Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Benci Benci Cinta!
Benci Benci Cinta!
Rynna
12/7/2018 20:05:00
601
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

“ASSALAMUALAIKUM Meen...Saya ni.” sapa Raisya perlahan. Suaranya serak sedikit kerana semalam dia asyik menangis. Bangun awal pagi matanya kelihatan sembab. Jadi dia mengambil keputusan untuk masuk lewat sikit ke pejabat.

“Ya Cik Raisya... Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

“Saya nak awak batalkan semua appointment saya pada hari ni. Saya ada hal di luar dan kemungkinan besar saya masuk lambat ke pejabat. Saya masuk selepas lunch.”

“Baiklah Cik Raisya. Ada apa-apa lagi ke CikRaisya?”

“Tak ada apa-apa. Meen, terima kasih ye.”

Panggilan telefon ditamatkan. Telefon disimpan kembali dalam beg tangan. Dia yang sedang minum bersendirian kembali termenung.

Raisya bungkam. Otak ligat berfikir dan menimbangtara akan kemungkinan itu.

“Apa urusan gadis itu bersama Qarl semalam? Kenapa perlu mereka berdua menipu aku?”

Raisya mengeluh lemah. Kedua-dua belah tangannya menekup mukanya.

“Apa masalah kau Ell? Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau layan aku macam ni?”

Raisya tidak faham. Langsung tidak faham apa salahdia pada Eliza sehinggakan Eliza langsung tidak mencari ataupun menghubunginya.Malah Eliza sanggup bertemu Qarl secara senyap-senyap tanpa pengetahuan dia.

Mengingati  gelagat Qarl dan Eliza malam tadi, hatinya dicuit geram.

Jadi persoalannya sekarang, apa sebenarnya hubungan mereka berdua? Selama ini tidak pernah sekali dia melihat Eliza berbual mesra dengan Qarl. Malah setiap kali diajak keluar bertiga pun Eliza selalu saja mengelak.Kenapa pula Eliza boleh keluar berdua dengan Qarl tanpa adanya dia?

Raisya mengeleng sedikit, mahu menghalau kemungkinan itu pergi. Air matanya tiba-tiba mengalir hangat di pipi.

“Jauhnya termenung!”

“Kusss semangat!”

Raisya memegang dadanya, terperanjat kerana disergahseseorang. Hilang terus bayangan wajah Eliza dari ingatan. Sisa air mata disapu kasar dengan tangan sebelum dia menoleh ke belakang.

“Kak Long!”

Gelak halus terpantul dari mulut Naurah.

Raisya menjeling. Bibir terjuih.

Naurah menarik kerusi dan duduk di hadapan Raisya. Taksabar dia mahu mendengar luahan hati adiknya untuk kali ini. Pastinya masalah itu berkaitan dengan Qarl lagi. Itu saja masalah yang dihadapi Raisya sekarangini.

“Kenapa tiba-tiba aje call kak long ajak jumpa?”

Wajah ceria Naurah dipandang bersama senyum nipis dibibir. “Kak long, apa kata kita order makanan dulu...”

Naurah mengangguk seraya memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Selesai memesan makanan, Naurah kembali memandang Raisya di hadapannya.

“Jadi, perkara penting apa yang adik nak beritahu kak long ni?”

Raisya tersentak dan cepat-cepat menarik senyum. Dalam-dalam,Raisya menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan.

“Kak long, Ell... sejak kami habis belajar,sampailah sekarang. Dia langsung tak calladik.”

 “Bukan ke dia sambung belajar di oversea sekarang?Dia tak beritahu adik ke?”

“Memanglah dia belajar di sana. Itu pun Qarl yang beritahu adik. Adik dah call dia banyak kali, tapi semuanya tak berjawab. Adik hantar email, ke semua email jugatak berbalas. Bayangkanlah, mesej-mesej adik di WhatsApp juga ke semuanya hanya bertanda blue tick je. Peliklah kak long.”

Naurah gigit bawah bibir, tapi ekor matanya masih melekat pada wajah Raisya.

“Korang berdua bergaduh ke? Mustahil Ell nak putus kawan macam tu je kot?” Naurah pula pening kepala.

“Mana kami bergaduh pun!”

Dahi Naurah berkerut seribu.

“Habis tu?”

Raisya mendengus lemah.

“Entahlah... Masa mula-mula dia di oversea dulu adalah juga dia call adik. Selepas adik beritahu dia pasal adik dah mula suka pada Qarl dan mahu serius dengan Qarl terus dia senyap tanpa khabar berita. Langsung dia tak hubungi adik lagi.”

“Dia ada hati dengan Qarl ke?”

Raisya terdiam. Sukar untuk dia menyakinkan hatinya sendiri ketika ini setelah apa yang telah dilihatnya malam tadi.

“Tak mungkinlah! Dia juga yang suruh adik berbaik dengan Qarl. Malah dia sokong adik couple dengan Qarl. Mustahillah dia ada hati dengan Qarl. Selama ini tak pernah pula dia bercerita pada adik yang dia pun sukakan Qarl. Adik bukan apa kaklong, dulu Ell sentiasa ada. Kami juga saling berkongsi cerita. Sekarang ni,masa adik perlukan dia, dia tak ada. Adik sedihlah kak long.”

Naurah dan Raisya saling berbalas renungan.

“Mungkin dia sibuk. Alah! Adik tak payahlah peningkan kepala fikir pasal tu. Nanti, bila dia balik ke sini, kak long rasa dia mesti cari adik balik.”

Raisya mendegus tidak puas hati. Mata dijeling tajam.

Naurah memandang semacam Raisya di depannya.  Raisya nampak pelik. Tidak seperti selalu.

“Adik, kak long tak rasa yang adik risaukan Ell.Adik sebenarnya ada masalah dengan Qarl, kan? Qarl buat hal lagi ke?” tebak Naurah.

Mulut Raisya terlongo. Pipi membahang. Wajah mendungnya berubah kepada wajah kalut pula. Tiba-tiba pula Naurah buka cerita pasal Qarl. Sekaligus wajah Qarl dan Eliza sedang berbual mesra malam tadi kembali berlayar di fikirannya.

“Adik...”

“Macam biasa je kak long. Masing-masing sibuk. Jumpa pun jarang-jarang je,” jawab Raisya sambil menyedut minuman. Malas dia mahu bercerita tentang Qarl. Menyakitkan hati sahaja. Lagipun dia bimbang takut terlepas cakap pasal malam tadi. Takut Naurah akan membebel panjang pula kepada dia. Naurah memang tidak pernah suka dia berkawan dengan Qarl tu.

“Ni, Kak long nak beritahu. Umi dah mula bertanya pasal adik. Bilanya Qarl tu nak masuk meminang?”

Raisya sedang menyedut minuman terus tersedak.Naurah bingkas bangkit mengurut belakang Raisya. Lama juga dia tersedak. Nasib baik air di dalam mulut sempat ditelan, kalau tidak tentu habis tersembur keluar.

“Minum tu berhati-hati la sikit,” nasihat Naurah.

Raisya senyum kelat. Kelam-kabut tisu ditarik keluar dari kotak, lalu sisa air di bibir dikesat perlahan-lahan.

“Umi tu tak ada soalan lain ke yang dia nak tanya selain dari soalan ini? Stress tau tak!”

Jeda.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat berlalu...

 “Macamlah adik tak kenal umi kita tu. Kak long pun sama je macam adik. Hari-hari telinga kak long ni panas, asyik dengar soalan yang sama, sama macam adik. Kak long tak nak cari pengganti ke? Kak long tak ada calon lagi ke?”

Raisya senyum kecil mendengar rungutan Naurah.

“Betullah juga, kak long tu bila lagi? Nak menjanda sampai bila?” usik Raisya.

Zup!

Giliran Naurah pula terkedu. Matanya terus dijegil besar pada Raisya yang sedang menyuap makanan ke mulut.

“Adik, kita sekarang ni bercakap pasal adik ye.Tiba-tiba pula bercakap pasal kak long pulak, apa kes?”

Raisya ketawa sambil buat peace di tangan tanda minta maaf.

“Dah la, habiskan minuman tu cepat. Kak long tak boleh keluar lama. Patient ramai di klinik kak long tu. Kesian pulak pada kawan yang gantikan kak long tu. Terpaksa kerja sorang-sorang. Ingatkan adik nak jumpa kak long nak bercakap pasal kahwin.Rupanya-rupanya bercakap pasal Ell je. Buang masa aje!”

“Iyalah Doktor Naurah. “

Raisya ketawa. Sekurang-kurangnya, hatinya berasa lega bila dapat meluahkan apa yang berselirat di fikirannya. Cuma dia tak mampu nak bercerita tentang pertemuannya dengan lelaki yang dilanggarnya malam tadi.Belum masanya lagi untuk Naurah tahu.

“Adik tak payahlah fikir pasal Ell tu sangat. Anggapje dia tak sempat nak call adik. Adik kena ingat, sambung belajar di peringkat master bukan sama macam belajar di peringkat ijazah. Banyak kerja yang nak kena hadap.”

Raisya senyum lagi. Buat-buat faham saja nasihat Naurah. Kalaulah Naurah tahu pasal semalam, apakah Naurah juga sependapat dengan dia?

“Terima kasih kak long.”

Naurah senyum. Dia bangkit dan terus berlalu pergi meninggalkan Raisya sendirian.

Antara mahu atau tidak, antara redha atau tidak,Raisya haruslah terima yang Eliza sememangnya sudah membuang dirinya jauh dari hidup gadis itu. Sampai ke hari ini dia tidak tahu punca sebenar Eliza menjauhkan dirinya.

Raisya bangun dari duduk dan terus bergerak ke kaunter membuat bayaran. Selesai membuat bayaran Raisya terus berlalu ke parking kereta. Dia mahu masuk semula ke pejabat.

 

RAFIQ termenung sendiri di dalam pejabatnya, masih lagi terkejut dengan pertemuan semalam. Beberapa kali pipinya ditampar. Mahukan kepastian, yang dia bukannya bermimpi. Ya, dia tidak bermimpi.

“Aku yakin.Aku tak salah orang. Itu dia. Ya! Memang dia,” hatinya berbicara sendiri.

Hatinya sejak dari malam tadi asyik berdebar-debar. Tak sangka semudah itu Allah permudahkan niat. Niat mahu mencari gadis itu semula.Lihatlah, tanpa dirancang mereka dipertemukan semula tanpa sengaja.

Rafiq tersenyum. Tangannya dilekapkan di dada. Rasa jantungnya berdegup laju. Tidur malamnya pula tak nyenyak. Sayang mahumelenyapkan mimpi indahnya. Rafiq bawa dirinya ke sofa. Punggung dihenyak lalududuk bersandar di sofa. Kerja yang sepatutnya diselesaikan dibiarkan seketika.Dia masih lagi dalam mood teruja.Masakan tidak, lima tahun dia tidak menatap wajah gadis itu. Berdebar-debar hatinya tatkala terpadang wajah manis yang dirinduinya selama ini.

“Ehem...” Azhar berdehem saat memasuki pejabat sahabatnya itu.

Azhar datang bersama dokumen di tangan terus menyapa Rafiq yang sedang duduk berangan. Tergeleng-geleng kepalanya melihat aksi angau terlebih Rafiq itu.

“Eh, Har. Ada apa hal kau cari aku?”  Rafiq kelihatan terkejut dengan kemunculan Azhar yang tak diduga.

“Bro…”sapa Azhar sambil duduk berhadapan dengan Rafiq.

“Kau ni, tak ada kerja ke?”

“Aku nak bagi kau dokumen ni. Pintu tu, aku ketuk banyak kali tau. Kau tak dengar ke?”

Rafiq diam.

Azhar merenung sahabatnya. “Fiq, kau ni kenapa?”

Rafiq kalut. seboleh mungkin riak wajah dikawal supaya Azhar tak dapat membacanya.

“Baik kau cakap. Jangan nak sorok apa-apa lagi dari aku,” ujar Azhar yang sudah acapkali tahu riak wajah Rafiq setiap kali dirinya ada masalah.

Rafiq senyum meleret.

“Hai... Takhabis-habis lagi senyuman kau ni, Fiq. Dari malam tadi, sampai bawa ke pagi ini kau asyik tersenyum dan tersengih. Kalau ia pun kau teruja melihat dia, tak payahlah kau tayang wajah ceria kau tu pada semua orang.”

 “Pertama kaliselepas lima tahun. Siapa yang tak teruja. Cantiknya dia sekarang ni.Menyesalnya aku tinggalkan dia dulu.”

Ya, gadis itu semakin cantik. Lebih cantik dari dahulu. Walaupun sekadar melihat dari jauh, dan hanya bertentang mata beberapa saat itu sudah cukup membuatkan hatinya bahagia.

Azhar ketawa kecil. Wajah Rafiq di hadapannya dipandang bersama gelengan kepala.

“Hisy! Angau teruk dah kau ni. Tak pernah-pernah aku tengok kau berkeadaan macam ni. Selepas peristiwa lima tahun lalu, aku tak pernah tengok kau senyum sebegini.”

Rafiq ketawa. Wajah Azhar dipandang. ‘Har... Har,kau tak rasa apa yang aku rasa. Kalau kau berada ditempat aku, aku rasa kau juga akan buat benda yang sama,’ desis hati Rafiq. Kalau tak kerana dia mahu ke tandas semalam pasti dia tak akan melihat wajah manis itu di situ. Nasib baiklah gadis itu tak perasaan kewujudannya di situ.

Selepas membayar  harga makanan di kaunter pembayaran dia terus mengajak Azhar beredar dari situ. Belum masanya dia mahu bertemu empat mata dengan gadis itu. Namun, telah ditakdirkan Allah, sejauh mana dia mengelak mereka terserempak juga malam itu. Gadis yang dilanggarnya tanpa sengaja,rupa-rupanya gadis yang dicarinya selama ini.

“Fiq, kau janganlah teruja sangat. Entah-entah selepas ini tak ada lagi pertemuan kau dan dia. Kau sendiri tahu, betapa bencinya dia pada kau. Sampaikan nombor telefon pun ditukar ke nombor baru. Kesemua email yang kau kirim pun dia blok. Pandang muka kau pun dia tak nak, tau!”

“InsyaAllah, aku yakin. Aku dan dia pasti akan bertemu lagi. Dan aku akan cuba mendekati dia semula sehingga dia mahu menerima aku kembali.”

“Amboi, yakin betul kau. Kenapa semalam kau tak kejar dan pergi je jumpa dia dan minta nombor telefon dia?”

Rafiq diam.

“Kau tak rasa bersalah ke, Fiq? Dulu bukan main bersungguh kau mahu tinggalkan dia. Sampai berminggu-minggu budak tu mogok tak mahu masuk kelas. Sampai pengsanlah budak tu kau buat. Sekarang ni, kau nak dekati dia semula?”

Rafiq masih membatu.

“Kenapa diam? Tak berani kan?”

Rafiq hanya menyambut soalan Azhar dengan tawa sahaja.

“Har, petang ni aku balik awal sikit. Nak ambil Atyqah pula.” Rafiq terus mengubah topik perbualan mereka. Azhar terpaksa akur,apabila soalannya tidak berjawab.

“Baiklah Fiq, aku tahu kau sengaja elak jawab soalanaku tu. Okeylah, aku pun nak sambung kerja aku balik. Perlu kerah idea nak deco rumah baru Tan Sri Musa tu. Katanya, dia nak buat kejutan untuk bini muda dia.Untungkan jadi orang kaya ni. Boleh buka banyak cawangan.”

Rafiq terus ketawa berdekah. Azhar pula terus pergi meninggalkan Rafiq sedirian.

 

 

SEBAIK sajadia keluar dari perut lif, Qarl terpempan apabila ternampak kelibat gadis yang tidak ingin ditemuinya itu sedang duduk di lobi. ‘Ah! Apa dia nak lagi dari aku ni? Tak reti-reti bahasa ke?”

“Qarl!!!” Eliza melambai-lambai tangannya sebelum bangun dan bergegas menghampiri Qarl.

Qarl mendengus geram.

“Qarl,jomlahtemankan I pergi shopping, I nakpergi beli baju baru, baju-baju lama I tu semuanya dah lapuk. Dah tak  up todate.” Eliza memuncungkan bibirnya yang tebal bersalut lipstik berwarna merah.

“Apa lagi Ell? Cukup-cukuplah you kacau I. You tak ingat ke apa yang I cakap pada you sebelum-sebelum ni? Ni, kalau Sya nampak kita macam mana?” Qarl menyoal geram. Matanya mencerlung tajam memandang Eliza yang sedang berdiri di depannya. Eliza hanya tersengih.

“I don’t care,Qarl. You cakaplah apa-apapun, I dah tak kisah, yang penting I dapat dekat dengan you. I rela dengar bebelan you dua puluh empat jam sekalipun, tau.”Eliza merangkul lengan Qarl erat.

“Ah! You ni memang dah gila!”

 “Huh! Memang patut pun Sya tahu. You jangan mimpi nak sorok semua ni,” bentak Eliza.

Qarl mendengus kasar. Berserabut.

“Ell... You boleh sabar tak? Kalau tak kerana rancangan bodoh mama I, kita tak akan jadi macam ni la.”

“I suka. Malah I berterima kasih pada mama you,”ujar Eliza seraya ketawa halus.

“You sekarang ni dah melampau la. You sedar tak you dengan Sya tu kawan baik.”

“Dulu... Sekarang tak!”

“Ah! Memang betul, memang betul you ni memang dahgila!”

Qarl pantas berjalan tanpa menghiraukan Eliza yang masih berpaut pada lengannya. Eliza mengikut langkah Qarl walaupun sudah berkali-kali Qarl cuba meleraikan rangkulan itu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.