Bab 21
Sebelum memulakan pemanduan, Nadim memandang semula ke kedai kek. Kak Fiza berdiri di depan pintu. Hatinya rasa tak sedap pula. Naluri dia kuat mengatakan ada Aina di dalam kedai. Lelaki yang baru sampai tadi buat dia rasa curiga pula. Sampai macam tu sekali lelaki itu pandang Nadim tadi.

" Dim.. lelaki tu tadi, dialah yang aku nampak dengan Aina. Dialah yang pukul Aina tempoh hari.." Kata Azaim serius. Nadim memandu perlahan.

" Kau biar betul?!" Terkejut Nadim dengar.

" Iyelah. Tak betul apa pula. Aku yang nampak. Aku cam muka dia.." balas Azaim, confident.

" Aku rasa tak sedap hatilah bro. Aku rasa Aina ada kat dalam kedai tu. Dia tak nak jumpa aku kut.." Teka Nadim.

" Kau ni.. Tak kanlah Kak Fiza nak tipu. Lagipun kereta dia tak ada kut kan.."

" Manalah tahu dia datang kedai dengan Kak Fiza ke, naik cab ke, grab ke.." teka lagi dan lagi.

" Merepek jelah kau ni. Tahulah kau nak sangat jumpa dia, dah angau dah, dah rindu bagai tapi janganlah buat andaian yang bukan-bukan. Tak kanlah dia nak menipu. Apalah.." Azaim menggeleng kepala.

Nadim masih lagi berfikir mengenai Aina. Tak sedap hati betul dia. Lalu, tanpa fikir panjang Nadim terus memperlahankan pemanduannya dan berpatah balik ke kedai kek.

" Eh.. Kau nak kemana pula ni?!" Azaim agak terkejut dengan tindakan Nadim. Apa pula dia nak buat ni. Bisik hati Azaim.

" Aku nak ke kedai Aina. Aku nak perhatikan lelaki tu. Tak sedap hatilah bro.." kata Nadim. Serius.

" Pula dah.." Azaim ketuk kepala.

" Hati aku kuat kata, Aina ada. Kalau betul dia ada dalam kedai dan lelaki tu nak jumpa dia. Dah tentu dia akan jumpa dan keluar. Betul tak? Dari situ aku tahulah yang Aina sebenarnya tak nak jumpa aku. So.. Aku nak perhatikan dia dari jauh.." Terang Nadim.

" Sukahati kaulah.. " Nadim memandu perlahan dan memberhentikan keretanya dibahu jalan, jauh sikit dari kedai. Tak nak ada yang perasaan kehadirannya. Mata tetap fokus pada kedai.

Kelihatan Kak Fiza masih berdiri di hadapan kedai berbual bersama lelaki tadi. Muka masing-masing serius.

" Apa yang diaorang bualkan ek? Serius betul muka diaorang tu? Aku rasa mesti lelaki tu nak jumpa Aina, lepas tu Kak Fiza cakap Aina tak ada. Lelaki tu tak puashati kut. Tu yang nampak tegang je tu.." Nadim menoleh pada Azaim, berkerut pelik.

" Kau ni.. Tadi cakap aku buat andaian yang bukan-bukan. Kau pun sama.." Geleng kepala Nadim dan kembali memandang pada Kak Fiza dan Taufik tadi.

" Cuba kau tengok tu. Tengok.. tengok..! Kak Fiza marah gila tu. Macam halau orang tu je bro.." Mereka berdua fokus memerhatikan tanpa berkelip mata. Betul-betul mereka nak siasat. Nadim terus memandang, angguk-angguk kepala.

Tidak lama kemudian, Taufik terus masuk ke dalam keretanya. Memandu kereta laju meninggalkan kedai kek.

" Lajunya.. Gilalah..!"

" Aku rasa macam ada something yang berlaku pada Aina lah. Tapi apa ek?!" Nadim masih berfikir dan berfikir.

" Kan.. Aku pun fikir macam tu juga. Lelaki tu siapa ek? Musykil betul lah. So, kau nampak kan Aina tak ada.." Azaim berkerut join berfikir juga.

" Apa yang berlaku ek?!"

" Sudahlah tu. Kau fikir pun bukan dapat jawapan, lainlah kalau Aina ada info kau ke, contact kau ke. Bolehlah tahu apa problem dia, dan bolehlah kau tolong tapi masalahnya ni langsung tak contact. Kita nak tolong pun tak boleh.." Kata Azaim. Ada betul juga.

"Tapi masalahnya macamana aku nak contact dia?"

"Itu masalah kau bukan masalah aku. Sekarang ni masalah aku, aku lapar. Dah jomlah. Aku lapar gila ni.." Balas Azaim.

" Kau ni tak habis-habis lapar. Mana cheese tart tadi, minta sikit. Macam sedap je, aku pun lapar gak ni.." Nadim memulakan pemanduan.

" Cehh.. Poyo je..! Aku lupa pula ada cheese tart ni. Jadilah buat alas perut.." Azaim membuka bekas cheese tart dan terus mengambilnya. Makan penuh nikmat.

" Sedap beb. Menyesal pula beli lima je.." Satu persatu cheese tart dimasukkan ke dalam mulut dan kunyah perlahan.

" Oii.. Kau telan sorang je ke?! Bak lah sikit, tamak betul lah.." Bengang Nadim.

"Hahahaahaa.. Nah ambil ni satu je.." Sebiji cheese tart diberi pada Nadim.

" Not bad. Minta fruit tart.." Nadim mengangguk-angguk kepala. Menikmati fruit tart pula.

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah restoran melayu. Mereka terus masuk ke dalam restoran dan mencari tempat duduk di bahagian tepi dinding. Cermin mata hitam ditanggalkan dan diletakkan di atas kepalanya. Memandang sekeliling restoran. Tak ramai pelanggan.

Jam didinding dilihatnya, sudah masuk jam 1.00 petang rupanya. Tak terasa pula. Tidak lama kemudian, Azaim dengan membawa sepinggan nasi menuju ke meja. Giliran Nadim pula mengambil nasi. Nasi disenduk ke dalam pinggan, mengambil seketul ayam masak merah, sayur peria tumis, kuah sup ayam dan seketul begedil kentang. Lalu, kembali ke meja.

" Banyak kau makan? Kelaparan ke apa ni?!" Perli Azaim.

"Banyaklah. Bukan selalu dapat makan masakkan macam ni. Aku kat sini, makan jelah semua yang aku nak. Kat sana mana ada makanan ni Zim.."Kata Nadim. Menyedut ais kosong.

" Tulah.. Yang kau nak kerja kat sana dah kenapa? Macamlah kat Malaysia ni dah tak ada kerja. Melambak kut bidang kau. Pindah  sini jelah Dim.."

" Peluang bro. Bukan senang nak dapat. Tapi pejam celik pejam celik bertahun juga aku kerja sana. So, dah sampai masanya aku nak balik tanah air. Relax dulu, permohonan aku sedang diproses. Insha Allah kejab lagi pindah sinilah. Kau tunggu je ek, tiba-tiba je aku muncul nanti.." Jelas Nadim. Terus mengunyah makanan.

" Ahh engkau.. Memang akan muncul tiba-tiba pun. Tiba-tiba balik, tiba-tiba blah.. "

"Hahahaa... Macam kau tak kenal Hang Nadim kan.." Gelak Nadim. Tiba-tiba mata terpaku pada seseorang diluar restoran. Diperhatikannya saja.

"Zim.. Zim.. Itu lelaki yang dekat kedai kek tadi lah. Kau tengok tu, betul kan?!" Nadim memuncungkan mulut ke arah Taufik dan seorang wanita free hair. Duduk di kerusi luar restoran. Mesra sekali.

"Iyelah. Dialah tu.. Tapi perempuan tu siapa pula? " Mereka berpandangan.

" Perempuan tu aku tak hairan bro tapi yang aku nak tahu sangat tu, siapa lelaki tu? Kenapa dia pukul Aina? Itu je yang aku nak tahu. Aku geram betul lah, kalau dia anak jantan sinilah ngadap aku, kalau tak patah tengkuk dia aku kerjakan.." Keras suara Nadim. Memang betul-betul marah tu. Emosi.

" Hahahaa.. Dasyat! Aku tahulah kau hebat silat tapi janganlah emosi sangat bro. Hahahaa.." Berdekah-dekah Azaim ketawa. Nadim pun ikut ketawa juga.

" Bukan emosi bro, ni namanya prihatin kat kaum hawa. Mentang-mentanglah diaorang kaum yang lemah, suka-suka pula jantan tak guna tu pukul. Dia ingat Aina tu anak patung ke? Boleh disepak terajang. Patutnya dilindungi, dibagi sepenuh kasih sayang dan cinta. Dibelai manja, dilayan dengan sehabis baik bukan dipukul.." Panjang lebar Nadim berkata.

" Itulah kan.. Memang tak guna jantan tu. Memang patut kena belasah. Kurang ajar betul.." tambah Azaim pula.

Selesai makan, Nadim bangun mencari sinki untuk mencuci tangan. Terpandang sinki berada diluar restoran berhampiran Taufik dan pasangannya. Senyum Nadim jalan ke arah sinki sambil tangan memakai cermin mata hitam bergayanya.

Paip air dipasang, sengaja lambat mencuci tangan sambil mahu mendengar perbualan Taufik.

" Abang buat apa cari dia lagi? Abang cakap nak kahwin dengan sayang kan.." kata Monica.

" Nantilah.. Ada urusan yang tak settle lagi dengan dia.." jawab Taufik.

" Urusan apa lagi, semua dah settle kan. Sekarang ni abang nak sayang ke atau nak Aina tu?!" Monica merajuk tapi Taufik buat selamba je. Terus menghadap handphone. Tidak lama kemudian, pelayan menghantar makanan mereka.

Nadim menutup paip air dan melangkah ke arah Azaim. Duduk dan menyedut air.

" Broo.. Aku rasa lelaki tu macam ada hubungan dengan Si Penjual Kek lah.." Teka Nadim.

"Apa? Ada hubungan dengan Si Penjual Kek? Maksud kau?" Azaim berkerut seribu. Dipandang muka Nadim. Nadim menanggalkan cermin mata hitam bergayanya dan letak diatas meja pula.

" Aku dengar sikit perbualan lelaki tu dengan aweknya kut. Lelaki tu cakap, ada urusan yang tak settle lagi dengan Aina.." Cerita Nadim.

" Urusan apa pula?"

" Tulah aku tak tahu. Dia tak cakap pula. Tapi perempuan tu  ada cakap nak dia ke atau nak Aina?"

" Dah pula macam tu? Hmm... Tapi macam peliklah.. Eh.. kejab. Aku nak cuci tangan. Aku pun nak dengar juga perbualan diorang tu. Hehee.." Azaim pun nak juga. Terus melangkah ke sinki. Sengaja juga melambat-lambatkan cuci tangan.

" Habis bila kita nak kahwin?" Azaim berkerut. Dengar dengan teliti.

"Sayang pun tak tukar agama lagi kan? Parents sayang pun tak tahu, nak menghadap parents sayang lagi.." Azaim angguk-angguk kepala cuba memahami maksud pasangan itu.

"Iya.. Lepas ni abang tak payahlah jumpa Aina lagi. Sayang tak sukalah.." Nada merajuk.

"Mana boleh lepas tangan macam tu je. Kalau dia buat aduan, matilah abang. Ni nak tunggu keputusan pula ni, tak tahulah berapa kena bagi tiap bulan. Nak tak nak sayang kena tolong abang bagi tiap bulan.."

"Apa pula?"

"Iyelah. Nak sangat dengan abang kan. Sayang yang nak, jadi kenalah tolong.." Azaim menutup pili air. Dan jalan ke arah Nadim. Muka serius. Terus duduk pandang tepat ke muka Nadim.

"Kau dah kenapa ni?"

"Aku rasa memang lelaki tu ada hubunganlah dengan Aina.."

" Maksud kau?!"

" Aku rasa, ni firasat aku jelah tau. Lelaki tu macam husband Ainalah. Ataupun lelaki tu ex-husband Aina.." Kata Azaim.

" Ha?? Kau biar betul Zim.." Nadim menyandarkan badan di kerusi.

" Betul atau tak tu, aku tak sure lah. Kan aku cakap, firasat aku je. Sebab aku dengar perbualan diorang tadi. Yang bro tu cakap, pasal Aina buat aduan dan tunggu keputusan. Lepas tu cakap pasal bagi tiap bulan. Dan perempuan tu ajak kahwin. Cuba kau fikir secara logiknya.." Perbincangan hangat betul mereka berdua ni. Dasyat!!

" Hmm.. Kalau betul bro tu husband Aina dan perempuan tu awek dia, maknanya ini kes curanglah ni kan. Kemungkinan Aina minta cerai dan tu yang cakap pasal aduan dan tunggu keputusan mahkamah?" Teka Nadim.

"Mungkin. Dan dua orang budak yang aku nampak tu, anak Aina kut.." Sambung Azaim lagi. Nadim hanya mendengar dan memikirkan sesuatu. Berkerut pandang Azaim dan kemudian tangan mengambil cermin mata hitam bergayanya. Senyap seketika.

" Tapi kan bro.. Kalau betul lah apa yang kita fikir ni, lelaki tu husband atau ex-husband Aina. So, kau macam mana? Kau masih syok ke dekat Aina? Walaupun contoh Si Penjual Kek tu adalaaahhh.... " tersekat kata-kata Azaim.

"Adalah apa? Janda?" Azaim angguk.

" Status tak menentukan kebahagiaan. Yang penting dia bukan milik orang. Status janda tu hanya pada status je bro, aku tak kisah. Aku betul-betul dah jatuh hati dekat dia bro. Dan aku harap, lelaki tu ex-husband dia dan bukan husband dia. Tu je. Aku tak kisah dia janda ke balu ke.." Jujur Nadim. Serius dan tegas. Sikit pun tak ada negatif pada wanita berstatus janda.

"Serius?? Kau tak kisah kalau dia janda?? Parents kau?? Biar betul bro. Banyak lagi kut anak dara kat luar tu. Kau bujang kut tak kan nak ambil janda.." Azaim terkejut dengan apa yang Nadim katakan.

"Yup.. Aku serius. Pasal parents aku, aku settle sendiri. Lagipun, anak dara sekarang ni bukan boleh percaya pun. Nama je anak dara tapi.. hmm.. Tapi janda or balu mudalah. Tak naklah yang veteran.." Sambung Nadim lagi.

" Aku macam mimpi je ni bro. Macam tak percaya je kau ni. Kenapa taste kau berubah dah, lain betul kau sekarang.."

" Hahaha.. Bukan macam tu. Tapi iyelah, orang selalu pandang rendah pada status J tu, aku rasa kasihan. Lagi pula kalau janda tu dianiaya dengan laki. Tu ha.. macam jantan tak guna tu. Dahlah curang lepas tu bantai bini pula. Aku kalau jumpa jantan macam tu memang sakit hati betul. Banyak kes aku jumpa  best friend aku pun macam tu, family belah papa aku pun ada juga tau..." Cerita Nadim. Azaim hanya mengangguk.

"Betul lah tu. Memang haram jantan macam tu. Patut disula je. Tapi apapun, kita tak boleh serkap jarang je bro. Kita tak tahu perkara sebenar, mungkin ada sebab kenapa dan kita pun tak tahu betul ke tu laki Aina dan betul ke Aina tu dah kahwin.." 

" Yup.. Sebab tu kita kena siasat dan cari bukti kukuh. Sekarang ni aku nak cari idea, macamana nak jumpa Aina. Tu je.." Nadim mengeluarkan handphone. Membuka camera dan menangkap gambar Taufik bersama Monica. Mahu simpan gambar itu, mungkin gambar itu akan jadi gambar penting nanti.

"Eh.. Jom..! Aku nak ambil Hani kang. Kau nak ikut tak?"

" Ambil kat mana?!"

" Putrajayalah. Tempat kerja dia. Pagi tadi dia tumpang kawan dia, kereta dia masuk workshop.." Taufik jalan ke kaunter, Nadim pandang je dan jalan ke kaunter juga. Sengaja.

" Malaslah. Kalau ada Si Penjual Kek tak apalah juga.." Sengaja lagi Nadim cakap kuat, biar Taufik dengar.

" Kau ingat Si Penjual Kek nak layan kau? Dia kan baik, orang yang baik hanya untuk orang yang baik je tau. Bukan dengan orang yang curang.." Amboii Azaim. Perli gila-gila.

Tiba-tiba Taufik menoleh pada Azaim, menjeling tajam. Terasa ke?! Kata Azaim dalam hati. Muka selamba.

" Aku kan baik, of courselah Si Penjual Kek tu untuk aku.." Sambung Nadim pula. Boleh tahan juga mulut mereka ni. Setelah membuat bayaran, Taufik mula melangkah. Tapi sebelum melangkah, dia pandang Nadim atas bawah. Nadim balas dengan senyuman, dan Taufik terus jalan.

Azaim dan Nadim angkat bahu serentak. Gelak kecil Azaim. Nadim membayar makanan. Dan mereka terus jalan keluar menuju ke kereta. 
Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.