Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Separuh Jiwa
Kekasih Separuh Jiwa
Nurina Feeza
31/1/2019 22:36:26
123,329
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
10 - 3

EMMA serta-merta menerpa ke arah kereta Safwan. Lalu berdiri disebelah pintu bahagian pemandu.

Setelah enjen dimatikan, Safwan membolos keluardaripada perut keretanya.

            “Hai, Wan!” Emmamelemparkan senyuman manis kepada Safwan.

            “Kenapa dengankereta you ni, Emma?” Safwan menuju ke arah bonet kereta Emma.

            “Tak tahulah.Tiba-tiba saja mati masa I tengah memandu tadi.” Emma segera membuka picu bonetdi bahagian hadapan.

            Safwan membelekbahagian enjen. Dia cuba membetulkan bahagian yang longgar.

            “Cuba hidupkanenjen kereta,” arah Safwan.

            Gagal.

            “Tak boleh,”balas Emma.

Safwan menutup semula bonet di hadapan. Diaberjalan ke arah Emma.

“You kena hantar kereta you ke bengkel,”beritahu Safwan.

Emma berjalan ke bahu jalan lalu duduk di atastembok. Wajahnya pucat. Bak ada sesuatu mengganggu benaknya.

Safwan menghampiri Emma. Dia duduk di sebelahbekas isterinya itu.

“You ada masalah ke, Emma?” tanya Safwan.

“Macam mana I nak pergi kerja nanti? Inilahsatu-satunya kereta yang I ada, Wan.” Emma melepaskan keluhan panjang.

“Suruhlah suami you hantar,” cadang Safwan.

Emma mengeluh.

“Kalau you masih suami I, you tidak akan biarkanI seorang diri di tepi jalan.” Sayu nada suara Emma.

“Apa yang you merepek ni, Emma? I adalah bekassuami you. Kalau Haidar dengar, mesti dia akan berasa cemburu!” Safwan lekasmenjarakkan tubuhnya dari tubuh Emma. Meremang bulu romanya dek kata-kata Emma.

“I menyesal, Wan. Kalau I tak minta cerai dulu,semuanya tidak akan jadi begini!” Emma menghamburkan tangisan.

Safwan terkedu.

“Hari-hari I teringat momen indah kita. I rindusangat dengan you, Wan,” sambung Emma sebak.

Safwan beristighfar panjang.

“You sedar tak apa yang you cakapkan ini, Emma?”marah Safwan.

“I bodoh, Wan! I buang you dulu. Kemudianmengahwini Haidar. I sudah tersalah di dalam membuat pilihan,” balas Emma.

“So, what do you want from me?” herdik Safwan.

“I want you. I want us as before, as a husbandand wife!”balas Emma.

Safwan terus berdiri. Merenung tajam setiap inciwajah Emma.

“Are you crazy? Do you think that I have nodignity?Dengar sini, you seharusnya menerima sisi positif dan negatif yang ada padadiri dia! Suami isteri perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Bukansekadar untuk memenuhi hawa nafsu semata-mata!” tekan Safwan keras. Lalu beredarke keretanya.

Emma terkocoh-kocoh mengejar Safwan.

“You mahu tinggalkan I seorang diri di sini ke,Wan? You tidak takut kalau sesuatu yang buruk menimpa diri I?” ugut Emma.

Langkah Safwan mati. Dia berdecit.

“Jom, I hantar you balik!” tawar Safwan tanparela.

“How about my car?” balas Emma.

“I call mekanik. I suruh dia tarik keretayou ke bengkel.”

Safwan membolos masuk di dalam perut kereta.

Emma terus tersenyum lebar. Ternyata, Safwanmasih mengambil berat perihal dirinya. Dia tahu Safwan mencintainya. Dia akanlenturkan cinta itu semula.

 

Previous: 10 - 2
Next: 10 - 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.