Home Cerpen Seram/Misteri PINDAH
PINDAH
Zie Saila
11/4/2019 12:29:46
2,956
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

“Mon... Aku rasasemacam la rumah kita sekarang ni,” gerutu Leha.

 

“Kenapa Leha?” SoalMaimon, hairan.

 

“Entahlah. Selamakita tinggal kat sini, aku tak pernah pulak rasa macam ni. Tapi sejak dua tigabulan ni aku rasa semacam la,” tutur Leha lagi. Maimon hanya terlopong.

 

“Aku rasa macam adamakhluk lain yang tinggal kat rumah kita ni. Tiap kali duduk di sofa, aku akanrasa macam ada benda duduk di sebelah. Tiap kali nak tidur pun, aku rasa macamada benda lain tidur kat sebelah aku,” sambung Leha sambil mengurut belakangtengkuknya yang mula meremang.

 

Maimon termenungseketika. Sebenarnya sejak dua tiga bulan lepas pun dia sudah merasa perkarayang sama. Setiap malam jumaat pula, pasti bulu romanya meremang. Dia selaluterdengar suara mendayu-dayu dari dalam biliknya. Dan setiap kali itulah diaakan merasa seram sejuk seperti mahu demam.

 

Namun dia tidakpernah menyuarakannya kepada Leha. Dia risau sekiranya Leha akan berasa takut.Rupa-rupanya Leha juga sepertinya. Dapat merasakan kehadiran makhluk lain dirumah itu.

 

“Mon, Mon! Kautengok tu Mon!” Jerit Leha tiba-tiba.

 

Maimon cepat-cepatmemandang ke arah yang ditunjukkan oleh Leha.

 

Terbeliak mataMaimon apabila melihat set sofa mereka bergerak sendiri seperti ada seseorangyang mengalihkannya.

 

“Mon, aku dah taknak tinggal kat sini la Mon. Jomlah kita pindah,” rayu Leha.

 

“Kita nak pindah kemana Leha?”

 

“Mana-manalah Mon,asalkan kita tenang. Boleh gila aku, kalau asyik kena ganggu macam ni.”

 

Puas Maimonberfikir. “Takkanlah nak pulang ke kampung pulak,” bisiknya sendirian.

 

“Jomlah pindahMon,” pujuk Leha lagi.

 

Akhirnya maimonterfikirkan sesuatu. “Ha! Apa kata kita pindah ke rumah lama kita. Nak?” CadangMaimon.

 

“Alaa... rumah tudah ramai la Mon,” bantah Leha.

 

“Tak apalah Leha.Kita tinggal kat situ sementara je. Lepas tu, kalau dapat rumah lain kitapindah la,” ujar Maimon.

 

Leha berfikirsejenak. Rumah lama mereka memang telah ramai penghuninya. Sekiranya ditambahmereka berdua, akan jadi lebih sesak. Namun untuk tinggal lebih lama di situ,dia tidak sanggup. Akhirnya Leha menyatakan persetujuannya.

 

Kedua-dua merekamemasuki bilik. Tingkap bilik yang tadinya bertutup rapat, dibuka segera.Lantas kedua-dua mereka terbang melayang menuju ke sebuah bangunan tinggal yangtidak jauh dari situ.

 

Di rumah yangditinggalkan, kelihatan sepasang suami isteri sedang mengalih sofa di ruangtamu. 


“Nak buat apa nibang?”  Tanya si isteri.


“Saja nak tukar position.  Dah tiga bulan kita pindahkat sini, bosan pulak tengok sofa ni di tempat yang sama,” jawab si suami.

 

-  TAMAT -

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zie Saila