Home Alternatif Fantasi Be Human
Be Human
Ryzal Almarazy
7/7/2019 21:04:13
800
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 4
Jurnal Hawa


Aku bersyukur bertemu dengan orang yang baik dari tempat aku di turun kan. Orangnya sekitar berusia 30-40an. Entahlah. Aku sendiri tidak pernah bertanyakan usia nya. Dia memiliki janggut yang panjang. Kenapa aku berada di sini? Kenapa aku tidak mencari Adam? Sebab aku takut. Kerana aku wanita biasa di dunia ini. Aku juga hampir di jadikan budak oleh seorang pemilik bar di zaman ini. Melayani lelaki yang kepenatan dari kerja mahupun yang baru balik dari peperangan. Sebab itu aku bersyukur bertemu lelaki ini. Dia menjaga aku seperti anaknya sendiri. Pada zaman ini, menjadi seorang pelukis memang kaya. Banyak khimat di perlukan daripada beliau. Siapa? Cuba teka. Aku di Itali. Abad ke 15. Dapat tak? Hehehehe... Beliau adalah Leonardo da Vinci, seorang yang pakar dalam .... Errrr aku sebenarnya tak tahu siapa dia. Aku cuba menyelidiki dia. Dari yang aku tahu dia pakar dalam pelbagai bidang sains dan lakaran seni. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam. Dan dia minat dengan aspek fizik di sebalik penerbangan. Dia pernah mencipta kan mesin terbang seperti burung. Ah! kalau cerita lebih pun bukan nya ada orang berminat nak baca. Tapi!! Ya, kamu semestinya mengenali lukisan Monalisa yang terkenal itu. Dia lah yang lukis. Memang menarik sebab lukisan nya itu seperti bernyawa. Lukisan ini mengambil masa selama 4 tahun untuk di siapkan. Aku masih ingat waktu itu dia, Leonardo da Vinci menyuruh aku memanggil seorang perempuan. Perempuan itu akan menjadi model untuk lukisan mahakarya nya. Monalisa. Jangan salah faham. Bukan itu nama perempuan itu. Perempuan itu bernama Lisa Gherardini, istri seorang pengusaha kaya Florence, Francesco del Giocondo, telah lama dipandang sebagai model yang paling mungkin bagi lukisan Monalisa itu. Tetapi 4 tahun kemudian...

Leo : kenapa kamu tak tersenyum?
Lisa : kamu mahu saya 'tersenyum'? Bukan senang mahu tersenyum sepanjang masa. Saya orang kaya dan boleh saja saya gunakan duit saya untuk membeli kamu.

Dari kata-kata nya memanglah dia nampak seperti orang kaya yang berlagak tetapi aku faham. Bukan senang untuk tersenyum. Apatah lagi dengan situasi sekarang. Perang, ekonomi dan kemiskinan di semua tempat. Dia beruntung kerana berkahwin dengan orang kaya. Malah dia cantik, para gadis saja cemburu melihat nya. Pada aku, dia penuh dengan kharisma dan integriti yang tak ada pada orang lain.

Lisa : ah, sudahlah. Saya mahu berjalan-jalan. Helen mari ikut saya.
Helen : baik Puan!
Leo : Helen!

Leonardo da Vinci mengerut kan dahi dan menggerakkan mata. Sepertinya dia mahu aku lakukan sesuatu untuk membuatkan modelnya itu tersenyum manis. Aku cuma mengangguk sekali tanda aku faham akan maksud gerak gerinya.

Kami berjalan-jalan di pasar.

Lisa : kamu lihat, banyak penjual yang hanya memikirkan untung sahaja.
Helen : tapi itu wajar bila mengingatkan tentang ekonomi kita.
Lisa : petah kamu berkata-kata. Sudah lama saya ingin tahu siapa kamu? Anak angkat Leonardo kah?
Helen : boleh di katakan begitu. Hehehe.
Lisa : dari mana kamu datang? Kamu nampak nya bukan dari sini?

Aduh! Kalau aku bagitahu tak mungkin dia akan percaya. Satu-satunya orang percaya dengan cerita aku hanyalah Leonardo.

Lisa : Helen?
Helen : haaaa saya dari kayangan.
Lisa : wah! Pasti seronok berada di sana. Hahaha.
Helen : tidak juga. Kami tidak boleh bercinta dan mencapai kebahagiaan dengan usaha kami sendiri.
Lisa : apa beza nya? Di sini juga sama. Kamu ingat saya berkahwin dengan suami saya atas dasar cinta?

Aku terperanjat dengan jawapan dia.

Helen : benarkah?
Lisa : hahaha wahai adik manis ku Helen, apa yang saya kata kan benar bekaka. Kadang-kadang kita tak perlu memilih hidup, biarkan hidup memilih jalan hidup kita.
Helen : tapi apakah Puan bahagia?

Perempuan itu terdiam sebentar. Seolah-olah memikir jawapan yang sesuai untuk gadis yang muda untuk aku.

Helen : bahagia itu bukan tentang cara kita hadapi nya. Tetapi bahagia itu adalah jalan yang kita pilih sendiri dan tidak menyesal akan pilihan kita. Saya yang memilih untuk berkahwin dengan lelaki kaya. Walaupun dia jarang ada di rumah tapi saya boleh buat macam-macam tanpa ada seseorang pun memerhati. Jadi, bahagia seperti apakah yang kamu pilih?
Helen : saya mahu bahagia dengan orang yang saya cinta.
Lisa : hahaha naif sungguh kamu. Nanti kamu akan sedar sendiri. Jadi kamu lari dari rumah?
Helen : tidak. Saya di halau.
Lisa : lelaki seperti apa yang membuatkan kamu sanggup terima semua ini?
Helen : dia juga mahukan bahagia seperti saya..
Lisa : tetapi mana dia?
Helen : tak tahu. Kami di usir ke tempat yang berbeza.
Lisa : kamu percaya yang di mencari kamu?
Helen : kali terakhir kami bertemu dia kata percayakan dia.
Lisa : saya harap kamu dapat bertemu kembali dengan dia.

Selesai sahaja berjalan-jalan dan minum petang, mereka kembali ke rumah Leonardo Da Vinci.

Leo : ya baguslah kamu datang. Cepat.
Lisa : ya, tak perlu mengarah saya.

Lisa Gherardini tersenyum manis. Entah kenapa pada hari itu juga lukisan nya siap. Betapa bertuah nya Leonardo da Vinci kerana setelah 4 tahun dia dapat siapkan lukisan nya yang akan menjadi terkenal seluruh dunia. Aku melihat mereka berbisik.

Leo : apa yang membuatkan kamu tersenyum sendiri tadi?
Lisa : saya terbayang akan cerita anak angkat kami tadi..
Leo : dia bagitahu kamu yang dia berasal dari kayangan?
Lisa : ya.
Leo : kamu percaya?
Lisa : tidak. Hahaha.. kamu?
Leo : sudah tentu percaya.

Kemudian, pada tahun 1519 Leonardo da Vinci meninggal dunia. Aku tetap berada di sini, di rumah nya kerana dia mewarisikannya pada aku. Sehingga lah pada 1582... Perkara pelik berlaku. Orang-orang ingat aku ahli sihir. Aku hampir di bunuh kerana kemudaan aku. Ya! Aku tidak menjadi tua. Aku terus muda sedangkan gadis sebaya aku kini sudah tua kerepot. Apakah Adam melalui perkara seperti ini? Aku tiada pilihan lain selain keluar dari kota ini dan mencari tempat baru untuk hidup. Untung ada seorang lelaki yang membantu aku untuk keluar. Sememangnya dari kecil dia menyukai aku sehingga lah sekarang dia sudah besar. Kemana lagi tempat yang harus aku pergi. Kalaulah tempat yang nanti akan ku pergi ada Adam. Tentu aku tidak susah. Tetapi malangnya..... Tiada Adam.

Bersambung...... 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham