Home Cerpen Umum BARU 2 BULAN COUPLE DAH PUTUS
BARU 2 BULAN COUPLE DAH PUTUS
HAAFIQAH IRUAN
5/8/2018 00:39:13
2,077
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

"Baru couple dua bulan dah break."


Sakitkan ? 


Ya, memang sakit ! Tapi lagi sakit bila 2 tahun couple. Sudah jumpa. Sudah keluar berdua, makan sama-sama. Sudah tahu dia jenis macam mana. Sudah tahu dia suka warna apa. Sudah kenal keluarga masing-masing. Hampir semuanya sudah diambil tahu. Yang paling penting, sudah terbiasa dapat ucapan selamat malam sebelum tidur dan morning wishes waktu pagi tiba-tiba semua itu sudah tak ada lagi. 


Pagi, petang, siang, malam boleh dikatakan 24 jam sehari walaupun jauh tapi jarak mendekatkan kita. WhatsApp, on call kita lakukan hari-hari dengan dia tiba-tiba hari ini, senyap. 


Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja ungkap kata putus. Memang perit! Kita cari  dimana salah kita ? Kita mencari dimana kekurangan kita ? 


Hilang selera makan. Moody 24 jam. Asyik ternanti-nanti WhatsApp dari dia. Asyik tertunggu panggilan dari dia. Siap boleh ingat jam dan minit ke berapa dia call tapi hari ini ??? Senyap ! Air mata masih mengalir. Hati dalam badan kalau boleh dilihat, mesti dia sedang menangis darah. Lemah satu badan. Tak larat hanya kerana sakitnya putus cinta.


"Bukan mudah untuk melepaskan orang yang kita sayang."


Ya, betul. Aku tahu bukan mudah untuk melupakan orang yang sudah bertahta dalam hati kita sekian lama akhirnya dia pergi lagi-lagi bila orang itu adalah orang yang paling kita sayang dan sanggup lakukan apa sahaja demi dia. 


Berharap dia menjadi milik kita buat selamanya, tapi... silap. Tersalah jodoh rupanya. Perit!


Menangis lagi. Menangis lagi. Menangis lagi.


Lepastu ternampak pula orang lain dengan pasangannya sudah hampir sepuluh tahun couple masih bertahan. Tapi kenapa aku baru dua bulan sudah putus ???


Adakah aku tak pandai jaga hati dia ? Adakah aku tak reti layan dia ? Adakah aku sebenarnya hanya boneka permainan dia ?


Bukan ! Bukan ! Bukan !


Semua yang kau fikirkan itu adalah TIDAK BENAR. Ada sebab kenapa kau putus dengan dia.


Jangan salahkan diri. Jangan terus menerus mencari kesalahan sendiri sebaliknya ambil iktibar daripada apa yang berlaku.


Mungkin bila putus dengan dia, kau tak perlu sesakkan kepala hanya untuk memikirkan dia. Lagi-lagi bila dia selalu menyakitkan hati kau. Buat salah kecil saja bergaduh macam buat salah besar. Panas baran lagila satu hal. Salah sikit saja marah. Salah sikit saja melenting. 


Biarkan dia. Lepaskan dia. Dia memang tak sesuai untuk kau yang merupakan seorang yang sangat baik. Dia memang tak layak untuk kau yang punya hati yang suci.


Mungkin juga hikmah dia, lepas ni kau akan lebih berhati-hati dalam memilih dan menerima hati. Kalau dia sebenarnya bukanlah pasangan idaman, bermaksud kau masih punya peluang untuk mencari seseorang yang jauh lebih baik dari dia. Dalam erti kata lain, pasangan yang kau selalu bayangkan dalam angan-angan.


Atau mungkin...


Tuhan sedang menyiapkan seseorang yang jauh lebih baik dari dirinya buat dirimu. Tiada siapa yang tahu.


Jadi, kalau kau rasa couple baru sebulan, dua bulan, lima bulan terus putus itu adalah masalah besar sebenarnya itu hanyalah masalah yang tak perlu difikirkan. Kerana putus masa couple lebih baik daripada putus bila sudah bernikah.


=================================


Ps :


Lelaki : Kalau kau tak bersedia untuk menghalalkannya, jangan sesekali memberi layanan istimewa. Jangan sesekali menabur kata yang hanya akan menyakitkan jiwa.


Persiapkan dirimu, dan bila kau sudah yakin dan bersedia untuk bernikah dengannya ajaklah dia dengan cara yang paling diredhai olehNya.


Perempuan : Kalau kau tak bersedia untuk bernikah, jangan sesekali cuba menyentuh hati atau menerima hatinya. 


Untuk apa kau jalinkan hubungan dengan dia kalau bukan untuk bernikah dengannya ?


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.