Home Cerpen Seram/Misteri HISTERIA
HISTERIA
CeepahRay
17/7/2018 13:27:06
2,780
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

HISTERIA by Ceepah Ray 

BASED ON TRUE STORY.



Kejadian ini berlaku pada tahun 2006. Masa itu saya tingkatan 5 dan wakil sekolah ke peringkat bahagian sukan sekolah. Kami berkampung di sekolah ****** selama 1 minggu. Sepanjang kami berada di sana kami ditempatkan di kelas sebagai tempat penginapan bersama wakil daripada sekolah-sekolah lain.


Tidur beralaskan tilam gimnastik dan meja. Kenangan yang sangat indah ketika itu. Pada malam pertama dan kedua belum ada apa-apa gangguan yang berlaku.

Masuk pada hari ke-3 kami di sekolah tersebut, pada waktu petang selepas acara habis kami balik ke kelas untuk berehat, mandi dan bersiap sedia untuk makan malam.  Sekolah kami sediakan tukang masak....hihihi..

Abang-abang Pengakap lah yang masak untuk kami... 


Masa itu kami syok-syok tengah ketawa-ketawa bercerita, tiba-tiba kami terdengar orang riuh rendah di kelas bawah. Waktu itu menunjukkan masuk maghrib. Kami pun perhatikan dari tingkap kelas tersebut apa yang terjadi di bawah. Yang kami nampak ada 3 orang budak perempuan berlari keluar dari kelas dan 10 minit kemudian kami lihat mereka di angkat (pengsan) semula ke kelas. Kami pun jadi tidak tentu, perasaan takut itu mula menyelubungi diri masing-masing.


Tengah syok tengok di tingkat bawah tiba-tiba seorang budak dalam kumpulan kami menangis sambil memeluk saya. Saya mula panik, tetapi kena jadi berani kerana saya adalah antara yang paling senior di antara kami. malu lah dengan adik-adik kan?. hihihihi... Perlahan-lahan saya memujuk adik tersebut agar menceritakan kenapa dia menangis sambil tunjuk ke arah atas atap kelas d block sebelah. 


Setelah puas di pujuk, akhirnya adik itu menceritakan apa yang dia nampak tadi.


Sementara menunggu jawapan dari adik itu, macam-macam perkara berlegar di dalam fikiran saya. Jantung saya berdebar-debar. Rupanya apa yang adik itu nampak adalah sama seperti apa yang ada di dalam fikiran saya.


Adik itu melihat CIK PON sedang memandang kami di tingkap. Adik itu melihat CIK PON keluar dari kelas bawah tempat budak pengsan tadi. 


Selepas saja adik itu menceritakan bahawa dia melihat CIK PON,dia terus menjerit HISTERIA .saya mula panik. Saya terus menjerit minta pertolongan dari pelajar lelaki dari sekolah saya...hehehehe...Dan.... Suami saya adalah salah seorang daripada mereka. Selama 5 minit adik tersebut histeria. Tidak lama selepas itu di sambung oleh kawan saya pula. Lebih menyeramkan apabila suara kawan saya berubah menjadi suara lelaki dan airmatanya berwarna hitam dan hanya mengalir sekali sahaja. Ini merupakan  pengalaman pertama saya melihat orang terkena histeria.


Selepas Ustaz  berjaya tenangkan kawan saya, tiba-tiba terdengar lagi jeritan dari kelas sebelah iaitu peserta dari sekolah lain. Kejadian sambung menyambung jeritan itu berlaku hampir setengah jam. Pada malam tersebut, kami semua tidak lena tidur dek kerana kejadian tersebut. Dan pada keesokkan hari semua peserta tidak bermaya untuk meneruskan acara masing-masing. 


Malam terakhir kami berada di sekolah tersebut. Hujan turun dengan lebatnya. BLACKOUT. Tempat memasak abang-abang Pengakap gelap gelita. Adik yang melihat CIK PON berada dekat dengan saya dan tidak pernah lepas dari saya. Di saat kami duduk dalam keadaan yang gelap gelita yang cuma berbekalkan dua batang lilin dan cahaya lampu suluh, dengan tiba-tiba adik itu berbisik " Kak, benda itu sedang melihat ke arah kita, dan sekarang benda itu berada dekat tangki air sambil memerhatikan kita" 

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu apa perasaan saya ketika itu. Perasaan ingin menangis pun ada. Akan tetapi, saya harus kuat demi adik-adik tersebut. 


Ketika dalam perjalanan balik, suami saya menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada malam pertama dan malam kedua ketika kami berada di sekolah tersebut.

Pada malam pertama, suami saya ada melihat lembaga hitam berlegar-legar di koridor kelas tersebut. Manakala pada malam kedua pula suami saya melihat ada bebola api di koridor itu.


Korang mahu tahu apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? 

KERANA pelajar daripada wakil sekolah lain yang duduk di kelas bawah bermain SPIRIT OF THE COIN pada waktu maghrib. 


Pengalaman ini saya ingat sampi sekarang


TAMAT.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh CeepahRay