3,428
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab Status 2
SENYAP ATAU MELAWAN? - Akur lebih baik.

Ni kisah hidup saya. Lepas je habis SPM, hati meronta-ronta tak nak ambil STAM. Diuji dengan sampai surat tawaran dari UniSZA. Tengok kawan2 seorang demi seorang meninggalkan bangku sekolah. Nak masuk U..! Tapi umi cakap, rugi kalau masuk U sekarang. Tua di U la. Orang ambil STAM dah boleh grad, kita masih di tahun 2. Ok. Saya akur dengan umi.

Tahun 2011, dengan umur saya 19 tahun..saya diterima masuk USIM untuk Ijazah Sarjana Muda Quran Multimedia. Tapi sebelum tu, belajar sekejap kat KUIN dan berhenti bila tawaran USIM sampai. Kat sini, ujian belajar itu biasa..ujian dalam persahabatan itu biasa..tapi apa yang tak biasa bagi saya ialah saya masih tidak memiliki lesen memandu. Di saat kawan2 lain pergi sana sini sama ada dengan kenderaan sendiri atau sewa..saya masih perlu bergantung belas ihsan kawan2 untuk pergi ke sesuatu tempat. Leceh dan menyusahkan kawan2. Ada kawan2 tanya kenapa awak tak buat lesen? Senang. Mak awak mesti manjakan awak kan..anak sulung perempuan..dia tak harap la tu. Dia tak percayakan awak.

Salah. Itu salah. Sebab keluarga saya tak cukup duit nak buat lesen memandu. 1k itu besar bagi kami. Sampailah saya di tahun 4, semester praktikal. Sengaja saya pilih tempat praktikal dekat dengan rumah untuk menjimatkan kos sara hidup. Bila tinggal di kampung, PTPTN untuk semester tu sebanyak 2k tak digunakan. Saya sudah berhajat untuk guna wang itu untuk membuat lesen memandu tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Adik saya perlukan duit untuk buat umrah sekaligus temuduga kemasukan universiti di Mekah dan Madinah. Umi cakap, kakak bagi la duit tu dulu pada adik. Umi tak cukup duit. Saya akur saja. Saya sayang adik saya dan kami berdua tak pernah berkira hal duit.

Majlis konvokesyen ke-13 USIM, majlis yang sepatutnya saya hadir meraikan kejayaan menamatkan pengajian ijazah saya, terpaksa dilupakan. Segala dokumen dan sijil ijazah...kawan2 yang tolong ambilkan bagi pihak saya. Terima kasih bagi semua yang tolong saya berkenaan hal tu.

Kenapa tak pergi konvo? Sebab pendaftaran untuk Ijazah Sarjana menanti di bulan 12. Saya lebih suka gunakan duit tu untuk bayar yuran pengajian baru di UniSZA. Konvo hanya naik pentas, tangkap gambar, happy2 dengan family..sedangkan benda tu tak bermakna bagi saya kalau saya berkonvo seorang diri tanpa parents di sisi. Jeles tahu? Lebih baik saya jaga hati sendiri. Masa ni, saya diasak dengan pertanyaan dari segenap penjuru termasuklah kawan2 dan ahli keluarga lain. Biarkan saja.

Kenapa saya tak melawan je? Fight for your freedom orang cakap. Masuk U lepas SPM, lesen memandu, konvokesyen..semua tu boleh diperjuang kan?

Sebab saya tak sampai hati nak tolak hasrat parents. Kalau dah mereka mahu saya masuk U dengan STAM, ikutkan aje. Mereka perlukan duit untuk benda lagi penting dan terdesak, berikan. Mereka tak boleh travel jauh, fahamilah. Apa yang penting, ibu bapa tak usah dilawan selagi mana tak menyalahi syariat. Nak jadi anak soleh/solehah kan? Sabarlah.

Memang sabar itu adakalanya menyakitkan, tapi fikirkan ganjaran pahala yang Allah beri kepada kita kerana taat pada ibu bapa. :)

Sekian dulu. Salam dhuha 4 Dec 2016. 9.00pagi.

~Nur Ilham Al-Hafizah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh