Bab 31
Alhamdulilah.. Kesihatan aku dah kembali pulih. Hampir seminggu juga aku tak sihat. Mana taknya, dahlah demam ditambah lagi dengan sakit-sakit badan sebab kena belasah dengan Taufik. Kurang asam punya Taufik. Sakit hati betul. Berani dia cari pasal kan, tak apa. Setiap perbuatan akan dibalas. Tunggu jelah bahagian kau nanti. Geram betul aku. Sakit jiwa.

 Tapi salah aku juga, sepatutnya dari mula dia pukul aku lagi, aku kena bagi warning kat dia tapi aku diamkan je sebab tak nak keruhkan keadaan, baiklah konon. Ha.. Sekarang ni, dia dah makin mengganas dan aku jadi mangsanya. Hmm.. Nasiblah. Tapi lepas ni, aku tak kan berdiam lagi. Tak kan mengalah, aku akan lawan dia. Sekali lagi dia sentuh aku, aku tak kan teragak-agak report police. Tiada lagi kelembutan dalam hati aku dah. Aku dah terlalu lembut padanya dan dah terlalu bertolak ansur padanya tapi mulai sekarang tak lagi. Tak akan. Yang bersalah tetap salah.

Dahlah masa suami isteri dulu, dia selalu sakiti hati, perasaan, jiwa sanubari aku. Sekarang dah berpisah, dia sakiti fizikal aku pula. Suka-suka je nak belasah aku. Apa masalah dia pun aku tak tahulah.

Aku dah bagi semua yang dia nak. Dia nak kahwin dengan Monica, okey aku lepaskan. Tapi kahwinnya pun tak juga. Macam-macamlah. Ahh!! Lantaklah dia, bukan urusan aku dah tapi masalahnya dia cari aku dan pukul aku. Itu yang aku tak faham tu. Seperti berdendam je dekat aku. Peliklah.

"Mama.. Mama dah sihat?!" Aqil masuk dalam bilik dan terus menghampiri aku.

"Dah sihat dah.." jawabku lembut. Aqil menyentuh dahiku dengan tapak tangannya. Aku biarkan je.

" Iyalah.. Dah tak panas.." Aku senyum. Tak lama, Syaira pula masuk.

" Seronok kita orang tengok mama dah sihat kan dik.." Alahai anak.

"Iya ma. Kita orang tak nak mama sakit.." Aqil peluk aku dan Syaira juga. Aku balas pelukkan mereka. Hampir menitis airmata.

"Iya.. Mama dah sihat dah ni. Terima kasih  adik, terima kasih kakak jaga mama. Urut mama, sediakan ubat untuk mama.." Aku cium dahi mereka tanda terima kasih.

"Sama-sama. Kakak dan adik akan jaga mama baik-baik. Mama dah banyak berkorban untuk kita orang, terima kasih mama.." Terharunya aku dengar Syaira cakap. Menitis airmata gembira dengan anak-anak yang amat memahami situasi. Bersyukur sangat Allah beri anak-anak yang bijak ni.

"Iya sama-sama juga. Okeylah, mama nak pergi ni. Adik dan kakak jangan main kat luar ye, panas. Kang adik dan kakak pula yang demam.."Pesanku pada anak-anak.

" Tapi adik nak main dengan dia orang ma.."

" Iye tapi jangan sekarang. Awal lagi ni, kalau nak main petang-petang nanti, ada kerja sekolah kan. Siapkan kerja sekolah, kemas buku, tolong mama kemas bilik, boleh?!"

"Boleh ma.." Jawab mereka serentak. Aku gelak tengok gelagat anak-anakku. Merekalah sumber kekuatanku untuk meneruskan kehidupan. Sayang Aqil, sayang Syaira. Mereka bersalaman dan mencium tanganku, aku terus jalan keluar dan memandu ke kedai.

Aku rasa lebih segar, badan pun dah makin bertenaga. Lepas urut dengan Nek Timah rasa ringan badan. Kata Nek Timah aku demam urat, berselirat urat aku dia betulkan. Sakitnya teramat sangat. Rasa macam nak tendang je Nek Timah waktu dia urut. Disebabkan aku dah tak tahanlah aku terpaksa pergi jumpa dia, kalau tak, memang tak adanya nak ngadap dia.

Sebelum aku berurut tu, aku pergi ke hospital dulu atas nasihat Mr. Blueberry Cheese. Sejak aku jawab call dia hari tu, borak dengan dia rasa seronok pula. Aku pun tak tahulah kenapa rasa seronok kawan dengannya. Dia pun selalu tanya khabar aku, prihatin sebagai seorang kawan. Dan yang paling best tu dia bagi kata-kata motivasi dan kata-kata semangat dekat aku. Mengenai kerjaya dan perniagaan, kehidupan, keagamaan dan persahabatan. Dia dah macam personal kaunseling aku je.

Buat masa ni aku memang selesa berkawan dengannya. Walaupun dia poyo, berlagak, suka cari pasal dan memang akan bertekak, berdebat setiap kali berborak walaupun melalui pesanan whatsapp je. Ada satu sifat dia yang buat aku tertarik. Sifat ketegasannya dan sifat penyayangnya. Dan sampai sekarang ni pun, aku masih tak tahu nama sebenarnya.


Ah..!! Itu tak penting. Aku pernah tanya tapi dia cuma suruh panggil dia dengan nama Mr. Blueberry Cheese. Dia cakap, dia suka gelaran nama tu sebab aku yang bagi. Pula dah. Sukahati kaulah Mr. Blueberry Cheese. Dah kau pun memang suka kek Blueberry Cheese. Apa yang kau suka, terpulanglah. Aku on je.

Sampai kedai, aku terus bersiap mahu hantar Ijoy niaga di Pasar Tani Bangi. Tapak niaga baru, tapi dah dua tiga kali jugalah masuk. Sambutan memang sangat menggalakkan. Alhamdulilah.. Kek pun licin je. Alaa.. Biasalah benda baru memang jualan laku keras tapi nanti lama-lama slow lah jualan. Itu perkara biasa. Berniaga biasalah jualan turun naik.

Dalam perjalanan ke Pasar Tani Bangi, aku banyak layan perasaan dan layan lagu je. Ijoy pula lena tidur di sebelah. Jalanraya pun clear tak sesak. Sampai je pasar, macam biasa. Pasang canopy, pasang meja, susun kek dan niaga. Pasar tani ni start lepas zohor sampai sebelum maghrib. Memang tengah panas, tapi alhamdulilah kek tak cepat cair. Kukuh sampai malam. Apa rahsianya? Adalah..

Bila customer tak ada aku pun bersihkan papan kek. Sambil menyanyi kecil. Dan tiba-tibalah pula aku ditegur oleh seseorang.

"Hai.. Nak jumpa kejab boleh? " Aku menoleh padanya. Terus berkerut muka aku. Boleh pula hantu ni muncul depan aku. Menghilangkan mood betul lah.

" Untuk apa?"

"Sekejab saja. Ada hal penting mau bincang.." katanya. Mengharap.

"Pasal Taufik?" Tekaku. Dia mengangguk.

"Sorry..! Aku dah tak ada kaitan apa-apa dengan dia.." Jawabku tegas.

" Tapi ini melibatkan kau.." Aku pandang tepat ke mukanya. Tajam mataku ke anak matanya.

"Kan aku dah cakap, aku tak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi. Dah tak ada apa-apa hubungan. Kau tak faham ke?" Kataku sinis.

" Tapi dia masih mau kau. Dia masih ingat kau. Masih sayang kau... Masihhh..." Perempuan ni memang tak reti faham ke apa. Besar kecil besar kecil je aku pandang dia ni.

"Apa.. Apa masih? Lantak dialah nak aku ke, ingat aku ke, sayang aku ke. Itu bukan masalah aku. Lagi sekali aku cakap.. aku bukan bini dia dan dia bukan laki aku. Faham?!" Aku terus potong percakapan Monica.

" Aku mau kau jauhkan diri kau dari dia. Dia datang sini alasan mau jumpa anak dia tapi rupanya dia jumpa kau. Jauhkan diri kau dari dia.." Eh.. Eh.. Minah ni. Ada hati nak warning aku konon.

"Hello perempuan.. Apa hak kau nak warning aku? Anak aku anak dia juga. Kalau dia nak jumpa anak dia pun, kau siapa nak halang. Antara aku dengan dia dah tak ada ikatan tapi antara dia dan anak ikatan tak akan putus sampai bila-bila. Kau tak ada hak nak halang dia jumpa anak dan kau tak layak nak warning aku.." Kataku. Tegas. Serius.

" Iya aku tahu.."

" Cakap tahu tapi sengal. Dahlah, kau pergilah. Aku tak inginlah nak layan kau ni. Buang masa.. Aku dah cakapkan, jangan ganggu hidup aku. Jangan munculkan diri kau depan aku. Atau kau memang tak reti bahasa ye.." Aku memang cakap lepas je. Tak ada nak cakap baik-baik dah. Tengok muka dia ni pun rasa macam nak hempuk je dengan papan kek ni. Geram betul.

" Selagi Taufik jumpa kau, selagi itu aku akan terus cari kau. Sebab kaulah Taufik tak nak kahwin dengan aku.." Memang ada yang makan tangan juga ni.

" Kau cari aku untuk apa? Nak marah aku? Nak belasah aku sebab Taufik? Hahahaa.. Pelik bin ajaib. Penatlah cakap dengan kau. Tak faham-faham orang cakap. Elok kau pergi belajar sekolah tadika dululah kasi faham Bahasa Melayu. Hey.. perempuan.. perempuan.." Aku gelak.

Aku jalan ke belakang gerai disebabkan ada customer datang. Aku ingat Monica tu nak berambus dah tapi rupanya dia ikut aku. Dah kenapa?

" Kau nak apa lagi ni? Pergilah.. Dahlah kacau rumahtangga orang sampai runtuh ni kacau aku nak niaga pula. Apakah teruk perangai kau ni.." Dia buat muka seposen pula. Pelik.. pelik lah.

"Taufik ada layan perempuan lain lagi. Bukan saja aku. Banyak perempuan dia layan.." Aku pandang dia,dia buat muka kasihan pula dah. Nak minta simpati kut.

" Oh ya?! Alahai kasihannya kau kan. Tiba-tiba aku rasa simpatilah dekat kau. Tapi hahahaahaaahahaa.. Padan muka kau. Ambil kau, rasakan kau. Hahahahaa.." Aku gelak kuat. Opss.!! Terlupa pula aku ada kat pasar. Customer pandang aku je. Senyum-senyum. Berubah terus airmuka Monica. Merah padam mukanya. Tiba-tiba rasa lawak pula dia cakap macam tu. 


" Jadi, sekarang ni kan kau rasa, langit tu tinggi ke rendah ek?  Kau boleh capai tak langit tu? Apa kau rasa bila Taufik buat macam tu kat kau. Best tak? Rasa oren ke rasa strawberry?  Hahaha.. Hello perempuan.. Setiap perbuatan tu akan dibalas. Jadi, padanlah muka kau. Hahahaaa.." Punyalah jahat aku. Perli dia kaw-kaw. Diam seribu bahasa dia. Terhibur juga hati aku ni. Lawak.. lawak..!!

" Kurang ajar kau. Patutlah Taufik ceraikan kau. Mulut longkang.." Monica dah mula bengang.

"Mulut longkang okey lagi dari khinzir yang menyondol menjahanamkan rumahtangga orang. Kan?!" Selamba aku cakap. Sinis je. Terkedu dia dengar.

"Buang masa aku datang sini je.."

" Siapa suruh kau datang, aku tak suruh pun. Kau yang meroyan tak tentu pasal. Baguslah tu, sorang meroyan gila talak yang sorang meroyan gila jantan. Cunlah korang berdua ni. Memang pasangan sepadan, sejoli. Saling melengkapi.." Aku perli dan perli lagi.

 Baru kau tahu, tahap kelongkangan mulut aku. Selama ni aku senyap seribu bahasa, kau hina aku, cakap aku macam-macam sampai Taufik percaya. Ni baru sikit ni aku cakap.

Monica dengan nafas turun naik pandang aku tajam. Tak kelip mata. Aku pun apa lagi, melawan mata jugalah. Ingat aku hairan, ingat aku takut. Memang taklah.

" Kurang ajar..!" Dia marah sendiri. Dan terus jalan keluar dari gerai aku.

" Dah pergi sana kejar kekasih kau tu. Kejar laju-laju ya.. Hahahaa." Aku tetap lagi memerli. Aku ni pun satu hal, cari pasal juga. Kalau dia mengadu kat Taufik ni, mahu aku kena belasah lagi ni.

Lantaklah, aku tak takut pun. Sekali lagi dia belasah aku, aku report police jelah. Apa susah, negara kita ada undang-undang. Dah sudah. Malas nak fikir pasal Taufik ke pasal Monica ke. Lebih baik aku fikir pasal kek aku, ataupun fikir pasal Mr. Blueberry Cheese. Eh.. eh.. Hmm lain macam je ni. Opss!!  Hahahahaaa.. Aku gelak sendiri.

Aku duduk sekejab di belakang gerai, sambil memerhatikan Ijoy melayan customer. Aku terfikir, boleh pula Monica tu datang cari aku. Tahu pula dia aku niaga kat sini. Ooo iyelah, kakak dia duduk area sini. Mestilah dia nampak aku dan kemudian bagitahu Monica. Tu yang dia cari aku. Cari semata-mata nak cakap pasal Taufik. Memang tak kuasa aku nak melayan.

Tapi aku pelik, kerap pula Taufik datang sini. Kalau dulu, aku ajak balik Semenanjung je, macam-macam alasannya. Itulah inilah, manalah dia nak balik Semenanjung. Tak selesa duduk rumah mak aku dan kurang mesra dengan family aku. Tapi sekarang ni, asyik-asyik muka dia je yang muncul. Kalau muncul tak buat hal tak apa, tapi muncul meninggalkan kesakitan kat aku. Hmm..

Itulah, time ada depan mata tak nak hargai, tak nak jaga baik-baik. Menggatal cari perempuan lain nak yang lebih sempurna konon.  Bila dah tak ada, dah berpisah baru menggedik nak mengejar balik. Baru meroyan cakap sayanglah, cintalah, tak boleh tanpamu lah. Pujuk rayu bagai. Hohoohoo sorrylah. Dah terrrlambat.

Aku menuju ke surau, jauh sikit nak jalan. Surau ada dekat bangunan sebelah. Lalu, deretan kedai. Macam biasa, aku bernyanyi kecil.

"Ainaaaa... Tunggu kejab..!!" Aku menghentikan langkah. Siapa pula panggil aku. Apasal aku rasa glamour pula hari ni. Aku menoleh ke belakang je. Huh!! Memyampah. Taufik lari ke arah aku dan Monica lari mengejarnya. Dah macam cerita Hindustan pula dah, kejar-mengejar. Apa masalah dia orang ni. Aduhai..

"Abang nak jumpa awak kejab. Kita bincang sesuatu ya.." katanya berdiri betul-betul dihadapan aku. Aku tak jawab.

"Abang.. !! Abang ni asyik nak jumpa dia ni je. Dahlah jom balik..." Monica termengah-mengah. Aku perhatikan je dia orang ni.

"Peliklah korang ni. Macam budak-budak. Dahlah.. Aku nak pergi solat lagi baguslah.."
Aku terus melangkah tapi Taufik ikut aku pula dan diikuti Monica. Aduh diaorang ni, bikin huru-haralah.

" Sayang.. Sayang.. Kejablah. Kita bincang kejab je. Pleasee..!!"

"Apa sayang-sayang. Sayang awak tu, tu ha perempuan penyondol tu. Pergilah sana. Buat apa cari saya. Dahlah, kan saya dah cakap, tak payah cari sayalah. Pergilah.." Aku mula bengang.

" Abang tak boleh hidup tanpa awak. Please lah bagi abang peluang. Demi anak-anak. Abang tahu awak sayang abang lagi kan.." Aku berhentikan langkah dan tepat pandang muka Taufik. Dia buat muka kasihan juga. Sama jelah dengan penyondol tu.

" Demi anak-anak? Amboi.. Pandai guna nama anak ye. Sebelum ni ada fikir anak? Tak ada kan. Yang fikir apa, tu perempuan penyondol tu je kan. Dahlah.. Pergilah korang, tak payahlah kacau hidup aku lagi. Bikin serabutlah korang ni.." Aku jalan lagi dan lagi. Makin laju langkah aku makin laju juga Taufik ikut aku dan Monica. Masalah betullah diaorang ni..

" Ainaa.. Tolonglah. Abang masih sayang awak. Abang sayang anak kita, abang sayang family kita.." Taufik tetap bercakap lagi. Aku biarkan je.

" Abang... Sudahlah abang. Abang asyik kejar janda abang jelah. Tak payahlah layan dia lagi, janda abang tu dah ada jantan lain pun lagi hebatlah dari abang. Dia bukan baik sangat pun, jantan keliling pinggang juga sama je macam abang. Perempuan keliling pinggang.." Amboi sedapnya mulut Monica ni bercakap. Aku terus hentikan langkah dan menoleh pada Monica. Buat muka singa. Aku jalan dekat dengannya dan mata tak berkelip pandang ke matanya. Telan liur dia. Tahu takut.

" Oi betina.. Jangan samakan aku dengan perangai haram kau ni ye. Aku janda pun disebabkan kau. Kang kalau aku cakap pasal kau kang, masuk ICU kau. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan kacau hidup aku. Jangan sesekali nak tabur fitnah dekat aku. Selama ni aku diamkan, kau fitnah aku, kau hina aku sampai Taufik percaya. Lagi sekali aku dengar kau cakap pasal aku. Siap kau..!!" Aku letak jari telunjuk tepat ke hidungnya. Tak terkata dia. Ingat aku takut. Memang taklah.

"Dan awak.. Kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi tau kecuali ikatan awak dengan anak-anak yang tak akan putus sampai bila-bila. So,saya hormat awak sebagai bapa kepada anak-anak. Tolong jangan kacau hidup saya lagi. Faham.." Aku beralih pula pada Taufik.

" Bagilah abang peluang. Abang janji abang akan bahagiakan sayang. Abang.. Abang..." Masih lagi merayu.

" Apa abang.. Abang.. Sorry!! Peluang ke ruang ke dah tutup rapat serapat-rapatnya. Hati saya dah tawar setawar-tawarnya. Tak payah cakap pasal bahagia. Hidup saya sekarang ni pun dah cukup bahagia. Saya ada anak-anak yang memahami, ada kerja dan pendapatan, ada family, ada kawan-kawan. Semua cukup dan sangat bersyukur dan saya tak perlukan bahagia dari lelaki, faham tak?!." Aku tetap bertegas. Monica dengar je.

" Tapi... "

" Tak payah nak tapi.. tapi sangatlah. Oii perempuan.. Kau pujuk kekasih kau ni. Bawa dia pergi. Cakap dekat dia, jangan ganggu hidup aku lagi dan jangan munculkan diri depan aku lagi. Termasuk kau..!" Aku bagi warning dekat mereka. Lalu aku terus jalan laju.

"Ainaaa..!" Taufik panggil. Aku buat tak tahu je.

" Sudahlah abang. Jomlah balik. Abang kejar dia bukan dia layan pun. Dia tak nak dengan abang dah, dia dah ada orang lain.." Aku dengar perbualan diaorang dan aku gelak.

" Kau diam boleh tak? Sebab kaulah dia benci aku.. Sudahlah....!" Hahahaa.. Kuat suara Taufik marah. Aku gelak lagi. Lantak koranglah.

Aku terus jalan ke surau. Macam-macamlah kehidupan ni. Hmm.. 
Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.