Bab 30

Selepas solat Isyak, Azaim tidak keluar bilik pun. Malas pula mahu turun makan. Lagipun perut masih kenyang lagi. Dia duduk di birai katil memikirkan sesuatu. Apa yang dilihatnya pagi tadi menghantui fikirannya. Rasa sangat bersalah pada diri sendiri. Memaki hamun dirinya. Boleh pula dia membiarkan saja dan hanya melihat dari sebalik dinding. Sungguh tidak sangka kejadian itu berlaku lagi di depan matanya. Tapi entah kenapa dia hanya mampu jadi penonton setia saja. Langsung tidak terfikir mahu membantu. Melihatkan kejadian itu, dia terus jadi buntu. Tak tahu mahu lakukan apa. Dibiarkan saja empunya tubuh badan dibelasah. Sanggupnya dia hanya melihat.

" Kasihannya. Kenapa aku tak tolong dia tadi ek? Boleh pula aku biarkan, boleh pula aku tengokkan je. Ishh... Bodoh betul lah aku ni. Sedihnya tengok dia tadi. Masalahnya siapa lelaki gila tu ek? Bengong betul lah. Ni kalau tahu Nadim, confirm aku kena marah ni.. Aduh..   Tak payah info dia lah.." Azaim bercakap dengan diri sendiri. Perasaan bersalah mula menyelinap dalam diri.

Tutt... tutttt... !! Ha?? Alamak.. Dia macam tahu je apa yang Azaim fikirkan. Ketuk kepala Azaim sendiri. Berkali-kali panggilan dari Nadim tidak dijawabnya.

"Yup bro..!! Macamana Taipei Okey? Orang Taipei yang cun-cun okey tak?!" Azaim terus bersuara. Sengaja mahu menutup segala keresahan hati.

" Orang Taipei semuanya okey je bro.. Yang tak okey, ni ha. Orang Malaysia yang duduk kat Taipei.." Jawab Nadim.

" Aik.. Apasal pula tak okey? Kalau tak okey, Okey.. Okey kanlah bro.."

" Akan okey kalau orang kat sana pun okey juga. Dah sudah, tak payah nak merepek. So, apa cerita bro? Kau dah bagi tak hadiah tu kat kekasih pujaan hatiku. Dia terima tak? Dia ada cakap apa-apa tak? Dia suka tak? Reaksi dia macamana? Ada dia tanya aku tak? " Tanya Nadim bertubi-tubi.

"Hahahaahaaa... Oiii jantan. Kau sabar sikit boleh tak? Ni kau bagi soalan SPM dekat aku ke apa ni ha?! Hahahaaaa..." Berdekah-dekah Azaim ketawa.

" Kau tak payahlah nak gelak sangat. Aku tak sabar nak tahu ni. Cepatlah info.." Nadim serius.

" Hahahaa.. Okey kau dengar baik-baik ye. Dia tak terima pun hadiah kau tu paaa..." Azaim memulakan cerita.

" Ha? Apa? Tak terima? Kenapa tak terima? Kan aku dah cakap kat kau, kau kena buat sampai dia terima juga hadiah tu. Tak kan buat tu pun susah bro. Kau ni tak boleh haraplah. Manis nak, buat kerja hampeh. Sengal lah..!" Belum sempat Azaim habiskan ayat, terus Nadim potong percakapannya dan marah. Punyalah bengang Azaim.

" Woiiiii... Suka-suka kau je cakap aku sengal. Kau dengarlah dulu apa aku nak story ni. Aku tak habis cakap lagi yang kau sailang dah kenapa. Masalah betul lah kau ni. Cuba bawa bertenang sikit. Dengarlah dulu baru  tahu.. Apa ke bengong kau ni. Kang aku tak nak story mori  baru tahu.. " Menjerit Azaim membalas.

"Habis kau lembab sangat nak story. Okeylah sorry.. Dah cepat story mori..."

" Tengok.. Tadi cakap aku sengal. Ni cakap aku lembab. Apalah nasib aku dapat sepupu macam kau ni. Malangnya nasib.." Nada merajuk.

" Kau jangan nak mengadalah. Cepatlah story.."

"Iyelah.. Macam ni, dia tak terima pada mulanya. Memang macam-macam alasan dia tau tak. Pening aku.. tapi.. " Azaim pun ceritalah semuanya sampai habis. Nadim dengar dengan begitu tekun. Seronoknya hati. Makin mekar berkembanglah hatinya dan makin tak sabarlah mahu pulang Malaysia.

" Fuhh.. Lega aku dengar. Thank you so much bro. Dia terima hadiah tu pun aku rasa dah amat-amat bahagia ni. Hahahaa.." Happy nya lah Nadim.

" Baru nak berterima kasih dekat aku kan. Kalau tak sebab aku pujuk dia dan puji kau lebih, memang tak adanya dia nak terima pemberian kau tu. Punyalah power ayat aku tadi." Azaim puji diri sendiri.

" Iyelah powerlah sangat."

"Tapi kan bro.. Ni aku nak story kes besar ni bro. Tapi aku nak kau janji dengan aku dulu yang kau tak marah aku. Boleh?!" Azaim teringat apa yang dia lihat tadi. Konon tak nak cerita dekat Nadim tapi cerita juga. Hmm..

" Iyelah. Cepat story kes besar apa tu?" Tanya Nadim. Tak sabar nak tahu.

" Macam ni bro.." Azaim sambung cerita dari A sampai Z.

" Astaghfirullah Al Azim. Kau biar betul ni Zim. Ya Allah Ya Tuhanku. Kenapa jahil sangat jantan tu? Hey.. Dia ingat Aina tu binatang ke, suka-suka nak belasah anak orang. Ishh.. Kalau aku dapatlah jantan tu, memang mati lunyai dia aku kerjakan. Tak guna punya jantan.." Punyalah marah Nadim. Sakit hati betul dia dengar cerita dari Azaim.


" Tulah pasal. Memang jantan tak guna tu. Dia pergi smackdown Aina beb. Di tampar, ditolak, ditarik tangannya lepas tu ditolak lagi. Sampai hadiah yang kau bagi tu tercampak juga. Sedih gilalah tengok.." Sambung Azaim bercerita. Bersungguh-sungguh.

"Kurang ajar punya jantan. Tunggulah aku balik sana nanti. Aku cari dia sampai lubang cacing. Memang siaplah dia. Yang pergi smackdown perempuan tu kenapa, kalau berani mehlah smackdown aku. Tengok siapa patah riuk nanti. Betul-betul syaitan nirojim betullah.." Memang terbakarlah hati Nadim, dibakar oleh Azaim. Cukup Nadim sakit hati pada Taufik.

" Memang syaitan punya jantan. Aku tambah.. Memang iblis, jin punya jantan. Harammm.." Sukanya Azaim jadi batu api. Sengaja je dia.

" Kau pun sama, jantan tak guna juga.." Terdiam Azaim.

"Apasal aku pula.."

" Yang kau pergi jadi penonton setia je dah kenapa? Patutnya kaulah tolong sebab berlaku depan mata kau. Sengal lah.." Kena marah juga Azaim.

" Aku bukan tak nak tolong bro. Bila aku tengok kejadian tu, automatik aku jadi blurr. Jadi buntu tak tahu nak buat apa. Niat memang nak tolong tapi kaki ni kaki ni tak nak melangkah. Tergam kat tanah tiba-tiba. Bukan guna gam UHU ke atau gam gajah. Tapi aku tak tahulah gam apa"

" Banyaklah kau punya gam Zim. Kau rasa kan, siapa jantan tu ek. Kau tak dengar  sikit-sikit ke tadi.." Nadim masih tak puas hati.

"Ada. Aku ada dengar.."

"Kau dengar apa? Jantan tu cakap apa?"

"Kurang ajar. Ha iyelah, aku dengar dia marah dan cakap kurang ajar. Memang kuat gilalah.." Jawab Azaim. Jujur.

"Laaa.. Itu je kau dengar. Apadaaaa..."

"Halah.. Itu jelah yang jelas aku dengar. Yang lain taklah. Kira jauh jugalah tadi, tapi aku nampak jelaslah. Tu pun, aku sorok-sorok beb. Intai sikit- sikit. Kutlah tiba-tiba jantan tu ternampak aku, dikejarnya aku. Tak huru-hara hidup aku.."

" Aduh kau ni Zim. Kalau dia nampak kau pun yang kau nak lari tu dah kenapa? Kau lawanlah, belasah balik. Nak lari buat apa. pengecutlah kau ni.." Geram je Nadim dengan Azaim ni.

" Hehehe.. Janganlah marah. Aku gurau jelah. Aku kan lelaki sejati.."

" Kasihannya dia. Tak apalah bro, aku nak try call dia. Aku harap dia jawablah. Anyway, thank you bro. Apa-apa info aku nanti ya.. Bye..!!"

"Iyelah.." Talian terus dimatikan.

" Huh!!! Jahanam punya jantan. Sakit hati pula aku. Siaplah kau. Aku balik nanti, aku cari  kau sampai dapat.." Nadim bercakap sendiri.

Tanpa buang masa lagi, Nadim terus menghubungi Aina. Berkali-kali dia cuba membuat panggilan telefon tapi seperti biasalah langsung tidak berjawab. Tak putus asa, dia cuba lagi dan lagi membuat panggilan.
Masih juga sama. Lalu, menghantar pesanan whatsapp pula.

" Assalam.. Awak okey tak? Awak sihat?" Lalu send.

" Apa aku nak buat ni supaya dapat bercakap dengan dia. Susah betul nak cakap dengan minah ni. Asyik text je. Sesekali nak juga borak dengar suara, dengar dia marah, dengar dia gelak. Ni cuma kat whatsapp. Text manjang.. Aduhai Si Penjual Kek. Kenapalah payah sangat nak dekat dengan kau ni. Bagilah aku satu peluang untuk mengenalimu.. " Katanya lagi. Cakap sendiri jelah Nadim. Ni namanya cinta pesanan whatsapp.

Bipp..!! Notification whatsapp berbunyi. Yeahhh..!! Senyum dalam kerisauan. Terus dibuka aplikasi whatsapp. Yup.. Aina balas.

" Kenapa call? Tak payahlah call. Saya tak kan jawab.." Nadim tarik nafas. Dah agak dah dengan jawapan itu. Memang Aina tak kan jawab panggilan punya.

"Jawablah. Sekali je ni, boleh kan.."

" Awak nak apa? Saya sihat, saya okey. Belum nak mati lagi.." Telan liur Nadim.

" Saya nak cakap dengan awak. Kejab je pun jadilah. Jawab ye saya call. Please Si Penjual Kek. Saya merayu ni.. Please.. Please.. Please..!!" Sampai macam tu sekali Nadim merayu.

Nadim memang sengaja mahu dengar suara Aina. Dia tak sedap hati sebenarnya. Dia nak dengar nada suara Aina sama ada ceria atau sedih. Itu saja.

" Janganlah sampai merayu macam ni. Awak nak cakap apa, text jelah." Aina masih tegas.

" Text dengan dengar suara tak sama. Please..!! Sekali ni je. Awak kawan saya kan Si Penjual Kek.." Nadim sangat berharap agar Aina setuju menjawab panggilannya.

" Hmm.. Iyelah. Sekali je ni tau. Dan kejab je. Saya bagi masa lima minit je untuk awak cakap. Setuju?" Terus senyum lebar Nadim. Berjaya memujuk akhirnya.

" Baiklah. Tapi kenapa lima minit je. Lebihlah sikit. 10 minit ke, setengah jam ke.." Sengaja bertanya. Kutlah Aina setuju.

" Eh dia ni. Dah dibagi betis nak peha pula. Bukan nak berterima kasih. Dah.. dah tak payah call. Cancel.." Kan Aina dah marah.

" Alalalaaa.. Okey.. Okey.. Lima minit pun lima minitlah. Saya call sekarang ya.." Cepat-cepat Nadim balas. Ketuk kepala sendiri.

" K.."

Senyum Nadim. Dengan pantas kilat terus membuat panggilan. Sekali dia call, Aina tak jawab. Kali kedua dia call, pun Aina tak jawab. Pula dah..

" Aik.. Bagi call tapi tak jawab pula. Dah kenapa dia ni. Dua hati kut nak jawab. Tak apa, try call lagi.." Nadim call lagi sekali.

"Iya.." Suara Aina ditalian. Senyum lebar Nadim. Akhirnya.. Dapat juga dengar suara Si Penjual Kek.

" Awak tengah buat apa, saya kacau ke ni. Sorry..!!" Tanya Nadim.

" Taklah. Tengah rehat. Uhuk.. uhukkk.." Jawab Aina lembut. Batuk pula dah.

"Awak tak sihat ke? Demam ke? Dah makan ubat? Ada pergi klinik tak? Dah makan tak?" Banyaknya soalan Nadim. Punyalah risau mengalahkan orang yang sakit.

" Oii.. Yang awak huru-hara sangat ni dah kenapa. Saya yang tak sihat dia pula yang mengelupur. Saya demam sikit je kut.." Lemah suara Aina tapi tetap nada marah. Nadim sengeh.

" Itu tandanya saya ambil berat dekat awak. Risau dengan kesihatan awak, risau dengan keadaan awak. Saya kan kawan yang prihatin, penyayang, pencinta setia kat awak.. Opssss!!" Nadim ketuk kepala. Alamak terlepas cakaplah pula.

" Apa opsss.. opss!!  Ada yang kena blacklist kawan ni kang..."

"Eh.. eh.. Janganlah blacklist. Kalau Si Penjual Kek ni blacklist saya. Habislah hidup Mr. Blueberry Cheese ni. Mahu terjun bangunan pula kang.."

" Awak nak terjun bangunan ke, nak terjun jambatan ke. Sukahatilah.." Mendatar suara Aina.

" Hehe.. Sejak bila tak sihat ni.." tanya Nadim lembut.

"Dari semalam rasa tak sihat dah, tapi tadi balik kerja terus rasa tak larat dah.."

" Dah tahu tak sihat kenapa pergi kerja juga. Dah makan ubat tak ni. Ada pergi klinik tak? " Tanya Nadim lagi.

" Dah makan panadol dah. Malaslah nak ke klinik, check ala kadar lepas tu bagi ubat demam. Lebih baik makan panadol je.." Jawab Aina.

" Sekurang-kurangnya, doktor check tekanan darah, check hb, bagi ubat. Kut tiba-tiba check tekanan darah awak, tekanan darah awak melonjak naik kena darah tinggi ke, jantung ke. Tak naya..." Nasihat Nadim. Ambil berat betul Nadim.

" Doakanlah yang baik-baik. Tak baik tau.."

"Itulah kena pergi check kat hospital atau klinik. Awak tu dahlah tahunya asyik nak marah je. Sikit-sikit nak marah, orang yang kuat marah ni, senang tau dapat penyakit darah tinggi. Darah tinggi tu bahaya, boleh bawa maut. Bayangkan kalau tengah marah, darah melompat-lompat sampai kepala. Mahu meletop kepala, putus nyawa langsung. Ha.. Macamana? Tak takut ke.." Nadim sengaja.

" Dah putus nyawa. Tanam jelah.."

" Orang nasihat tak nak dengar. Bertuah betul awak ni kan. Oh ya.. Suka tak hadiah tu.." Merungut Nadim.

"Sorry.. Saya tak tengok lagi. Balik tadi, mandi, solat terus tidur. Tak larat. Nanti saya tengok ya. Apapun terima kasih banyak-banyak ya Mr. Blueberry Cheese.." Jelas Aina jujur. Senyum Nadim. Simpati pula dia.

" Sama-sama kasih Si Penjual Kek. Tak apa, saya faham. Awak sudi terima pemberian tak seberapa dari saya tu pun dah cukup  membahagiakan.."

"Tapi saya minta, lepas ni tak payah bagi apa-apa kat saya ya. Bukan saya sombong tapi saya kawan dengan awak bukan nak minta hadiah. Saya nak tanya awak ni. Awak ikhlas tak kawan dengan saya atau ada niat lain?" 


Telan liur Nadim. Macamana ni ek? Nak cakap jujur ke nak cakap tipu sikit. Kalau cakap jujur, dah mestilah Nadim kawan dengan Aina ada niat lain. Bukan sekadar kawan aje tapi nak lebih dari seorang kawan. Tapi kalau bagitahu Aina, dah confirm kena blacklist. Tak apalah, cakap tipu sikitlah. Kata hati Nadim.

" Mestilah saya ikhlas kawan dengan awak. Kalau tak ikhlas, taklah saya bersungguh-sungguh nak kenal awak wahai Si Penjual Kek.." Tenang hati Nadim.

" So, macam tu jugalah saya. Ikhlas berkawan dengan Mr. Blueberry Cheese. Tapiiii.. sekadar kawan je ye. No lebih-lebih. No jiwang- jiwang. No hati perasaan. Ingat tu ya Mr. Blueberry Cheese. Jangan lupa..!!"

Ketuk kepala Nadim. Aduhh.. dia tetap dengan pendirian dia dah. Baru nak mengayat baru nak jiwang dekat dia. Belum sempat bagi ayat dah kena sound awal-awal. Huhuhuu..!! Tak apa, sabar!!

"Baiklah wahai Si Penjual Kek. Tapi tak salahkan kalau awak.. hmm .. bagi peluang kat saya.." Terkeluar pula soalan itu dari mulut Nadim.

" Mr. Blueberry Cheese.. Please ye jangan cakap pasal benda ni. Awak nak kawan dengan saya atau tak?"

" Okey.. Okey..!! Sorry..!! Lupakan ya. Kita kawan ya.." Tahu Nadim takut.

" Ya..!! Okeylah. Saya nak rehat, sakit kepala. Terima kasih banyak-banyak bagi hadiah. Terima kasih banyak-banyak temankan saya ni. Take care.." Lembut suara Aina.

" Baiklah. Sama-sama. Awak pun jaga diri baik-baik. Makan ubat, rehat ya. Kalau ada apa-apa, info  saya ya." Balas Nadim.

" Insha Allah. Assalammualaikum.. bye!" Talian terus dimatikan.

Senyum Nadim. Baru senang hatinya, akhirnya dapat juga bercakap dengan Si Penjual Kek. Lega...! 
Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.