Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta Jacaranda 2.0
Jacaranda 2.0
Aaliya Adni
5/12/2018 00:03:56
36,311
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Kuala Lumpur, Malaysia


Jam di tangannya menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Lama betul interbiu itu. Satu jam lebih.Dia sampai pukul 11 lebih dan sekarang…sudah tengah hari!


Kakinya laju-laju melangkah ke arah kereta Mistubishi Galant berwarnabiru yang dipinjam dari orang tuanya. Memang kereta itu sudah lusuh rupanya.  Masalahnya dia tak mampu nak membeli kereta baru.Mujurlah ada kereta usang itu yang sudah berusia lebih 15 tahun. Interbiu tadi amat tidak memberangsangkan. Tempat kerja itu nampak menarik tetapi soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dia tidak dapat jawab secara pasti. Wajah-wajah panel  yang menginterbiu itu ditatap satu-satu dengan harapan tinggi.

Satu persatu wajah-wajah mereka muncul dalam benaknya.

“Apa yang awak mahu daripada pekerjaan ini?” tanya wanita gemuk bercermin mata tebal. Rambutnya yang menipis hampir botak di tengah-tengah di warna dengan perwarna merah. Wajah itu dirasakan sedikit kelakar, dan dia hampir saja melakarkannya ke atas kertas hari itu.

“Nyatakan berkenaan latarbelakang kamu.,” wajah lelaki lelaki kurus bermisai tebal yang bengis muncul dalam benaknya. Lelaki itu nampak begituego. Menimbulkan sedikit perasaan hairan dalam dirinya. Mengapa perlu mengherdik-herdik.Bukannya dia minta sedekah daripada mereka.

“Kamu ada pengalaman bekerja sebelum ini ke?” tanya lelaki pendek botak, rambutnya tinggal sehelai dua, dengan suara sedikit sarkastik.Ashraf hanya menahan sabar.

“Apakah kelemahan dan kekuatan yang ketara dalam diri kamu?”Muncul wajah lelaki berambut putih dengan misai sejemput. Bibir merahnya agaksedikit terlebih warna, fikir Ashraf jelek. Macam pernah terlihat objek ini,tapi di mana, fikirnya berkali-kali.

Jika boleh dia hendak mengulang semula interbiu itu dengan jawapan-jawapan yang lain. Dia seperti tidak yakin lagi dengan kebolehan dirinya kerana kerap menemui jalan buntu dalam permohonan sebelum ini. Apakah interbiu selama sejamitu akan menghasilkan sesuatu dan membuka jalan kepada kejayaannya menjadi seorang arkitek akhirnya.

Heyyy.. look who’s here!!” jerit seseorang.

Dia menoleh ke arah suara itu.

“Ashraf Syafiq Hakimi!! How are you?” Lelaki berbadan gempal itu menerpa ke arahnya.

Jantung Ashraf tersentap. Ashraf membalas pelukan itu dengan rasa bercampur-baur.

“Tajuddin Baba?” balasnya teragak-agak. Dia hampir tidak percayaakan temui Tajuddin di situ. Dan Tajuddin bukanlah orang yang dia harap untuk bertemu kerana perhubungan mereka sepanjang zaman persekolahan tidak baik langsung.Tajuddin samseng sekolah yang kerap menjadikan kerjanya sebagai pengawas suatu yang rumit. 

Siapa tak kenal Ashraf ketika di sekolah. Begitu jugalah, siapa tak kenal Tajuddin Baba. Mereka umpama berada di dua kutub yang amat ketara bezanya.Tajuddin Baba kaki pukul yang kerap kena sebat dengan guru disiplin. Malahan pengetua.Ashraf pula murid teladan yang kerap disanjung oleh guru-guru dan hampir keseluruhan murid-murid di sekolah mereka.

Hey man, what happens to you??” tanya lelaki berpakaian kemas dengan kemeja putih bertali leher sebesar tuala muka itu dengan nada mencebik.Tajuddin pura-pura meneliti Ashraf dari atas ke bawah sambil menggelengkan kepalanya. Kemeja berwarna krim pakaian Ashraf ditelitinya.“Hmm, aku harus tabik pada kau yang masih macho...walaupun… ” dia tidak menghabiskan kata-katanya. Dihabiskan kata-katanya dengan gelengan sahaja.

“Kemeja apa kau pakai ni.. Brioni? Ehh alamak, kau mampu ke?”tanya Tajuddin membelek kemeja Ashraf dengan selamba menempelak. Jenama yangdipakai Ashraf mungkin biasa-biasa, tetapi seperti biasa Ashraf masih kelihatan menarik.

Ashraf menahan perasaan marahnya diperlekeh sedemikian.  Dia mengetap giginya sambil cuba tidak bertindak kasar dengan Tajuddin yang tidak habis-habis mahu menempelaknya.

Gaya Tajuddin amat berbeza berbanding semasa dia di sekolah dulu.Dulu Tajuddin Baba memang tak bergaya langsung. Kasut putihnya tak pernah nampakputih. Kuning-kuning sahaja. Daki di leher baju kemejanya usah cakaplah. Sekarang dia nampak kemas bergaya berbanding dulu, walaupun wajah bengisnya masih kelihatan.

And what are you doing here?” tanya semula Ashraf.Pura-pura tidak menyedari nada sarkastik Tajuddin yang bercekak pinggang menggelengkan kepalanya.

“Hey, aku kerja di sini lah.. aku senior arkitek di firma arkitek Alif Hilmi and Associates,” jelas Tajuddin ringkas. “Kau masih kacak dan hensem seperti dulu, man…Ehh…kau kerja di mana sekarang?“

“Aku baru balik, a few months already...ada appointmentsikit kat kawasan sini..” kata Ashraf melontar perasaan malunya jauh-jauh. Diamenyimpan daripada memberitahu Tajuddin yang itu adalah interbiu pertamanya setelah berbulan dia berusaha mendapatkan jalan keluar dari dunia penganggurannya.

“Ohhh… dapat kerja?? Atau baru nak dapat kerja eh? Hmm…Memang,kira untunglah juga kalau kau dah kerja. Sekarang susah sikit nak dapat job,”ujar Tajuddin selamba. “Aku dah lama di sana. Kalau ada nasib, bos akan naikkan aku jadi partner tak lama lagi. Aku dulu course part time sambil bekerja.”ujar Tajuddin bangga memberitahu Ashraf pencapaiannya.

“Hmm.. bagus..tapi Memang tak sangka dapat jumpa hari ini ya?”kata Ashraf jujur, enggan larut dengan cerita megah kejayaan Tajuddin.

“Kau tahu, aku akan mendaftar jadi arkitek bertauliah lepas aku lulus semua Peperiksaan Professional nanti…” tambah Tajuddin tanpa diminta.

Ashraf hanya mampu menahan perasaan mendengarkan perancanganTajuddin mahu mengambil peperiksaan penting itu. Agak sukar mahu mempercayai kata-kataTajuddin yang dulunya dikenalinya seorang yang hanya suka cakap berdegar-degar di sekolah.

“Memang bagus, tapi aku ingat nak cari tempat lainlah..cepat sikit naik gaji… dan mungkin dapat jadi bos besar pulak… hahaha..” dia ketawa kuat-kuat sendiri. Ketawa bersungguh-sungguh sehingga nampak anak tekaknya. Gigi kuning berkaratnya dulu masih tetap macam itu, fikir Ashraf. Some things never changed, bisik hatinya.

Ashraf senyum. Memang tak terduga tuah lelaki gempal yang sedang berdiri di hadapannya itu. Sedangkan dirinya, dia hanya memerlukan suatu peluang untuk membuktikan kebolehan. Untuk dapat satu peluang pun bukan main susah. Tajuddin sudah sibuk memikirkan untuk melompat mencari padang yang lebih hijau.

“Jom makan tengah hari bersama aku, aku nak lunch ni..”

Ashraf dapat menghidu yang dia hanya ajak-ajak ayam. 

“Tak apalah, aku ada hal ni, nak balik cepat,” Ashraf membuatalasan. Dia dan Tajuddin bukan serasi semasa di sekolah. Tak mungkinlah tiba-tiba dia mahu biarkan Tajuddin mengambil peluang itu untuk memijak-mijak egonya.

“Okay man, tak apalah maybe next time, ” balas Tajuddin.

“Yea..we will take a rain check on that.” kata Ashraf kembali. Yang pasti dia tidak bermaksud dengan apa yang mulutnya ucapkan kali ini.

“Er..tak hujan rasanya hari ni...” jawab Tajuddin, kurang faham dengan kata-kata Ashraf.

“Maksud aku lain kali lah kita rancang semula,” ujar Ashrafmenggeleng kepalanya sambil tersenyum. Terlupa dia Tajuddin dapat G dalam Bahasa Inggeris masa SPM. Entah berapa kali exam diambil agaknya untuk mendapat tempat atau mungkin dia masuk kolej swasta, fikir Ashraf tanpa mahu bertanya kepada empunya diri.

“Aku ada lunch date ni dekat Lot 10.” Tajuddin mohon beredar. Dia menepuk bahu Ashraf. Mesra. Kemudian melangkah cepat-cepat ke sebuah kereta sport Toyota Supra berwarna merah yang berkilat parkir betul-betul berselang satu sahaja dengan kereta Ashraf.  Ashraf berdiri tercegat melambai Tajuddin pergi sambil melihatnya menderum dengan gaya yang menggigit jantung. Ada perasaan yang dia tidak dapat jelaskannya bersarang dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aaliya Adni