Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
48,604
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 3

PONDOK yang dijadikan sudut bacaan di tengah laman antara dua blok bangunan itu lengang, perfect untuk si loner forever Aisyah Humaira melepak di situ sementara menghabiskan sisa waktu rehat. Dibuatnya kerusi dan meja batu di bawah pondok tu macam istana hinggapnya. 

Jangan sampai ada rombongan bersidai yang datang nak menyibuk duduk di situ, sudah.

Highlight marker kuning ditarik dari bekas pensil. Matanya berlari meniti tulisan buku rujukan Sejarah yang terbuka di atas meja. Sesekali, highlight marker di tangan dilarikan di atas point penting.

Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik...

Urghh. Naik berbinar mata yang membaca. Tak tahulah kerelevenan tujuan nak kena tahu hidup manusia zaman purba kala ni.

Dia mendongak menengadah siling pondok di atas kepala. Matanya dipejam celik beberapa kali sebelum dia melempar pandangan ke depan.

And there mamat muka-Fitri-UNIC menyapa pandangan dari kaki lima.

Erkk.

Seluruh tubuhnya terasa kaku.

‘Haa. Ash. Kau tak nak handle cerita kehidupan manusia zaman purba kala kan? Ni manusia zaman kini alaf 21 kau sanggup nak handle?’

Dari jauh, dah nampak mamat muka-Fitri-UNIC tu mengubah hala langkah menuju ke arahnya di pondok bacaan tu.

Ah sudah.

‘Ni tak dapat nak dekat masa dalam kelas hari tu, nak try kat sini pulak ke?’

‘Jangan nak perasan la, Ash. Kut dia nak lalu je ke.’

‘Eh. Mana tahu?’

‘Yang kau menggelabah sangat ni dah kenapa?’

‘Dah tu, nak stay ke nak blah ni?’

Suara dalam kepala berpencak. Matanya mengecil merenung lelaki itu.

Stay? Blah? Stay? Blah? Stay?

Si muka-Fitri-UNIC dah tinggal sejengkal dari pondok itu.

‘Okey, I blah.’

Sepantas Flash, dia bangun lalu mengaut barang di atas meja yang tak sempat dikemas.

‘Now I see. Baik aku study Tamadun Awal Manusia je.’ Langkahnya laju melepasi lelaki itu yang terhenti melangkah.

Dan di belakangnya, si muka-Fitri-UNIC merenungnya dengan pandangan yang tak tertafsir.

***

HAIHH. Awat la payah sangat nak dekat. Pandangannya jatuh pada Diari Pelajar di tangan. 

Punya kalut nak lari sampai tercicir-cicir barang.

"Zakwan."

Dia berpaling. Nadhirah berdiri di tengah susur gajah itu dengan jari telunjuk ditala ke atas, tempat bangunan pejabat.

"Cikgu Fauzi panggil."

Dia mengangguk sambil mula mengorak langkah. Buku tulis berkulit licin tu ditindan sekali dengan buku laporan pengawas yang dibimbit di tangan.

***

AISYAH menggelabah di dalam barisan. Rutin checking lepas perhimpunan pagi. Biasanya boleh lalu dengan gah dan bangganya tanpa ada sekatan. Hari ni, otaknya tunggang terbalik duk mencari alasan.

Mana entah pergi Diari Pelajarnya. Rasa-rasa macam semalam ada je. Pagi tadi cari, tengok dah tak ada. Berjalan tak bagitahu. Haishh.

Langkahnya sampai pada pengawas yang sedang memeriksa. Mukanya ditampal riak tenang habis.

Pengawas perempuan itu angkat kening merenungnya. "Mana buku diari awak?"

Buku tulis coklat di tangan digenggam sekuatnya sebelum diunjukkan pada pengawas tu. Berlapis-lapis macam kulit peria dahi budak tu dibuatnya.

"Apa ni?" Matanya galak merenung Aisyah. Boleh dia buat muka selamba tak bersalah tu dengan buku yang tak menepati piawai ni.

Kening Aisyah terangkat sebelah. Okey, Ash. Dia tanya ni apa. "Buku tulis."

Membesar terus mata budak tu. "Kalau tak ada buku diari, berdiri kat tepi sana." Arahnya.

Aisyah tak berganjak. "Saya salin semua isi perhimpunan hari ni. Boleh check kalau tak percaya."

Si pengawas mengetap gigi. Bulan pertama masuk sekolah pun tak habis lagi, dah berani kurang ajar. "Kita orang ni check buku diari ada ke tak ada. Bukan nak tengok kau orang salin nota ke tidak."

Aisyah mengerut dahi. Matanya ditala pada tulisan Amirah yang tertera pada tag nama yang dipin pada tudung hijau cerah tu sebelum direnungnya muka budak tu tajam.

"Berdiri kat sana." Arahannya diulang dengan mata menentang renungan berapi Aisyah. ‘Ingat aku takut ke?’

"Lepaskan dia, Mira." Kak Aimi, ketua pelajar perempuan datang dari belakang Aisyah macam hero KDrama. Penyelamat dikala dia hampir melancarkan tumbukan tanpa bayang pada pengawas di depannya. Dia menoleh.

"Nah. Buku awak."

Pandangan Aisyah jatuh padu buku biru yang dihulur kak Aimi. Dia menyambut dalam terpinga-pinga. Buku tu dibalikkan, mencari muka depan. Namanya tertera sama macam yang diingat waktu dia menulis nama pada buku diari milik dia.

Pandangannya kembali pada kak Aimi.

"Zakwan yang bagi."

Darahnya berderau turun.

Ohh.. Dang!

 

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter