Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 60

Rafiq duduk di tiang surau dalam penjara. Seorang ustaz sedang memberikan sedikit ceramah pada mereka. Rafiq duduk termenung, seperti tiada apa–apa lagi yang dia boleh harapkan. Hanya menunggu hukuman yang telah jatuh. 


“Setiap manusia melakukan kesilapan, jadi kita sebagai hamba Allah perlulah bertaubat. Dan nekad tidak akan buat lagi sesuatu perkara itu. Tak kiralah membunuh, mencuri, meliwat. Kalau kita bersungguh–sungguh meminta keampuanan dari-Nya, Allah akan ampunkan. Kerana apa? Allah adalah maha pengampun. Jadi, bertaubatlah. Itulah jalan penyelesaian kepada pendosa seperti kita.” jelas ustaz Syamsul.


“Kalau dengan bertaubat, hukuman ni dapat ditarik balik tak apalah jugak. Tak ada gunanya bertaubat, aku tetap akan mati dihukum gantung.” sampuk Rafiq.


“Allah itu bersifat adil, setiap nyawa yang telah kamu hilangkan akan diganti semula dengan nyawa kamu. Tapi tugas kita di dunia ini adalah bertaubat selepas melakukan dosa yang bertimbun. Memohon keampunan dari-Nya. Supaya kelak kita tidak dilaknat oleh Allah kerana bersikap sombong seperti kita tidak melakukan apa–apa dosa.” balas Ustaz Syamsul.


“Allah ciptakan kita, kita ni hanyalah hamba. Di dunia ini kita hanyalah perantau. Mencari bekalan di akhirat. Setiap apa yang berlaku, kita perlu redha, kerana melawan takdir adalah dosa paling besar. Jadi, Rafiq kan? hukuman awak adalah gantung sampai mati, sebelum ajal tiba, awak taknak bertaubat ke? membuat ibadah sebelum maut menjemput?” 


Rafiq terdiam. Semua sudah menjauhkan diri kerana Rafiq seorang sahaja mempunyai kes membunuh. Mereka takut, dengan berdebat ini Rafiq akan membuat tindakan drastik. 


Sehinggalah tamat ceramah itu. Semua keluar dari surau kecuali Rafiq. 


“Sampaikan maaf aku pada Raudah, Khairul, dan Delya. Aku minta tolong sangat.” pinta Rafiq.


Ustaz Syamsul memandang Rafiq dengan penuh simpati. 


“Awak taknak jumpa mereka ke?” soal Ustaz Syamsul.


“Tak perlu.” balas Rafiq. 


“Ada 3 hari lagi sebelum hukuman. Pihak polis akan benarkan awak buat apa saja yang awak mahu. Berjumpa dengan orang terdekatpun mereka akan izinkan. Awak yakin taknak jumpa mereka semua?” Ustaz Syamsul cuba memujuk Rafiq.


“Aku tak layak jumpa diorang. Aku dah pernah cuba bunuh diorang, bunuh ahli keluarga diorang. Kau fikir diorang nak ke jumpa aku?” balas Rafiq.


Ustaz Syamsul memandang simpati pada Rafiq. Dia tahu, Rafiq sudah mula kesal atas kelakuannya. Tapi inilah hukuman bagi banduan seperti Rafiq, jika di mekah, dia akan dipancung. Kalau disini, dia akan digantung. Jalannya tetap sama, cuma cara yang berbeza. 


“Semoga Allah ampuni segala dosanya.” doa Ustaz Syamsul sebaik sahaja keluar dari surau.


________________________


“Rafiq..” panggil Datin Raudah apabila berjumpa di dalam satu bilik itu. Sehari lagi sebelum Rafiq dijatuhkan hukuman. 


“Rafiq sayang..” setitis air mata jatuh ke pipi. Raudah tidak mampu melihat keadaan anaknya. 


Rafiq mendiamkan diri. Dia tidak mampu untuk bertutur kata, terlalu banyak dosa yang dia lakukan. 


“Mama.. mama rindu Rafiq. Rindu sangat–sangat.” ucap Raudah. 


“Raf.. Rafiq minta maaf.” balasnya pendek. Wajahnya terus beralih memandang tempat lain. 


Hati Raudah sebak, mendengar ucapan maaf dari anaknya. Membuatkan dia lagi tidak sanggup untuk melihat anaknya mati. 


“Kalau boleh diputarkan masa. Mama akan jaga Rafiq betul–betul. Mama akan sayang Rafiq sepenuh hati. Takkan sesekali mama anggap Rafiq sebagai pembawa malang. Salah mama Rafiq, sepatutnya mama yang dihukum. Mama rindu sangat dekat Rafiq, ya Allah, permudahkanlah segala urusan antara aku dan anakku seorang, Rafiq.” ujar Raudah dalam hati.


Matanya merenung wajah anaknya yang sudah lama tidak dipandang. 


“Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Aku telah membunuh orang yang tidak bersalah. Aku rindu pada ibuku, tapi aku tak boleh luahkan. Ya Allah, aku rasa sungguh terseksa. Berilah aku kekuatan untuk berjuang hari ini dan esok sebelum nyawaku ditarik.” luah hati Rafiq. 


Dia sungguh kesal, air mata lelaki yang ditahan selama ini, akhirnya tumpah juga. 


“Maafkan mama Rafiq...” Tubuh itu terus dipeluk erat. Tak mampu melepaskan anaknya yang satu saja dimiliki. 


“Maafkan Rafiq... sebab jadi anak yang malang sehingga ke akhirnya.” balas Rafiq. 


Cukuplah hatinya menangis. Dia tidak mampu berkongsi duka pada ibunya. Duka yang tidak layak dikongsi kerana banyak nyawa hilang telah kerananya. 


_____________________


2 TAHUN BERLALU


“Sayang...” panggil Rayyan.  


“You nak apa?” balas Delya yang sibuk melukis. 


“Lukislah I pulak?” pinta Rayyan. 


“You... time I melukis je, you mesti mengada–ngada. Esok ada syarikat nak beli lukisan ni tau. So, I kena buat cantik–cantik.” balas Delya yang masih lagi fokus. 


“Your first night?” 


Terhenti jari Delya yang sibuk menari–nari di atas lukisannya. 


“I...” 


“When can we have first night sayang? I just nak lakukan tanggungjawab kita sebagai suami isteri. Dapat zuriat. Lagipun, I taknak you jadi isteri yang nusyuz.” pesan Rayyan. 


Bukan kerana nafsu, tapi kerana tugas mereka sebagai suami isteri. 


Delya kerling jam di dinding, menunjukkan masuk waktu 11 malam. Dia pandang Rayyan susah hati. 


“Kenapa pandang I macam tu? takut I ngap you ke?” soal Rayyan seraya mendekatkan dirinya. 


“Buat apa nak takut...” balas Delya lemah. 


“You... nak buat sekarang ke?” soal Delya. 


Rayyan berhenti. Dia tersengih kecil. 


“Sayang... you know kenapa I tak buat apa–apa pun selama ni. Sebab I tunggu you ready. Tapi salah I sebab pernah 'meminta' dulu. Tak pasal–pasal you jadi isteri nusyuz.” 


“Hmm...” itu saja dibalasnya. 


“Takpe, kalau sayang...” 


“Tunggu I siap lukisan ni.” jawab Delya ringkas. 


Rayyan terkaku, apa yang dimaksudkan dengan jawapan itu? 


_____________________


“Sayang?” panggil Rayyan apabila pintu dikuak. 


Matanya tertancap pada gaun tidur milik Delya, putih. Dan dia agak tergoda. Tidak pernah lagi Delya memakai gaun tidur semasa tidur dengannya. 


“Ehem...” dia membetulkan anak tekak apabila pandangannya ditangkap oleh Delya. 


“Harini... I rela hati. Jadi you jangan teragak–agak kalau nak buat sesuatu.” balas Delya.


“Ehem! I... I nak tidur.” balas Rayyan ringkas. Tapi jantungnya berdegup laju seperti kuda berkejaran. 


“Tapi you kata...” belum sempat Delya habiskan bicara. Bibirnya disambar oleh Rayyan.


Lama dikucup, akhirnya dilepaskan. 


“Sayang betul–betul rela?” soal Rayyan untuk memastikan isterinya. 


“Ya, I rela. Lagipun I isteri you. I kena beri zuriat untuk you supaya you bahagia.” 


“Its not just rela, tapi you. You okay ke?” soal Rayyan lagi. 


Delya angguk perlahan. 


Mulalah adegan malam pertama setelah 2 tahun hidup bersama. Delya dan Rayyan, dua insan yang mempunyai kisah berbeza. Namun, jika ditakdirkan mereka bersatu. Maka mereka tetap akan bersatu. 


Kisah Haris berakhir setelah mengidap penyakit kanser tahap 4. Penyakit yang telah lama disembunyikan. Walaupun terasa sakit untuk percaya, Delya harus menerima takdir yang telah ditetapkan. Cinta Haris hanya pada Delya seorang sehingga ke akhirnya.  


___________________________


“Sayang... bangun. Kata syarikat nak beli lukisan you.” kejut Rayyan selembut mungkin. 


“Taknak, I penatlah pasal semalam...” Delya mengeluh. 


“Eh, boleh taknak–taknak pulak? Ni buat tak ikhlas ke semalam? Nak buat lagi?” usik Rayyan. 


Automatik kelopak matanya terbuka. Tidak sanggup menerima usikan yang melampau itu. 


“Rayyan...” panggil Delya. 


“Tak adalah. I ni bukan laparkan nafsu macam lelaki dekat luar sana.” balas Rayyan. 


Delya menghela nafas panjang. Banyak perkara buruk yang dia fikirkan. 


Tiba–tiba jarak antara Rayyan dengannya semakin dekat. Automatik dia menjauh semula.


“Eh you ni. Siap cepat, I hantar you pergi galeri.” arah Rayyan. 


Delya diam. Dia memandang suaminya tanpa riak. 


“Kenapa?” 


“Nak drive sendiri.” balas Delya. 


“No sayang. Kalau you yang bawak, mesti drift habis. So, apa yang suami tak izinkan, jangan buat ya.” pesan Rayyan. 


Delya mengeluh berat. 


Lalu mengangguk setuju. 


“I love you.” ucap Delya dan terus keluar dari rumah itu. 


Rayyan tersengih sendiri. Lama–lama baru dia keluar dari rumah itu. 


______________________


“Sekarang ni, kita kena siasat tentang...” 


Tiba–tiba sahaja Delya muncul difikirannya. 


“Kita kena siasat tentang cinta...” 


Semua terkejut. Mereka pandang Rayyan, apa yang diterangkan sebenarnya? kenapa tiba–tiba jenayah ada kena mengena dengan cinta? 


“Cinta apa woi! Fokus! fokus!” Tengking Tuan Jaafar. 


Rayyan tertunduk malu. Boleh pula dia berangan. Tuan Jaafar sudah menggelengkan kepala, tak pernah–pernah orang profesional seperti Rayyan bertindak begitu. 


“Okay, namanya Adi... I love you too.” sekali lagi mereka terkejut. 


Tuan Jaafar sudah meraup kasar wajahnya. Bengang pula, sedang bincang kes bunuh, boleh pula dia meluahkan cinta. 


“Tuan! kami minta maaf, Rayyan baru lepas demam. Jadi fikirannya bercelaru sedikit. Boleh kita bincang kes ni nanti?” sokong Faiz dari tempat duduk yang agak jauh. 


“Demam apanya? kemaruk cinta je lebih! sebab tu saya kata jangan kahwin!” Tuan Jaafar terus bangun dan keluar dari bilik itu. 


“Kau kenapa? tak pernah–pernah buat perangai macam ni?” soal Faiz. 


“Sorry bro. Betullah, aku terlalu kemaruk cinta.” luah Rayyan. 


Faiz menggelengkan kepala. 


_____________________ 


“Sayang...” Rayyan mendekatkan dirinya. 


Delya menjauh. Dia tutup hidung dan mulut. Selepas itu buat gaya seperti hendak muntah. 


“Kenapa? I dah mandilah.” ujar Rayyan. 


“Sejak bila pandai tipu I ni? pergi mandi dulu!” tinggi suaranya membalas. 


“Ya Allah sayang, I dah mandi. Berapa kali I nak mandi?” balas Rayyan. Dia cuba pertahankan dirinya. 


“Jangan dekatlah. Busuk!” bentak Delya. 


“Eh you ni, dahlah you tetapkan jadual kena mandi 5 kali sehari. I dah buat, you tetap cakap I busuk?” soal Rayyan tak puas hati. 


“I kata busuk, busuklah! Nak I muntah dekat sini ke?...” Delya terus meluru ke sinki. Dan membuang segala isi perutnya. 


“Sayang! you okay tak?” terkejut Rayyan melihat isterinya. 


Setelah keadaan kembali normal. Rayyan duduk di meja makan. Dia mengambil tempat yang agak jauh dari isterinya, takut isterinya buat hal lagi. 


“Kita buat check-up?” soal Rayyan. 


“Check-up? kenapa pulak, you tengok I macam mengandung ke?” pelik Delya. Dia sendiri tidak rasa apa–apa. 


“Tak salah mencubakan?” 


“Hmm, yelah.” lambat–lambat, dia setuju juga. 


Keesokan harinya, mereka membuat pendaftaran dan masuk ke bilik apabila nama dipanggil. 


“Macam mana dengan isteri saya?” 


“Tahniah, isteri dah berisi, 2 bulan.” balas Doktor Amirah. 


“Berisi? isteri saya makin gemuk?” teka Rayyan. Dia langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh doktor itu. 


Doktor Amirah tergelak kecil. 


“Bukanlah, isteri encik dah mengandung 2 bulan. Tahniah ya.” ucap Doktor Amirah penuh ikhlas, dia tumpang gembira melihat pasangan yang bahagia. 


Delya kaku. 2 bulan? baru dia perasan, 2 bulan jugalah dia buat perangai pada Rayyan. Hanya dia yang tidak sedar. 


Rayyan? dia sudah tahu dia bakal jadi ayah. Perangai Delya sudah diselidik dulu oleh pakcik google. Tanda–tanda orang mengandung. 


___________________


3 TAHUN KEMUDIAN


“Daniel, jangan lari laju–laju. Nanti jatuh!” jerit Delya dari jauh. 


Sejak pandai berjalan, dia tidak pernah duduk. Tahu jalan aja!


Tiba–tiba bunyi siren polis berdekatan banglo mereka. 


“Rayyan!” jerit Delya lagi. 


“Apa sayang?” Rayyan berhenti memberi arnab makan, dia datang pada isterinya. 


“Ada jenayah datang sini ke? kenapa bunyi siren polis?” soal Delya resah. 


“Eh, you duduk sini diam–diam. I pergi tengok.” 


Rayyan mengambil langkah berjaga–jaga. Takut jenayah terus serang dia dari depan. 


Sebaik sahaja buka pagar, terlihat 6 biji kereta polis mengelilingi rumahnya. 


Seorang polis keluar dari kereta. 


“Tahniah Rayyan, akhirnya dapat jugak anak.” ujar Tuan Jaafar. 


Rayyan menghela nafas panjang. Dia lupa, dia yang menjemput satu balai itu untuk meraikan kenduri kesyukuran atas zuriat yang mereka dapat. 


“Tak sangka pulak Tuan datang ramai–ramai dengan pakaian seragam macam ni. Boleh kena serangan jantung isteri saya.” sindir Rayyan. 


“Kita sebagai anggota polis, penyiasat, detektif. Kenalah bangga dengan jawatan yang kita ada.” ujar Tuan Jaafar dengan lagaknya. 


Delya menahan ketawa yang hampir meletus. Tak sangka anggota polis yang dilihat serius pun boleh melawak? 


Seterusnya, datanglah keluarga belah Rayyan dan Delya. Apabila masuk ke dalam rumah, mereka kaku. Anggota polis pula? tidak duduk dari tadi. 


“Ehem–ehem!” Delya berdehem. 


“Maafkan kami jika membuat anda semua berasa tidak selesa dengan kehadiran...” belum sempat Tuan Jaafar habiskan ayat. 


Tengku Zana menyampuk. 


“Eh tak apa–apa, anggota polis pun orang biasa jugak. Duduklah.” pelawa Tengku Zana. 


Akhirnya mereka duduk juga dengan tersipu–sipu malu. 


“Sebenarnya, ada dua perkara sebab saya buat kenduri kesyukuran ni.” ucap Rayyan. 


“Bangun sayang...” Dia hulurkan tangan, Delya sambut huluran itu lalu berdiri di sebelahnya. 


“Sebenarnya, mama, papa. Mummy, Daddy dan semua anggota polis. Kami sedang menjaga lagi satu cahaya mata.” ujar Rayyan lalu memandang perut Delya yang belum kembung itu. 


“Wow, tahniah bro! Power eh!” kata–kata itu mengundang segan pada pasangan di hadapan mereka dan semua yang hadir ketika itu. 


Delya dan Rayyan tidak lekang senyumannya. 


Tengku Zana dan ahli keluarga lain, sangat bahagia mendengar berita itu. Bukan sahaja hadiah untuk Delya dan Rayyan, malah hadiah untuk mereka juga. Setelah lama berjuang, akhirnya bahagia dua buah keluarga ini. 


Walaupun banyak kehilangan orang tersayang, percayalah. Akan ada bahagia dalam hidup kita kerana Allah itu maha Adil. 


Tamatlah sudah kisah Delya dan Rayyan. Tamat juga dendam Rafiq dan Datin Raudah juga sudah bahagia walaupun hidup bersendirian, dia mula bergaul dengan masyarakat. 



TAMAT.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.