Bab 2

#2:The Crime Scene


"Diam! Jangan hubungi polis kalau nak selamat. Masukkan semua barang kemas kedalam karung ni. Lekas!!" Lelaki bersuara garau memberikan arahan. Manakala seorang lelaki lagi mencekup semua barang kemas yang ada lalu dimasukkan kedalam karung.

Puan Orked, Merlis, pembantu kedai dan tetamu yang lainnya masing-masing membatukan diri kerana ketakutan. Tidak berani untuk bertentang mata dengan perompak-perompak tersebut.

Mereka semua hanya menunduk memandang lantai marmar berwarna biru. Jerit pekik pembantu wanita membuatkan perompak bersuara garau melepaskan satu tembakan ke pasu bunga lalu pecah berderai bersama air didalamnya mengalir ke lantai.

"Lekas! Penuhkan kesemuanya!." Muncung pistol dihalakan kesana dan kemari. Risau jika diserang hendap. Karung yang penuh dengan hasil rompakan dicampakkan ke lantai oleh pembantu kedai wanita tersebut. 
Beberapa utas barang kemas terkeluar dari karung tersebut lantas dikutip kasar oleh perompak yang memberikan arahan tadi lalu dimasukkan semula kedalam karung. Tidak semena-mena siren kereta polis berbunyi diluar kedai. Kedua-dua perompak berkenaan kelihatan panik.

"Kawasan ini telah dikepung. Baik kamu menyerah sebelum kami bertindak. Kami beri kamu masa lima minit. Diulang, kamu diberi masa selama lima minit sahaja."

Mungkin pengumuman tersebut dibuat oleh salah seorang anggota polis yang bergegas ke situ.

Perompak-perompak tersebut merenung antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya berjalan mundar-mandir diruang kedai. Semua tebusan tertunduk sambil mencangkung dan meletakkan kedua-dua belah tangan ke atas kepala seperti seorang pesalah lagaknya.

"Macam mana ni? Kalau mereka bertindak habislah kita!" Lelaki kedua bersuara.

"Diam! Aku tengah fikir la ni. Janganlah serabutkan kepala otak aku lagi." Tangannya diramas-ramas.

"Masa cuma tinggal dua minit lagi. Jika kamu berdegil, kami akan bertindak!" Laungan tersebut mengejutkan perompak-perompak berkenaan.

Entah bagaimana En. Ajmal bertindak berani dengan memaut tubuh perompak bersuara garau tersebut dari arah belakang. Perompak tersebut meronta-ronta dan mereka berdua bergelut.

Tanpa diduga, satu tembakan dilepaskan mengenai rusuk kiri En. Ajmal. Baju yang dipakainya lencun dibasahi darah. dengan warna merah darah.

"Abang..!" jerit Puan Orked. Tanpa memikirkan bahaya yang bakal menimpa, Puan Orked meluru ke arah En. Ajmal yang sedang bertarung dengan nyawa. Darah yang mengalir sekejap saja bertakung memenuhi lantai.

"Puan Orked, tunggu!" Merlis cuba menghalang tetapi sudah terlambat. Tubuh En. Ajmal telahpun berada dipangkuan Puan Orked. Dia melagukan air mata kesedihan.

Beberapa anggota polis telah membuat barisan pertahanan diluar premis. Semua tebusan yang ada termasuklah kedua-dua orang perompak berkenaan dapat melihat dengan jelas pasukan berkenaan yang akan merempuh masuk pada bila-bila masa sahaja.

Mereka berdiri kaku seperti patung. Anggota-anggota polis berkenaan telahpun merempuh masuk kedalam kedai dengan senjata.

Sepantas kilat lengan Merlis ditarik oleh salah seorang perompak tadi. Tangannya melilit tengkuk Merlis yang sudahpun diacu dengan pistol dikepala. Tubuh Merlis berkeringat kerana ketakutan.

"Lepaskan kami kalau tidak gadis ini akan kutembak!" ugutnya dan lilitan tangan ditengkuk Merlis diketatkan. Merlis terbatuk-batuk kerana terjerut. Tubuhnya yang kecil dan ringan senang saja ditolak kesana kemari.

Karung-karung berisi barang kemas dicapai oleh perompak pertama. Pistol masih tergenggam ditangan dan dihalakan kearah pasukan polis berkenaan. Mereka berjalan perlahan-lahan melepasi benteng pertahanan polis yang turut mengacukan senjata.

Namun begitu, nyawa orang awam harus terlebih dahulu diutamakan. Merlis merayu dan menangis minta dilepaskan. Dijanjikan segala bulan dan bintang asalkan dirinya dilepas tanpa dicederakan.

Rayuannya langsung tidak diendahkan walaupun suara lunak gadis berkenaan agak terkesan dihati perompak tersebut.

"Diam kalau kau nak selamat!"

"Tolong lepaskan tebusan. Kami sedia untuk berunding. Jangan bertindak bodoh. Hukumannya akan lebih berat."

"Bagaimana ni tuan? Nampaknya kita ada tebusan."

"Saya tahu. Saya cuba uruskan. Pastikan tiada orang awam yang akan tercedera" Ujar ASP Rizki.

"Tolong lepaskan tebusan. Pintu rundingan sedia dibuka" Tuan Rizki mengulangi ayat tersebut. Perompak-perompak berkenaan bersenjata jadi dia perlu bertindak bijak. Bertindak mengikut logik dan bukannya emosi.

"Kami mahu pergi dari sini dengan selamat. Tolong jangan halang kami. Kalau tidak perempuan ini akan dibunuh!"

"Arghhh...tidak! huhuhu" Merlis menjerit lagi. Tengkuknya sudah sakit. Penduduk Pekan Louvre telahpun mengerumuni kawasan tersebut yang dihalang oleh pihak polis agar berjaga-jaga. Pita berwarna kuning direntangkan disepanjang kawasan kedai tersebut. Karenah orang ramai sukar ditelah. Bahaya jika ada yang cuba berlagak hero.

"Kami akan beri sahaja apa yang kamu mahu. Dengan syarat, gadis tersebut dilepaskan dengan selamat juga." Rundingan diantara polis dan perompak-perompak tersebut masih lagi berlangsung.

"Macam mana ni? Nak lepas ke perempuan ni? Kalau tak lepaskan nanti kita ditangkap" gementar suara perompak tersebut dipendengaran Merlis.

Degupan jantungnya juga semakin laju. Nampaknya perompak berkenaan juga sedang bergelut untuk melepaskan diri. Situasi mereka agak meruncing ketika ini.

"Baiklah. Kami akan lepaskan dia. Dengan satu syarat. Sediakan sebuah kereta untuk kami melarikan diri." Permintaan merepek daripada perompak bersuara garau.

ASP Rizki dan anggota bawahannya sedang berbincang sesama sendiri. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Baiklah. Kami setuju. Tolong lepaskan tebusan sebaik sahaja kamu dapat yang diminta."

"Bagus. Cepat sikit!." Karung yang berat setia diheret bersama. Nilainya mungkin jutaan ringgit. Apakah yang membuatkan mereka terdesak melakukan perbuatan tersebut hanya mereka sendiri saja yang tahu.

Baju Merlis telah dibasahi peluh. Dia sudah penat meronta. Kakinya juga menggigil hampir rebah. Perompak yang menawannya dilihat beberapa kali memaut tubuh genit Merlis agar rapat ketubuhnya.

Senjata masih lagi diacukan dikepala. Beberapa minit kemudian kereta yang diminta tiba. Sebuah pacuan empat roda diberhentikan betul-betul dihadapan Merlis.

"Lepaskan gadis tersebut. Kamu sudah dapat apa yang kamu nak!" tuntut Tuan Rizki. Dia menyeka peluh yang membasahi anak rambutnya.

Tanpa membuang masa, perompak bersuara garau duduk ditempat duduk pemandu setelah karung berisi barang kemas dicampakkan dibahagian tempat duduk bersebelahan. Lilitan tangan ditengkuk Merlis masih lagi utuh.

Tiada tanda-tanda gadis itu akan dilepaskan. Seperti diduga, gadis tersebut diheret masuk kedalam kereta bersama-sama dan berdecit tayar kereta tersebut apabila bergesel dengan permukaan jalanraya. Polis melepaskan tembakan ke arah kereta yang dilarikan oleh perompak tersebut. Tiada satupun yang mengenainya.

"Hentikan tembakan!" tegah Tuan Rizki.

Masing-masing menjatuhkan senjata ke sisi. Kereta tersebut meluncur laju lalu hilang dari pandangan. Pasukan medik meluru kedalam kedai untuk menyelamatkan mangsa iaitu En. Ajmal yang langsung tidak memberi tindak balas. Dia diletakkan ke atas stretcher lalu diusung kedalam ambulans.

"Wuhuuu..!! Kita berjaya Maliq. Kita berjaya!"

"Shuhhh....jangan sebut nama aku. Nanti identiti terbongkar" bisik perompak bernama Maliq.

Merlis menjauhi Maliq dan menyandarkan badannya rapat kepintu kereta dihujung sana.

"Masalah aku akan selesai. Tapi kita nak kemana ni?" tanya Maliq apabila melihat rakan subahatnya melalui jalan yang tidak pernah dilaluinya.

"Mana lagi. Nak jual barang ni la."

"Habis tu. Budak ni macam mana? Kita nak buat apa dengan dia ni?"

"Campak saja dia ditepi jalan. Pandai-pandai dialah nak hidup" rakannya bersuara angkuh.

Merlis menggeleng dengan air mata yang masih bersisa. Persis memohon simpati agar dirinya tidak ditinggalkan ditempat begitu. Tambahan pula hari sudahpun senja. Dikiri dan kanan jalan pula hanya ada hutan tebal yang merimbun.

"Aku rasa kita boleh gunakan dia ni lagi. Manalah tau kalau-kalau kita dapat dikesan. Gadis ni boleh dijadikan penyelamat kita," ujarnya.

Sebenarnya rasa simpati mulai timbul diaudut hatinya terhadap gadis yang menjadi mangsa keadaan mereka tadi. Fizikal gadis tersebut diamati. Rambutnya lurus separas bahu dan berwarna agak keperangan. Hidungnya mancung dan tirus dihujung dengan mata bundar dan bulu matanya yang lebat dan lentik. Bibirnya kecil dan berkulit putih yang kemerah-merahan.

'Indahnya ciptaan Tuhan," bisik hatinya. Manakala Merlis berterusan menangis.

"Hoii diamlah betina! Karang jadi lauk pak belang kau nanti!" jerit si perompak yang sedang memandu.

Esakan Merlis diperlahankan. Namun begitu bahunya masih terhinggut-hinggut apatah lagi terkejut apabila dijerkah sebegitu kuat.

"Kau selesaikan tugas kau. Nanti aku bawak dia bersembunyi ditempat aku," kata Maliq. Mendengarkan perkataan 'sembunyi' membuatkan Merlis kecut perut. Pelbagai persoalan berlegar-legar dikepalanya kini.

Adakah dia akan selamat? Dapatkah dia berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakannya lagi? Serta bagaimanakah keadaan En. Ajmal dan Puan Orked? 
















Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh