kening.

            “Kalau hang nak kahwin dengan dia sebab hang jatuh kasih, cinta, sayang danikhlas dengan dia, silakan. Aku tak kata apa. Tapi kalau sebab Azreen cabarhang, baik jangan. Jangan buat naya dengan anak dara orang. Tambah-tambah budakbaik macam Zahra.”

            Arifjadi sedikit kurang senang bila Nashriq tampak seperti tidak bersungguh bila berbicara soal mahu kahwin dengan Zahra. Memang Nashriq kawan karibnya, tapi Zahra juga kawannya.

            “Akurasa Zahra yang paling sesuai jadi isteri aku. Aku selesa dengan dia. BiarAzreen tahu, aku pun boleh bahagia. Aku tak hadap la dia tu.” Arif nampak lainmuka Nashriq. Nampak kebencian dalam anak mata lelaki itu.

            “Sekalipun hang marahkan Azreen sebab tinggal hang dulu, hang jangan jadikan orang yang tak dak kena mengena dengan kisah hampa dua jadi mangsa.”

             Arif cuba menasihati sahabat baiknya itu.Nashriq memang begini. Selalu saja melulu bila berkait soal hati. Dulu jugabegitu. Sudah berbuih mulutnya menasihati Nashriq supaya jangan hantar rombongan meminang Azreen kerana dia sendiri pernah ternampak Azreen berpeluk sakan dengan lelaki lain. Tapi langsung Nashriq tidak endahkan, malah menuduh dirinya ada hati dengan Azreen. Bila sudah terkena, barulah jatuh air mata jantan sahabatnya itu dihadapannya.

            “Dulu hang sikit lagi ja nak musnahkan hidup hang sebab perempuan tu. Takkan la, lani, hang nak musnahkan hidup hang dengan hidup Zahra sekali sebab perempuan tujugak. Ada akai guna bro.”

            “Siapa kata aku nak musnahkan apa-apa? aku nak bina masjid bro. Benda dituntut agama lagi. So, mana buruknya.”

            Belumsempat Arif membuka mulut, datang Hafiz menepuk bahunya dari belakang.

            “Assalamualaikum geng! Sorry lambat. Jambatan jem. Sat, ni pasai pa muka dua-duaserius ni. Takkan aku lambat, hampa nak mengamuk kot?” Hafiz memandang Arif danNashriq silih berganti.

            “Takdak masa nak marah hang. La ni aku tengah pening dengan hero kita yang sorangni. Nak menikah pulak dah!” Arif terus menyembur.

            “Uish! Betui ka Nash? Tahniah! Tahniah! Bila majlis? Dengan sapa?” Arif tepukdahi. Nashriq pula ketawa kecil.

            “Hang ni mangkuk la Hafiz! Aku tengah nasihat kawan ni, hang boleh dok tahniahbagai?”

            “Brader nak kahwin, kita support memberla. Awat? Salah ka orang bujang macam dia nak kahwin?’ Hafiz pelik dengantingkah laku Arif. Sahabat baik mahu tamatkan zaman bujang mestilah disokong!

            “Thank you Hafiz! You’re my man!”Nashriq berjabat tangan dengan Hafiz sambil menoleh ke arah Airf.

            “NiPih, kalau dia ni kahwin sebab cinta, memang dah jodoh ka aku tak kisah tau.Tapi ni dok cari pasal. Nak kahwin sebab minah Azreen tu cabar suruh dia kahwin. Lepas tu, nak penaya Zahra, buat jadi calon bini dia. Hang rasa? Logik dak aku lagu ni la ni?” Arif terus membuka cerita.  Tersembur air yang baru disedut Hafiz. Biarbetul Nashriq?

            “What???!! Azreen suruh hang menikah? Pastu hang nak petik pompuan mana-mana hang suka jadi bini? Cup! Zahra yang Arif sebut tu sapa? Zahra Arissa ka?”sedikit lantang suara Hafiz kali ini. Terkejut betul dengan apa yangdisampaikan oleh Arif. Nashriq sudah hilang akal kah?

            “Betul la tu. Zahra Arissa kawan kita merangkap penasihat cinta aku waktusekolah dulu.’ Nashriq menjawab selamba.

            “Macamni lah..” Hafiz bermula lembut. Dia kenal sangat Nashriq. Degilnya boleh tahan.Makin keras kita dengan Nashriq, makin Nashriq keras dengan keputusannya. “ Akutak halang hang nak kahwin. Kalau dengan perempuan baik macam Zahra tu,silakan. Memang kita semua kenal dan sure kita tiga-tiga kat sini setuju dia tuwife material. Stok terhad.”

            “Tapi..” Arif cuba mencelah tapidihentikan oleh Hafiz.

            “Dengar bagi perabih dulu! Tapi Nash, hang betulkan niat hang dulu. Kalau kitabuat benda yang Allah tak suka ni, benda yang hang rasa betui dan baik puntakkan tahan lama. Kahwin ni bukan benda syok-syok ja. It’s a lifetime comitment. Aunion of two family and not just two people. Yang paling penting sekalihang akan jadi imam kepada bakal makmum-makmum hang.” Nashriq hanya terdiammendengar kata-kata Hafiz.

            “Aku sokong 100% apa yang Pih cakap. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak akad kalau nak cari jalan penyelesaian yang takmelukakan mana-mana pihak ni, chancesdia very slim. Jadi, sebelum hangbuat keputusan nak kahwin dengan mana-mana perempuan sekalipun, termasuklah ZahraArissa tu, fikirlah baik-baik.”

            “Palingelok hang ceritalah benda yang hang nak buat ni dengan tuan punya sekalianalam, Allah S.W.T. sebab kalau bukan dengan izinNya, hang nak gerakkan kelopakmata hang tu pun tak boleh.” Hafiz sambung lagi ceramah tak berbayarnya. Dantiba-tiba Arif sambung bicara lagi.

            “Dan kalau lepas hang dah berserah dengan Allah, petunjuk Allah bagi tu memangbetui hang tergerak hati nak kahwin ni, sebab dah sampai jodoh hang, aku denganbangganya ikut rombongan hang nak meminang mana-mana wanita pilihan hang, takkiralah Zahra sekalipun. Tapi kalau sebab Azreenlah hang nak kahwin, I’m sorry my friend, aku tak mau subahatdengan hang musnahkan masa depan anak dara orang.”

            Nashriqterdiam mendengar ‘ceramah express’ dari Hafiz dan Arif. Kata-kata mereka buathatinya sedikit sentap. Terasa dilibas cemeti pun ada. Tapi dia tahu,kawan-kawannya itu tidak mahu dia silap percaturan dalam membuat keputusan.

            Biladifikirkan, tidak dapat dinafikan semua yang dikatakan oleh Hafiz dan Arifmemang benar. Memang kerana Azreen dia ingin berkahwin. Tapi ada benarnya jugahatinya sikit terjentik dengan kehadiran Zahra waktu reunion yang lalu. Terlalubanyak tapi. Jadi??

            “Betul apa korang cakap. Terima kasih sebab nasihat aku yang selenga ni. Tapi,yang aku tahu aku memang nak kahwin dan Zahra paling sesuai dibuat bini. Jadi,aku ikut nasihat Ustaz Hafiz dengan Ustaz Arif mohon petunjuk Allah S.WT,pemilik sekalian alam. Thank you guys.”

            Perbualanmereka terhenti setakat itu sahaja. Selepas itu, mereka meneruskan tujuan asalmereka menonton perlawanan bola sepak. Tetapi sebelum mereka masing-masingpulang ke rumah, sempat Hafiz memberi pesanan buat Nashriq. “ Nash, dirisendiri memang penting tapi, jangan sampai kita pentingkan diri sebab akhirnyamakan diri.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AURUM FUHAIRA