Bab 32
Hubungan aku dan Mr. Blueberry Cheese berjalan lancar. Selalu juga kami berwhatsapp tapi call memang taklah aku nak layan. Makin lama hubungan makin rapat tapi rapat sebagai kawan je. Dia memang seorang kawan yang baik. 

Tapi aku risau sampai aku rasa tak nak kawan lagi dengan dia. Sebabnya dalam berkawan pun dia tetap cuba nak tackle aku. Memang dia tak terus-terang luahkan hati perasaannya dekat aku, dia takut aku akan blacklist dia dari terus berkawan dengan aku tapi dari ayat-ayat kiasan dia tu, aku tahu niat dia. Pandai dia spiko aku.

Aku taknak fikir pasal lelaki lagi sebenarnya. Nak mulakan hubungan baru, nak kenal hati budi lelaki, nak menjaga hati perasaannya, nak itu nak ini. Lecehlah. Penat. Letih. Malaslah. Aku je nak kena jaga hati lelaki, lelaki mula-mula belum dapat memanglah jaga hati kita perfect beb, sehabis baik punya jaga, sanggup lakukan apa saja, kononnyalah.. tapi bila dah dapat terus jadi hampeh. Cari kesalahan orang je tahu, bila dah bosan cari lain. Ahh... Bosanlah. Menyakitkan hati je.

Aku jadi fobia, jadi trauma, jadi serik nak menghadap lelaki. Lagi baik aku terus hidup macam ni. Hidup dengan status janda macam ni. Memang status janda ni ramai orang pandang serong. Ada je story morinya, buat salah sikit orang mengata, buat baik pun orang mengata. Boleh dikatakan, status janda ni adalah status paling win lah. Apa semua berlaku mesti petik gelaran janda. Mulut orang, biasalah. Negatif terlalu banyak dari positifnya. Jahat terlampau banyak dari baiknya. Senang cerita status janda ni memang status hinalah bagi mereka. 

Lantak merekalah nak cakap apa. Mulut orang bukan boleh ditutup. Yang penting bagi aku, aku tak kacau orang dan orang sila jangan kacau aku. Aku tak menyusahkan hidup orang, orang tolong jangan menyusahkan hidup aku. Mudahkan.. Kalau tetap orang mengata negatif jugan hmm.. Sukahati kaulah. Bila mulut dah penat kang pandailah tutup.

Aku nak balik, tapi penatlah pula. Jadinya aku duduklah sorang diri dalam kedai ni. Kak Hasnah, Kak Fiza dan Zaidah dah balik dah, tinggal aku jelah ni. Aku bermainlah dengan handphone sambil mulut kumat kamit bernyanyi. Pintu utama kedai aku kunci dari dalam, takut juga duduk sorang-sorang dalam kedai ni. Bukan takut hantu, tapi takut penyangak pula masuk. Mati pula aku kang.

Aku buka akaun facebook. Rasanya dah hampir seminggu jugalah aku tak intai-intai facebook aku ni. Almaklumlah kan demam teruk tempoh hari tu. So, ni baru dapat layan facebook kejab.

Aik..! Siapa pula post sesuatu kat wall aku ni. Hang Nadim? Macam kenal je nama ni, tapi kat mana ek?! Aku cuba memikirkan. Aku pun tengoklah apa yang dia post tu.

Hang Nadim: " Hai Si Penjual Kek..."

Aina Si Penjual Kek: "Iya.. Nak order kek?!" Aku pun balas.

Aku duduk termenung sekejab mengenang nasib diri. Fikiran kosong tak tahu apa sebenarnya yang aku fikirkan. Entahlah kan. Kadang rasa penat nak hadapi semua ni. Tapi nak atau tak memang kena hadapi juga.

Bipp.. Notification facebook berbunyi. Aku apa lagi cepat je baca komen dari Hang Nadim. Entah siapalah dia ni kan, layan jelah.

Hang Nadim: " Kalau dekat memang nak order tapi saya duk jauh. Kek awak memang sedap.."

Aina Si Penjual Kek: " Thanks. Awak pernah makan kek saya?!"

Hang Nadim: " Mestilah pernah. Insha Allah bila saya balik kampung nanti, saya akan beli kek awak.

Aina Si Penjual Kek: " Terima kasih"

Hang Nadim: " Sama-sama. Semoga terus success.

Aina Si Penjual Kek: " Aaminn.. Terima kasih tuan.

Aku senyum sendiri. Seronok bila customer suka kek kami. Rasa puashati sangat. Kadang, kata-kata semangat dan doa dari customer itulah buat kami lebih bersemangat untuk terus majukan kek kami. Sokongan dari mereka itu amat penting. Okeylah, jom balik nak jumpa hero dan heroin aku.

Tadi balik kerja, aku makan, solat dan tengok anak-anak aku buat kerja sekolah. Tiap hari rutin aku bersama anak-anak waktu malam hingga mereka tidur. Itupun kalau aku tak niaga, dapatlah bersama mereka. Kadang, kalau niaga balik rumah tengok mereka dah tidur, memang rasa sedih sangat. Siang tak dapat jumpa, malam pula, aku balik mereka dah tidur. Jumpa esok paginya waktu nak ke sekolah. Sepatutnya aku sebagai seorang ibu, sentiasa bersama mereka, lagi-lagi waktu malam. Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Tak apalah. Terimalah semua, redha atas ketentuan ilahi. Alhamdulilah anak-anak aku sangat memahami.

Aku masih fokus pada buku akaun bulanan dan laptop. Ini kerja Kak Fiza sebenarnya tiap hujung bulan, tapi disebabkan dia busy, jadinya akulah kena buat. Nak rekod keluar masuk modal, keluar masuk kek, bayaran bil-bil utiliti dan gaji pekerja. Semua tu nak kena betul-betul buat, kalau salah habislah. Aku menghirup air teh panas. Kemudian, sambung lagi ngadap laptop.

Bipp..!! Bergetar handphone aku menandakan whatsapp masuk. Tangan kiri mencapai handphone, mata masih tertumpu pada skrin laptop. Aplikasi whatsapp ku buka. Memang whatsapp dari si dia tu je. Cuba teka siapa? Ofcourselah dari Mr. Blueberry Cheese. Hanya dia je yang 24jam whatsapp aku. Hehe..

" Yuhuuu... Buat apa tu? Dah tidur ke? Dah makan? Makan apa? Kerja hari ni macamana, okey tak? Ada sesiapa kacau awak tak? Kalau ada bagitahu saya ya, sekarang juga saya fly balik Malaysia.."

Aku ketuk dahi sendiri, banyak betul soalannya. Dia ni memang suka bagi soalan yang bertubi-tubi. Buat aku sakit jiwa nak jawab mana satu. Aku gelak.

" Memang ada pun orang kacau.." aku sengaja.

" Ada? Siapa? Lelaki ke perempuan? Dia kacau macamana? Cer cite.. Cer cite..!" Hahahaha.. Aku gelak lagi.

" Mr. Blueberry Cheese lah yang kacau, siapa lagi." balasku.

" Hahaha... Kalau dia, tak apa kacau awak. Sebab dia tu adalah lelaki sejati yang menjadi pujaan wanita Asia tau. Bila dia kacau awak, maknanya awak adalah wanita paaaaling bertuah sebab lelaki sejati tu nak sangat Si Penjual Kek.." Ceh..!! Lelaki sejati konon. Poyonya tak habis-habis.

" Nak apa? Ulang lagi? Nak kena blacklist ke atau macamana ek? Cer cite.. Cer cite.."

" Tapi malang nasib Mr. Blueberry Cheese tu bila Si Penjual Kek langsung tak layan dia. Nak kena blacklist lah pula. Adududuhh... Itulah ceritanya.. Hihiii.." Sambung Mr. Blueberry Cheese. Hahaha.. aku gelak dan gelak. Pandai dia ni ambil hati aku, suka buat aku gelak.

" Sedihnya cerita.. Tapi nak buat macamana kan perjanjian tetap perjanjian. Kalau langgar janji maknanya.. Good bye.. bye jelah.."

" Uitt.. janganlah macam tu. Nak hai.. hai pun payah, takkan nak bye.. bye pula. Tak mungkin!! Mr. Blueberry Cheese ni bila dah dapat insha Allah akan lock terus. Tak boleh open dah. Hanya Si Penjual Kek saja di hati Mr. Blueberry Cheese.." Tengok dia punya ayat. Pandai pusing. Layankan jelah.

" Dah sudah. Tak payah nak merepek bagai ya. Kalau dilayan dia ni memang sampai ke subuh jawabnya.."

" Okeylah tu boleh temankan saya. Saya nak kek, rindu nak makan kek?"

"Kalau nak kek, baliklah Malaysia.."

"Hmm.. Kalau tiba-tiba saya balik. Awak nak jumpa saya tak?"

Aduh.. Ini soalan bukan soalan cepumas lagi dah tapi soalan cemas ni. Aku tak jawab terus, sengaja buat dia tunggu tapi sebenarnya aku tak tahu nak jawab apa. Macamana ek?!

" Macam yang pernah saya cakap, jumpa kat pasar beli kek. Jumpa luar. Jawapan tetap sama. TidakÄ·kk"

" Tahu dah jawapan tu. Tak apalah. Tapi kalau saya ke pasar, jangan pula nak lari. Penatlah nak kejar.."

Hahahahaa.. Aku gelak sendiri. Memang kalau boleh aku taknak jumpa dia dan taknak bersemuka langsung dengannya. Biarlah kami kawan sekadar melalui pesanan whatsapp je. Kan mudah tu.

"Mr. Blueberry Cheese.. Saya ada sesuatu nak cakap ni. Tapi awak kena kuatkan fizikal mental rohani tau. Penting..!!"

" Ishh.. Awak buat saya berdebar-debar ni Si Penjual Kek. Nak cakap apa ni?" Aku senyum.

" Sebenarnya saya dah lama nak cakap, tapi serba salah pula. Tapi nak tak nak memang kena cakap juga.." Aduhai.. Aku pula yang dup.. dap.. dup.. dap..!!

" Si Penjual Kek jangan macam-macam ya."

"Saya rasa kita tak boleh terus berkawanlah. Walaupun hanya kawan.." Kataku sengaja buat dia cuak.

"Ha?? Apa?? Kenapa ni Si Penjual Kek. Saya ada buat salah ke. Awak kata awak ikhlas kawan dengan saya kan.." Dah agak dah. Memang dia terkejut.

" Iya memang saya ikhlas kawan dengan awak. Dan saya seronok kawan dengan awak tapi keadaan tak mengizinkan untuk kita terus berkawan. Saya tak layak kawan dengan Mr. Blueberry Cheese.."

Kataku jujur. Aku sendiri pun sedih sebenarnya tapi aku tak ada pilihan. Aku sedar diri aku siapa dan aku tahu Mr. Blueberry Cheese memang mengharap cinta aku. Jadi, sebelum dia terlebih mendalam syok kat aku, lebih baik aku menjauhkan diri. Lagipun hubungan kawan ni masih awal, jadi biar dia kecewa sekarang dari kecewa kemudian hari. Tapiiii...

Tut.... tuttt...!! Alamak dia call lah pula. Mesti jiwa kacau dia ni. Aduhai.. Nak jawab ke tak ni ye. Berkali-kali dia call tapi aku masih merenung handphone, tak sanggup pula nak dengar suaranya. Okey Aina.. jawab je. Cakap jujur. Kata hatiku. Okey aku jawab.

"Si Penjual Kek.. Awak ada masalah ke? Cuba bawa bertenang dan cuba cerita satu persatu kat saya. Saya sedia mendengar.." Alahai suaranya. Bikin aku cairlah.

" Awak tak kenal dan tak tahu siapa saya Mr. Blueberry Cheese. Saya tak layak kawan dengan awak. Walaupun hanya berkawan. Dan saya fikir, kalau kita terus berkawan dan bila awak tahu siapa saya. Pasti awak akan menyesal seumur hidup dan mungkin terjun bangunan.." kataku perlahan. Merendah diri dan sedar diri.

" Cuba awak story kat saya. Kalau awak tak story mori macamana saya nak tahu. Awak story perlahan-lahan, saya dengar.. " sambungnya lagi. Tetap nak tahu.

" Nanti-nantilah. Saya belum bersedia cuma saya minta awak kena sedia terima hakikat ya.."

" Gerun pula saya dengar. Awak dengar ni, saya ikhlas kawan dengan awak. Saya happy dan saya senang dengan awak. Dan sebenarnya saya nak terusssss kawan dengan awak sampai hati awak terbuka untuk..."

"Hohohohoooo... Dah.. dah.. Sebelum awak teruskan ayat awak tu. Rasanya saya dah info tadi kan? Betul tak? Lupa ke wahai Mr. Blueberry Cheese.."

Tak sempat dia habiskan ayatnya aku dah potong awal-awal. Dah agak dah. Ini yang buat aku takut ni. Huhu..!!

" Hahahaa... Awak ni memang betul-betul peka tiap perbualan kitalah. Tetap dengan pendirian tu. Aduhaii.. " Dia gelak.

"Tau tak apa. Saya memang peka tapi tak pekak tau. Jadi, hati-hati bila bercakap dengan saya. Setiap ayat awak tu saya akan ingat dan akan save dalam kepala. Jangan cuba-cuba mengauta Si Penjual Kek ya.. " Kataku tegas. Cewah..!!

" Baiklah wahai Si Penjual Kek. Saya faham awak. Saya harap kita terus berkawan hingga ke akhirnya.." Aku senyum dan senyum.

" Okeylah dah ngantuk dah ni. Saya harap awak bersedialah ye. Saya akan story mori bila tiba waktunya..."

"Baiklah.. Insha Allah.. Jaga diri baik-baik, jaga kesihatan, kerja elok-elok. Hmm.. Bilalah dapat makan kek awak ek. Asyik termimpi-mimpi je.. Tapi yang pelik tu, asyik mimpi Si Penjual Kek nya tu. Hai lah Si Penjual Kek.. Buat aku tak lena tidur.."

Hahahaaa... Kuat aku gelak. Ada je ayat mamat ni yang hiburkan aku. Nada suaranya lawak je.

" Sebelum tidur tu ambil wuduk, baca doa, ayat kursi, alfatihah, tiga qul. Haa baca alquran lagi baik. Mesti mimpi indah tau. Ini mimpi kek, entah apa-apa tah."

" Hahahahaha.. Baiklah Si Penjual Kek. Good night sayang.. Assalammualaikum.."

Terus dia matikan talian. Haa?? Sayang?? Aduhhh...!! Aku ketuk kepala sendiri. Pandai dia, dah cakap macam tu cepat-cepat dia matikan talian. Tak sempat aku nak jawab salamnya. Aduhai.. Tolonglah.  Tolonglah Mr. Blueberry Cheese jangan masukan aku dalam story cintan cintun ni. Sesak nafas aku oiii..

Aku masih lagi berfikir. Betul ke keputusan yang aku akan buat ni? Serius ke aku ni? Betul ke aku nak tamatkan perhubungan kawan dengan Mr. Blueberry Cheese tu. Tapi boleh ke, aku sendiri pun seronok kawan dengan dia. Aduh.. Macamana ni. Aku taknak dia kecewa nanti bila tahu status aku. Aku akan rasa bersalah nanti. Sebab aku tak dari awal terus-terang dengan dia. Ishh.. Jiwa kacau pula dah aku ni.

Aku tak kisah pun kalau dia tak nak kawan dengan aku sebab status aku tapi aku akan rasa bersalah sebab dia baik. Aku je jahat. Huhu.. Dan aku sedar aku memang tak layak untuknya. Itu sebenarnya yang aku fikir. Siapalah aku jika nak dibandingkan dengannya. Huhu..

Bippp...!! Whatsapp masuk. Aku buka aplikasi whatsapp. Dari Mr. Blueberry Cheese? Panjangnya text, dah macam karangan budak SPM je. Aku gelak.

" Si Penjual Kek.. Awak tahu, first time saya makan Blueberry Cheese cake awak. Saya terus terpikat dengan kek awak. Rasanya Ya Allah..! Sedap sangat. Tak pernah rasa kek sesedap tu. Saya pun tak tahulah, apa awak dah jampi dekat kek tu."

Ha?? Jampi? Suka-suka dia je cakap aku jampi kek. Hampeh punya Mr. Blueberry Cheese. Aku sambung baca lagi.

" Habis licin kek Azaim saya makan. Punyalah bengang dia. Hahahaha.. Setiap kali saya balik rumah Azaim, saya akan pergi pasar dengan Azaim dan suruh Azaim beli kek. Tapi saya tak masuk gerai awak, hanya tengok dari jauh je.."

Aik?? Tengok dari jauh je. Masalahnya dia tengok kek aku ke atau tengok aku ni. Hmm.. Musykil ni musykil.. Sambung baca..

" Tengok awaklah dari jauh, bukan tengok kek awak. Sebab saya nak tahu siapa yang buat dan jual kek sedap tu. Bila saya dah tahu awaklah Si Penjual Kek tu. Saya tertarik nak sangat kenal awak lebih lagi dan lagi.."

Eh.. Eh.. Macam tahu pula apa yang aku fikirkan. Aku senyum,terhibur pula dengan karangan SPM dia ni.

" Dan.. saya pun berusahalah untuk mendekati awak. Setiap kali awak niaga kat Pasar Tani Klang, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Putrajaya semua saya pergi kalau saya kat KL lah. Tapi hanya tengok awak dari jauh jelah.."

Apa?? Ishh.. Biar betul Mr. Blueberry Cheese ni. Ni kira lawak ke atau betul-betul kejadian ni. Aku dah mula rasa lain ni. Takutttt!! Jom sambung baca lagi karangan ni..

" Saya usahakan juga untuk berkawan dengan dan akhirnya Alhamdulilah syukur nikmat. Awak sudi kawan dengan saya. Punyalah saya happy wahai Si Penjual Kek oii. Rasa dunia ini ana yang punya bukan Ahmad Albab yang punya. Hahahaa.."

Hahahahaha.. Ini lawak. Boleh pula dia buat lawak. Aduhai Mr. Blueberry Cheese, aku gelak besar. Hahahaa lagi.. Ada lagilah.. Baca lagi jom.

" Dannn.. Kerana sepotong kek Blueberry Cheese turun ke hati saya pada mulanya. Lama kelamaan, kerana Si Penjual kek yang sangat jual mahal, mulut laser dan garang gila ni dah buat hidup Mr. Blueberry Cheese jadi gila. Gilakan Si  Penjual Kek. Senang cerita.. Mr. Blueberry Cheese sudah jatuh hati pada Si  Penjual Kek. Hastag jangan blacklist saya pleasee.."

Haaa?? Apa?? Jatuh hati?? Kenapa boleh?? Apa aku dah buat sampai dia jatuh hati?? Aduh.. Aduh.. Aduh...!!! Oh my god!! Oh my god..!! Siap letak hastag lagi pula tu. Aduhai.. Aku jadi sewel sekejab. Telan liur aku. Masalah ni masalah. Eh.. Ada lagi perenggan seterusnyalah. Perenggan akhir. Baca dengan rasa.. huhuhuuu!!

" Saya harap awak sudi pertimbangkan. Tapi saya tak paksa tau. Tapi saya harap awak sudi bagi hati awak kat saya. Tapi tolong jangan blacklist saya ye. Tapi.. tapi.. kalau awak belum sedia tak apa, saya faham dan saya akan tunggu. Tapi kita tetap terus berkawan ye Si Penjual Kek ye. Tapi tolonglah, saya merayu janganlah tamatkan hubungan kita ni. Saya selesa, happy, bahagia berkawan dengan awak. Walaupun awak ni boleh tahan keras hati, berlagak sangat tapi saya suka tindakbalas, cara awak dan paling saya suka adalah jual mahal awak tu. Buat saya terrrcabar untuk lebih mendekati awak. Okey Si Penjual Kek.. Penat dah menaip ni. Apapun, i love you Si Penjual Kek. Hastag jangan blacklist saya. Moga Allah bukakan pintu hati awak untukjejaka hensem lagi macho ni. Bye.. Good night!!  Assalammualaikum.."

Tengok ayat dia. Punyalah banyak tapinya.. Mengharap aku pula dah. Lepas tu kutuk aku pula tu. Sabar jelah.

Apa nak buat ni? Apa aku nak cakap? Mana boleh nak terima bagai, aku tak nak. Aku tak nakkk...!!! Buat hal lah Mr. Blueberry Cheese ni. Dia lupa ke perjanjian. Dah huru-hara hidup aku jadinya sekarang.

Ahh..!! Malaslah fikir. Lantaklah. Aku nak kawan dengan dia pun dah kira beruntunglah tu tapi tiba-tiba hubungan kawan yang dia nak sangat tu dah bertukar rasa sayang dan cintan kat aku pula. Aduh...!! Aku tak rasa apa-apa kut.


Cuma aku rasa pelik. Takkan baru je kenal dah terus jatuh hati kat aku. Aku tak buat apa-apa kut cuma buat kek je. Keklah ni punca, kalau Mr
 Blueberry Cheese syok dekat kek pun, syok kek jelah tapi kenapa nak syok dekat Si Penjual Keknya juga. Waduh gawat ni..!

Oh kek Blueberry Cheese..!! Kerana kaulah Mr. Blueberry Cheese Cake terrrrjatuh hati kat Si Penjual Kek. Aku buat kek dan jual kek je bukan nak cari jodoh pun, aku nak cari duit untuk aku dan anak-anak. Itu je.. Alahaiii Mr. Blueberry Cheese..

Kau bikin jiwa aku kacaulah Mr. Blueberry Cheese. Boleh pula dari sepotong kek turun ke hati kau.  Huwaaaaa!!!!

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.