Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,626
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

 Andriana sampai ke Dinasour Holding tepat pukul 10.00 pagi. Dia sudah terlambat kerana waktu bekerja ialah pukul 9.00pagi. Andriana melangkah ke bilik pejabatnya. Sebelum dia masuk, dia mengintai dari luar, kerana dia tahu Rayyan ada didalam biliknya.

 

 Dia membuka sedikit pintu dan mengintai, Rayyan sedang bermundar-mandir didalam biliknya. 


“Apalah yang malaun ni mundar-mandir dalam bilik aku, latihan berkawad kot.” Bisik Andriana . Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang bernas,hehehe.

 

 Dengan berhati-hati dia masuk dan dia menyergah Rayyan yang sedang bermundar-mandir didalam biliknya.

 

 “Huargh!!!” Andriana menyergah Rayyan dari belakang.

 

 “Arghh!!!” Rayyan menjerit kerana terkejut sampai jatuh tergolek dilantai.

 

 “Hahahahahaha!!!” Andriana ketawa dengan kuat,padan muka kau wahai malaun firaun!

 

 “Woi! Kau ni pehal?! Nasib baik aku takde masalah jantung, kalau tak dah sah-sah aku ‘jalan’.” Marah Rayyan.

 

 “Padan muka kau! Yang kau ada dekat sini kenapa? Keluarlah!” Andriana menolak Rayyan supaya keluar.

 

 “Kau ni pehal tolak-tolak aku ni?! Aku kan boss kau, jadi, mestilah aku kena sentiasa ada dengan kau. Kenapa kau datang lambat? Lama aku tunggu kau.”

 

 “Eh,suka hati akulah nak datang bila pun, kau ni sibuk kenapa? And one more thing,kau ni takde kerja ker? Papa kau kan ada syarikat sendiri, kenapa tak kerja dengan papa kau? Yang nak kerja dengan papa aku kenapa?” Tanya Andriana bertalu-talu.

 

 “Memang aku kerja dengan papa aku, tapi papa kau suruh aku tolong kau buat kerja, kau tukan selalu buat masalah, kau ingat aku nak sangat ker tolong kau? Huh...” Balas Rayyan.

 

 “Tolong kepala lutut kau! Kau mengarah aku adalah, kau tak payahlah nak ‘tolong’ aku lagi, kau cakaplah dekat papa aku yang aku ni dah boleh buat kerja sendiri.” Pujuk Andriana.

 

 “No way! Aku akan tetap dekat sini dengan kau.”

 

 “Suka hati kaulah!” Andriana mengeluarkan laptopnya dari beg galasnya. Dia buka akaun facebook nya, dia masih tidak puas untuk ber chatting dengan si Elysa.

 

 “Apa kau buat tu?” Rayyan duduk disebelah Andriana diatas sofa.

 

 “Ohh, main facebook, aku pun ada facebook, add lah aku.”

 

 Andriana buat-buat tidak dengar apa yang Rayyan cakapkan.

 

 “Takde masa aku nak add kau.” kata Andriana dalam hatinya.

 

 Rayyan menghimpit Andriana apabila dia tidak dilayan oleh Andriana.

 

 “Woi! Kau ni pehal himpit-himpit orang ni?!” Andriana marah, dia cukup pantang kalau orang menghimpitnya. Abang-abangnya pun pernah kena terajang dengan si Andriana ni sebab pernah menghimpitnya.

 

 “Dah kau tak endahkan aku, meh sini laptop kau.” Rayyan mengambil laptop Andriana dan menaip nama akaun facebook nya diruangan ‘search’ dan dia menekan butang‘add’ ...

 

 “Weyh, aku tak mau add kau lah!” Andriana merampas semula laptopnya dari Rayyan.

 

 “Kau jangan nak gatal pergi ‘unfriend’ aku.” Kata Rayyan.

 

 “Kalau aku ‘unfriend’ jugak? Apa yang kau nak buat?”

 

 “Kalau kau ‘unfriend’ aku, aku akan datang rumah kau hari-hari.” Ugut Rayyan.

 

 “Pergh! Jembalang ni nak datang rumah aku pulak! Tak pasal-pasal rumah aku jadi rumah puaka.” Katanya dalam hati.

 

 “Yelah! Tapi kau jangan gatal nak datang rumah aku!” Andriana mengalah, tak sanggup dia nak tengok Rayyan hari-hari dirumahnya.

 

 “Tau takut...” Rayyan bangga kerana dia menang melawan gadis yang keras kepala itu.

 

 “Dahlah, aku nak chatting dengan kawan aku,kau jangan bagi kerja dekat aku hari ni.” Andriana melayan facebook.

 

 “Kau memang takde kerja pun hari ni, sebab semalam kau dah buat kerja kau untuk seminggu.” Kata Rayyan selamba.

 

 “Damn! Tak guna betullah! Mati-matian aku ingat yang itu kerja aku untuk sehari.” Ujarnya didalam hati.

 

 Suasana kembali senyap, Andriana sibuk melayan facebook dan Rayyan membuat kerjanya.

 

 Tiba-tiba Rayyan berasa bosan. Dia memandang Andriana. 


“Comelnya dia ni, rasa macam nak cubit-cubit aje pipi minah ni.” Katanya dalam hati.

 

 “Kenapa kau tengok aku macam nak telan aku?Aku tau lah aku ni comel dan cantik, tak payahlah nak tengok lama-lama.” Andriana sudah lama menyedari yang Rayyan memandangnya, gerun pulak kalau Rayyan membuat yang bukan-bukan kepadanya.

 

 “Eh,kau jangan nak perasanlah, aku pandang kau sebab kau tu tak cantik. Kesianlah siapa yang jadi laki kau.” Tipu Rayyan . Apa yang Andriana cakapkan seratus peratus apa yang ada difikiran Rayyan.

 

 “Huh, suka hati kaulah, sehari tak mengata aku, tak boleh hidup agaknya kau ni.” Andriana malas hendak melayan Rayyan yang tak pernah ‘salah’ itu.

 

 “Aku bosanlah, aku nak join kau boleh?” Rayyan mendekati Andriana kembali.

 

 “Kau pergilah buat kerja kau, kau kan suka kerja. Kalau tak kerja tak lengkaplah kehidupan kau.” Andriana memerli Rayyan.

 

 “Dalam laptop kau ni ada lagu yang best tak?”Rayyan tidak mempedulikan perlian Andriana.

 

 “Ada, kau suka lagu macam mana?” Tanya Andriana, sekali-sekala berbaik dengan malaun ni, tak salah rasanya, taklah sakit hati sangat dan taklah bosan sangat, ada jugak kawan nak berbual.

 

 “Aku suka lagu English macam lagu Back Street Boy atau Nsync. Ada tak?”

 

 “Pergh! Kolot betul selera musik kau ni, zaman sekarang ni, mana ada orang dengar lagu macam tu, orang dengar lagu Taylor Swift zaman sekarang ni. Dalam laptop aku lagu yang baru baru jer yang banyak. Lagu lama tak taulah ada ke tak.” Andriana mengutuk selera musik kegemaran Rayyan.

 

 “Lagu baru pon boleh lah. Kalau penyanyi yang hot sekarang ni, aku suka lagu Charli Puth, Shawn Mendes dengan Coldplay.”

 

 “Wow! Kau pon minat diorang? Aku minat sangat lagu-lagu diorang, sebab gempak doh!” Andriana seronok kerana Rayyan juga suka lagu dari penyanyi kesukaannya itu.

 

 “Mestilah! Masa aku belajar dekat US dulu,hari-hari aku dengar lagu diorang. Aku pernah pergi ke konsert diorang kau tau tak.” Kata Rayyan dengan bangga.

 

 “Wah, seronoknya kau. Aku pun nak pergi jugak.Tapi kau ni umur berapa?” Tanya Andriana.

 

 “Aku baru 24 tahun. Baru habis study tahun lepas.” Jelas Rayyan.

 

 “Owh, patutlah nampak muda lagi, kau sama umur dengan angah. Kalau abang kau pulak?” Andriana terus bertanya.

 

 “Abang aku Rafiq tu dia umur 25 tahun. Sama dengan along kau. Aku sama umur dengan Andrine dan adik aku Alisha tu sama umur dengan kau. Rasa macam kebetulan pula kan?”

 

 “Ha’ah! Betul jugak.”

 

 “Eh! Kenapa aku mesra sangat dengan malaun ni? Tak boleh jadi ni!” Bisik hatinya.

 

 Andriana ber chatting dengan Elysa sambil berdiam diri kerana Andriana sudah tidak berminat nak bercakap dengan Rayyan.Tanpa sedar sudah masuk waktu makan tengahari.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan