Bab 8
Petang tadi aku bawa anak-anak aku pusing bandar. Singgah ke Giant beli barang sikit, dan biarkan mereka bermain di taman. Seronoknya Syaira dan Aqil. Berlari sana sini, gelak tawa, gembira hati mereka dapat berjalan hari ni. Aku beri mereka kebebasan bermain, mainlah sampai puas. Aku duduk di kerusi  memerhatikan mereka bermain sambil minum air coconut shake di foodcourt. Sedap air ni, layan..

Semakin lama semakin ramai pengunjung datang, pun melayan anak bermain. Seronoknya anak-anak. Ceria dan bahagia sekali. Disebelah mejaku, sekeluarga bersama menikmati makanan. Suami isteri dan dua orang anak perempuan. Si suami melayan anak-anak dan isteri makan. Berbual bersama, bergurau senda, gelak tawa bersama. Aku senyum melihat mereka. Seronoknyalah. Mesti hidup mereka bahagia.

Sesekali si suami mengusik manja isteri, buat-buat merajuk pula si isteri. Dah si suami memujuk lembut walaupun depan anak-anaknya. Dengan anak-anaknya sekali memujuk si ibu. Alahai.. Sweetnya keluarga ni.

Huhu!! Perasaan sedih dan cemburu mula menyelinap dalam diri aku. Terkenangkan nasib diri dan anak-anak. Kalaulah aku dapat layanan begitu dari suami aku. Mesti aku juga turut rasa bahagia macam si isteri itu. Di pujuk oleh suami bila merajuk, dilayan lembut, pandai ambil hati isteri. Bestnya...

Sudahlah tu Aina, nak sedih pun tak guna. Sabar jelah. Hatiku berkata. Iyelah.. Sabarlah ni. Sampai bila agaknya nak kena sabar sedangkan dia tengah bahagia di sana bersama kekasih gelapnya. Kekasih gelap yang dah macam isterinya. Entahlah.. Sabar dan doa jelah Aina.

" Tuttt... tuttt...!!" Lamunanku terhenti apabila handphone berbunyi. Kuat betul aku mengelamun sekarang ni. Aku capai handphone dengan malas. Volume tv ku perlahankan.

" Nak apa lagi dia call ni. Nak cari pasal lagilah ni. Huh!" Aku mengeluh sendiri melihat nama Taufik di skrin handphone. Anak-anak aku dah tidur dah. Kepenatan mereka ni.

" Nak apa?" Tanya aku. Malas betul nak jawab panggilan ni. Senyap. Hanya dengar suara aku je.

" Hello.. Ni nak cakap ke tak nak cakap. Kalau tak nak cakap, tak payahlah call.." Bengang pula aku. Call tapi tak nak cakap. Apa motif. Berkali-kali aku hello, dia tetap tak jawab. Lalu aku terus matikan talian. Nasib kau lah. Tapi aku dapat rasakan, ni yang call bukan Taufik ni tapi kekasih gelapnya, Monica.

Tak lama, dia call lagi dan aku pun jawablah juga.

" Kalau call semata-mata nak dengar suara emas aku ni, better tak payah call lah. Simpan jelah credit kau tu untuk tahun depan. Ok bye..!!" Aku pun mulalah membebel.

"Sekejab..!" Kan betul. Monica punya suara. Aku senyum sinis. Dah agak dah. Naluri aku tak pernah salahlah.

"Ada apa call? Aku tak ingin nak dengar suara kau?" Kataku tegas.

" Aku mau kahwin dengan Taufik tapi dia tak nak sebab kau.."

"Hahahaa.. Itu bukan masalah aku. Kenapa kau tanya aku? Kau tanyalah dia sendiri.." Aku gelak kuat. Lawak sangat.

" Kami duduk serumah, semua aku buat untuk dia, aku mau kahwin dengan dia tapi dia tak nak ceraikan kau. Kenapa kau tak nak minta cerai? " Amboiii sedapnya mulut dia bercakap.

" Kasihan kau ni kan. Sangat kasihan. Terhegeh-hegeh dengan laki aku. Padahal dia bukan nak kau pun, kalau dia betul-betul nak kau. Dah lamalah dia ceraikan aku dan kahwin dengan kau tapi tengok. Berapa lama dah kau dengan dia, ada dia bertindak apa-apa. Sekadar dia buat suka-suka je dekat kau. Mengisi masa lapang dia. Dan untuk pengetahuan kau, dia takkan ceraikan aku tau. Sebab dia tetap sayang aku dan anak-anak aku. Kau je yang tak tahu malu rampas laki orang..." aku saja sakitkan hati dia.

" Dia tak ceraikan kau sebab anak-anak je.."
Menjawab pula dia.

"Ye.. sebab anak dan sebab kuatnya kasih sayang dia dekat aku. Aku dah cakap pun dekat dia,kalau nak kahwin dengan kau. Kahwin jelah. Aku tak hairan pun. Lepaskan aku tapi dia tak nak. Nasib kaulah perempuan sebab sampai mati pun aku tak kan terima kau dalam hidup aku. Tak kan wahai perempuan. Kau sanggup bermadu ke beracun ke. Maaf..!! Aku tak akan terima...." Kataku tegas setegas-tegasnya.


"Baguslah. Aku akan usaha buat dia ceraikan kau dan kahwini aku.. Aku akan buat.." Ini ugutan ke apa ni. Alaaa tak hairan pun.

" Sangat bagus! Sukahati kaulah, aku tak campur. Lantak koranglah. Korang nak duduk serumah, nak buat maksiat. Lantak koranglah. Dia nak kau ke, tak nak ke, sukahati dialah. Aku tak nak tahu dan tak ingin nak tahu. Dan... Tolong jangan ganggu hidup aku. Tak payah nak hantar gambar kemesraan korang, tak payah nak sweet-sweet bagai, tak payah nak fitnah aku. Aku tak hadam semua tu. Lagi satu, tak payahlah nak stalk facebook aku. Buang masa je dan buat sakit hati kau sendiri je. Senang cerita, tak payahlah kau menyibuk pasal hidup aku. Kau dah dapat Taufik kan. Dahlah ambillah.." kataku panjang lebar. Dia dengar je. Nak dengar sangat kan suara aku. Ambil kau. Hahaha..

"Okey..!" Jawabnya ringkas.

" Aku harap kau faham ya. Ingat.. jangan ganggu hidup aku dan anak-anak aku. Selamat berbahagia. Byeeeee..!!" Aku terus matikan talian.

Menyibuk je. Dah Taufik tak nak kahwin dengan dia, nak salahkan aku pula. Pelik. Tak faham betullah. Menyakitkan hati je. Manusia macam ni pun ada juga kat dunia ni.

Masalahnya sekarang ni, dia yang rampas suami aku tapi dia buat aku macam aku pula yang rampas suami dia. Apa ke pelik orang macam ni. Pelik.. memang pelik.

Sukahatilah kaulah Monica. Aku malas nak layan, kalau dilayan makin aku pula yang stress. Sekarang ni aku nak happy, nak tenang-tenang, nak hahahaaha dan aku tak nak dah nak huhuhuu..

Aku termenung sendiri. Airmata tiba-tiba jatuh, teringat lagi kisah sedih. Aku duduk bersandar di kepala katil. Memeluk bantal. Betapa sedihnya hati. Tahun lepas, Taufik balik sini. Macam biasalah, aku terpaksa berpura-pura bahagia dengan Taufik depan family dan anak-anak. Tak kan nak tunjuk tak bahagia pula kan, habislah kantoi. Depan family, aku layan Taufik dengan baik, gurau senda yang dibuat-buat. Padahal dalam hati, tak rasa terhibur pun. Hanya lakonan semata-mata.

Lagipun aku masih isteri dia, layan jelah. Satu malam tu, dia minta handphone aku. Tak pernah dia check handphone aku selama aku hidup dengan dia tapi tiba-tiba dia balik sini dia nak check pula. Sukahatilah. Aku pun bagi jelah tanpa fikir apa-apa pun, lagipun bukan ada apa pun handphone aku ni. Aku tengok tv, dia sibuk belek-belek handphone aku.

" Siapa ni? Jantan mana ni? Kenapa dia dengan Aqil?" Merah padam mukanya, marah keras. Tepat mata pandang ke anak mata aku. Aku dah pelik.

" Apa merepek ni.." Kataku buat muka selamba.

"Merepek kau cakap? Ni siapa? Kau main jantan rupanya kat belakang aku,kurang ajar..!!" Taufik tarik leher baju aku dan terus tampar muka aku. Sakitnya. Aku terkedu. Terpaku. Tergamam.

"Ya Allah..! Bila masa.." Aku tetap menafikan. Memang aku tak buat apapun. Dia tunjuk profil gambar whatsapp kawan aku.

" Kau tak mengaku kan. Ni apa ni. Apa?!" Aduh..!! Dia tumbuk muka aku pula. Aku rasa seksa betul waktu tu. Tapi aku langsung tak melawan, aku biarkan je dan aku langsung tak nangis walaupun sakit dipukul. Aku macam dah berserah jelah.

"Tengoklah gambar tu betul-betul. Itukan kawan sekolah saya, Hairul. Awak pun kenal kan..." Aku menjelaskan.

"Apasal kau simpan nombor dia. Kau menggedik dengan dia? Ni kenapa Aqil dengan dia, kau jumpa dia bawa anak aku. Kurang ajar kau kan. Mak jenis apa kau ni.." Aduhhhh!! Rambut aku ditariknya pula. Turun naik nafasnya marah aku.

" Astaghfirullah Al Azim. Demi Allah saya tak keluar dengan dia. Cuba tengok betul-betul budak tu, tu Aqil ke? Tengoklah tengok. Anak sendiri pun dah tak kenal ke..." Aku mengeluh keras.

Terdiam dia. Airmata aku menitis, bukan menitis sebab sakit dia pukul aku tapi menitis sebab dia tak kenal anaknya sendiri. Gambar kawan aku Hairul bersama budak kecil yang dia ingat budak tu adalah Aqil. Kan tak sama.

" Yang kau simpan nombor telefon jantan-jantan ni kenapa?" Dia tetap cari pasal.

"Itukan kawan-kawan sekolah saya. Bukan nombor Hairul tu je tapi kawan lain juga kan. Awak pun tahu kawan-kawan saya. Bukan saya contact diaorang pun cuma simpan je.

Kalau tak percaya, awak call lah kawan-kawan lelaki saya tu semua. Tanyalah diaorang saya melayan ke tak. Call lah bang.." Aku menggosok pipi yang ditampar tadi. Terasa perit.

Dia terdiam. Dia campak handphone aku ke lantai. Subhanallah.. Sampainya hati. Habis berkecai handphone aku, dah lah handphone power. Aku kutip dan pasang balik handphone aku. Aku on kan semula, alhamdulilah masih okey. Cuma retak di skrinnya. Sedih!

" Sampai hati abang kan. Sanggup buat saya macam ni. Kalau abang dah tak percaya saya, dah tak sanggup dengan perangai saya yang jahat ni di belakang abang. Dahlah abang, lepaskanlah saya. Saya perempuan jahat, isteri derhaka, saya memang tak layak untuk abang. Abang suami yang baik, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik je tapi saya jahat. Sangat jahat.." Tersekat-sekat suara aku tahan tangisan kecewa ini.

" Abang tak kan lepaskan awak sampai bila-bila.." jawabnya.

" Kenapa abang nak seksa hidup saya macam ni? Abang seksa zahir batin saya, abang seksa jiwa hati perasaan saya. Kenapa abang sanggup seksa saya. Kenapa abang.." Airmataku deras mengalir. Taufik buat muka selamba dan terus menghadap handphone. Seperti tidak hiraukan apa yang aku cakap. Tiada langsung reaksi darinya.

Aku dah tak mampu nak cakap apa-apa pun. Biarlah. Terpulanglah. Lantaklah. Sukahatilah. Redha jelah Aina. Sedih dan sedih.

Bippp...!!

Bergegar handphone aku, terkejut aku. Punyalah leka aku mengingati peristiwa itu. Biasalah kalau duduk sorang-sorang macam ni segala peristiwa itu pasti menerjah.

Aku mencapai handphone. Whatsapp dari... aikkk!!! Dia lagi. Ni dah kenapa whatsapp lagi ni. Nak cancel kek ke? Aku berkerut sejuta. Macam pelik je dia ni. Aku pun bacalah whatsapp dia.

" Tengah buat Blueberry cheese ke?!"

" Taklah. Tengah tanam pokok blueberry ni.."

"Hahahaa.. Busy ke?! Sorrylah ganggu.."

" Ada apa text ?"

" Tak ada apa. Saja nak kacau si penjual kek ni."

" Saja? Awak ni dah tak ada kerja lain ek. Kacau orang malam-malam macam ni.."

"Laa.. Kan dah cakap sorry tadi. Marah ke?"

" Mestilah marah. Macam tak ada orang lain je yang text saya, asyik awak je.."

"Hahahahaha.. Jadi saya jelah yang banyak text awak ek.."

Alamak.. Malu pula aku. Macam mana boleh terlepas ni. Hahahahaa.. Aku pun gelak sendiri.

" Hellooo... Jangan nak perasan ye. Saya reply text awak ni pun sebab kebetulan tengah pegang handphone. Kalau tak memang booo layanlah.."

Aku masih berlagak. Saja nak jadi berlagak.

"Garangnya awak ni. Tapi tak apa, saya suka. Saya nak berkawan dengan awak. Boleh?!"

Berkerut lagi aku. Nak berkawan? Kek pun dia tak dapat lagi, nak berkawan pula. Ini order kek dekat aku ni ada sebab lain kut ni ek. Hmm.. tekaku sendiri.

" Dari mana awak dapat nombor saya ni?"

"Dari seorang makcik.." balasnya.

"Makcik?? Pelik.. Okeylah saya nak tidur, esok nak bakar kek awak. Tak siap kang, membebel lah pula macam makcik-makcik.."

" Macam makcik-makcik? Awak ingat saya ni suka membawang ke?"

" Ha lah, dah awak dapat nombor saya pun dari makcik-makcik. Dah sah awak ni kuat membawang, membebel, banyak bunyi dan poyo.. Ok bye. Selamat membawang ye Mr. Blueberry Cheese. Assalammualaikum.."

Aku gelak sendiri. Boleh pula aku berani cakap dia macam tu, padahal tak kenal pun. Tapi sorrylah Mr. Blueberry Cheese, aku memang macam ni. Over peramah dan cakap lepas je. Sebab aku bukan yang jenis hipoktrit. Tunjuk baik depan orang tapi belakang mengata. Aku tak, mana yang aku rasa nak cakap, aku cakap depan-depan. Tapi taklah melampau. Jujur jelah kan bagus tu.

" Boleh tahan mulut awak ni kan. Tapi tak apa, saya suka. Ini satu cabaran untuk saya. Thank you Si Penjual Kek.. Waalaikumsalam..." Text akhir darinya.

Aku geleng kepala. Hmm... macam-macamlah.
Huarrhh!! Menguap dah ni, sampai berair mata. Sebelum matikan lampu, aku cium pipi Syaira dan Aqil. Sumber kekuatan aku dan kebahagiaan aku. Aku senyum dan bangun menuju ke suis lampu. Padamkan lampu. Cahaya lampu tidur pula menerangi. Aku melabuhkan badan di tilam. Dan... mimpi ke planet bersama kek.

 Ok selamat malam dunia.
Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.