Bab 25
" Hahahahahaaa.. Akhirnya, berjaya juga aku. Tak apalah, mula-mula kawan, lama-lama sayang. Tapi... payah juga dia ni. Dengan bersyarat lagi. Tak boleh cakap pasal hati dan perasaan. Tak boleh ajak keluar. Kalau tak boleh ajak keluar tu okey lagilah, sebab aku memang tak ada pun kat sini. Tapi bab hati dan perasaan ni. Nak kena hati-hati bercakap, terlepas cakap,habis putus kawan. Tapi masalahnya, hati dan perasaan aku memang dah ada dia. Tengok cara dia ni, apa dia cakap dia akan buat. Jenis tetap pendirian minah jual mahal ni.. Tak apa, aku akan ikut rentak dia, lagipun baru bermula.. Sabar Nadim sabar.." Kata Nadim sendiri.

Seronoknya hati. Yang tadinya lapar terus jadi kenyang. Rasa sangat bahagia padahal baru je rasmi jadi kawan bukan jadi girlfriend atau jadi wife. Kalau Aina jadi girlfriend atau wife, macamanalah seronoknya dia. Mahu melonjak dan menjerit satu KL beritahu Aina terimanya jadi girlfriend atau wife. Macam-macam Nadim ni.

Nak kata Si Penjual Kek adalah cinta pertamanya tak juga. Sebelum ni rajin juga dia bercinta tapi tak kesampaian hanya cinta ditengah jalan. Hanya cinta pakai buang je. Orang ada rupa, ada kerjaya senang perempuan dekat dan pula dia jenis melayan. Tapi melayan hanya sebagai kawan biasa je. Yang serius pun macam tak serius. Iyelah.. Masih muda, darah muda, cinta untuk enjoy.

 Tapi bila umur dah masuk pertengahan 3series ni, barulah mula fikir masa depan. Baru fikir nak cari orang rumah. Mana taknya, kawan-kawan yang sebaya dengannya, anak dah tiga empat orang. Seronok je tengok kawan-kawannya bersama family sendiri. Layan anak, layan isteri tapi dia bukan je isteri, girlfriend serius pun tak ada. Perasaan jelous automatik akan timbul bila tengok kawan-kawannya bersama family mereka. Hmm.. Nasiblah Nadim.

Nadim mengambil kunci kereta dan terus keluar mahu mencari makanan. Perut dah berkeroncong sejak dari tadi. Duduk sorang-sorang dirumah, mulalah rasa bosan. Azaim dan pakciknya kerja, manakala Acik Zakiah pula masih belum pulang kursus lagi. Jadi, tiada kawanlah dia.

Sampai di hadapan warung kecil, dia memberhentikan kereta dibahu jalan. Enjin kereta tidak dimatikan, terus keluar dan memilih makanan.

" Kak.. Bagi nasi lemak kerang sebungkus dan kuih Rm2. Kuih campur pau kelapa dan pulut panggang ni ye.." senyum pada kakak yang menjual nasi lemak itu.

Diperhatikan saja kakak itu membungkus nasi lemak, pantas sungguh. Setelah siap, kakak itu memberikan bungkusan nasi lemak dan kuih padanya.

" Berapa?!"

" Rm5.00.." Senyum kakak itu pada Nadim. Nadim menghulurkan wang kertas bernilai Rm20.00.

" Tak apa kak, saya bagi akak ya.." kata Nadim.

"Eh.. Tapi banyak ni.." serba salah pula kakak itu.

"Tak apa kak. Saya ikhlas.."

"Terima kasih banyak-banyak. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan awak. Aaminn.."

"Sama-sama. Aaminn.. Saya minta diri dulu ya. Assalammualaikum.." Senyum lebar kakak itu dan Nadim terus melangkah ke keretanya. Dan terus memandu ke rumah.

Sampai saja dirumah, terus menuju ke dapur pula. Bungkusan nasi lemak diletak atas meja. Air suam dan sudu diambil dan duduk menghadap nasi lemak. Bau nasi lemak menusuk ke dalam rongga hidungnya. Memulakan makan penuh keenakkan. Senyum saja sejak tadi, senang betul hatinya. Iyelah.. hati tengah berbunga-bunga. Semua benda yang dia lakukan dan yang dia pandang jadi indah-indah belaka. Hai lah Nadim.. Angau tak sudah.

Selesai makan dan kemas, perut dah kenyang hatinya pun sememangnya senang. Dia keluar ke rumah, mahu mencuci kereta pula. Menghilangkan kebosanan. Bernyanyi-nyanyi gembira. Siap semua, dia duduk di kerusi. Handphone dicapainya, apalagi dia mahu buat, layan facebook lah. Stalk facebook Aina. Itu wajib.

Satu gambar pantai yang cukup indah baru beberapa jam Aina post. Dan tertulis " Masa lalu adalah kenangan, masa depan adalah harapan.."

" Pantai? Dia dekat pantailah tapi pantai mana ek? Memang betul bercutilah ni. Ceh.. London konon, dia yang tipu aku adalah.. Bertuah punya Si Penjual Kek.. Hahaha.." Gelak sendiri Nadim. Dan seperti biasa  tangan laju je nak mengomen kat gambar tersebut.

Hang Nadim : Cantik..! Kat mana ni?!

Sengaja bertanya, kalau Aina jawab lokasi, memang terus dia mahu ke sana mencari Aina. Fuhh!! Sanggup tu.. Setia menanti jawapan.

Bippp!! Notification facebook berbunyi. Pantas sungguh tangannya mencapai handphone di hadapan yang ditenungnya saja.

Aina Si Penjual Kek :  Ya, memang cantik. Kat Malaysia..

Berkerut Nadim baca komen dari Aina. Garu kepala dia.

"Aduh minah ni. Cakap jelah lokasi tu kat mana, main tarik tali pula dia. Macam tahu pula aku yang tanya.. Bertuah betul lah.."  Gelak lagi Nadim.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih berhenti di hadapan rumah. Acik Zakiah keluar dari kereta dan jalan sopan masuk ke perkarangan rumah. Tersenyum melihat Nadim sedang duduk memerhatikannya. Nadim terus berdiri dan bersalaman dengan Acik Zakiah.

" Buat apa kat luar ni?" Tanya Acik Zakiah dan duduk dihadapan Nadim.

" Baru lepas cuci kereta. Bosanlah cik, tak ada geng. Tak tahu nak buat apa ni.." Nadim mengadu. Acik Zakiah senyum.

" Cepat-cepatlah kahwin. Dah ada isteri nanti taklah bosan.."

" Jodoh tak kunjung tiba lagilah cik. Orang yang saya nak tu, dia tak nak saya. Macamana.." Keluh Nadim, sedih suara.

" Ni acik nak tanya ni, jawab jujur tau.." Tanya Acik Zakiah. Nadim tepat memandang ke arah Acik Zakiah.

" Nak tanya apa cik?" Acik Zakiah senyum.

" Nadim serius ke suka dekat Aina tu?!" Terus senyum manis Nadim. Tersipu malu pula dia.

" Ya Cik.. Saya memang dah jatuh hati dekat dia. Tapi tulah, payah pula nak kawan dengan dia tu. Jual mahal betul. Dia bagi syarat pula nak kawan dengan dia.." Nadim mula bercerita. Berseri wajahnya.

" Syarat? Syarat apa dia bagi?" Sengaja Acik Zakiah ingin tahu.

"Syarat pertama.. Kalau nak berkawan, dia tak bagi cakap walau sekali pasal hati dan perasaan. Kalau cakap juga, putus kawan.." Terbeliak mata Acik Zakiah mendengar dan gelak kecil.

" Macam tu pula.."

"Ye cik. Syarat kedua, tak boleh ajak keluar. Kalau nak jumpa kena jumpa dekat pasar time dia niaga dan kena beli kek. Tempat lain tak dibenarkan.." Sambung Nadim lagi.

" Uitt.. Kenapa kena jumpa kat pasar? Tak kan nak dating kat pasar kut, aduhaiii.. hahaha.."  gelak Acik Zakiah. Lucu pula dia rasa.

" Itulah.. Dia cakap, kenal kat pasar, jumpa kat pasar.."

" Hahahaa.. Tapi tak apalah. Kau pun bukan ada kat sini kan.."

" Aha.. Ikut jelah apa mahu dia. Ni saya balik ni sebenarnya nak jumpa dia. Tapi dia cuti pula, lusa malam saya dah balik Taipei dah. Nak balik sini lama lagi. Sabar jelah.." Kata Nadim. Perlahan suaranya.

"Tadi Acik ada jumpa dia.." Terus jadi besar mata sepet Nadim.

"Acik jumpa dia? Dekat mana? Dia dengan siapa? Bila?" Amboi banyaknya soalan. Gelak Acik Zakiah melihat gelagat Nadim. 

" Dekat Melaka. Jumpa kat warung nasi lemak, acik sarapan kat warung tu. Tak sangka dapat jumpa dia. Dia sorang je.." Jelas Acik Zakiah.

"Melaka? Sorang? Dia sorang?!"

"Aha sorang. Dia bercuti nak release tension katanya.."

" Release tension? Hmm.. Acik tahu tak dia menginap kat mana? Lokasi dia?" Semangat Nadim tanya. Bersungguh-sungguh.

"Alamak.. Dia ada cakap tadi. Hmm.. Kejab acik ingat.. Hmm.. Umang.. Umang.. Ha!! Dekat Umang Umang Chalet. Tapi acik tak tahu kat mana tu.." Acik Zakiah cuba mengingat. Berkerut-kerut dahi tuanya.

" Umang Umang Chalet? Okey.. Okey.. Nadim nak ke sana sekarang. Thank you Acik. Thank you very much. Sayaaaang Acik...!" Nadim terus bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.

" Ha? Nak ke sana? Kau biar betul Dim..!" Menjerit Acik Zakiah bertanya.

" Iye cik. Saya nak cari Si Penjual kek.!!"

"Nadim.. Nadim.. Sanggup kau. Jangan esok dah dapat kau pula buat hal. Memang kenalah kau.." Kata Acik Zakiah sendiri. Lalu bangun dan mengangkat beg pakaian dan beg kerjanya masuk ke dalam rumah. Nadim menuruni anak tangga.

" Acik.. Saya pergi dulu ya. Doakan saya dapat cari Aina. Doakan tau cik.." Nadim bersalaman dengan Acik Zakiah dan mencium tangannya.

" Baiklah. Hati-hati bawa kereta tu, jangan laju-laju. Lain pula jadinya kang. Ni kau balik sini tak ni. Ke terus balik KL?" Pesan Acik Zakiah.

" Kalau dapat jumpa Aina, saya balik KL tapi kalau tak dapat, saya balik sinilah. Apa-apa nanti saya inform Azaim. Okey cik, byee..!!"

 Nadim terus keluar rumah. Masuk kedalam kereta dan memandu keretanya pecut mahu ke Melaka. Mahu mencari Si Penjual Kek. Kereta dipandunya betul-betul laju, mujurlah jalan tak sesak. Perjalanan ke Melaka melalui jalan dalam mengambil masa dua jam je. Kalau Nadim yang memandu pecut, mahunya sejam je sampai. Semangat betul dia, apa yang dia fikir, mahu cepat sampai dan mahu berjumpa dengan Si Penjual Kek. Itu saja.

Radio dipasangnya kuat, melayan perasaan sambil bernyanyi mengikut rentak lagu. Seronoknya dia, yakin yang amat dapat jumpa Aina nanti. Tak tahulah macamana Aina nanti kalau dia berada di hadapannya. Mesti merah mukanya menahan malu. Mesti terkejut dengan kehadirannya. Hmm.. Iyeke?! Kut Nadim yang kena marah sebab ganggu Aina mahu tenangkan fikiran. Mahu dihalaunya Nadim nanti. Nasib...

Nadim membuka wave mencari Umang Umang Chalet yang diberitahu Acik Zakiah tadi. Senyum lebar dia, lebih kurang setengah jam lagi sampailah. Apalagi, terus pecut dia memandu. Dalam hati, doa tak putus minta ditemukan dengan Aina. Dasyat Nadim. Harapan agar dapat jumpa Aina tinggi melangit.

Sampai di satu simpang tiga, jelas kelihatan signboard tertulis " Umang- Umang Chalet". Makin lebar senyuman. Kereta memasuki satu lorong jalan tanah merah. Perlahan dipandunya mengikut tanda arah kayu yang terpacak di tepi-tepi lorong. Jauh juga nak ke Umang Umang Chalet tapi tak apa. Demi Si Penjual Kek, Mr. Blueberry sanggup buat apa saja. Walaupun terjun laut. Lelaki biasalah, belum dapat memang semuanya sanggup. Bila dah dapat nanti, hmmm... Hampeh!!

Akhirnya.. Sampailah dia betul-betul di hadapan Umang Umang Chalet. Gembira sungguh hatinya. Memberhentikan kereta di hadapan cafe. Keluar dari kereta. Memandang sekeliling. Jalan perlahan ke menuju ke pantai yang tidak jauh dari situ. Nyaman terasa, angin kuat, ombak menghempas pantai, memang tenang.

" Cun juga tempat ni. Memang sesuai untuk cari ketenangan. Pandai Si Penjual Kek cari tempat release tension. Eh.. Mana pula tempat nak tanya ni ek.. Kat sana kut?!" Katanya sendiri. Mata meliar mencari kaunter pertanyaan. Dia jalan masuk ke dalam cafe dengan bergaya sekali. Tak tinggal cermin mata hitam bergayanya.

" Assalammualaikum.. " Memberi salam tapi tiada orang pula di kaunter. Berkali-kali dia memberi salam.

"Waalaikumsalam.. Maaf encik, saya ke toilet tadi.." Muncul seorang wanita dari arah belakang.

"Tak apa. Hmm.. Saya nak tanyalah. Ada tak pelanggan chalet ni bernama Si Penjual Kek?" Selamba je Nadim. Muka wanita itu terus berubah. Pelik. Garu kepala.

" Ha?! Si Penjual Kek??" Tanya wanita itu. Nadim terus gelak sendiri. Boleh pula tersalah cakap. Manalah wanita itu tahu siapa Si Penjual Kek. Masalah betul Nadim ni.

" Eh.. Eh.. Hahahaaa.. Sorry.. Sorry.. Salah-salah. Maksud saya pelanggan bernama Aina.." Nadim menjelaskan semula.

"Sekejab ya, saya check.." Wanita itu melihat senarai pelanggan satu persatu. Nadim setia menanti, senyuman tak lekang pun. Semangatnya berkobar-kobar mahu berjumpa dengan Si Penjual Kek. Nak buat surprise konon.

"Cik Nur Aina Shamsudin ada..." Belum sempat wanita itu habiskan ayat, Nadim cepat je menyampuk.

"Ada?! Fuhh..!! Alhamdulilah.. Bilik dia kat mana?" Gembiranya hati Nadim. Tak sabar-sabar. Gelojoh betul mamat sepet ni.

" Cik Aina ni memang ada menginap kat sini tapi dia dah check out.." Kata wanita itu. Terbisu terus Nadim.

" Apa? Dah check out?" Terus ditanggalkan cermin mata hitam bergayanya dan dipegang. Berkerut. Segala gembiranya terhenti tiba-tiba bagai dihempap pokok sebesar lori. Aduh...!! Wanita itu menganggukkan kepala.

"Aduhh..!! Dah check out lah pula. Punah harapan aku. Bila dia check out?" Keluh Nadim. Terus sedih mukanya.

" Dalam sejam lepas.."

"Alamak.. Aku lambatlah. Macamana ni ek..?! Huh!!"katanya sendiri. Wanita itu hanya memerhati.

" Ada tak dia cakap nak ke mana?" Eh.. Nadim ni dah kenapa  tanya wanita itu. Bukannya Aina bagitahu pun. Apalah..

" Tak ada. Dia cuma cakap terima kasih je dan kata tempat ni best. Tu je.." Berkerut wanita itu geleng kepala. Nadim sengeh. Ada ke patut soalan itu ditanya. Malu sendiri dia.

" Tak apalah. Saya minta diri dulu. Terima kasih ya. Tapi suasana tempat ni memang best. Sesuai untuk release tension. Semoga tempat ni lebih maju dan dikenali seluruh Malaysia. Assalammualaikum.."

Dengan langkah yang lemah, Nadim jalan meninggalkan kaunter pertanyaan menuju ke keretanya. Cermin mata hitam bergaya dipakainya semula. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia menyandarkan badan di kereta. Memikirkan sesuatu.

" Tak ada rezeki nak jumpa dia. Mana nak cari dia ek? Betapa sanggupnya aku ke sini semata-mata kerana kau. Sampai sini, kau dah check out pula. Alahaii Si Penjual Kek.." Keluh Nadim sendiri. Gelak sendiri menyedapkan hati.

Nadim masuk ke dalam kereta, pulanglah dia dengan hati dan perasaan hampa dan sedih.
Alahai... Si Penjual Kek...!!
Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.