6,065
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

APLIKASI Instagram menjadi peneman sementara menunggu kawannya yang sejak semalam berkata 'jom lepak mamak'. Tapi sekarang? Di manakah dia? Batang hidung pun tak nampak.

Dia tersengih apabila terlihat gambar kiriman terbaru daripada adik bongsunya. “Aqish... Aqish. Kecil-kecil lagi dah pandai post gambar jadi chef kat Instagram ye? Nak jadi chef ke apa? ”

Telatah satu-satunya adik perempuannya itu tidak pernah buat gusinya kering. Terhibur sahaja memanjang.

Jam tangan dikerling.Dah nak hampir setengah jam dia menunggu di kedai mamak.Ini dah melampau. Dia yang ajak lepak, kita yang kena tunggu.

“Hye bro. Sorry lambat. ”

Ahnaf mencebik.

“Sorry je kau tahu kan? Sorry, tiada sorry bagimu. Aku nak kau belanja teh tarik dengan roti canai aku ni,”ujar Ahnaf seraya menunjuk roti canai dan minumannya. Inilah masanya untuk dia kenakan Faiz.

“Hah?Alah...Iyelah! Nasib baik aku yang ajak kau lepak, kalau tak memang taklah aku nak belanja,”balas Faiz seraya perlahan-lahan mengeluarkan beg dompetnya.

“Hmm, cukup ke duit aku ni? ”getus hatinya.

“Ha, kau nak citer apa kat aku harini?”tanya Ahnaf.Selama ini dia yang selalu luahkan perasaan, kali ini biarlah giliran Faiz pula.

“Aku nak citer... ”

Tak sempat Faiz nak habiskan ayat, telefon pintar Ahnaf pula berdering. Faiz mengeluarkan keluhan.

“Hello. Ye Aqish kenapa? ” tanya Ahnaf kepada adiknya Balqis.

“Abang Harys... Abang Harys nak bunuh Aqish... Aqish takut abang,”jawab Balqis.Terdengar suara tangisannya di dalam talian.

Tersembur air teh tarik daripada mulut Ahnaf.

“Apa!? Okay, abang balik sekarang! Aqish duduk dalam bilik,kunci pintu!”

“Faiz, sorry. Aku kena balik sekarang.”

“Kenapa?Ada apa? ”

“Har. Dia nak bunuh adik aku. ”

Dia terus berlari menuju ke kereta. Nyawa adiknya sangat penting.

Pedal minyak ditekan kuat. Dia pandu dengan had yang laju.Stereng kereta diketuk kasar.

“Argh! Masa macam nilah lampu isyarat asyik merah! ”rungut Ahnaf bengang.

Balqis menyorok di dalam bilik sehingga Ahnaf pulang.

“Aqish adik abang... Bukalah pintu ni... Abang nak main dengan Aqish ni,” panggil Harys dengan nada psiko. Pintu diketuk perlahan.

Balqis baring sambil menutup mukanya dengan bantal.Budak kecil itu menggigil ketakutan. Walaupun ini bukanlah kali pertama, perasaan takutnya masih sama.

Masih terbayang lagi detik Harys mengambil pisau di dapur dan menghala ke arahnya.Hanya detik itu berputar di benaknya.

“Astaghfirullahaladzim...Har! Allahuakhbar...Mengucap Har!” jerkah Ahnaf, serentak itu dia merampas pisau di pegangan Harys.

“Bagi pisau tu! Bagi! ” jerit Harys.

Pergaduhan mereka membuatkan Balqis bertambah takut di dalam bilik.

“Ikut aku!Ya Allah... Tolonglah hamba... Sembuhkan penyakit adik hamba ya Allah...” Ahnaf berdoa sambil mengheret adiknya ke bilik. Harys dimasukkan ke dalam bilik tidur dan dikunci.

“Buka pintu ni! Woi! Kau ingat, kau kurung aku ni aku suka ke hah!?Hahaha! ”

“Maafkan abang, Har...” Ahnaf bersuara di dalam hati. Air matanya gugur. Sungguh dia tidak kuat, untuk lakukan perkara sedemikian terhadap adiknya.

Tetapi...

Dia terpaksa.


NASI goreng kampung menjadi hidangan untuk makan malam mereka hari ini. Ahnaf berasa kasihan melihat keadaan Balqis yang masih takut.

Kasihan Balqis, usianya baru 7 tahun tapi harus tempuhi pelbagai ujian.Kehilangan ibu bapa ketika berusia 1 tahun dan sekarang terpaksa menghadapi keadaan abang keduanya yang bermasalah.

“Maafkan abang ye Aqish... Abang sendiri pun tak tahu macam mana Abang Harys boleh keluar dari bilik,” pinta Ahnaf yang serba-salah sejak tadi.Kalaulah dia boleh ramal apa yang bakal berlaku,pasti dia telah menolak pelawaan Faiz.

“Takpe abang...” Ringkas budak kecil itu membalas.Walaupun dia masih seorang budak,dia sangat mudah memahami keadaan.

“Pergi! Pergi! Tolong aku! Tolong! ”

Ahnaf mengeluh panjang.Bingkas dia bangun. Satu hari Harys tidak meracau tidak sah. Ahnaf meninggalkan meja makan.

Dia berjalan pantas menuju ke bilik Harys. Kunci yang tersangkut di tombol pintu diputarkan sahaja. Tombol pintu dipulas.

“Lailahaillallah...Harys! Sedarlah! ”

Ahnaf menggoncang tubuh Harys supaya dia sedar dari mimpi ngeri.

Celik sahaja matanya, dia bangun dan nafasnya tercungap-cungap. Dia merasa seperti tidak cukup nafas. Rasa seperti malaikat maut telah datang menjemput.

“Itulah,aku dah banyak kali cakap... Jangan tidur lepas asar. Degillah kau ni! ” marah Ahnaf.Letih mulutnya asyik membebel hal yang sama setiap hari.

Bebelannya terhenti setelah telefon pintarnya berdering.

“Hello Faiz. Ada apa kau call aku ni?” soal Ahnaf seraya matanya memandang wajah adik lelakinya
yang sedang ketakutan.

“Hello Naf. Sorry ganggu. Aku lupa nak cakap kat kau tentang hal penting ni tadi kat kedai mamak.”

“Penting?Hal apa? ”

“Tentang adik kau. Aku ada terjumpa satu ustaz ni kat masjid.Ustaz ni perawat Islam. Kita boleh cuba ikhtiar .”

Ahnaf termenung sebentar memikirkan kata-kata Faiz.

“Okay. Aku setuju. ”

“Okay cun! Nanti aku call ustaz tu, aku tanya bila dia free. ”

“Thanks bro. Semoga kau dimurahkan rezeki,” ucap Ahnaf diiringi doa buat sahabatnya.

“No hal bro. Aamiin. Terima kasih. Bye bro. Assalamualaikum... ”

Ucapan salam menjadi penutup panggilan mereka.

“Waalaikumussalam... ”

“Har, pergi makan. Lepas makan nanti,kau nak sambung tidur...Tidurlah. Aku tak marah. Aku nak solat Isyak sekarang,” ujar Ahnaf kepada adiknya yang masih menggeletar.Dia menepuk lembut bahu Harys.

“Aqish... Jom solat dengan abang.”

“Nak! Jom abang!” Berdesup Balqis berlari mendapatkan abang sulungnya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh