Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA ADALAH JAWAPANNYA
CINTA ADALAH JAWAPANNYA
MaMoSa
5/2/2018 20:43:22
4,845
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
PROLOG

Mahsuri mematikan telefon bimbitnya. Di saat-saat sebegitu, dia memerlukan ketenangan tanpa diganggu oleh sesiapa ataupun teknologi terkini. Mematikan telefon bimbit adalah satu alternatif agar tidak diganggu oleh klien ataupun teman-temannya,khususnya Amar.

Amar,satu-satunya lelaki yang diberi kebenaran untuk bertakhta dihatinya, setelah sekian lama cuba memenangi cintanya. Cinta? Cintakah ia pada lelaki itu? Apakah perasaan yang ada padanya itu dinamakan cinta? Apakah cinta, sedangkan ia sendiri tidak mengenali perasaan yang ada pada dirinya itu. Mahsuri mengeluh lesu. Matanya masih merah daripada tangisan semenjak kejadian tadi. Matanya kelihatan comot dengan maskara yang bercampur dengan airmata dibiarkan. Tidak bernafsu untuk memperbaiki tatarias wajahnya. Biarlah comot. Biar hodoh. Tiada guna kecantikan kiranya hati bersedih. Airmatanya bercucuran untuk kesekalian kalinya.

Dalam sedusedan, dia membuka komputer riba yang baru dibeli. Jarinya laju menaip mencari penerbangan murah. Dia harus pergi dari sini. Pergi jauh untuk ketenangan fikiran. Dadanya terasa sesak berada di satu daerah yang sama dengan Amar.Dirasakan setiap pelusuk di dada kota menyimpan kenangan antara dia dan Amar, saat Amar menyambutnya pulang dari luar negara, saat Amar meluahkan perasaan kasih dan menghadiahkan sejambak mawar merah, dan saat Amar menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. Amar, Amar, Amar. Setiap ceruk melakarkan kenangan-kenangan lalu yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Makanya ia harus pergi jauh. Bagaimana ia dapat mengharungi hari-hari yang mendatang kiranya setiap saat ia harus menghadapi kenangan lalu.

Ia menatap skrin Komputer riba semula. Kemanakah arah tujuan yang harus dipilih.  Ia mengetuk-ngetuk jari dimeja sambil memikirkan lokasi untuk melarikan diri, agar tiada siapa yang dapat menduga kemanakah kehilangan Mahsuri.

Australia? Musim sejuk! Harus beli pakaian tebal, kena buat persediaan yang rapi pula. Sedang bersedih harus keluar shopping pula,getusnya.

Paris? Sedang bersedih, nak pergi ke Kota Cinta? Sanggup nak tengok orang ramai berkepit, berjalan berpegangan tangan,sedangkan ia bersendirian?

Akhirnya jarinya pantas menaip destinasi yang dipilih. Dicapainya kartu kredit, untuk membayar tiket penerbangan yang dibeli secara online. Apa yang lebih baik dari pulang ketempat asal dimana nama Mahsuri menjadi lagenda?  
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh MaMoSa