3,675
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Teori Realiti

Ianya satu pagi yang indah. Gina yang beradadi sebelah kananku sedang memandu dengan kadar 60 kilometer sejam. Arah tujuankami ketika itu adalah Kafe Dr Love yang terletak di Petaling Jaya.

     Sambil berbual-bualdengan Gina, aku menyelak helaian jurnal berwarna merah yang berada ditanganku. Aku telah menghabiskan malamku dengan menelaah jurnal itu. Di dalamjurnal itu, aku coretkan segala yang aku lalui sepanjang lima tahun yang lalu.Saat suka, duka, pahit, manis dan tragis semuanya aku catatkan di situ.

     Menyelak jurnal itumembawa aku lari sebentar dari realiti yang mengelirukan dan kembali ke masalampau. Aku sebenarnya berada dalam dilema. Aku perlu membuat keputusan.Berkali-kali kata-kata ini bergema di dalam fikiranku 'apa jua yang berlakupada masa akan datang adalah apa yang aku putuskan pada hari ini'. Seseorangpernah memberitahuku bahawa kehidupan adalah guru yang terbaik bagi setiaporang. Berbekalkan jurnal yang dipenuhi dengan memori itu, aku menolehkebelakang untuk membantuku mencari jawapan. Dalam kata lain, aku merujukkepada guru yang selama ini setia berada di belakangku.

 

     Jam ketika itumenunjukkan pukul sembilan lima minit pagi. Kebiasaannya, Dr Love dibuka padajam sembilan setengah pagi dan Allly, si tuan kedai akan datang satu jam awaluntuk membersih dan mengemas apa yang patut.

     Aku selalu datang keDr Love apabila ada masa lapang. Kebetulan pula, aku kenal rapat dengan Ally,pemilik kafe yang sentiasa menanti kehadiranku dan rakan-rakan. Selain memberisokongan kepada kafenya, aku dan yang lain selalu datang ke situ kerana menyenangipersekitaran kafe itu. Rekaannya menarik dan yang paling penting, makanan danminuman yang dihidangkan di situ kena dengan selera kami. Harga yang dikenakanjuga berpatutan.

     Aku dan Gina sudahmerancang untuk menikmati secawan teh panas dengan tenang pada pagi itu di DrLove. Namun, rancangan itu nampaknya terganggu apabila kawan kami yang bernamaJulia datang bersama-sama dengan ceritanya yang menggemparkan.

 

"Habislah aku Ally! Habislah aku Gina!Habislah aku Marina!" kata Julia sebaik sahaja dia datang ke meja kami.Wajahnya nampak runsing.

"Kenapa? Apa yang terjadi sebenarnyaJulia?" tanya Ally. Kami bertiga menunggu penjelasan dari Julia.

"Ally. Kau masih ingat dahulu aku adaberitahu tentang Sam dan bisnesnya yang baru bermula itu?" tanya Julia.

"Ya..." jawab Ally mengangguk."Kenapa Julia? Ada apa-apa yang tidak kena dengan bisnes itu?"

"Baiklah. Aku sebenarnya ada pinjamkansejumlah wang kepada Sam..."

"Berapa banyak yang kau beri padaSam?" tanya Ally.

"Adalah dalam... satu ratus ribu"

"Wow!" aku, Gina dan Ally salingberpandangan.

"Banyak sangat jumlah wang yang kauberikan itu Julia..." kata Gina.

Julia terdiam. Dia menunduk. Kerisauan nampakjelas pada wajahnya.

"Aku hanya ingin membantu dia Gina. Akuyakin dengan idea dia. Aku mahu menjadi rakan kongsi Sam demi masa depan kamibersama. Sebab itu aku sanggup mendahulukan wang sebanyak itu untuk Sam."

"Adakah Sam sendiri yang meminta kauuntuk meminjamkan wang sebanyak itu kepadanya?"

"Tidak Gina. Pada awalnya, semasa diabercerita tentang idea bisnesnya itu, aku sendiri yang ingin menjadi rakankongsinya. Dia kata jika aku berminat, aku boleh sumbangkan modal dalam duapuluh peratus. Namun, aku dengan sukarela memberikan modal sebanyak itukepadanya sebab aku benar-benar yakin dengan ideanya. Aku ingin lihat ideanyaitu direalisasikan dengan jayanya!"

Melihat kepada situasi itu, aku terfikirbagaimana agaknya Julia boleh terjerumus ke dalam permasalahan itu. MengenaliJulia, aku tahu dia melakukannya kerana percaya dan sayang kepada Sam. Sepanjangaku berkawan dengannya, aku dapat melihat yang kadang - kala dia lebihmementingkan orang lain daripada dirinya sendiri. Terutama sekali mereka yangistimewa di dalam hidupnya.

"Okey. Tetapi apa yang terjadi? Apa yangmembuatkan kau runsing sebegini Julia?" tanyaku pula.

"Beberapa hari yang lalu, selepas sebulanperniagaannya itu dibuka, aku dengar cerita dari kawannya, pihak berkuasa akanmengenakan tindakan ke atasnya"

"Ha? Kenapa pihak berkuasa inginmengenakan tindakan ke atas Sam?" tanyaku lagi.

"Kerana dia melanggar undang-undang. Akupun kurang pasti apa dan kenapa. Aku perlu mendapatkan penjelasan dariSam" jelas Julia. Dia berhenti seketika sebelum menyambung penjelasannya"Jika apa yang aku dengar itu betul, ada kemungkinan yang perniagaannyaitu akan ditutup dan dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Diamungkin akan disaman. Apabila itu berlaku, Sam sudah pasti tidak dapatmemulangkan semula wang yang dipinjamnya itu dalam masa yang terdekat. Habislahaku. Wang yang aku berikan kepadanya itu adalah ambilan dari perniagaan aku.Habislah aku! Wang lebihan yang ada pula hanya cukup untuk perbelanjaan hariansahaja..."

"Huh!" Ally mengeluh. Diamenggeleng-gelengkan kepalanya. Dia nampak sukar untuk mempercayai apa yangbaru didengarnya.

"Kau sudah berbincang dengan Sam tentangperkara ini?" tanya Gina.

"Belum lagi. Aku menunggu dia memberitahuhal ini dari mulutnya sendiri" kata Julia.


     Aku bersimpatidengan Julia. Aku faham akan kerisauannya. Kehadiran Julia pada pagi itu secaratidak langsung membuatkan aku terfikir akan nasib diriku.

     Aku mengambil bukujurnalku itu dan membaca ayat-ayat terakhir yang aku tulis sebelum akumenyambung catitanku tentang Julia.

    Jika aku kurang jelas dengan konsep takdir sebelum ini, menyelak kembali jurnalini membuatkan aku mula memahami bagaimana ianya berputar dalam kehidupan kita.Takdir ditentukan, keinginan dan harapan diluahkan, petanda diberi dan tindakanperlu diambil. Takdir punyai banyak sisi yang memungkinkan kita untuk memilih.Kita sentiasa diberi pilihan dan setiap seorang dari kita bertanggungjawab keatas kehidupan kita dalam realiti yang penuh misteri ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.