Home Novel Komedi/Romantik Komedi Have A Goodnight
Have A Goodnight
Raimah Dain
29/7/2018 11:56:22
54,401
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 02

“FITRI”

Suara Dato Daniel mengejutkan Fitri yang sedang berdiri di tepi pintu masuk bilik VVIP salah sebuah hospital terbesar di Kuala Lumpur. Dengan pantas dia mengatur langkah mendekati Dato Daniel sebaik sahaja suara itu menyeru namanya. Sudah hampir dua jam selepas Dato Daniel mendapat suntikan selepas terkena serangan jantung petang tadi.

“Fitri, Mana Aaron?” soal Dato Daniel. Dia bukannya bertanya tentang kondisi kesihatannya. Sebaliknya dia sibuk bertanya tentang cucunya yang biadab itu.

“Aaron ada dekat wad sebelah. Dia masih belum sedarkan diri”” jawabnya dengan serius. Fitri yang merpuakan cucu angkat merangkap pengawal peribadi Dato Daniel cepat-cepat membantu Dato Daniel duduk bersandar pada katil. Kemudian dia berdiri di tepi Dato Daniel sebelum mulut dibuka untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Dato Daniel tersenyum. “Teruk juga budak perempuan tu kerjakan dia tadi ya” kata Dato Daniel sambil menggeleng-gelengkan kepala. Terbayang kembali adegan bagaimana Aaron tewas di tangan seorang gadis kecil molek seperti Hani.

“Ya Dato” Fitri juga mengakui kata-kata Dato Daniel.

“Budak perempuan tu ada dekat mana?” soal Dato Daniel lagi. Kini dia beralih pula pada gadis yang telah menyebabkan cucunya masuk ke dalam wad. Tetapi dia tetap berterima kasih kerana disebabkan gadis itulah mereka tidak kehilangan Aaron lagi. Di matanya Hani Inara adalah gadis luar biasa apabila berjaya menewaskan Aaron yang degil dan agak biadab itu.

“Dia ada di luar. Dato nak saya panggilkan dia masuk?”

Dato Daniel mengangguk.

Fitri berundur beberapa tapak ke belakang. Kemudian berjalan keluar meninggalkan bilik VVIP Dato Daniel. Setibanya di luar dia melihat Hani sedang duduk bersila di atas kerusi sambil tersengih-sengih memandang ke skrin telefon. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat gadis yang datang dengan pelbagai karakter itu. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan sambil kaki terus melangkah menghampiri gadis itu.

“Cik Hani Inara” panggilnya dengan sopan.

Hani mendongak, kelihatan pengawal peribadi Dato Daniel sedang berdiri memandangnya dengan wajah serius. Dengan pantas Hani mematikan skrin telefon lalu berdiri. Sempat juga leher jinjang melihat ke arah bilik Dato Daniel. Dah kenapa pula bodygurad Dato Daniel yang boleh tahan kacak ni datang lagi? Rindu aku ke apa. Eleh, perasanlah kau Hani. Bisiknya dalam hati sambil tersenyum-senyum seorang diri.

Fitri mengerutkan dahi. Dia ni memang pelik. Patutlah boleh kalahkan budak Aaron yang biadab tu. Kata Fitri pula dalam hati.

“Dato Daniel macam mana?” soal Hani.

“Dia dah sedarkan diri” jawab Fitri. Ringkas saja.

“Oh” Hani mengangguk-anggukkan kepala.

“Dato Daniel nak jumpa Cik Hani”

“Apa? Dato nak jumpa?” bulat mata Hani ketika mendengar berita yang dibawa oleh Fitri. Buntang matanya tidak berkelip memandang lelaki itu. Tiba-tiba jantungnya terasa berdegup kencang. Bukan disebabkan pengawal peribadi Dato Daniel yang kacak ini. Tetapi disebabkan Dato Daniel mahu bertemunya.

“Ya. Sila ikut saya” jawab Fitri.

Alahai, dah kenapa pula Dato nak jumpa aku sekarang? Disebabkan masalah ini, aku terpaksa tinggalkan kerja dekat restoran tu. Confirm bos marah punyalah. Takkan dia nak beri aku upah sebab ajar cucu dia yang biadab tu? Aku tak perlukan upah. Aku buat semua ni sebab bengang dengan cucu dia yang biadab tu. Peliknya, kenapa ya? Persoalan itulah yang bermain di mindanya saat kaki melakangkah semakin hampir ke wad kawalan rapi VVIP Dato Daniel.

Fitri membuka pintu lalu mempersilakan Hani untuk masuk ke dalam. Hani dengan sopan masuk ke dalam. Kemudian dia menoleh ke belakang apabila menyedari Fitri tidak masuk bersamanya.

“Awak tak masuk sekali?” tanya Hani agak hairan.

“Saya perlu lihat keadaan Aaron” jawab Fitri. Kemudian dia menutup pintu bilik tersebut meninggalkan Hani dan Dato Daniel berdua.

Hani mengerutkan wajah sambil menggeleng beberapa kali. Pelik itulah yang dia rasakan ketika berhadapan dengan pengawal peribadi Dato Daniel. Dia merasakan pengawal peribadi itu tida seperti sebuah robot yang berwajahkan manusia. Pergerakkannya, cara bertutur tidak ubah seperti sebuah robot yang dikawal. Tapi itu mustahil kerana seumur hidupnya. Dia belum pernah lagi mendengar robot berkelakuan seperti manusia. Tetapi manusia berkelakuan seperti robot itu sememangnya wujud.

“Hani Inara”

Suara Dato Daniel benar-benar mengejutkan Hani yang masih lagi berdiri kaku di muka pintu. Dia melarikan pandangan daripada tombol pintu ke segenap ruangan yang terdapat dalam bilik tersebut. Wah! Ini wad hospital atau hotel lima bintang? Tengoklah siap ada TV, sofa, peti ais, komputer I Max lagi. Kalau macam ni aku rela duduk hospital. Terpegun, itulah yang dia rasakan ketika melihat dekorasi dalam wad VVIP yang tidak ubah seperti bilik hotel lima bintang.

Kemudian dia dengan langkah perlahan mengatur langkah menuju ke arah Dato Daniel. Hatinya masih lagi berdebar kerana tidak tahu tujuan sebenar kenapa dia dipanggil sehingga ke sini. Sedangkan masih banyak lagi kerja di restoran yang memerlukan tenaganya.

“Ada apa Dato nak jumpa saya?” soalnya tanpa berbunga-bunga.

“Jemput duduk” jemput Dato Daniel dengan senyuman.

Hani Inara menarik kerusi dan duduk di tepi bersebelahan dengan Dato Daniel. Sekali imbas, riak wajah dan perwatakan Dato Daniel kelihatan jauh berbeza dengan kisah yang disampaikan oleh Aaron ketika pertengkaran di restoran tengah hari tadi. Macam mana seorang ayah yang berwajah lembut macam Dato Daniel ni boleh bertukar menjadi singa dan halau anak dia keluar dari rumah? Aku tak rasa dia sekejam tu dan aku tak rasa dia sanggup bunuh anak dan menantu dia sendiri seperti yang didakwa oleh lelaki biadab tu.

“Kenapa renung saya macam tu?” tanya Dato Daniel.

“Uh?” Hani cepat-cepat menggelengkan kepala lalu tunduk. Alamak! Dia perasan ke apa yang aku buat dia? Jangan dia tahu apa yang aku fikirkan sudah. Tu seram. 

“Sebenarnya ada apa Dato nak jumpa saya? Kalau Dato nak marah sebab saya pukul cucu Dato yang biadab tu. Saya minta maaflah. Tapi saya rasa cucu Dato tu dah melampau. Walaupun saya dengar tadi Dato dah buat sesuatu yang tak patut. Tapi saya rasa dia pun tak patut layan Dato macam tu depan khalayak ramai” kata Hani panjang lebar. Serasa seperti dia sedang membuat ucapan untuk hari guru pun ada juga.

Dato Daniel hanya tersenyum mendengar bebelan anak muda yang mempunyai perwatakan ceria, sedikit kasar. Tetapi dia tahu Hani seorang anak yang baik dalam keluarganya.

“Siapa kata saya nak marah Hani?”

Hani mengerutkan wajah. “Dah tu kenapa Dato panggil saya? Nak bagi upah ke?” teka Hani lagi. Kalau tak marah. Kenapa pula dia dipaksa tinggalkan kerjanya di restoran dan datang ke hospital swasta dan masuk ke dalam bilik ala-ala hotel lima bintang ini.

“Upah pun bukan” jawab Dato Daniel tersenyum.

“So?” Hani mengerutkan wajah.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab beri pengajaran pada Aaron”

Bulat mata Hani ketika mendengar ucapan terima kasih daripada Dato Daniel. Sedikitpun dia tidak menjangkakan perbuatannya itu akan dibalas dengan ucapan terima kasih kerana dia sendiri tahu perbuatannya telah menyebabkan seseorang cedera dan dia sebenarnya bernasib baik kerana Dato Daniel tidak membuat laporan polis. Kalau tidak, mungkin sekarang dia sedang meringkuk dekat dalam lokap.

“Aaron mungkin agak liar, kasar dan biadab. Tapi dia jadi macam tu lepas kedua-dua orang tua dia maut dalam kemalangan jalan raya sepuluh tahun lepas. Dia membesar tanpa kasih sayang keluarga yang cukup dan semua ni memang salah saya. Kalaulah saya mampu undurkan masa, saya takkan ulangi perkara yang sama. hidup seseorang itu tidak akan sempurna tanpa sebuah keluarga. Wang bukanlah segala-galanya”

Hani hanya mendengar luahan Dato Daniel dengan senyap. Betul, wang bukanlah segala-galanya dan keluargalah segala-galanya. Tetapi dia tidak dapat nafikan dunia sekarang memerlukan wang dan disebabkan ketaksuban seseorang manusia itu terhadap wang menyebabkan mereka bertukar menjadi serigala dan lupa akan perkara yang lebih penting berbanding wang, harta dan kekayaan. Dia percaya Dato Daniel pasti menyesal akan perbuatannya sendiri.

Tapi kenapa pula dia cerita semua benda ni dengan aku? Aku bukannya kenal cucu dia pun. Rasanya tak penting sama ada aku tahu atau tidak kisah hidup keluarga dia. Lainlah kalau aku ni wartawan. Boleh juga aku tulis masukkan dekat ruangan berita dalam surat khabar.  

“Kenapa dato cerita semua ni dengan saya ya? Saya rasa tak penting kut untuk saya tahu kisah keluarga dato” soal Hani. Dia benar-benar tidak memahami tujuan Dato Daniel bercerita tentang Aaron kepadanya.

“Saya bukanlah seorang ayah yang baik untuk anak-anak saya sebab itulah saya kehilangan mereka dan sebab sikap saya yang pentingkan pangkat, status dan kekayaan telah menyebabkan saya hilang semua anak-anak dan cucu saya. Bila saya dah tua, barulah saya mengerti perkara yang paling berharga bukanlah pangkat, harta. Tapi keluarga. Sayangnya macam yang kamu lihat cucu kandung saya sendiri becnikan saya. Inilah balasan untuk orang seperti saya” luah Dato Daniel. Dapat Hani melihat ada kejujuran pada wajah Dato Daniel ketika mengucapkan kata-kata itu.

“Setiap manusia melakukan kesilapan. Saya sebenarnya bangga dengan dato sebab dato akhirnya sedar dan akan kesilapan dato dan berani untuk mengakuinya. Tak ramai orng boleh buat macam tu. Cuma masalahnya sekarang… cucu dato tu memang keras kepala” sekilas pandang pun dia sudah boleh meneka karakter Aaron dan baginya tidak mudah untuk menjinak harimau yang liar seperti Aaron.

“Terima kasih Hani. Sebenarnya saya nak jumpa kamu ni sebab…” belum sempat Dato Daniel menyatakan hasratnya kepada Hani. Tiba-tiba pintu wad dibuka oleh seseorang. Serentak itu kedengaran juga suara seseorang sedang meronta-ronta minta supaya dilepaskan.

“Lepaskan akulah bodoh!” bentak Aaron. Dia melulu masuk ke dalam bilik VVIP Dato Daniel.

Dato Daniel dan Hani dengan pantas menoleh ke arah pintu. Kelihatan, Fitri iaitu pengawal peribadi Dato Daniel sedang menahan Aaron yang cuba untuk masuk ke dalam. Wajahnya semakin bengis apabila melihat Hani juga berada di situ. Belum pernah seumur hidupnya seorang perempuan bernai memukulnya.

“hei perempuan!” dia menolak Fitri ke belakang. Kemudian berlari ke arah Hani sambil jari telunjuknya menunding ke arah Hani.  

 Hani meneguk air liur saat menyedari situasi ini mungkin akan menjadi tegang. Lelaki itu benar-benar kelihatan seperti seorang lelaki gila. Dalam keadaan panik, Hani bingkas bangun dari kerusi lalu cuba mengelak daripada lelaki itu. Tetapi belum sempat dia melakukan perkara sedemikian. Tiba-tiba lelaki itu merangkul lehernya.

 “Aaron!” Dato Daniel bersuara tegas.

“Semua jangan dekat! Kalau tidak, saya akan bunuh perempuan ni!” amaran keras diberikan oleh Aaron kepada pengawal-pengawal peribadi Dato Daniel sambil mengacuhkan pisau ke leher Hani.

  Hani mengetap bibir. Dia merasakan diri seperti sukar untuk bernafas saat tangan lelaki itu merangkul lehernya dengan kuat. Dia cuba melepaskan diri daripada rangkulan lelaki itu. Tetapi pisau di tangan Aaron itu menyebabkan dia tidak boleh bertindak mengikut perasaan. Setiap langkah yang dia ambil boleh membawa padah.

“Aaron stop!” halang Dato Daniel. Aaron hanya ketawa snis. Kemudian dia mula mengatur langkah mahu keluar dari bilik tersebut. Ini sahaja cara yang dia ada untuk melepaskan diri dari situ.

“Lepaskan aku, sebelum aku belasah kau!” gumam Hani. Kedua-dua tangannya cuba melepaskan rangkula tangan Aaron dari lehernya.

“Kalau berani kau cubalah” balas Aaron. Dia berbisik di telinga Hani sambil bibir mengukirkan senyuman sinis.

Kemudian dia melarikan semula pandangan kepada Fitri. Tajam matanya menikam tepat ke dalam mata Fitri. Sambil mengacukan pisau ke arah mereka. Dia memberikan arahan supaya mereka beredar dari pintu sebelum dia melakukan seuatu yang buruk kepada gadis yang berada dalam genggamannya.

“Aaron berhenti! Lepaskan dia” arah Dato Daniel pula. Dia cuba untuk turun dari katil hospital. Tetapi keadaannya yang masih lemah menyebabkan dia tidak berdaya untuk bergerak walaupun setapak.

Aaron ketawa berdekah-dekah ketika melihat kondisi Dato Daniel. Puas hatinya melihat orang tua itu berada dalam keadaan seperti itu. Apa yang dia alami sekarang belum setimpal dengan apa yang dia telah lakukan terhadap keluarganya sendiri. 

“Sudah-sudahlah dato. Saya tidak minta harta dato atau apa-apa. Saya cuma minta dato lepaskan saya dari sini. Lepas tu barulah saya lepaskan perempuan ni” pintanya dalam keadaan terdesak. Mata tajam menika ke dalam mata Dato Daniel.

Dato Daniel menggeleng-gelengkan kepala. “Atuk takkan biarkan Aaron pergi dari sini. Maafkan atuk Aaron. Maafkan…” belum sempat Dato Daniel menghabiskan kata-kata. Tiba-tiba Fitri cuba menerpa ke arah Aaron. Tetapi Arron berjaya mengelak.

Dia mengacuhkan kembali pisau ke leher Hani. Hampir sahaja dia terlepas perempuan itu dari dakapannya tadi. Nampaknya dia tidak boleh menunggu dengan lebih lama lagi. Dia perlu pergi dari sini. Hal perempuan ini dia akan fikirkan kemudian.

“Huh!” dengus Aaron sinis.

“Ke tepi. Kalau tidak perempuan ni akan jadi sasaran saya” sambungnya.

“Aaron jangan” Dato Daniel bersuara lagi. Entah apa lagi yang harus dia lakukan untuk menenangkan cucunya itu.

“Ke tepi!” arah Aaron. Dia sedikitpun tidak memperdulikan kata-kata Dato Daniel. Fitri dan tiga orang pengawal lain terpaksa mengalah apabila melihat kondisi Hani semakin menurun. Helaan nafasnya terasa singkat. Sementara itu kedua-dua tangannya masih lagi meronta-ronta mahu melepaskan rangkulan kuat lelaki itu.

“Ke tepi! Kalau tidak…” ulangnya. Tetapi belum sempat dia menyebut perkataan seterusnya. Fitri dan dua orang pengawal Dato Fitri berundur ke belakang. Buat masa sekarang cuma ini yang mampu dia lakukan untuk mengelakkan sesuatu yang berlaku kepada Hani atau Aaron.

Bodoh! Kenapa pula bodygurad-bodyguard dato ni lepaskan budak gila ni?! matilah aku lepas ni. Hani cepat cari jalan untuk lepaskan diri. Keluh hatinya. Terbatuk-batu dia ketika rangkulan tangan lelaki itu di leher terasa seperti eedang mencekiknya.

Selangkah demi selangkah mereka keluar dari bilik tersebut. Aaron masih lagi memberikan amaaran supaya Fitri jangan pernahberani melakukan tidnakkan bodoh. Nyawa gadis itu berada dalam genggamannya. 

Previous: Bab 01
Next: Bab 03

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.