Bab 24
Sejuknya... Sampai menggigil badan aku ni. Menusuk ke tulang. Aku capai remote aircond dan matikan aircond. Berselubung aku dengan selimut yang tak berapa nak tebal ni. Pusing kanan dan pusing kiri. Alamakk.. Tak dapat sambung tidurlah pula. Aku tengok jam di handphone, terus terduduk aku. Dah jam 7.00pagi, cepatnya masa berjalan. Aku rasa baru je tidur. Memang lena betul aku tidur.

Dengan malas, aku terus bangun. Duduk sebentar dan call mak aku. Nak bertanya mengenai Syaira dan Aqil. Macamanalah sekolah mereka, harap okey jelah. Pertama kali ni aku tinggalkan anak-anak aku dengan mak. Ni pun disebabkan dah terlalu stress, terpaksa menyendiri dengan bercuti.

Memang betul kata Kak Fiza, diri sendiri pun kena bagi ruang untuk berehat dan tenang. Jadi.. Dah dua hari aku dekat sini, memang dapat ketenangan itu. Aku tak fikir langsung pasal Taufik, aku block nombor dia. Aku memang tak nak diganggu dan aku pun tak fikir pasal kek. Kosong kepala. Cuma fikir anak-anak je. Itu dah semestinya.

Dan.. Yang pelik. Boleh pula aku terrrfikir pasal Mr. Blueberry Cheese malam tadi. Pelik memang pelik. Dan.. yang amat-amat pelik, aku boleh lembut hati whatsapp dia. Eh.. Dah kenapa dengan aku ni ek. Masalah betul lah. Tapi... Tak apalah. Just friend, why not. Syok juga borak dengan dia, kiranya kepala gila jugalah mamat poyo tu. Alaaa.. Aku whatsapp dia waktu bosan je. Hmm.. Jahat tak aku. Hahahaaa.. Aku gelak sendiri.

" Mak.. Syaira dan Aqil dah pergi sekolah ke?" Tanya aku sebaik mak aku menjawab panggilan.

" Dah baru je pergi.."

"Okey tak diaorang mak? Susah bangun tak?!" Tanyaku lagi. Risau.

"Okey.. Senang je diaorang bangun. Mak kejutkan je terus bangun, solat, mandi dan bersiap ke sekolah.." Aku senyum. Lega dengar.

" Diaorang sarapan apa tadi? Adik sarapan tak?"

" Makan roti dengan kaya. Kuih dia tak nak makan. Jangan risaulah. Budak-budak tu bijak. Pandai urus diri.." Senyum lebar aku.

" Iyelah. Okeylah mak. Nanti Aina call lagi.." Aku terus matikan talian. Rindu pula dengan Syaira dan Aqil.  Tak apalah, bukan selalu kena tinggal, biar mereka berdikari.

 Aku mengambil selendang, dan sarung dikepala. Lalu, terus buka pintu chalet. Wahh!! Nyamannya terasa. Deruan ombak menghempas ke pantai, angin pantai yang sejuk meniup ke tubuhku. Aku duduk di kerusi dan memeluk tubuh, handphone ku letak diatas meja. Memang tenang betul lah. Aku merenung ke tengah lautan, cantik laut diwaktu pagi. Suasana memang mendamaikan.

Bippp..!! Notification whatsapp berbunyi. Pantas tangan terus mencapai handphone. Siapa pulalah yang whatsapp pepagi buta ni.

Aikk..!! Dia juga. Macam tak ada orang lain je nak whatsapp aku. Hmm.. Tapi memang betullah  tak ada orang lain pun yang rajin nak whatsapp aku. Memang dia ni je. Tak bosan agaknya. Sekarang ni, nak balas ke tak nak ek. Kejab fikir. Okeylah.. Disebabkan aku pun bosan, layan jelah.

" Uittt... Si Penjual Kek.. Dari malam tadi sampai sekarang ni saya tunggu awak text. Nak tahu apa syarat-syaratnya.." Hahahaa.. Aku gelak kuat. Dia ni memang betul-betul nak kawan dengan aku kut. Beriya sangat. Lawak betul lah mamat poyo ni.

"Sabar itu separuh daripada iman. Sabar ya Mr. Blueberry Cheese. Saya tengah listkan syarat-syaratnya.."

" Tak kanlah nak kena cari darah nyamuk pula. Matilah saya macam ni.."

" Kalau mati, tanam jelah. Bukan susah pun. Tak pun, campak je kat laut. Mudahkan..!"

" Sampainya hati.. Awak dah breakfast?"

" Belum lagi.."

" Jom breakfast. Saya tak ada kawanlah nak breakfast. Semua dah pergi kerja.."

" Tak hinginnn..!! Saya diluar kawasan.."

" Luar kawasan?"

" Masa awak datang kedai cari saya tu. Kak Fiza cakap apa?"

" Dia cakap awak cuti tiga bulan.."

" Ha.. Betul lah tu. Saya tengah cuti dan berada diluar kawasan.."

"Okey.. Awak kat mana? Saya pergi tempat awak?" Ish..!! Gila punya Mr. Blueberry Cheese.

" Tak payah nak menggedik ye. Saya tak perlukan teman, saya nak menyendiri. Saya nak release tension. Awak tak payah nak menyibuk.." Kataku tegas. 


" Tapi saya nak kawan dengan awak. Bolehkan wahai Si Penjual Kek. Saya harap sangat. Bagi saya peluang nak berkawan dengan awak. Pleasee..!!" Alahai.. Sampai macam tu sekali dia merayu nak kawan dengan aku. Biar betul Mr. Blueberry Cheese ni. Takut pula aku.

" Kenapa awak nak sangat kawan dengan saya? Saya ni cuma Si Penjual Kek je. Tak layak pun berkawan dengan awak. Saya ni orang kampung je.." Kataku jujur.

" Orang kampung ke orang bandar ke sama je. Kita manusia biasa, sama je disisi Allah. Kenapa nak kena layak atau tidak untuk berkawan? Berkawan biar beribu, berkasih sayang dan cinta biar satu. Saya nak kawan dengan awak sebab saya nak lah. Kalau tak nak, tak lah saya minta izin. Apadaaa.." Aku buat muka. Iyelah tu Mr. Blueberry Cheese. Hmm..

" Okey! Syaratnya.. Awak tak boleh cakap walau sekali pun pasal hati dan perasaan. Tanya, komen atau apa je berkaitan hati dan perasaan. Dilarang sama sekali. Ingat!!  Hanya kawan.. Saya ulangi hanya kawan. Jelas?!" Balasku panjang lebar.

" Kalau terrrrrlepas tanya atau komen pasal hati dan perasaan macamana?"

" Putus kawan sampai bila-bila.."

"Uisss..!! Ini betul-betul mencabar ni. Tapi kan kita dah kawan, lama-lama rapat dan tiba-tiba timbul rasa sayang, rindu macamana pula?" Alamak.. Aku telan liur. Ini yang paling aku takutkan ni. Aduhai.. apa nak jawab ek. Hmm..

" Tak akan berlaku. Kita hanya kawan. Hanya kawan dan hanya kawan. Faham tak Mr. Blueberry Cheeseeee?!" Balasku yakin.

" Tapi Si Penjual Kek, awak dah buat hati dan perasaan saya terikat. Bagilah saya satu peluang untuk mengenali awak lebih dekat.." Aduh..!! Ketuk dahi aku. Masalah ni..

"Aik... Aik...!! Baru je saya cakapkan. Tak boleh cakap pasal hati dan perasaan. Kalau macam ni cancel lah kawan. Okeylah bye...!!"

" Eh.. Eh.. Kejab.. Kejab..!! Alahaii... Cepatnya lah sentap Si Penjual Kek ni. Okey lah, apa yang awak nak saya ikut jelah. Yang penting Si Penjual Kek nak berkawan dengan Mr. Blueberry Cheese. Okey tak?!" Pujuknya. Tahu takut.. Hehehe.. Saja je.

" So.. Mr. Blueberry Cheese setuju dengan syarat tu?!"

"Iya.. Setuju. Demi Si Penjual Kek, apapun Mr. Blueberry Cheese akan lakukan.."

" Bagus..!! So, secara rasminya saya Si Penjual Kek setuju dan terima Mr. Blueberry Cheese sebagai kawan. Saya ulangi.. Kawan, hanya kawan.." Lawak pun ada. Hahahaa..

"Dan.. Saya Mr. Blueberry Cheese sangat berbesar hati dan berharap akan terus menjadi kawan kepada Si Penjual Kek. Dan.. nak terus bersama Si Penjual Kek selamanya. Boleh kan?!  Jangan cakap tak boleh pula, saya tak cakap pasal hati dan perasaan ni tau.. " Uit.. Pandai dia pancing aku ek. Bijak juga dia ni.

" Hmm.. "

" Aik.. Hmm je?! Jadi, sekarang ni kita dah sah kawanlah kan?" Aku gelak lagi. Apa sah-sah, ingat nikah ke.

" Hmm.."

" Betul? Tak tipu saya ke?"

" Awak ingat saya ni penipu ke? Kalau dah cakap saya ni tipu, hmm, cancel lah kawan. Belum apa-apa lagi dah tak percaya.." Aku sengaja lagi.

" Alaa.. laaa.. laa.. Janganlah merajuk. Bukan macam tu. Saya cuma macam tak percaya je awak nak kawan dengan saya. Happy sangat tau..! Rasa bahagia sangat.." Amboi.. Kawan je kut tak kan sampai bahagia. Perhh!! Dasyat betul.

" Iyelah tu.."

" Iyalah Si Penjual Kek. Saya tak tipu. Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Jujur.."

" Okey.. Kawan! Syarat lagi satu."

" Aik.. ada lagi ke?! "

" Kan saya cakap ada 18 syarat. Masuk ni baru dua. Nak ke tak nak?!" Aku gelak.

"Iyelah.. Apa syaratnya?"

" Tak boleh jumpa atau ajak saya keluar. Tidak dibenarkan."

"Pula dah. Alaaa... Tak kan nak ajak makan atau jalan-jalan tak boleh. Sesekali nak juga jumpa."

" Maaf!! Tak dibenarkan. Saya tak nak dan bahaya."

" Nanti kita jumpa saya bawalah sepupu dan tunang dia sekali. Tak lah berdua je"

"Tak boleh!"

" Habis kalau nak jumpa awak macamana?!"

" Kat pasar waktu saya niaga dan kena beli kek. Okey? Jelas? Faham?"

" Kat pasar? Aduh.. Tak romantiklah. Ada ke kat pasar. Kena paksa beli kek pula tu."

" Dah awak kenal saya pun dekat pasar depan kek kan. So, mana kenal situlah jumpa. Tak payah banyak bunyilah. Sekarang ni setuju ke tak?

Kalau tak setuju tak apa, cancel kawan.."Aku gelak. Aku sengaja je nak uji dia. Sanggup ke tak sanggup. Kalau dia betul nak kawan dengan aku,mesti dia on tapi kalau tak, memang banyak alasanlah.

 Dari situ pun aku boleh tahu, dia betul ikhlas atau tak untuk kawan dengan aku. Lantaklah nak cakap aku banyak songeh ke, poyo ke, jual mahal ke, terpulang. Aku buat macam ni ada sebab. Sebab apa tau, sebab lelaki tak boleh dipercayai. Jangan ingat senang nak kawan dengan perempuan. Biar jual mahal dari jual murah.

" Baiklah wahai Si Penjual Kek. Saya setuju dengan syarat-syarat pelik awak ni." Hahaha.

 Akhirnya, dia berserah juga, redha dengan syarat aku. Mesti dia bengang punyalah dengan aku, mesti lepas ni dia tak nak kawan dengan aku. Pening layan kawan macam aku ni. Padanlah muka, gedik sangat nak kawan dengan aku kan. Amboii.. berlagak betul aku ni.
 Bukan berlagak tapi dah malas sebenarnya nak kawan-kawan bagai ni. Penat nak kenal dan mulakan. Lelaki ni hmmm.. Buat aku tension sebenarnya tapi tak apa. Aku try bagi peluang dekat Mr. Blueberry Cheese ni. Sama ada sanggup atau tak untuk terus kawan dengan aku. Kalau tak sanggup. Boleh blah.!! Tengokkan jelah.

" Boleh saya tahu awak dekat mana sekarang? Dekat kampung ke?" Tanya lagi. Sibuk je nak tahu.

" Tak lah.  Saya dekat London. Okey bye!!"

Hahaha.. Aku gelak lagi. Seronok borak dengan dia ni. Tapi borak je tak lebih. Ni kalau Taufik tahu, mati kau kena belasah. Tapi apa hak dia nak belasah aku, kami dah berpisah kut. Mungkin betul lah apa Kak Fiza cakap hari tu yang Taufik tu dah gila talak. Hmm.. Lantaklah kau Taufik, nak gila talak ke, nak gila meroyan ke, sukahatilah. Malas aku nak layan, nak fikir memang tak lah.

" Apapun.. Terima kasih banyak-banyak ya Si Penjual Kek. Saya amat hargai penerimaan ini. Walaupun hanya sebagai kawan tapi ia amat bermakna dalam hidup saya. Syukur, Alhamdulilah.. Saya harap biarlah ia kekal ke akhirnya."

Alahai.. Mr. Blueberry Cheese ni. Dia buat aku rasa sangat terharu. Baik juga dia ni. Tapi tak.. tak.. Tak boleh percaya lelaki ni. Mula-mula nak kawan, ayat baik punya, ayat power semua tapi bila dah kawan kang, mulalah nampak belangnya. Arhh!! Lelaki semua sama. Lelaki memang mulut manis, membodek pandai tapi hampeh. Naik geram pula aku dengan lelaki. Huh!!

Aku melihat jam di handphone. Dah jam 8.40 pagi. Perut dah berbunyi dah ni, minta diisi. Malasnya nak keluar cari makanan. Cafe buka sampai jam 9.00 pagi je pula tu. Sekarang ni aku mandi pun tak lagi. Terpaksalah ni kena ke pekan cari sarapan. Okeylah.. boleh juga cuci mata.

Aku terus masuk ke dalam dan bersiap. Beberapa minit kemudian, okey siap! Kejab je. Aku ambil kunci kereta dan ambil duit masuk dalam poket seluar. Malas nak bawa beg. Selepas kunci pintu bilik, aku terus ke kereta dan memandu mencari kedai makan tepi jalan.

Aku masuk ke satu warung, memandangkan tak ramai pelanggan. Okeylah, janji perut kenyang. Nasi lemak je yang tinggal. Bolehlah. Layan tekak kejab. Boleh tahan sedap. Layan punya layan nasi lemak ni, tiba-tiba ada seseorang menegur aku.

" Eh.. Ni Aina yang jual kek kat pasar tani tu kan?!" Seorang makcik menegurku.

" Iya saya.." Aku berdiri dan bersalaman dengan makcik itu. Aku kenal makcik ni, dia ni regular customer aku. Setiap minggu dia beli kek, tapi aku tak ingat namanya. Yang aku ingat mukanya je.

" Aina buat apa kat sini? Dengan siapa?" Tanya makcik tu.

" Saya sorang je, saja bercuti tenangkan fikiran. Asyik menghadap kek je kan, tension juga.." jawabku peramah.

"Laa iyeke.. Alahai kasihannya."

"Kalau tak silap, acik ni, mak Azaim kan. Azaim yang pakai cermin mata tu kan.." Tanya aku ingin kepastian.

" Aha.. Mak Azaim. Aina menginap kat mana?"

" Saya menginap kat Umang-umang Chalet. Acik buat apa dekat sini?"

" Ada kursus kat PD semalam tapi ni dari rumah kawan dekat Melaka. Nak balik ni. Tak sangka dapat jumpa Si Penjual Kek kat sini.." Aku tersentak kejab. Makcik ni tahulah, mesti Azaim dan Mr. Blueberry Cheese ada cerita kat makcik ni kut. Malunya aku. Dan terus tersenggeh.

" Ha tulah. Tak sangka kan.." 


" Okeylah Aina, Makcik minta diri dulu ya. Kawan-kawan dah tunggu tu. Kena tinggal pula makcik kang. Jumpa lagi lain kali ya.." Peramah makcik ni, mesra.

" Baiklah makcik, hati-hati ya.."

" Jaga diri baik-baik. Aina berapa lama bercuti ni?" Tanyanya lagi.

" Tak pasti lagi ni. Kalau rasa nak balik, Aina baliklah. Tunggu kepala dah tenang, baru balik. Hehe.. " Aku bergurau.

" Macam tu pula, okeylah. Selamat bercuti. Assalammualaikum.." Makcik terus meninggalkan aku.

" Terima kasih makcik. Waalaikumsalam.." Aku memandangnya sampai naik ke dalam kereta dan melambaikan tangan ke arah makcik. Aku senyum. Boleh pula jumpa mak Azaim kat sini. Hmm.. Kebetulan.

Aku menyirup air nescafe yang dah suam ni. Lama tak minum air nescafe, memang betul-betul nikmat. Sedapnya..!!!

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.