Bab 4
Okey siap! Aku nak niaga kat pasar tani. Disebabkan Amin tak kerja petang ni, jadi akulah kena niaga. Canopy, meja dan kerusi dah siap sedia dipasang oleh suami Kak Fiza. Dia tolong pasangkan canopy yang besar tu, aku tak larat nak pasang sendiri. Berat. Aku cuma niaga je. Kek pun suami Kak Fiza dah bawakan. Aku memandu ke pasar tani dengan kereta yang baru aku beli. Kereta kancil je. Jadilah dari tak ada.

Sampai di pasar tani, aku menyusun kek satu persatu diatas meja. Lapan biji siap untuk dijual. Setiap dua slice kek aku masukkan dalam bekas transparent. Bagi customer nampak dalaman kek tersebut. Sementara belum ramai pelanggan ni, aku pun jalanlah kejab beli air. Semestinya air limau asam boi yang aku suka. Masam-masam gitu. Aku kembali ke gerai aku.

" Wah..!! Banyak kek kau hari ni Aina.." Kak Yati gerai sebelah memulakan perbualan. Kak Yati nilah kawan aku kat pasar ni, baik orangnya. Dia jual takoyaki. Memang sedap!!

" Lapan jelah kak. Macam biasa. Akak nak kek apa? Saya simpankan?" Jawabku.

" Nantilah. Kau juallah dulu. Nanti akak nak makan, akak minta.."

" Okey kak!" Aku dan Kak Yati ni memang ngam, kami bertukar-tukar makan. Kalau aku nak makan Takoyaki dia, dia suruh ambil je. Free! Macam tulah juga aku. Sama-sama.

" Kakak cantik ni asyik pelawa Yati je. Abang yang hensem ni tak nak pula dipelawanya. Sampainya hatimu.." Dah pula Abang Ayun menyampuk. Abang Ayun tokey kebab.

" Hahaha.. Ala.. ala.. janganlah merajuk. Okey Abang hensem, Abang hensem nak kek apa? Pilih je. Saya bagi.." Aku pun melayankan ajelah. Abang Ayun memang suka bergurau. Penghibur kami kat pasar ni. Riuh rendah suara dia aje. Seronok niaga kat pasar ni. Aku pula suka melayan customer.

Sedang duk melayan perbualan Kak Yati dan Abang Ayun. Datang seorang customer wanita.

" Banyak kek hari ni? Aduhai.. Tak tahu nak pilih yang mana? Semua nampak sedap ni.." Kata customer itu.

" Insha Allah sedap kak. Saya buat dengan penuh kasih sayang. Hehe.. " Jawab aku.

" Sepotong berapa ringgit?"

" Sepotong Rm5.00 je kak.." Jawabku lagi.

" Kek mewah macam ni Rm5.00 je ek. Murah dik.. Kalau dekat tempat lain mahunya sepotong Rm8.00 keatas.." Kata customer tu lagi.

" Saya memang jual Rm5.00 sepotong kak dari dulu lagi. Tak berani nak jual mahal-mahal takut orang taknak beli. Lagipun, ikut pada kos kek tu juga. Kalau kos tinggi maknanya sepotong pun kena tinggi jugalah.." jelasku jujur. Senyum. Customer angguk penuh keyakinan.

" Betul.. Betul. Tapi kalau mahal dan sedap, tak apa dik. Tapi kek awak ni, dahlah murah, sedap pula tu. Memang akak suka betullah. Bagi akak kek Russian sepotong, Chocolate Cheese sepotong dan Pelangi ni sepotong.." Puji customer. Bangga jugalah aku. Senyum.

" Terima kasih kak. Ni ye kak, Rm15.00.. " Aku menghulurkan kek yang dah siap aku bungkus dalam plastik. Customer beri duit padaku.

" Sama-sama. Kad ni akak ambil ye. Nanti boleh order.." Customer mengambil kad bisnes aku yang ku letak dihadapan kek.

" Okey kak boleh je. Whatsapp je kalau nak order. Terima kasih kak, saya jual ya.." Aku memberi senyuman. Customer melangkah pergi.

 Datang lagi customer. Alhamdulilah, customer tak putus. Waktu kemuncak memang aku sibuk layan customer. Customer balik kerja terus singgah pasar cari makanan. Memang syok habislah layan. Sampai tak menang tangan nak bungkus kek. Kek paling awal habis dan paling laris semestinya kek coklat. Russian Black White dan  Dellicious Chocolate. Kek ni memang setiap kali aku niaga kat pasar akan habis licin. Rasa chocolate nya tu, fuhh!! Sampai termimpi-mimpi beb. Hahahaa.. Perasan sendiri.

Layan punya layan customer, lima biji kek dah habis terjual. Syukur alhamdulilah. Masih awal lagi masa, cepat pula habis kek petang ni. Amaklumlah.. tengoklah siapa peniaganya. Mestilah habis, hahahaha. Opss!! Terperasanlah lagi.

Bila lengang sikit, aku duduk sekejab melepaskan penat. Mana tak penat, masuk kedai pagi, siapkan kek. Tak rehat langsung dan petang ke pasar tani pula. Memang kerja keras betul aku. Aku menyedut air limau asam boi. Leganya tekak dapat minum.


Muncul pula seorang makcik bercermin mata. Melihat satu persatu kek. Senyum manis makcik ni. Aku terus bangun.

"Iya makcik.. Nak kek apa? Tinggal ni je Cik.." Tanyaku peramah. Senyum.

" Alahai.. Makcik lambat datanglah ni ye. Nak datang awal tadi, tapi anak makcik tak balik-balik pula ambil sepupunya.." Cerita makcik. Makcik ni regular customer aku ni, memang tiap minggu dia akan beli kek aku. Aku pun dah kenal customer.

" Laa.. iyeke?! Tu ada kad saya, makcik ambil lah. Kalau makcik nak kek, whatsapp je saya. Insha Allah saya simpankan.." Kataku sambil jari menunjukkan ke arah kad bisnes.

"Ha.. Bagus ni. Baru buat ye ni. Kalau nak order kek kat awak ni senanglah. Boleh hantar ke rumah kan?!" Teruja pula makcik ni ambil kad aku.

" Boleh je makcik, untuk makcik semua boleh.." Aku pun membodeklah juga. Hihii..

Sedang berbual dengan makcik ni. Datang dua orang lelaki, sorang pakai cermin mata rabun dan sorang pakai cermin mata hitam bergaya.
Yang pakai cermin mata rabun ni, aku macam kenal. Iyelah, dia selalu beli kek. Kenal sebagai customer jelah. Tapi yang pakai cermin mata hitam bergaya ni, hmm muka serius je. Tapi kacak juga. Eh.. eh..!!

" Mama nak kek apa?" Oooooo makcik ni mak dia rupanya. Kataku dalam hati. Aku senyum manis. Memang akan senyum jelah kat pasar ni lagipun aku ni murah dengan senyuman.

" Makcik nak kek Strawberry Mille Crepe dan Chocolate Indulgence."

" Ok set..!!" Aku terus bungkuskan kek.

" Russian dah habis ye?!" Tanya lelaki cermin mata rabun itu.

" Aha dah habislah bang. Awak lambat. Hari ni kek tu paling awal habis.." Jawabku.

" Aduhai.. Tak ada rezekilah ma.." katanya.

" Tak apa bang. Minggu ni tak ada rezeki, minggu depan Insha Allah dapat kek Russian. Kek lain, dah rasa belum? Kena rasa tau, baru tahu kesedapannya.." Sambungku lagi. Confident!

" Okey.. Bagi saya kek Pelangi nilah. Cantik pula aku tengok kek ni Dim. Meriah!!" Kata lelaki bercermin mata rabun pada siapa entah tu.

" Yup betul tu. Kek Pelangi ni siapa makan, akan ceria je tau. Akan happy je hidup. Tengok warnanya colorfull kan.." Aku bergurau.

" Hahaha.. Pandailah awak. Eh.. Kau nak kek apa? Cepat aku belanja sepotong.." Giliran lelaki bercermin mata hitam bergaya pula pilih kek.

" Kau pilihlah mana sedap. Aku on je.." Jawabnya. Aku senyum padanya. Tapi aku tak tahulah dia balas senyuman aku atau tak, orang pakai cermin mata hitam ni tak dapat nak tengok reaksi mukanya. Terselindung disebalik cermin mata hitam. Hahaha..

" Okey!! Aku tahu kau suka kek apa. Memang patut kau makan kek ni." Kata lelaki cermin mata rabun itu pada kawannya kut.

" Bagi satu Blueberry Cheese ni ya.."

"Ok set!!" Tanpa berlenggah aku masukkan kek dalam bekas transparent. Dan masukkan keempat-empat bungkusan dalam dua plastik. Lalu ku beri pada lelaki cermin mata rabun. Dia menghulurkan wang kertas bernilai Rm50. Aku memulangkan baki duit rm30 kepadanya.

" Terima kasih banyak-banyak. Saya jual ya. Lebih atau kurang minta halal dunia akhirat ya bang. Ya makcik." kataku sebelum mereka melangkah.

" Iya sama-sama. Insha Allah. " jawab lelaki bercermin mata rabun dan makcik serentak.

Sebelum melangkah, lelaki bercermin mata rabun itu terpandang kad bisnes aku. Dia mengambil sekeping.

" Dah ada kad ya? Saya ambil satu ek.." Dia membaca depan dan belakang kad bisnes aku.

" Ye.. ye boleh. Kut nak celebrate birthday ke, nak kahwin ke. Bolehlah order kek dengan saya. No charges delivery but untuk area sini jelah. " Jawabku.

"Oh.. Kek kahwin pun awak ada buat juga?" Tanyanya.

" Ofcourse. Abang cakap je nak kek berapa tingkat. Insha Allah, saya buatkan." Seronok pula aku borak dengan customer ni. Melayanlah kejab.

" Ha.. Bagus tu. Nanti Azaim kahwin boleh order. Kek sedap ni" Sampuk Makcik tu pula.

"Kalau saya nak order pos ke Taipei, boleh?!" Lelaki cermin mata hitam bergaya tu tiba-tiba bersuara.

"Taipei? You means Taiwan?!" Aku berkerut pandang dia.

"Kau ni Dim. Agak-agaklah.."

"Bukan saja Taipei, Taiping pun tak boleh pos kek saya ni tuan. Kek saya ni bukan bahan kering yang boleh dipos. Dan tak ada kut orang pos kek macam ni. Tapi kalau nak saya hantar ke Jalan Taiping. Okey anytime, boleh je saya hantar.." Jelasku dengan senyuman. Berlagak pula mamat ni. Yang pelik-pelik pula permintaan dia. Hatiku berkata.


" Masalahnya saya tak duduk dekat sini.." Dia menjawab pula. Macam tak puashati je.

" Dan bukan masalah saya juga awak tak duduk dekat sini.." Dah sudah aku pun menjawab juga. Nak berlagak dengan aku konon. Silap haribulanlah.

" Okey Cik.. Hmm... Cik siapa ye?  Cik Aina?"

"Yup.. Saya Aina."

"Saya Azaim. Apa-apa nanti saya contact ya. Kut next week saya nak kek slice, saya order dan awak simpankan tau. Russian tau..!" Hahahaa.. Aku gelak. Lucu pula Azaim ni.

" Ok boh. Whatsapp je tau, sebarang panggilan saya tak layan tau.." Aku sambung gelak.

"Ok boleh.." jawab Azaim. Azaim dan mamanya terus berjalan. Tapi si mamat cermin mata hitam bergaya ni masih tercegat. Dah kenapa pula dia ni. Aku pandang dia dan berkerut.

" Kalau nak niaga, tak layan sebarang panggilan dari customer, lebih baik tak payah niaga. Simpan je suara tu. Bye..!!" Katanya dan terus melangkah.

Eh.. Eh.!! Mamat ni, cari pasal pula. Aku pandang dan jeling tajam pada dia.

"Suka hati akulah. Suara aku, kau nak sibuk kenapa? Cari pasal pula. Tumbuk bertubi-tubi kang baru tahu.." Merungut aku sendiri.

Aku terus melayan customer lain pula tapi dalam hati, geram je dengan mamat tadi. Kalau dia datang lagi lain kali, memang kenalah dengan aku. Poyo sangat. Eh.. Aku ni dah kenapa nak marah dia. Emosi pula aku. Hahahaa... Macam-macam hal.

Pengunjung semakin ramai, satu persatu kek  aku terjual. Alhamdulilah, rezeki hari ini. Ramai yang beli lebih dari dua potong. Tinggal beberapa je lagi. Seronok layan customer hari ni, dah lama aku tak niaga kat pasar tani ni. Selalunya si Amin yang niaga. Biasalah kan, aku kan over peramah. Kalau customer tanya bab kek, memang excited aku cerita. Betul-betul aku bagi detail dan yakinkan customer yang kek aku ni sedap. Aku kalau bab membodek ni memang boleh tahan. Hehe...

Fuh!! Letih pula rasa. Kaki ni macam nak tercabut je. Dari pagi sampai ke malam tak duduk langsung. Duduk aku cuma waktu solat je. Makan pun ala-ala je, sambil-sambil buat kerja. Itulah aku, kalau dah kerja memang makan pun sampai tak ingat. Tapi tunggulah nanti, tengah malam kang barulah rasa lapar. Barulah mencari makanan.

Jam sudah menunjukkan tepat 8.30malam. Ok nak kemas semua. Ada dua potong kek lagi, aku bungkus dan bagi Kak Yati. Dia pula, bagi aku takoyaki. Macam tulah kami niaga di pasar,  bertukar-tukar makanan. Seronok. Aku susun kotak-kotak kek, bekas isi ais, papan kek, lipat lapik meja, dan lipat meja besi.

Tak lama kemudian, Kak Fiza dan suaminya sampai. Aku pun tolonglah mereka masukkan barang ke dalam van. Susun satu persatu. Cuma canopy je aku tak tolong, suami Kak Fiza yang settlekan. Tak larat aku nak settlekan canopy ni. Dahlah besar, berat pula tu. Tak sanggup. Kalau tutup canopy ni boleh lagi tapi kalau nak angkat dan nak masukkan ke dalam van, memang aduh!! Pernah sekali terjadi, aku nak angkat canopy ni, terus perut aku jadi sakit teramat sangat. Rasa isi perut macam nak terburai je. Dari situ, aku tak nak dah angkat benda berat. Pasti ada effect. Serikk!

Selesai semua, aku beredar dari pasar tani. Jalan perlahan menuju ke keretaku. Jalan sambil bernyanyi-nyanyi. Gembira dan tenang je aku kerja. Kerja untuk hari ini dah selesai, esok relax sikit sebab esok tak ada niaga. Lusa pula, buat kek untuk niaga kat pasar malam je. Niaga pasar malam tak bawa banyak kek, cuma bawa dalam empat biji je. So, mudah je tu.

Aku memandu balik ke rumah, sampai rumah aku letak makanan yang diberi kawan-kawan dari pasar tadi di atas meja. Aku masuk ke dalam bilik. Alahai.. Syaira dan Aqil dah tidur. Kasihannya anak-anak aku. Sedih tengok mereka, tidur berpelukkan berdua. Mak aku cakap, diaorang dah makan. Banyak makannya. Aku senyum je. Kemudian, aku ke dapur semula.

Aku makan takoyaki Kak Yati. Memang sedap. Lima biji aku makan sorang je, ini memang betul-betul lapar. Layankan tekak jelah. Sambil makan, sambil layan handphone. Layan facebook lah apa lagi. Baca status orang, kadang aku gelak sendiri. Macama-macam hal.

Bippp!! Notification whatsapp masuk.

Huh!! Bosan betul. Macam tak ada orang lain je nak whatsapp aku. Menyampah pula aku tengok nombor telefon ni. Aku pandang handphone aku ni kecil besar kecil besar je. Sakit hati sendiri. Dah kenapa pula handphone aku salahkan. Betul ting tonglah aku ni.

Aku pun bacalah whatsapp dari nombor Taufik.

"Assalam.. Sihat ke? Anak-anak macam mana? Sekolah macam mana?" Aku baca sekilas je. Jujur aku cakap, aku memang rasa macam kosong je bila dia tanya itu ini. Dah macam tak ada jiwa dah. Ada dia adalah, kalau tak ada memang rasa tenang. Dan setiap kali whatsapp ku terima, aku rasa menyampah, sakit hati, malas dah nak layan.

"Waalaikumssalam..  Dua-dua alhamdulilah, sihat walafiat dan pelajaran mereka pun alhamdulilah masih kekal cemerlang.." Jawabku. Buat muka. Sebenarnya malas nak layan tapi sebab dia tanya pasal anak, okey aku layan.

" Syukurlah. Meniaga ke hari ni?" Tanyanya lagi.

"Ceh..!! Tanya konon. Selama ni tak pernah pula tanya. Eleh.. ni mesti kes bosanlah ni. Sebab tu whatsapp aku. Kalau tak, memang tak adanya dia nak whatsapp. Aku whatsapp pun lepas setahun baru dia reply. Dah masaklah dah dengan sikap dia ni. Tak payah nak tanyalah.." Aku cakap sorang-sorang sambil mengunyah takoyaki.

" Iya niaga. Okeylah, nak tidur.  Bye..!" Last whatsapp dan hantar padanya. Malas aku nak layan, kadang tu bukan dia pun yang hantar whatsapp tapi kekasih gelapnya. Sengaja dia nak tengok aku layan Taufik atau tak. Memang pelik bin ajaib. Kalau aku layan pun memang patut kut, dah Taufik suami aku. Dia nak menyibuk kenapa? Nak marah-marah aku kenapa? Pelik!

Sekarang ni aku betul-betul keliru. Sebenarnya, siapa yang bini Taufik? Dia ke aku? Hmm.. Perempuan tak tahu malu. Patut disula je perempuan macam tu. Aku merungut lagi.

Sudah Aina sudah. Tak payah nak marah-marah. Buat sakit hati je. Biarkanlah dia buat kau, yang penting kau jangan balas apa yang dia buat. Ingat.. Setiap perbuatan ada balasan. Tak di dunia, Allah akan balas di akhirat nanti. Fokuskan pada anak-anak kau dan kehidupan kau sendiri. Jadi.. Relax.. Hatiku berkata lagi dan lagi. Menenangkan diri.

Hmm... Baiklah hati. Aku terus melayan takoyaki dan menghadap handphone. 
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.