Bab 17
Azaim memikirkan sesuatu. Handphone di keluarkan dari dalam poket seluarnya. Cuba menghubung Nadim tapi tak dapatlah pula. Terus melabuhkan badan di tilam. Kemudian, bangun semula. Jalan mundar dan mandir. Serius je. Garu kepala yang tak gatal.

" Sebenarnya Aina tu dah kahwin ke? Kalau belum kahwin, tapi dua budak tadi tu siapa ek? Dan kalau dah kahwin, mana suaminya?" Kata Azaim sendiri.

Keliru pula dia, dah dua kali dia nampak Aina dengan dua orang budak tu tapi dia sendiri tak tahu siapa gerangan dua orang budak itu. Menjadi tanda tanya. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja Azaim terus jumpa dengan Aina dan bertanya perkara sebenar tapi mana boleh. Nak kena bagitahu dan  tanya big boss dulu. Tak pasal-pasal mengamuk lagi Nadim. Tunggu jelah Nadim mahu lakukan plan seterusnya. Dia tak boleh buat keputusan sendiri.

Kalau betul lah Aina tu dah kahwin, memang berputih matalah kau. Cetus hati Azaim.

Tutt... Tuuuutttttt...!!

Terkejut beruk Azaim apabila tiba-tiba handphonenya berbunyi. Cermin mata rabunnya ditanggalkan dan diletak atas meja. Nama Nadim tertera di skrin handphone. Dengan pantas dia menjawab.

" Yup bro.. Apa cerita?" Suara Nadim ditalian.

" Apalah susah sangat nak call kau ni. Aku whatsapp pun tak reply langsung. Kau berfoya-foya dengan perempuan Taipei ke apa ni.." Marah Azaim. Memang dah beberapa hari tak dapat hubungi Nadim.

" Oiii.. Agak-agaklah cerita. Aku kerja sampai tak tidur malam. Nak siapkan projek baru ni,  nak kena settle cepat nak balik Malaysia. Naik juling mata aku ngadap kerja ni.." jelas Nadim.

" Ooo.. Aku ingat kau lepak dengan awek Taipei. Hahahaa. Janganlah marah.." Azaim gelak.

" So.. ada apa-apa news tak?!" Tanya Nadim.

" Ada.. hot story..!"

" Apa? Cepatlah cakap.."

" Ada dua story mori ni.."

" Tak kisahlah dua ke lapan ke, cepatlah story.." Tak sabar Nadim mahu dengar.

" Sabar broo.. Relax.. ! Tadi aku keluar dengan Hani, jalan-jalan.  Masa aku nak ke parkir, aku nampak Aina beb.." Azaim memulakan cerita.

" Kau nampak dia. Soooo.. Apa jadi?!"

" Aku nampak dia dengan dua orang budak. Dia susun barang dalam bonet kereta dan budak-budak tu tolong dia. Dan masuk ke dalam keretalah.." Sambung Azaim lagi.

" Dua orang budak? Siapa budak-budak tu? Besar ke kecil?"

" Masalahnya aku tak tahulah siapa budak tu. Mungkin dalam umur 10 tahun dan  5 tahun macam tu lah kut. Lebih kuranglah.." Azaim berkerut cuba mengingati.

" Hmm.. Okey.."

" Ha?? Okey je kau cakap. Kau tak rasa apa-apa ke bro.."

" Rasa apa pula.."

" Iyelah. Dah dia keluar dengan budak-budak tu kan. Kau tak rasa ke dia tu dah kahwin ke.." Azaim pula yang risau.

" Alaaa mungkin itu adik dia kut. Atau anak saudara dia ke atau sepupu dia ke. Aku tak fikirlah dia dah kahwin sebab dia tu entahlah kan.." Confident sungguh Nadim.

" Tapi masalahnya bukan sekali ni tau aku nampak dia dengan budak-budak tu. Dah dua kali, yup dah dua tiga kali aku nampak.." Jelas Azaim lagi.

" Ada kau nampak dia dengan suami dia?" Tanya Nadim pula.

" Tak ada pula aku nampak. Aku cuma nampak dia dengan budak-budak tu jelah.."

" Kalau dia dah kahwin, dan budak-budak tu adalah anak dia, dah tentulah dia keluar dengan anak dan suaminya. Tapi ni kau nampak dia dengan budak-budak tu je kan." Nadim menenangkan hati sendiri.

" Yupp.. Tapi bro.. Kalau contoh dia memang dah kahwin dan budak-budak itu anak dia, macam mana bro?" Azaim masih bertanya.

" Apa-apa pun, aku nak bukti yang kukuh. Kau kena cari bukti yang mengatakan dia dah kahwin dan budak-budak tu adalah anak dia. Setakat cakap, tanpa bukti. Sorry.. Aku tak layan.." Kata Nadim tegas. Itu adalah Nadim. Setakat cakap tanpa bukti memang dia tak kan percaya.

" Hmm.. Okey..!"

"So.. Story ke dua?"

" Ni kau kena dengar betul-betul. Dia kan ada niaga kat lobi bangunan kerajaan kat Putrajaya tu kan. Kebetulan waktu tu aku dan Hani beli makanan kat area situ. Masa aku tunggu Hani kat parkir, aku ada nampak dia jumpa seorang lelaki tau.." Azaim mula

cerita. Serius.

"Next.."

"Diaorang bertengkar bro.."

" Bertengkar? Kau dengar, kau nampak?!" Tanya Nadim.

" Of course lah aku nampak. Tapi tak dengarlah,sebab jauh. Yang aku pelik tu, lelaki tu tampar muka dia beb. Perhh!! Gilalah.. Bukan tampar je, ditolak-tolak bahunya lepas tu ditarik tangannya. Dasyat bro.." Jelas Azaim. Terkejut Nadim dengar.

" Kau biar betul Zim. Tak kan sampai macam tu sekali?!" Tanya Nadim. Hairan.

" Iya.. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Kasihan dia. Kasar lelaki tu.. Aku tak tahu siapa.." Sambung Azaim.

" Kenapa kau tak tolong dia? Kau belasahlah lelaki tu. Ishh.. Kalau aku ada, memang kena lelaki tu.." geram betul Nadim. Menyirap je rasa.

" Bukan aku tak nak tolong beb tapi.. Hmm.. Tak nak campurlah urusan orang.."

"Inilah dia. Time orang dalam kesusahan bukannya nak menolong, tengok kan je. Kalau orang tu dibunuh pun kau tengok jelah kan. Apa punya oranglah kau ni.." Marah Nadim. Keras suaranya. Azaim ketuk kepala sendiri. Mahu pekak telinganya mendengar.

" Taklah macam tu.. So, apa plan kau seterusnya?!" Azaim menukar tajuk perbualan.  Malas mahu mendengar bebelan sepupunya itu.

"Macam yang aku cakapkanlah. Kau kena pujuk dia. Jumpa dia. Sekarang ni dia langsung dah tak layan aku tau, aku whatsapp dia tak reply, aku call memang tak jawablah. So, aku tunggu dari kau ni. Jangan buat-buat lupa pula. Aku tahu bila aku balik Malaysia, aku nak benda ni settle. Okey?!" Nadim tetap bertegas.

" Iyelah aku ingat. Nanti aku jumpa dialah. Jangan risau. Ha.. Petang ni ada pasar malam. So, aku jumpa dia nanti. Aku harap dia niagalah."

"Good!! Esok aku call kau lagi. Oh iye.. Pasal budak tu dan pasal lelaki tu. Kau jangan tanya dia pula. Biarkan dulu. Tugas kau hanya kena pujuk dia sampai dia nak kawan dengan aku semula. Yang lain, tunggu arahan aku. Faham?!" Arah Nadim lagi.

" Baik boss..!! Arahan diterima.. Kau balik bila ni?"

" Tak sure lagi. Kerja siap je, aku terus baliklah.."

"Kau memang selalu suka buat surprise pun. Tiba-tiba je dah sampai KLIA.."

" Tak kanlah balik nak kecoh. Bukan ada orang peduli aku pun, mama dan papa pun busy manjang. Lainlah kalau ada Si Penjual Kek tu. Ni aku balik pun sebab dia tau. Tapi masalahnya dia pula tak nak kawan dengan aku. Sedih broo.." Luah Nadim.

" Haahahaa.. Kurang ajar kau kan. Balik sebab perempuan bukan sebab parents. Apa daaahhh.." Azaim gelak kuat.

" Bukan macam tu, aku balik pun parents aku mana ada kat rumah. Bosan..!! Sebab tu aku lepak rumah kau. Ada geng.." Sambung Nadim lagi.

" Iyelah. Sukahati kaulah. Okeylah.. Aku nak tidur. Kirim salam kat perempuan Taiwan ye. Bawa balik sorang yang comel untuk aku ya.." Azaim bergurau.

" Aha.. iye aku bawakan sorang tapi lepas tu masuk news ada yang mati kena tetak dengan tunang. Okeylah bro. Apa-apa news Si Penjual Kek, jangan lupa info aku.." Pesan Nadim pada Azaim.

" Alright. Out dulu. Bye..!" Azaim terus matikan talian.

Azaim geleng-geleng kepala. Tak faham betul dia dengan sepupunya tu. Tak pasal-pasal dia boleh terjebak dalam percintaan Mr. Blueberry Cheese dan Si Penjual Kek. Percintaan?? Hohohoo.. Belum lagi sampai ke peringkat percintaan, baru je di garisan permulaan. Melangkah pun tak lagi, baru merangkak mahu terus melangkah atau mengundur.

Tapi bagi Nadim tiada istilah mengundur. Dia bukan jenis yang cepat berputus asa. Apa yang dia nak, dia akan usaha bertungkus- lumus untuk dapatkannya juga. Selagi tak dapat selagi itu akan kerja keras sampai dapat. Nekad dan semangat Nadim memang tinggi. Apapun perkara yang dia inginkan pasti akan diusahakannya sehabis baik. Dapat atau tidak dapat, itu belakang kira. Yang penting usaha.

Sama juga bab Si Penjual Kek ni, apapun terjadi Nadim akan usaha juga dapatkan. Tapi itulah, Nadim masih tidak tahu lagi status sebenar Aina. Jadinya.. Azaim kenalah siasat dan cari jawapan yang betul-betul pasti.

Azaim bangun dan terus menghubungi tunangnya,mahu berjumpa dan meminta pertolongan Hani untuk memujuk hati Aina supaya mahu berkawan semula dengan Nadim. Mungkin perbincangan perempuan dengan perempuan lebih 

baik. Dua-dua perempuan, memahami antara satu sama lain. Mungkinlah.

Senyum lebar Azaim bila Hani setuju mahu berjumpa dengannya dan mahu cuba menolong. Azaim terus ambil kunci kereta dan turun ke bawah. Menuruni anak-anak tangga satu persatu. Mata meliar mencari Acik Zakiah. Senyum lebar melihat mamanya sedang duduk menghadap laptop.

" Mama buat apa tu?!" Azaim terus duduk di hadapan Acik Zakiah.

"Biasalah Zim. Nak siapkan laporan sekolah ni ha.." Mata Acik Zakiah melirik pada Azaim.

" Ni Zim nak ke mana?"

" Nak jumpa Hani kejab. Nak minta tolong dia.."

"Minta tolong apa?"

" Nak minta tolong Hani pujuk Aina kek tu ma. Nadim suruh pujuk juga walau apapun terjadi. Pening Zim.." jawab Azaim.

" Amboi.. Sampai macam tu sekali. Hahaha..  Macam-macamlah korang ni. Nadim tu betul-betul ke syok kat Aina tu.." Gelak Acik Zakiah.

"Gila tak betul. Dah angau budak tu ma. Sanggup nak balik sini semata-mata kerana Si Penjual Kek tu. Padahal sebelum ni, nak balik Malaysia pun payah.."

" Oh ya..! Dasyat betul cinta pandang pertama kan. Tak sangka pula Nadim tu boleh terpikat kat budak kampung. Tapi baguslah juga, mama tengok dia pun dah banyak berubah. Mungkin dah fikir masa depanlah tu.. " Azaim angguk kepala tanda setuju dengan apa yang Acik Zakiah katakan.

"Itulah ma.. Memang nampaklah perubahan dia sebelum kenal Aina lagi. Ni lagilah dah tersyok kat Aina, makin jadi lelaki sejati kut. Dia cakap, nak juga dapatkan Aina tu lepas tu nak melamar terus. Hati dah terpikat.." Sambung Azaim lagi.

"Amboii... Semangatnya..!"

"Anak saudara mama tu, kalau dah nak memanglah usaha tak henti sampai dapat. Tengok kan jelah. Hmm.. Okeylah ma. Zim pergi dulu ya. Nak ambil Hani dan nak terus jumpa Aina kat pasar. Mama nak kirim apa-apa tak? Nak kek apa?"

" Belikan mama pecal ya. Teringin pula nak makan. Kek tu mama nak kek Pelangi atau kek Manggo Cheese ye.." Pinta Acik Zakiah. Kalau ke pasar, memang wajib beli kek Aina.

" Okey Datin. Saya menurut perintah.."Azaim terus keluar menuju ke keretanya pula. Memandu ke rumah Hani yang tidak jauh dari rumahnya. Sebelah taman perumahannya je. Senanglah dia bila dah kahwin nanti, rumah dekat-dekat tak pening kepala fikir mahu balik kampung.

Sampai saja di rumah Hani, Hani terus masuk ke dalam keretanya. Dan memandu pula ke pasar malam. Sepanjang perjalanan, Azaim menceritakan apa yang dia dan Hani perlu lakukan. Hani memang dah tahu pasal Nadim dan Aina. Semua mengenai mereka sudah Azaim ceritakan.

Masih awal lagi, tak ramai orang. Azaim dan Hani jalan perlahan bersama ke gerai kek Aina. Dari jauh nampak Aina dan seorang budak lelaki. Itu mesti pembantunya, kata hati Azaim. Aina sedang mencucuk lidi nama kek disetiap kek. Setelah itu  Aina jalan pula ke gerai air. Azaim dan Hani terus jalan ke gerai air itu.

" Nora.. Air limau satu.."Pinta Aina. Nora terus membungkus air.

"Hai Si Penjual Kek.. Apa khabar?!" Sengeh Azaim pada Aina. Aina berkerut memandang Azaim. Serius.

" Sihat walafiat.." Jawab Aina acuh tak acuh je.

" Awak busy tak? Boleh jumpa kejab.." pinta Azaim. Mengharap.

" Busy..!" Jawab Aina ringkas. Dia tahu niat Azaim mahu berjumpanya. Aina memberi wang Rm2 pada Nora dan mengambil bungkusan air dari Nora. Terus jalan laju menuju ke gerainya.
Azaim dan Hani mengekori Aina.

" Kejab je. Ada hal penting ni. Please Aina.." Kata Azaim jalan disebelah Aina pula.

" Saya kan nak niaga. Sorry..!!" Aina malas nak layan. Terus je jalan sambil menyedut air limau. Lega tekaknya dapat minum. Sampai di gerai, Aina menggantung air di tiang canopy.

" Tu kan ada pembantu. Please Aina.. Luangkan sikit je masa, hal penting sangat ni.."Azaim masih memujuk. Hani hanya memandang dan mendengar. Apabila Aina memandangnya, dia senyum dan Aina membalas senyuman. Tapi bila Aina pandang Azaim terus mencuka wajahnya. Dan menjeling.

" Huh..!! Penting sangat konon, ni mesti pasal Mr. Blueberry Cheese tu kan?!" Teka Aina. Padahal dah tahu pun.

" Ya.. Boleh ye. Kejab je.." Aina pandang bawah dan angkat kepala semula.

" Kalau nak cakap pasal hati dan perasaan. Maaf ya. Saya tak kuasa nak layan. Awak cakap kat Mr. Blueberry Cheese tu, tak payah kacau saya lagi. Suruh je dia cari perempuan lain. Melambak perempuan Taiwan kat sana tu. Pilih jelah, apa yang susah sangat. Dah muka dia pun macam orang Taiwan. Dahlah sepet, poyo, berlagak.." Jawab Aina nada bengang. Hani senyum dengar. Kelakar melihat gelagat Aina. 


" Relax lah Aina. Awak kena dengar dulu apa saya nak cakapkan ni. Ini sangat-sangat penting. Lebih penting dari mesyuarat Agong.." Azaim masih memujuk.

"Hellooooo... Mesyuarat Agong ke, mesyuarat Sultan ke, mesyuarat rakyat ke. Soooorry... Saya tak ingin nak terlibat. Dan tolonglah jangan libatkan saya dengan Mr. Blueberry Cheese awak tu. Please.. Please.. Pleaseeeee!!" Aina masih tetap keras hati. Aina menjeling tajam pada Azaim. Azaim dah mula buntu dah.

Aina terus melayan customer yang datang ke gerainya. Azaim dan Hani berdiri di bahagian belakang. Membincangkan sesuatu. Mencari idea macam mana mahu memujuk Aina supaya mahu berjumpa dengan mereka dan mendengar penjelasan.

Aina buat tak tahu saja dan terus melayan customer yang semakin ramai datang. Layan customer dengan peramah sekali. Sesekali bergurau senda dengan customer seperti biasa. Gelak Azaim dan Hani melihat gelagat Aina. Pandai ambil hati, patutlah Nadim tersyok kat Aina.

Gelak-gelak dan gurau senda Aina pada customer memang seronok tengok. Selamba je wajahnya mengenakan customer tapi dalam hati. Fuhh!! Macam-macam perasaan timbul. Dia sendiri pun masih berfikir, sama ada mahu jumpa Azaim atau tidak. Kalau tak jumpa mahunya Azaim akan tunggu juga sampai dia mahu. Tapi kalau jumpa dan mahu cakap pasal hati perasaan Mr. Blueberry Cheese. Arhh!! Buat sakit otak je.

Aduhh..!! Tension betul lah. Kata hati Aina.

So, nak jumpa ke atau tak nak jumpa. Nak jumpa ke, tak nak? Nak jumpa ke, tak nak?
Peningggg!!!
Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.