Home Novelet Komedi/Romantik Komedi MADU FIRST CLASS
MADU FIRST CLASS
Yin Areesa
5/2/2018 16:41:08
12,542
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

Kenduri tahlil telah selamatdiadakan usai sahaja solat maghrib secara berjemaah dekat rumah ini.Berduyun-duyun ahli kariah Surau Al-Iman datang memenuhi rumah. Lega hati akumelihat perjalanan kenduri yang lancar. Cadangnya aku mahu mengadakan kenduritahlil esok di surau pula.

            Akumembetulkan letaknya tudung Syria yang dipakai. Terasa senget bengetnya bilaaku mengerling wajahku dekat cermin. Sedikit tidak bermaya lantaran tidak cukuprehat sejak dua tiga hari yang lepas. Alah, Aiisya orang datang bertahlil tutak sempat nak belek muka awak.

            Akubawa diri ke laman depan rumah. Farid, Muiz dan Abang Zahid sedang bersembangdengan beberapa orang ahli surau. Selipar aku sarungkan ke kaki dan mulamengatur langkah mendekati mereka.

            “Datin…”Mereka menegur aku.

            “Iniisteri kedua Datuk Abdullah Haris, Datin Aiisya.” Abang Zahid memperkenalkanaku kepada tiga orang lelaki di hadapan ini. Sedikit riak terkejut terpamerpada muka mereka.

            “MaafDatin… Kami ingatkan anak Datuk tadi.” Abang Zahid senyum dan kerling aku. Ya,aku memang sudah biasa dengan ayat seperti itu.

            “IniPak Imam dengan Pak Bilal.” Giliran aku pula diperkenalkan.

            “Sayamewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada kariah surau yang telahbersusah-payah membantu kami sekeluarga menguruskan jenazah. Dari masa mandi,kafan, solat jenazah sampailah diturunkan ke liang lahad. Terharu saya dengansemua ini.”

            Kamibaru sahaja pindah ke sini. Itupun sejak setahun yang lalu, sejak Kak Umi sudahtidak mampu untuk menerima sebarang rawatan lagi. Permintaan Kak Umi sendiriuntuk tinggal di sini, rumah pusaka milik Kak Umi yang didirikan sebuah banglosetingkat.

            Masaaku mula-mula sampai memang aku terpegun sungguh. Subhanallah…

            Rumahbanglo setingkat ini didirikan di tengah-tengah sawah bendang. Hanya ada satujalan yang muat-muat untuk sebuah kereta sahaja sebagai jalan masuk ke kawasanbanglo ini. Jalan ini berhubung dengan jalan ban tanah merah nun kira-kira 300meter jauhnya.

            KakUmi mahu menghabiskan masanya yang ada di sini. Kami turutkan tanpa bantahan.Alhamdulillah, Kak Umi gembira sungguh apabila permintaannya dipenuhi. Kamisanggup buat apa sahaja asalkan Kak Umi gembira. Jangkaan doctor, Kak Umi hanyamampu bertahan selama dua bulan sahaja. Namun, siapa kita untuk menyangkalkeagungan Allah. Setahun Kak Umi bertahan… dan semalam Kak Umi akhirnya kembalike pangkuan Ilahi ketika sedang bersujud terakhir pada waktu subuh.

            Allah,manisnya cara pengakhiran Kak Umi.

            “Datin…Inilah fardu kifayah untuk kita semua. Saya mewakili kariah juga mengucapkansalam takziah kepada Datin dan keluarga atas kehilangan ini. Banyakkanbersabar. Dia yang perlu sudah tahu letaknya di sisi Tuhan. Kita yang tinggal,masih ada masa untuk berbakti kepada Allah.” Aku angguk tanda setuju. Kata-kataitu bagaikan memanah terus ke jantung aku. Moga-moga Allah masih sudi untukmemberikan aku sinar hidayah untuk menjadi hambaNya yang lebih baik sebelumdijemput pulang kelak.

            Akukembali ke dalam rumah setelah pamit dengan ahli surau tadi. Sempat akusisipkan sedekah untuk surau. Aku niatkan pahalanya untuk Kak Umi. Semoga adapahala untuk aku kirimkan pada dia.

            Langkahaku terhenti pada deretan gambar dekat meja berukiran awan larat ini. Initempat kesukaan Kak Umi. Selalu dia akan termenung sorang-sorang sendiri sambalmenatap gambar-gambar yang ada. Kata Kak Umi, inilah kenangan yang ada.Kebahagiaan yang pernah dia miliki. Sekalipun tiada waima sebentuk frame yangmemuatkan gambar aku, apa nak kisah. Kak Umi selalu minta aku letakkan gambardi sini. Tanda aku sebahagian dari keluarga ini. Tapi, aku menolak dengan lembut.

            Biarlahaku hanya menjadi pemerhati sahaja dari diperhati.

            “DatinMuda…” Bahu aku disentuh. Membuatkan aku yang sedikit ralit tadi tersentak.Terus aku memusingkan badan ke belakang. Lalu bibir menarik senyum.

            “Dahsiap kemas?” Aku menanya pada Kak Aminah. Seorang pembantu rumah yang sebayadengan arwah Kak Umi. Kata Kak Umi, Kak Aminah ini kawan baiknya sejak sekolahrendah dulu. Rezeki tidak menyebelahi Kak Aminah yang hanya bersekolah sehinggaDarjah Tiga sahaja lantaran kemiskinan keluarganya. Kemudian Kak Umi tawarkanjawatan sebagai pembantu rumah dekat Kak Aminah atas dasar persahabatan.

            “Aiirindukan Kak Umi.”

            MataKak Aminah berkaca. Dia kesat matanya dengan lengan baju.

            “Diabaik sangat. Saya tak mampu nak jadi sebaik dia.” Aku meluah rasa. Jika nakdibandingkan antara aku dengan Kak Umi. Sangat berbeza. Jauh jaraknya umpamalangit dan bumi.

            KakAminah peluk bahu aku, “Datin Muda dengan Datin Umi masing-masing adakesempurnaan untuk saling melengkapi hidup Datuk Haris. Percayalah datin Umitakkan buat keputusan yang sia-sia untuk menjadikan Datin Muda sebagai madunya.Saya tahu, arwah tahu siapa Datin Muda. Arwah kenal Datin Muda lebih dari kamikenal Datin Muda. Siapa tau, mungkin hanya Datin Muda sahaja yang mampu untukmengisi kekosongan hidup Datuk Haris.”

            Akuhela nafas berat. Ini amanah!

            Amanahyang baru terasa beratnya tertanggung atas bahu aku. Amanh yang memerlukan akumelunaskannya dengan ikhlas dan sepenuh jiwa serta raga. Mampukah aku? Soalanyang hanya mampu aku serahkan kepada empunya cerita ini.

            “DatinMuda tidak perlu menjadi Datin Umi. Cuma jadilah diri sendiri. Itu sudah cukup.Yakin.” Kak Aminah hulur senyum pada aku. Aku sambut dengan anggukan tandafaham.

            “DatinMuda, tolong ajak Datuk makan. Dari siang tadi Datuk tak makan apa-apa pun.”

            Semertaaku mendongak. Memandang ke tingkat atas. Nafas aku tarik dalam-dalam.

            “PujukDatuk ya Datin Muda.” Bahu aku ditepuk lembut Kak Aminah. Perlahan aku aturlangkah mendaki tangga. Benak masih mencari skrip yang sesuai untuk aku ‘pujuk’lelaki yang baru sahaja kehilangan isterinya itu.

            Pintubilik yang renggang aku tolak tanpa bunyi. Meliar mataku mencari susuk tubuhDatuk Haris. Akhirnya mata aku terhenti pada balkoni yang terbuka pintugelangsarnya. Terbuai-buai curtain nipis itu.

            Bismillahirrahmanirrahim…

            DatukHaris mengadap langit sana. Kelam. Suram. Tiada bintang. Mungkin sama dengankondisi hatinya ketika ini.

            “Abangrindu umi…” Suara esakan kecil kedengaran.

            Allahuakhbar…Luluh hati aku. Sedari semalam, lelaki ini tiada emosi sedih yang dipamer.Tetap dengan wajah tenang. Rupa-rupanya jauh di dasar hati, dia menyimpan rasasedih yang bukan sedikit.

            “You…”Nampak bahunya sedikit terangkat.

            “Kitamakan, jom.” Aku mengajak dengan suara berbisik. Dia masih lagi membelakangkanaku. Mungkin malu untuk berpaling.

            “You…”

            “Kauberambus boleh tak?” Aku telan liur dengan suaranya yang sedikit rendah tapibernada keras. Terus aku sauk lengan dia. Memaksa tubuh kekarnya berpalingmengadap aku.

            “Youtak makan apa-apa pun lagi. You tak sayangkan diri you?”

            Matanyamula mencerlung tajam kepada aku. Direntap lengannya dengan kuat!

            Bibirnyamenarik senyum nipis dan sinis, “Sekarang isteri aku dah meninggal. Kau tentusuka, kan?” Datuk Haris mendekati aku. Memang aku diterpa rasa takut yang bukansedikit. Sisi garang lelaki ini mula kelihatan. Selama ini dia hanyatersembunyi dek kerana perisai yang dipasang oleh Kak Umi.

            Akumengundur langkah ke belakang. “Kau ingat kau boleh rampas kebahagiaan kami?”

            Akutelan liur lagi. “Kau jangan ingat aku akan sayang kau. Kau siapa? Aku hanyaada seorang isteri sahaja!”

            Akuterperangkap ke dinding!

            “Atau,mungkin aku boleh cee…”

            Lajutangan aku menutup mulutnya. Spontan sampai ayat yang mahu dilafazkan ditelantanpa noktah. Berhempas pulas dia menarik tangan aku dari mulutnya.

            “Kau!”

            “Ingatapa janji you pada Kak Umi?”

            MataDatuk Haris kembali redup. Kosong. Sedih.

            “Youberjanji dan bersumpah untuk jaga I sampai I jumpa kebahagiaan I. You nakmungkir janji itu? Boleh? Jom! Cakap depan kubur Kak Umi! Now!”

            “AiisyaNadine!”

            Suasanasunyi sepi.

            Hanyadada sahaja yang berombak kuat menahan marah yang ada. Baik aku mahupun dia.

            “Keluar.”Dia berpaling dari aku lagi. Suaranya kembali merendah.

            “Pergilah…”Separuh merayu dan aku akhirnya terpaksa mengalah. Langkah aku susun keluardari bilik ini. Lama aku tunggu di depan pintu. Lelaki itu masih menjadipungguk rindukan bulan. Sayangnya bulan yang ditunggu takkan muncul lagi.

            KakUmi… Aiisya tak mampu!           

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yin Areesa