8,542
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

Ruang Legar Halo, Jabatan Zentrix

"Kalau tak sebab kau tadi, tak de lah aku kena marah. Kasihan Cik Cisso aku, dia pun turut kena marah," Rienna memulakan bebelannya.

"Kau boleh diam tak hah? Sebab tikus bodoh kau tu, aku terlepas peluang nak tengok TV," Kai mula terbakar. Menggelegak jiwanya.

"Elleh..kalau setakat tengok TV tu, esok pun boleh.." Rienna sengaja mengejek.

"Kau ni kan...!"

"Sudah!" Vishvak memekik tiba-tiba.

Vishvak, senior yang paling ditakuti oleh semua pelajar baru di Jabatan Zentrix. Walaupun mukanya tak kalah dengan Kai, dia ni teramatlah tegas sampai semua pelajar berdoa agar dia tak termasuk dalam kumpulan masing-masing. Mungkin permintaan mereka dikabulkan, Vishvak disenaraikan menyertai kumpulan Zentrical Z5, iaitu kumpulan terakhir bagi ujian kelayakan ke Unit Jabatan Zentrix dan juga kumpulan yang dijangka akan memberi pelbagai masalah kepada pihak mereka.

Kai, ataupun Khairul Adam Edward ialah pelajar kedoktoran kejuruteraan universiti di Quryen yang paling bijak. Berumur 26 tahun, mendapat pelbagai anugerah cemerlang dalam bidangnya. Walaupun bijak, dia suka menyendiri dengan robot-robot ciptaannya. Macam saintis la katakan, tapi tetap suka aktiviti lasak. Benda yang paling disayanginya: kereta sport rekaannya. Tanpanya, dia macam patah kaki, lebih rela mati! Dia mempunyai pakej yang cukup lengkap sebagai seorang lelaki, macho itu kewajipan. Perangai yang baik itu akan berubah 100% bila bertemu musuh ketatnya, Rienna.

Rienna, atau Puteri Rienna Raisyah. Berasal dari Zonna, sebuah negara yang paling mundur dalam dunia teknologi tapi, paling maju dalam bidang perubatan herba. Kenapa? Sebab ¾ dari negara tu terdiri dari hutan. Memang padan jugalah Kai mengata dia hanya tau main dengan beruk kera je. Petik jari je, semua binatang akan muncul. Dia ni juga seorang yang suka menyendiri, ada chemistry juga lah dengan Kai ni. Perangainya yang manja keanak-anakan itu pun akan berubah 100% bila bertemu Kai.

Vishvak, atau Wirsyak Al-Hakeem ialah senior yang paling garang dalam Jabatan Zentrix. Tahun ni, dia bersama sahabat baiknya Frezay menjadi senior yang paling 'bertuah' kerana mengemudi budak berdua yang kepala angin tu. Baru je berumur 28 tahun, tapi jenis yang tak makan saman, tengking orang tu suatu kemestian. Lawaknya, mungkin Kai dan Rienna ni tak berdoa kot, nasib la dapat senior macam dia ni.

Frezay, atau Fariez Zayyan pula adalah kawan baik Vishvak yang mempunyai paling ramai peminat. Gayanya yang sempoi bersahaja dan gentleman berjaya mencuri hati pelajar perempuan, tolak Rienna seorang lah. Perangainya yang baik tu membuatkaan ramai orang menyenanginya. Opss...jangan silap ya! Vishvak dan dia ni kamceng sangat, tapi orang yang mereka doakan agar tak termasuk dalam kumpulan masing-masing ialah Vishvak, bukannya dia. Dia ni orang sanggup buat solat hajat lagi!

"Kalau korang tak hentikan peperangan ni, sekali lagi aku sumbat korang di tempat tadi. Eiiiii...betul-betul menyusahkan. Kau tahu tak tindakan korang tadi tu dah jatuhkan satu point markah kita. Sekarang, kumpulan lain dahpun mendahului kumpulan kita. Apa, korang nak duduk sini sampai tua ke? Ingat, kalau tak lulus dalam pertandingan ni tak boleh masuk Unit Jabatan Zentrix. Ha, kalau korang rasa nak duduk sini sampai bila-bila, teruskan," Kali ni Frezay pula memberi ceramah panjang lebar nasihat itu nasihat ini sampai nak tercabut telinga budak berdua tu.

"Macam nak tercabut telinga aku. Macam lah dia tu baik sangat. Kalau aku...hmm..mestilah aku ni baik. Haha!" Kai mengomel sendirian dalam biliknya, sambil masuk bakul angkat sendiri.

"Huh, menyampah betul. Kalau aku bersemuka lagi dengan perempuan tu, siaplah kau," tambahnya. Kali ini ditujukan kepada Rienna.

Dia berbaring atas katil peraduannya dan fikirannya melayang kepada nostalgia-nostalgia lama... "Ah, rindunya aku pada Fraynne. Apa khabar dia agaknya sekarang? Baikkah, atau buruk? Bagaimana hidup dia di sana? Semakin cantikkah dia? Dah 13 tahun aku tak jumpanya, mesti dia semakin cantik menawan sekarang. Tapi, bahagiakah dia? Ahh...Fraynne. Aku rindu sangat kat kau. Kau tak rindu akukah?"

Fikirannya semakin hanyut, tenggelam dalam lautan kenangan. Setitik dua air mata tumpah juga. Jangan ingat lelaki tak boleh menangis ya. Lelaki pun punya hati dan perasaan.

"Fraynne, aku minta maaf, aku gagal lindungi kau, sebagai perempuan yang aku sayang sangat. Kau takkan ada pengganti. Cubalah Frayyne, cubalah lepaskan diri dari belenggu penjara cintanya gilanya! Dia langsung tak cocok dengan kau. Fraynne, aku di sini! Aku sentiasa menunggumu kepulanganmu."

Nostalgianya terhadap ibu dan ayahnya menerpa dalam ingatannya. Sayangnya pada mereka berdua tidak dapat dibendung lagi. Walaupun dibesarkan dalam kota kosmopolitan, dia mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Tapi kasih itu tidak dapat berkekalan selamanya. Kumpulan Mixzof memang kurang ajar terhadap diri serta keluarganya. Orang tuanya dibunuh, tapi adik perempuannya diculik oleh Mixzof untuk dijadikan perempuan simpanan. Selama ini memang rahsia itu tiada sesiapa pun tahu walau seniornya sekalipun. Atas dasar itulah, dia beria-ria mahu menyertai Jabatan Zentrix untuk membalas dendam. Tapi, tak sangka pula akan sekumpulan dengan Rienna, budak kolot tu. Tapi...tak dinafikan dia tu memang menawan. Kai tersenyum sendirian.

Dia kembali sedih apabila teringatkan adik kesayangannya. Pesanan ibu dan ayahnya kuat terpahat dalam sanubari.

"Kai, mama sayang kamu. Juga Chubby Montel, janganlah selalu bertekak dengan abang kamu tu. Lagi satu, sekarang ni mama kena tolong papa menghapuskan Mixzof. Walau apa pun yang terjadi, kamu berdua kena bersatu," Pesan mamanya.

"Anak emas papa pula jangan nakal-nakal tau. Nanti hilang pula kecantikan sayang papa ni pula." Usik papanya pula kepada adik perempuannya.

"Alah papa ni...hari-hari kami kena tinggal. Boringlah duk kat rumah." Chubby Montel merengek manja. Kai mencebik geram.

"Kau ni dahlah nama montel, merengek-rengek macam budak kecik!"

"Mama, tengok abang ni. Dia usik Chubby...!" Chubby Montel memeluk mamanya dengan lagak manja, overlah pulak! Papanya ketawa senang.

"Sikit-sikit mengadu, sikit-sikit mengadu. Cantik sangat lah tu!"

"Abang! Memang Chubby cantik."

"Tak!"

"Cantik!"

"Tak!"

"Sudah-sudahlah tu. Okeylah sayang, mama dan papa nak pergi dah ni. Duduk rumah elok-elok, jangan gaduh-gaduh." Pesan mamanya lagi.

"Papa, papa kena janji tau pulang awal dan seterusnya..belanja kami makan kat luar," Kai dan Chubby Montel serentak meminta.

"Okey sayang, jumpa nanti" Papa dan mamanya melangkah keluar.

Seperti yang dijanjikan, mereka berempat keluar untuk makan malam di restoran yang terkemuka. Restoran itu berdekatan dengan Makmal Timur Jabatan Zentrix. Malam tu, memang mereka berempat menjadi keluarga bahagia, mungkin terbahagia di dunia. Dalam suasana riang, gelak ketawa tu, tanpa diduga Mixzof sudah lama menanti. Pada saat itu juga mama dan papanya dibunuh dengan cara amat kejam sekali.

Peristiwa berdarah tu tak habis setakat tu saja. Mixzof, demi terpandangkan Chubby Montel yang memang jelitawan, menjadi pujaan pula seluruh budak lelaki di kota kosmopolitan ini, dia ditangkap oleh Mixzof yang sememangnya biang keladi. Budak kecil berumur 12 tahun pun mahu dikebasnya, manakan pula gadis 20-an.

Chubby Montel, nama je Chubby tapi dia bukannya gemuk. Chubby tu nama manjanya saja, dan walaupun umurnya baru 12 tahun, dia kelihatan seperti gadis 15 tahun. Cantik! Mungkin diwarisi dari mama yang keturunan Arab dan papanya yang keturunan Mat Saleh.

Kai cuba membantu, tapi ternyata kekuatannya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan Mixzof yang ketika itu masih muda dan bertenaga sedangkan dia..hanyalah budak hingusan berumur 13 tahun. Jauh panggang dari api jikalau hendak menewaskan Mixzof. Mereka berdua ditangkap oleh Mixzof dan dijadikan bahan uji kaji.

Dalam usahanya melarikan diri, dia gagal menyelamatkan adiknya. Akhirnya dia terpaksa merelakan adik kesayangannya dikurung oleh oleh Mixzof. Nasibnya dikira baik kerana berjaya melarikan diri sebelum ditembak oleh algojo-algojo Mixzof yang sememangnya berdendam dengan keluarganya. Selama 13 tahun itu jugalah, dendamnya tak pernah surut dan takkan pernah padam. Adiknya mesti diselamatkan!

>> bersambung

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh