Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
27,359
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Hartini menyusun satu persatu buku yang baru sampai ke atas rak yang telah dikhaskan mengikut bahagian. Matanya sedikit bersinar apabila melihat ada dua kotak novel yang baru diterimanya sebentar tadi. Kebiasaanya, Maisara akan membenarkannya mengambil sebuah novel yang dirasa menarik untuk dibaca dan disimpan di bilik rehat. Dia menyanyi-nyayi kecil...Gembira benar hatinya apabila berada dalam dunia buku tersebut.


            “Tini..” Terasa bahunya disentuh seseorang. Hampir sahaja tercampak buku yang berada dalam pegangannya. Dia berpaling dan mengurut dadanya perlahan...


            “Akak! Terkejut saya...” Hartini tersenyum. Wajahnya dimaniskan. Dia perasan sejak akhir-akhir ini majikannya itu sudah jarang tersenyum.


            “Tini, akak ada benda nak bincang dengan Tini...”

            “Sekarang ke kak?”


Maisara hanya mengangguk. Dia mengorak langkah menuju ke arah ruang rehat yang dijadikan tempat mereka untuk makan dan solat. Dia melabuhkan duduk, berhadapan dengan Hartini yang masih menunggu kata-kata yang ingin dia luahkan. Berat.Perit. Sakit. Tetapi, dia tahu dia perlu berterus terang dengan Hartini dan dia benar-benar yakin, hanya Hartini satu-satunya yang boleh membantunya....


            “Emm...Tini bila nak kahwin?”


Maisara memulakan mukadimah. Dia nampak riak kejutan daripada wajah pekerjanya itu yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. Lama wajah itu terkedu tapi tidak lama kemudian Hartini menggeleng....


            “Tini tak ada sesiapa kak” 


Lirih.Hatinya sedikit tercalar. Hartini tahu, sekuat manapun dia cuba menerima kehilangan Saiful tetapi kadangkala kesakitan itu datang secara tiba-tiba...


            “Saiful?” Mairasa terkejut walaupun berita itulah yang ditunggunya selama ini.


            “Dia dah bertunang dengan orang lain kak...Dengan kawan baik Tini”


Hartini cuba bertenang. Dia tahu, dia tidak mampu untuk menyimpan rahsia itu dengan lebih lama sebab majikannya itu merupakan tempat dia mengadu, tempat dia meluahkan masalah....


            “Bila? Kenapa Tini sembunyikan daripada akak?”


            “Maafkan Tini kak, Tini bukan sengaja sembunyikan tetapi Tini mahu mengubat hati sendiri dulu...Mahu biarkan masa membawa kelukaan ni pergi kak...Tini nak jumpa dia kak, nak tanya kenapa dia sanggup buat Tini macam ni tapi kekuatan dalam diri ni tak ada. Apa yang boleh Tini lakukan hanyalah menganggap semua ni sudah ditakdirkan dan Tini harus terima dengan redha”


Setitis air matanya tumpah. Ya Allah! Kuatkan hati aku....


Maisara mengemgam tangan Hartini dengan kuat. Mahu memberikan sedikit kekuatan kepada gadis itu. Dia tahu, gadis sebaik Hartini memang akan selalu diuji...


            “Kak...Kita tutup buku tentang Saiful ye. Kita doakan dia bahagia dengan kawan Tini...Akak nak bagitahu apa tadi?”


Hartini mengukir senyuman. Pergilah Saiful...Pergi jauh-jauh!


            “Tini, akak sebenarnya tak tahu apa yang akak nak sampaikan ni akan mengejutkan Tini tapi akak nak Tini tahu yang akak ikhlas”


            “Tini tak faham kak....”


            “Akak nak melamar Tini”


            “Akak!”


            “Akak nak melamar Tini untuk abang Norman”


Kerana terkejut, Hartini melpaskan pegangan tangan Maisara. Seseungguhnya, permintaan itu dirasakan terlalu berat! Tidak pernah dijangkanya...


            “Tini...Dengar dulu apa yang akak nak terangkan...Tini tahu kan masalah akak? Dah lama akak dan abang Norman kahwin tapi kami masih belum dikurniakan anak. Baru-baru ni, emak mertua akak menyuruh abang Norman kahwin lain dan akak hanya sanggup dimadukan jika akak sendiri yang memilih siapa bakal madu akak....”


Ya Allah...Ujian apakah ini....


            “Saya tak layak...”


            “Tini layak! Tini satu-satunya harapan akak...Akak kenal Tini dan akak tahu jika abang Norman pilih Tini, dia boleh berlaku adil dengan kita...”


            “Akak...Poligami bukan mudah, akak dan abang Norman dah berbincang? Dah fikir masak-masak? Rumahtangga kita,kita yang mencorakkannya kak...Bukan orang luar! Kenapa cepat benar mahu mengalah,kenapa perlu menyerah?”


            “Akak dah tak sanggup nak mendegar umpat caci mereka...”


Maisara sudah menangis. Rawan hatinya bagaikan sudah tidak tertahan. Mahu rasanya dia mangajak suaminya pergi jauh daripada ibu mertuanya tapi dalam masa yang sama dia sedar bahawa tanggungjawab seorang lelaki, yang utama adalah ibu!


            “Kak...Siapa yang mengajar Tini erti redha dahulu...Akak kan? Siapa yang menyuruh Tini banyak berdoa dan dekatkan diri dengan tuhan bila ditimpa musibah...Akak, Tini mampu tersenyum hari ni adalah disebabkan akak! Akak yang bagi Tini kekuatan dan cahaya untuk Tini terus berani mengorak langkah. Dan hari ni, Tini sedih kak! Tini sedih sebab orang yang sentiasa menyuruh Tini kuat dan sabar rupanya sangat lemah...”


Maisara yang mendengar masih terusan menangis...


            “Tini yakin kak...semua ni ujian tuhan, mahu menilai iman dan kesabaran akak. Jangan cepat mengalah kak....”


Hartini memeluk tubuh majikannya erat. Dia tahu,majikannya sedang berperang dengan bebanan perasaan yang cukup getir....


            “Maafkan akak Tini....” 


Hartini hanya mengangguk.



...................................................................................................................



Irfan merasakan kepalanya sangat berat. Dia tidak berdaya langsung untuk bergerak.Otaknya juga gagal berfungsi untuk berfikir sudah berapa lama dia tidur. Dia dapat merasakan ada tangan lembut yang menyentuh dahinya tetapi matanya juga tidak berupaya untuk dibuka.


            “Badan Irfan masih panas lagi abang”


Itu suara mama!


            “Biarlah Irfan berehat. Mc ni saya akan hantar ke pajabat Irfan tengahari nanti...Saya dah call Dr.Syafik, katanya dia akan datang kejap lagi. Nanti awak comfirmkan dengan dia,demam Irfan ni makin teruk atau tidak...”

Suara papa....


            “Saya risau la abang, macammana kalau Irfan kena tahan kat wad?”


            “Ish! Yang awak nak risaukan kenapa?Kalau dekat hospital tu, lagi bagus penjagaannya, so..anak kita ni makin cepat untuk sembuh. Ok la, saya pergi dulu...Kalau ada apa-apa nanti, cepat-cepat call saya”


Irfan hanya dapat mendengar pintu biliknya ditutup perlahan. Namun, tangan lembut mama masih berada dalam gemgamannya.


            “Kesian anak mama! Mama doakan Irfan cepat sembuh...Mama masakkan bubur Irfan sekejap ye...”

Dahinya dikucup lembut. Terlalu bahagia dia rasakan, ternyata kasih sayang mama terhadap dia selama ini tidak pernah padam walaupun dia seringkali berdegil dengan kedua ibubapanya. Dia meraba sesuatu apabila teringatkan seseorang yang mungkin sedang menanti penggilan ataupun whatsapp daripadanya. Rindu benar dia untuk menatap seraut wajah dan kelembutan suara gadis itu....


            “Irfan cari apa sayang....”


Aduh! Mama masih ada lagi rupanya. Sangkanya, mama sudah menghilang ke dapur untuk menyiapkan bubur buatnya.


            “Fhone Irfan...” Terasa perit saat dia mahu menuturkan kata.

            “Nah...Emm,mama keluar dulu yea...Irfan jangan banyak fikir, rehat....”


Dia hanya diam. Tubuhnya masih tidak berupaya untuk memberikan tindak balas sewajarnya. Dia hanya boleh menggemgam erat handfhone bimbitnya itu. Berdoa agar Hartini sudi menghubunginya sebab dia langsung tidak berupaya untuk membuka mata. Namun, sekian lama menunggu, handfhone kepunyaannya masih sepi tanpa deringan. Tidak rindukah Tini pada aku? Tidak risaukah dia pada aku?


‘Aku tak tahu...Apa yang kurasakan...Dalam hatiku....’


Cepat-cepat dia mengangkat handfhone dan didekatkan ditelinga. Terima kasih Allah! Memakbulkan doa hambaMu ini...


            “Sayang....”


Walaupun sukar untuk bersuara, dia cuba gagahkan diri.


            “Assalamualaikum Irfan...Awak kenapa?”


Lembut dan bagaikan tidak bermaya suara itu bertanya. Risaukah Tini kepada aku?


            “Waalaikumussalam sayang, saya sakit”


            “Saya tahu, Kak Sofea whatsapp saya tadi....Awak ok tak ni? Nak saya datang jenguk awak?”


            “Dari semalam saya tunggu awak call”Irfan mula mengadu...Entah mengapa,bersama Hartini, jiwanya terasa lembut dan sikapnya juga agak manja....


            “Saya tak tahu awak demam....Maafkan saya”


            “Awak memang! Bukan nak call saya....Kalau saya tak call awak,sampai mati la awak tak akan call saya”


            “Irfan! Kenapa cakap macam tu?” Jiwa Hartini terusik. Memang benar, dia sangat jarang mahu menalefon pemuda itu.Menghantar whatsapp juga jarang-jarang dilakukannya sebab dia tahu setiap hari pemuda itu tidak pernah jemu untuk datang ke kedai.


            “Apa? Memang betul kan yang saya cakap...Awak bukannya sayangkan saya...” 


Macam saya sayangkan awak....Kata-kata itu hanya terluah di hatinya. Masih tidak berupaya untuk meluahkan kepada gadis itu.


            “Saya pergi tengok awak sekarang yea...Awak nak makan apa-apa tak? Kak Maisara bagi saya cuti hari ni...”


Hartini mahu mengubah topik. Dia tahu Irfan memang suka menguji hatinya...


            “Saya nak puding jagung yang awak buat...Ada lagi tak?” Irfan teringat tentang puding jagung yang tidak sempat dia makan dua hari lepas. Rasa terkilan tetap ada dalam hatinya.


            “Dah tak elok Irfan, saya dah buang...Nak buat lain tak sempat dah. Saya beli ye?” Hartini memujuk.

            “Saya nak yang awak buat”

            “Kan saya cakap tak sempat nak buat...Puding jagung tu bukan bila dah siap terus boleh makan, kita kena bekukan dia dulu....Saya beli ye?”


            “Kalau macam tu, tak payahlah!”


Tanpa sedar, suaranya dikuatkan. Hartini terasa hati tetapi dia tetap cuba bersabar dan memahami situasi yang sedang Irfan hadapi. Lagipun, perangai Irfan yang mudah naik angin memang sukar untuk dia ubah.


            “Awak....”


            “Cepatlah datang sini!”


            “Kata tak sihat, tapi masih bersemangat nak marah orang ye....” Hartini sekadar mahu mengusik tetapi talian sudah dimatikan oleh Irfan. Ish, kalau tak kerana Irfan sakit, rasanya mahu dia ke rumah Irfan dan ketuk kepala pemuda itu kuat-kuat! Orang mahu buat baik pun susah...Asyik nak marah je, tak faham lah!

..................................................................................................................

Takut-takut Hartini memberi salam. Entahkan betul, entahkan tidak alamat yang diberikan Maisara kepadanya.  Dia datang ke sini atas dasar seorang sahabat untuk menziarahi sahabatnya yang sakit. Tidak lebih daripada itu walaupun jauh di dasar hatinya ada rasa pelik yang bertamu kerana sudah dua hari dia tidak menatap wajah Irfan yang seakan mengundang perasaan rindu.


            “Waalaikumussalam....Emm...Ni mesti Tini kan? Masuklah”


Ramah wanita yang agak berusia itu menegurnya saat pintu rumah dibuka. Dia segera menghulurkan salam. Tangan itu menyambutnya mesra. Pasti ini ibu Irfan, mata mereka serupa!


            “Saya kawan Irfan makcik, dia macammana?” Senyum Puan Soraya mendengar pertanyaan itu. Malah, sejak daripada tadi,matanya tidak berkelip memandang tingkah Hartini. Manis sungguh! Siapakah gadis ini...Dimana dia dan Irfan bertemu....


            “Marilah makcik bawa Tini ke atas. Dia ada dalam bilik, masih tak larat nak bangun tapi dia dah boleh mula bercakap”


Hartini hanya mengangguk. Langkah kaki diatur mengikut derap langkah Puan Soraya. Cantik sungguh rumah ini! Bagaikan istana...Hatinya berbisik. Patutlah Irfan tidak lokek dengan duit, rupanya anak orang berada. Hartini mula merasa jauh...Berbeza benar kita berdua Irfan!


            “Irfan, Tini dah datang...Mama buatkan air dulu. Berbual la ye”


Puan Soraya berlalu. Pintu bilik dibiarkan terbuka luas. Hartini melangkah perlahan menghampiri Irfan yang masih kelihatan pucat. Tidak bermaya. Wajah itu cuba mengukir senyuman manis tetapi tidak semanis biasa.


            “Kenapa lambat? Tadi kata dah nak datang”


Belum sempat Hartini mahu membuka mulut, Irfan terlebih dahulu menyerangnya dengan soalan. Hartini mengukir senyum, tangannya membuka beg kertas yang dibawanya daripada rumah.


            “Saya tunggu puding jagung ni siap”


Tangannya mula membuka bekas yang dibawa.


Irfan terkedu. Sangkanya, dia mahu memarahi Hartini kerana hampir memungkiri janji...Penat dia menunggu, hampir empat jam!


            “Awak nak tak?”


            “Suapkan!”


 Irfan mengambil sudu yang telah tersedia di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya.


            “Awak ni kan...Kalau tak mengada-ngada...Boleh tak? Nanti mak awak nampak la”


Hartini menggigit bibir. Geram dengan tingkah Irfan yang semakin menjadi-jadi.


            “Mak saya tak kisah. Cepatlah Tini,dah dua hari saya tunggu puding awak ni” Irfan membuka mulut. Dengan keterpaksaan, Hartini mula menyuap Irfan puding jagung yang telah dipotong menjadi kecil-kecil.


            “Puding awak ni paling sedap di dunia! Nak lagi...” Irfan terasa sungguh bahagia. Hartini sangat baik dengan dia. Jarang gadis itu membantah kata-katanya. Malah, gadis itu kadangkala melayannya persis seorang suami....Dia senyum sendiri....


            “Amboi! Dah kena bersuap...Kenapa Irfan dera Tini macam ni?”


Mereka berdua tersentak. Puan Soraya tersenyum nakal. Suka benar dia melihat cara Hartini, gadis itu nampak baik....


            “Mana ada dera mama...Irfan kan sakit, so..Tini kenalah jaga Irfan”


            “Kenapa Tini kena jaga Irfan? Mamakan ada...”


Ish! Geramnya aku....Hartini memberi isyarat mata kepada Irfan. Meminta supaya pemuda itu tidak berlebihan dalam mengusiknya.


            “Tini, makan malam kat sini ye...Lagipun, sekejap lagi papa Irfan akan balik dari pejabat”


Hah? Kenapa dengan mama Irfan ni...Hartini senyum kelat. Irfan yang menyedari Hartini sudah serba salah mula menyampuk.


            “Ma...Tini tak boleh lama-lama, dia belum masak untuk adik-adik dan ayah dia. Lain kali kita boleh ajak dia”

 Irfan memohon pengertian daripada Puan Soraya. Dia kasihankan gadis itu....


            “Emm, mama baru nak berkenalan dengan Tini” Puan Soraya terasa hampa.


            “Makcik janganlah risau, lain kali kalau ada masa terluang, saya akan datang lagi ke sini ye”


            “Kalau Tini dah cakap macam tu,makcik nak buat macam mana...Mungkin tak ada rezeki lagi nak berkenalan denganTini, nanti jangan lupa sampaikan salam makcik pada ayah dan adik-adik Tini ye...”


Hartini mengangguk.


            “Lain macam je ma? Dah plan nak jadikan Tini menantu mama ke? Irfan ok je!”


Mendengarkan kata-kata Irfan, tanpa sedar Hartini membulatkan mata memandang Irfan yang seronok ketawakannya.


            “Kalau dah jodoh Irfan, apa salahnya....”


Lembut Puan Soraya membalas tetapi telah membuatkan Hartini dan Irfan terkedu....

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.