Home Novelet Cinta THE UNFORGIVEN
THE UNFORGIVEN
Bey AdAv
9/7/2018 15:34:55
15,112
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 3

Part 3


The unforgiven


Seperti yang telah di sepakati, hujung minggu itu, Hana membawa Queenie ke rumahnya. Apatah lagi setelah mengetahui kalau ibu kepada Hana berasal dari Sabah, Queenie bertambah teruja. Berharap agar kerinduannya terhadap ibunya bakal terubat sedikit.


" Jomlah masuk! Jangan segan-segan tau. " ucap Hana.


Queenie mengangguk sambil tersenyum. Dia sedikit kagum dengan kemewahan yang di miliki Hana. Jauh sekali jika di bandingkan dengan rumahnya di Sabah.


" Hai mama! " sapa Hana pada seorang wanita yang sedang berbual dengan seorang wanita dalam bayanya.

" Ehh Hana! Baru sampai? "

" Tak lah ma, baru nak gerak ke kampus. " seloroh Hana.

" Amboi cantik bahasa. "


Hana menerpa ke arah ibunya lalu mengucup pipi ibunya.


" Hai bonda! " sapa Hana pula pada wanita yang duduk di samping ibunya.

" Lama tak jumpa dengan Hana. "


Mereka kemudian berlaga pipi.


" Bonda yang lama tak jenguk Hana! " ucap Hana sedikit merajuk.


Wanita yang di panggil bonda itu tertawa kecil.


" Ni, Hana.. Bawa kawan, kenapa tinggalkan kawan macam tu? " tegur ibunya.


" Hana hampir lupa ma! " Hana menepuk dahinya.


Hana menoleh ke arah Queenie dan melambai gadis itu agar mendekatinya. Queenie melangkah perlahan.


" Ini kawan Hana. Namanya Queenie. Queenie asal dari Sabah. " 


" Betul ke? " soal ibu Hana.


" Apa khabar? " Soal Queenie kemudian menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Hana kemudian pada wanita yang di panggil bonda oleh Hana.


" Sopan sungguh kawan Hana. Queenie asal Sabah sebelah mana? " ibu kepada Hana.

" Dari Kota Belud auntie. " jawab Queenie perlahan.


" Ma, nantikan.. Kampus adakan pertandingan ratu kampus tau. Alah event biasa setiap tahun. Hana dah daftarkan nama Queenie tapi dia tak ada pakaian yang sesuai. Hari tu Hana ada nampak mama bawa baju tradisional masa kita balik Sabah so boleh tak bagi Queenie pinjam? " Hana bertanya lembut.

" Boleh Hana. Bawa kawan Hana naik ke bilik pakaian. Pilihlah yang mana satu berkenan. " ibu Hana memberikan persetujuan.

" Betul ke mama? " 


Ibu Hana mengangguk sambil tersenyum.


" Jom Queenie! " ujar Hana.


" Hana, aksesori ada dalam almari. " ibu Hana sempat bersuara sebelum Hana dan Queenie berlalu.


" Mama dengan bonda tunggu tau? Hana siapkan Queenie lepas tu mama dan bonda bagi komen. " pinta Hana.


Ke dua wanita itu mengangguk sambil tersenyum. Hana lantas menarik Queenie naik ke bilik yang di khaskan untuk pakaian tradisional dan baju-baju untuk majlis tertentu.


Setelah hampir sejam memilih dan menyolek wajah Queenie, Hana tersenyum puas dengan hasil tangannya. Rambut Queenie yang panjang dan lurus melebihi paras pinggang di sanggul tinggi.


" Jom keluar. "

" Saya malulah Hana. "

" Alah kau ni! Tak ada orang lain pun dekat sini. Jom.. " Hana terus sahaja menarik tangan Queenie dan dia terpaksa mengikut langkah Hana jika enggan dirinya terjatuh.


" Mama.. " laung Hana kemudian dia meninggalkan Queenie ketika mereka menuruni tangga.

" Hana tunggu.. " 


Namun Hana sudah lebih awal berlalu. Mahu tidak mahu, Queenie terpaksa melangkahkan kakinya sendirian. Ketika berada di penghujung anak tangga, Queenie sedikit tersipu apabila melihat kelibat orang lain selain Hana, ibunya dan juga bonda. Farish salah seorang di antara mereka.


Hana senyum lebar.


" Cantik tak? " soal Hana.


Queenie menggigit bibir bawahnya kerana malu menjadi tatapan.


" Queenie? " suara seorang lelaki.


Queenie tunduk mendiamkan diri.


" Hey.. " suara itu menyapa lagi tetapi kali ini, si pemilik suara itu sudah berada di hadapannya.


Jantung Queenie berdegup laju.


" Look at me. " pintanya.


Queenie meramas jarinya. Dia sedikit cemas.


" Jangan kacaulah bro! " suara seorang jejaka lagi menyapa pendengaran telinga Queenie.


" Dah! Dah! Korang boleh blah! Sibuk kat sini buat apa? " ujar Hana geram.


Queenie lantas mengangkat wajahnya dan pandangan matanya bertemu dengan seorang jejaka yang tidak di kenalinya.


" Queenie Joseph? "

" Macamana kau tau nama saya? " soal Queenie.

" I can't believe this! I've been dying to meet you. Gadis kampung yang di nobatkan sebagai ratu unduk ngadau di daerah Kota Belud kan? "


Queenie terkebil-kebil melihat jejaka itu.


" Kau siapa? " Queenie bertanya sambil kakinya berundur ke belakang.

" Saya Hariz, salah seorang jurugambar ketika itu. "


Queenie kemudian berhenti bergerak dan mengangguk perlahan.


" Too late lah bro! She's mine. " ujar Farish sambil melingkarkan tangannya ke bahu Queenie.


Queenie yang terkejut dengan sentuhan kulit di bahunya bertindak pantas menolak tubuh Farish.


" Sorry! Saya.. " Queenie tidak menghabiskan kata-katanya.


" Farish, behave! " tegur bonda.


" Bonda, Farish akan nikahi Queenie! Batalkan perancangan ayah dan keluarga Riana. " ujar Farish

" Farish! "


Kesemua yang ada di ruangan itu terkejut.


" Queenie, you nak kan kahwin dengan I? " soal Farish pada Queenie.

" Ahh apa? Kau cakap apa? Kahwin? " Queenie terkejut.

" Yes, kahwin! Faham kan kahwin tu apa? "

" Saya tau tapi sorry Farish. Saya datang sini bukan mau kahwin. Lagipun saya tidak kenal kau siapa. " ujar Queenie.

" Queenie please.. "


Queenie memandang Hana. Meminta sedikit pertolongan.


" Wei Farish! Kau ni dah kenapa? " soal Hana lalu mendekati Queenie.

" Jangan sibuk boleh tak Hana? "

" Amboi kau.. "


" Hana, saya mau balik hostel. " Queenie berbisik pada Hana.


Hana mengangguk lalu membawa Queenie ke atas semula untuk menukar pakaiannya. Setelah itu, Hana menghantar Queenie kembali ke hostel.  Hana pula kembali ke rumahnya setelah Queenie selamat tiba di perkarangan hostelnya.


Ketika Hana sampai, kelibat Farish dan bonda masih kelihatan di dalam rumah. Hana kemudian melangkah mendekati ibunya.


" Farish dengar bonda nak cakap apa dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. " ujar bonda.

" Farish tak nak lah bonda. Bonda jangan sampai Farish buat sesuatu yang tak masuk akal! "

" Farish! " nada suara bonda meninggi.


Hana memandang Farish. Wajah Farish jelas memperlihatkan kalau dia sudah ada perancangan sendiri agar perkahwinannya dengan Riana tidak berlaku.


Namun apa pun itu, Hana berharap agar rancangan Farish tidak ada kena mengena dengan Queenie. Gadis itu sangat polos. Hana seolah-olah dapat membaca sesuatu dari cara Farish memandang Queenie.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.