Home Alternatif Islamik Hidayah Milik Allah
Hidayah Milik Allah
Faiq Danial
4/8/2016 02:58:13
2,708
Kategori: Alternatif
Genre: Islamik
Senarai Bab
Cerita yang aku akan sampaikan di bawah jangan disalah takfsir pula.Cerita ini bukan berniat untuk membangga-banggkan diri kerana dosa dan bukan pula untuk menyakiti hati sesiapa.Kalaulah ada terkena kepada sesiapa,ini semua hanya kebetulan sahaja.Kisah ini pengajaran untuk semua orang termaksuklah diri aku sendiri.Terpulang pada korang sama ada nak percaya atau tidak.Aku tidak rugi apa-apa.Cerita ini terhasil daripada pemikiran dan pengalaman yang ingin aku lontarkan.Tapi aku malu kerana aku rasa belum cukup untuk buat orang percaya yang 1+1=2

Tahun 2014 merupakan tahun yang sukar untuk aku lupakan.Tahun itu juga merupakan kenangan pahit yang menimpa kepada diriku,yang aku akan ingat hingga ke hembusan nafas yang terakhir.Peristiwa itu berlaku setelah aku tamatya sesi persekolahan.Pada masa yang sama,aku juga merupakan budak lepasan SPM.

Aku merupakan seorang remaja lelaki yang masih mentah,belum cukup ilmu agama,lelaki yang masih belum tahu erti kehidupan,walaupun setelah 18 tahun hidup di atas bumi yang nyata.Biarlah orang nak kata aku ni dah gila dan buang tabiat sebab aku ragu-ragu akan agama aku sendiri iaitu agama ISLAM.Dunia pada zaman sekarang,ramai sangat manusia bertopengkan syaitan.Nama saja Islam tapi perbuatan tidak menunjukkan dia seorang Islam. ISLAM?,Tapi tidak SOLAT. ISLAM?,tapi tidak memakai TUDUNG. ISLAM?,tapi tidak PUASA pada bulan Ramadan. ISLAM?tapi tidak tahu membaca Al-Quran. ISLAM?,tapi minum arak seperti bayi yang kehausan susu ibunya.ISLAM?Tapi melakukan maksiat.Jika perempuan itu mengandung?apa yang mereka lakukan?Adakah itu Islam yang sebenar?Adakah itu merupakan agama yang suci?Agama yang dikatakan agama tuhan?Agama yang tenang?Terimalah hakikatnya,Itulah tanda-tanda dunia akhir zaman.Manusia tidak lagi berasa malu atas perbuatan keji malah bangga perbuatannya itu dilakukan secara terang-terangan.Sedar atau tidak ,Allah mencabut ilmu agama seseorang secara pelan pelan.Dalam kehidupan seharian aku,aku hanya ada satu matlamat. Aku hidup di dunia ini bukan untuk berfoya-foya.Matlamat aku di dunia ini ialah untuk bekalkan pahala yang cukup sebelum aku meninggalkan alam dunia ini apabila tiba ajalku nanti.

Jam di dinding telah menunjukkan pukul 2.00 pagi,Aku masih terlantar di atas katil di bilik tidurku,sedang berfikir tentang agama dan kewujudan tuhan yang selama ini aku menganut,Pada ketika itu,semua ahli keluarga aku biasanya sudah tidur nyenyak di bilik masing-masing,lagi-lagi pada waktu itu sudah lewat malam.Tidak terkecuali juga orang gaji aku yang biliknya berada di sebelah bilik aku sahaja.Aku tidak boleh tidur dengan tenang,disebabkan hati meronta-ronta memaksa otak untuk berfikir tentang kewujudan tuhan.Fikiran aku pada masa itu bercelaru.Berfikir panjang sama ada perbuatan aku ini betul atau salah.Sebab aku tahu,memilih agama bukan sesuatu yang boleh buat main-main,Ia boleh menunjukkan siapa diri kita yang sebenar.Sama ada yang baik mahupun yang jahat.Aku bermonolog seorang diri.”Betul ke agama Islam ni Agama yang terbaik bagi aku?.Apa bukti yang Agama Islam ini merupakan Agama yang suci dan merupakan agama tuhan?.”Lantas aku mencapai handphone aku untuk melayari internet untuk tujuan mecari kebenaran berkaitan isu agama.Aku melayari google dengan bertajuk ‘’Truth about Islam’’

“False about Islam”.Itulah tajuk pertama yang keluar dari google setelah aku tekan search.Lain yang kita cari,lain pula yang keluar.Dari page 1 sampai page yang lain,tak ada satu pun tajuk truth about Islam.Semua yang ada Cuma tajuk Truth about Cristian dan False about Islam.Tanpa membuang masa,dengan bisikan iblis yang berjaya mempengaruhi aku.Aku terus membaca artikel tersebut.’’Shit!,benda apa yang aku baca ni?’’ aku bermonolog seorang diri.Aku terkejut kerana penjelasan-penjelasan yang mereka tulis di dalam article tersebut boleh merosakkan iman seseorang termaksuklah diri aku sendiri.Aku tak dapat nak ingat semua point yang ada dalam article tu.Tapi aku masih ingat beberapa point yang aku tak akan lupa hingga sekarang.Cuba korang perhatikan betul-betul,Bertapa bijaknya orang-orang kafir cuba untuk menyesatkkan umat Islam melalui media massa.Kalaulah iman korang tak kuat masa korang baca artikel tu,pada pendapat aku lah.Aku rasa mungkin korang akan hanyut ke jalan orang-orang yang sesat.Aku akan ceritakan pada korang hanya satu point dari artikel tersebut.Aku malas nak ceritakan yang selebihnya.Aku risau korang akan fikir benda yang bukan-bukan.

Allah menciptakan segala sesuatu dengan berpasangan.Dalam Al-Quran ada tulis.Okay,maksudnya.Pasangan seorang lelaki semestinya dengan seorang perempuan.Kalau lembu jantan pasangannya pula dengan lembu betina.Simple kan?Bagaimana pula dengan bakteria,kulat dan tumbuh-tumbuhan yang membiak secara ‘’asexual’’.Ada ke bacteria jantan dan betina?Ade ke virus jantan dan betina?Senangkan cerita,kita sebagai makluh tuhan tak setanding langsung dengan ilmu Allah.Ilmu manusia ni ada batasanya.Kita boleh mengira berapa kelajuan bumi berputar atas paksinya. Kita masih lagi mampu untuk mengira berapa banyak duit yang kita ada dalam bank.Bolehkah kita mengira berapa butir pasir yang ada di persisiran pantai?i Mampukah kita untuk mengira berapa bintang-bintang yang ada di angkasa?Kalaulah kau merupakan orang yang terpandai di dalam dunia,kau mampu bercakap pelbagai bahasa seperti bahasa inggeris,melayu,mandarin,arab,tamil dan lain-lain.Kau juga mampu menterjemahkan bahasa Sanskrit.Bahasa Indo-Eropah yang paling tua.Tapi mampukah kau menjelaskan maksud Alif Lam Mim pada ayat pertama surah Al-Baqarah di dalam Al-Quran?

Selepas saja aku membaca artikel tu,rasa ragu-ragu dalam diri aku semakin bertambah.Aku serabut,aku pening,aku stress,aku tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik.Aku rasa sangat bersalah,Apa akan terjadi kepada aku kalau keluarga aku tahu tentang ni?Adakah mereka akan terima aku sebagai seorang anak?Adakah mereka berasa jijik mendapat anak yang macam ni?Lantas aku mencapai handphone untuk menceritakan kepada kawan baik aku untuk memberi nasihat.Pada masa tu aku tak ada kredit,so aku cuma hanya mampu whatsapp.

“Afiq.oo Afiq,tolong aku wey,aku minta jasa baik hang untuk tolong aku kali ni,aku serabut ni,aku rasa aku dah ragu-ragu pasal agama’’.Afiq Fauzie,kawan baik aku dari sekolah menengah.Aku memang anak jati kedah masa tu,so jangan terkejut beruk sangat yang aku pandai cakap kedah noh.Banyak pengalaman pahit dan manis aku dengan dia lakukan bersama.Kami bagaikan isi dengan kuku.Buat baik bersama buat jahat pon bersama.Aku tahu dia pun kaki tidur lewat jugak macam aku.Sebab tu aku confident yang dia akan balas mesej aku pada pagi buta.Tiba-tiba handphone aku berbunyi.Rupanya Afiq membalas mesej aku’’Ya,Awat?. Astagfirullahaladzim,Apa dah jadi dekat hang ni?Hang tau dak yang hang tu dah murtad?Aku pun menjawab.’’Kepala hotak hang,aku ragu-ragu ja bukan aku dah sembah tokong ka apa,aku nak mintak hang tolong aku,bukan suruh hang kata aku murtad cibai’’Afiq pun membalas.’’Yelah,kalau ragu-ragu tu pun dah kira murtad la lahanat,Sekarang ni hang mengucap banyak-banyak pastu hang pi solat Taubat,Kalau boleh hang buat solat isyak dulu kalau hang tak solat isyak lagi. Istighfar banyak-banyak,mintak dekat Allah beri petunjuk dan hidayah untuk hang.Ni saja aku mampu tolong,yang lain tu semua hang kena usaha sendiri’’.

Dengan nasihat kawan baik aku,aku pun ikut saja nasihat yang dia berikan.Sudah lama aku tak sembahyang,Kain sejadah yang ada dalam bilik aku tu hanya hiasan semata-mata.Tak pernah aku nak sentuh.Hanya solat seminggu sekali.Yang tu pun sebab bapak aku balik kerja ajak solat Jumaat bersama.Apabila selesai aku mengambil wuduk.Aku berdiri menghadap kiblat untuk solat isyak dan taubat.’’Allahu Akbar’’.Aku menangis ketika aku solat,aku sedih,aku tak tahu kenapa ,perasaan sebak itu datang secara tiba tiba.Hati aku ketika itu seperti dihiris,kelopak mata aku bertakung air.Aku takut akan seksa api neraka yang jauh lebih dahsyat peritnya.Aku Kesal akan kesilapan aku yang selama ini aku lakukan..Apabila selesai solat.Aku sujud dan aku berdoa memohon kepada Allah,Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.’’Ya Allah!,ampunkan dosaku ya Allah,aku banyak dosa padaMu ya Allah,Aku minta maaf ya Allah,berikanlah aku hidayah ya allah,kuatkan imanku ya Allah.Berikan aku hidayah ya Allah.Tunjukkan aku ke jalan yang benar ya Allah,aku sedar aku melakukan kesilapan ya Allah.Terimalah taubatku ya Allah’’.Malam itu aku sedar siapa diri aku yang sebenar.Aku bukan Nabi ataupun malaikat.Kadang-kadang iman kita kuat dan kadang-kadang pula iman kita lemah,itu semua perkara yang biasa sebab aku ini seorang manusia,manusia tidak akan terlepas daripada kesilapan.

Selepas aku angkat kepala aku dari tempat sujud,Masya Allah,pada masa itulah merupakan perasaan yang paling tenang yang pernah aku alami selama 18 tahun aku hidup di bumi.Tak pernah seumur hidup aku merasa tenang sampai begitu sekali.Aku tidak boleh nak mencerita berapa tenangnya aku pada malam itu.Biar hati dan air mata aku yang berbicara pada malam itu.Sejak dari peristiwa itu,aku tahu,Allah sentiasa bersamaku.Allah itu Maha Melihat,Maha Mendengar dan maha Pengampun.

Apa yang aku hendak sampaikan di atas ialah,Kita sebagai manusia mesti percaya pada kewujudan Allah,Walapun kita tidak dapat melihatNya.Ibarat angin darat dan angin laut.Kita tidak boleh nampak angin,kita tak boleh pegang angin,Tapi kita tahu yang angin itu wujud.Kenapa?Ini semua sebab kita mampu merasa angin kan?.Sejuk?Panas?Begitu juga dengan Allah.Kalau kita melanggar perintahnya apa yang kita akan rasa?Kita tidak akan hidup dengan aman seumur hidup kita.Hidup kita akan selalu resah dan porak-peranda.Apa akan terjadi apabila kita patuh dan ikut akan semua perintahNya?Seperti yang aku ceritakan.Kita akan merasa nikmat yang Allah beri kepada hambanya.Sama ada lambat atau cepat.Itu semua ketentuan Allah. Wallahu a’lam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Faiq Danial