Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 32
Selesai makan malam, Nadhila terus masuk dalam bilik. Badannya rasa tak sedap pula. Nadhila duduk di katil. Handphone di ambil. Pagi tadi, dia dah block nombor telefon Nadhif dan block whatsapp juga. Nombor Nabiha juga. Biar mereka tak dapat hubungi Nadhila. Nadhila pun tidak mahu diganggu. Malas dia nak fikir lagi. Buat sakit hati je. Biarlah mereka dengan hidup mereka, dan Nadhila dengan hidup Nadhila sendiri.

Teringat dekat ibunya. Dia mahu menelefon ibunya. Mesti ibunya sedang menanti panggilannya. Perlukah dia beritahu ibunya tentang kejadian malam tadi? Oh tidak!! Tidak mungkin dia akan beritahu. Sudah pasti ibunya akan sedih, kecewa dan akan risau. Nadhila tak nak ibunya sedih, tak nak ibunya kecewa dengan Nadhif dan tak nak ibunya risau akan keadaannya. Dia tak nak airmata ibunya mengalir kerana anak-anaknya. Cukuplah ibunya banyak menangis kerana dirinya selama ini. Nadhila tidak sanggup melihat airmata tua itu menitis lagi kerananya. Dia hanya mahu airmata si ibu itu mengalir kerana kejayaannya. Dihari bahagianya.

"Dhila..!!" Lamunan Nadhila terhenti. Memandang ke arah Shakil yang berdiri di muka pintu bilik. Pintu bilik dibuka seluasnya dan Shakil masuk ke dalam bilik. Duduk di kerusi menghadap Nadhila. Nadhila senyum.

" Tak tidur lagi?!" Nadhila geleng kepala.

"Kejab ya. Saya nak call ibu.." Nadhila cuba menghubungi Makcik Alimah.

" Waalaikumsalam.. Ibu dah tidur ke?!" Tanya Nadhila. Senyum.

" Belum lagi. Baru siap buat kuih ni. Dhila baru balik kerja ke ni? Dah makan belum.." Tanya Makcik Alimah. Serba salah Nadhila nak jawab.

"Aha ibu.. Baru balik kerja. Dhila baru lepas makan. Dhila mint maaf bu.. semalam tak sempat nak call ibu..!" Nadhila pandang Shakil. Sedih muka Nadhila, terpaksa menipu ibunya. Rasa berdosa Nadhila.

" Tak apa. Ibu faham..!! Dhila dah telefon ibu ni pun, tenang hati ibu. Kerja macam mana? Jangan kuat sangat kerja ya Dhila, nanti jatuh sakit pula. Kalau dah sakit, nanti tak dapat kerja. Nak buat apa pun tak boleh..!" Pesan si ibu. Serta-merta airmata jernih Nadhila jatuh dipipi. Shakil pandang dengan perasaan sebak juga.

" Insha Allah ibu. Kerja Dhila okey je bu. Ibu jangan risau. Ibu kan yakin dengan Dhila kan.."  Nadhila menahan sebak. Deras airmatanya mengalir. Shakil bangun dan duduk disebelah Nadhila. Tangan Nadhila digenggam memberi kekuatan.

" Insha Allah. Tadi Abang Dip ada telefon. Dia tanya pasal Dhila.." Nadhila mengesat airmata.
Terdiam Nadhila.

" Dia tanya apa?!" Nadhila menoleh pada Shakil.

" Tanya Dhila ada telefon tak. Ibu pun cakaplah tak ada. Dia cakap, dia risau dekat Dhila. Dia nak cari Dhila dekat JB.." terang si ibu.

" Untuk apa Abang Dip cari Dhila? Dhila tak penting. Abang benci Dhila, abang tak sayang Dhila. Dhila tak nak jumpa abang. Tak nak bu..!" Nadhila menahan rasa sedihnya. Esak tangis ditahan juga dari didengari oleh ibu.

" Kenapa ni Dhila? Macam ada yang tak kena je? Abang Dip ada marah Dhila lagi ke?" Tanya Makcik Alimah. Rasa tak sedap hati pula dia. Airmata tetap lagi mengalir. Shakil menenangkan hati Nadhila.

" Eh.. Tak adalah bu..!" Nadhila menafikan.

"Sudah-sudahlah Dhila. Lupakanlah yang dah lepas tu. Abang Dip pun dah menyesal kan. Dia pun ada minta maaf dekat Dhila. Maafkanlah dia ya sayang.." Ibu.. kalau ibu tahu, apa yang terjadi pada Dhila. Mesti ibu tak kan percaya bu. Kata hati Nadhila.

" Ibu.. Ibu jaga diri baik-baik ya. Ibu kena jaga kesihatan tau. Dhila sayang ibu. Hanya ibu je tempat Dhila menumpang kasih dan sayang. Dhila sayang ibu sangat-sangat.." Nadhila menundukkan kepala pandang ke lantai.

"Kenapa cakap macam tu. Dhila kan anak ibu..!" Jawab Makcik Alimah. Hatinya jadi tak sedap pula.

" Ibu.. Dhila minta maaf ya. Nanti kalau Dhila dapat cuti lagi. Dhila balik kampung. Dhila nak tangkap ayam lagi, nak kejar angsa lagi, nak jualkan sayur ibu. Tapi Dhila tak tahu bila lagi dapat balik. Ibu jaga kesihatan tau.." Keadaan memang betul-betul sebak.

"Iya lah. Dhila pun jaga diri baik-baik ya. Jaga kesihatan tu. Dahlah pergi tidur. Esok nak kerja kan. Kerja elok-elok. Assalammualaikum.." " Insha Allah ibu. Waalaikumsalam..!" Talian terus dimatikan.

Shakil mengambil handphone dari tangan Nadhila dan letak diatas tilam. Nadhila menekup muka dengan tapak tangannya. Menangis semahu-mahunya. Shakil merasai kesedihan itu. Duduk menghadap Nadhila.
Dibiarkan Nadhila dengan tangisan. Biarkan dia rasa lega.

Wahida menjengah dari tepi pintu. Memandang pada Shakil. Shakil meminta Wahida masuk. Wahida duduk disebelah Nadhila. Bahu Nadhila diusap-usap lembut. Nadhila memandang pada Wahida dan terus memeluk erat Wahida. Shakil menundukkan badan memandang ke lantai. Sedih dan sebak. Nadhila teresak-esak dalam pelukan Wahida. Apabila rasa lega, Nadhila melepaskan pelukan dan mengesat airmata sendiri.

" Sabarlah Dhila.. Allah sentiasa ada bersama Dhila.."

" Kak.. Dhila nak luah pada ibu. Tapi saya tak mampu kak. Saya taknak ibu risau dan kecewa pada abang. Saya taknak ibu nangis kerana saya kak. Tapi kalau saya tak luah pada ibu. Saya nak luah pada siapa lagi. Hanya ibu je yang percaya saya, hanya ibu je yang sayang saya.." Wahida mendengar sahaja. Sedih.

"Dhila.. Dhila boleh luah pada akak. Boleh luah pada Sha. Kami percaya kat Dhila, kami sayang Dhila. Dhila kena luah semua yang ada didalam hati ni. Dhila tak boleh pendam sorang-sorang, akan menjejaskan kesihatan Dhila nanti.. " nasihat Wahida. Nadhila mengesat lagi airmatanya.

"Dhila kena kuat. Macam-macam lagi dugaan yang akan menyusul. Jangan putus asa, teruskan melangkah ya Dhila. Dahlah, jangan sedih-sedih lagi. Akak ada, Sha ada, ibu Dhila pun ada. Kami akan sentiasa bersama Dhila..!" Kata-kata semangat dari Wahida. Senyap seketika.

" Mama..!! Anis nak tidur.." Muncul Anis dengan membawa anak patungnya. Muka mengantuk je.

"Okey.. Anis masuk bilik dulu ya, sekejab lagi mama sampai.." jawab Wahida. Anis terus berlalu.

"Akak keluar dulu ya. Dhila rehatlah. Ubat belum makan kan? Nanti sebelum tidur makan ubat ya. Selamat malam..!!" Nadhila angguk perlahan. Senyum tawar.

Sebaik saja Wahida keluar, Shakil terus duduk di kerusi menghadap Nadhila. Merenung wajah Nadhila dengan pandangan yang redup. Mata bertentangan. Dan senyum.

" Nah ni.. Kalau makan ni mesti awak tenang.." Coklat Cadbury diberikan pada Nadhila. Nadhila membalas renungan mata Shakil. Dan senyum. Diambil coklat itu. Dibuka kertasnya penuh berhati-hati. Dipatahkan sedikit petak kecil coklat dan masukkan ke dalam mulutnya. Sedapnya!! Kemudian, dipatahkan lagi petak kecil, disuapkan ke dalam mulut Sha pula. Senyum dan senyum tanpa bicara.

" Manisnya rasa coklat ni sama seperti manisnya senyuman awak ni tau. Bila awak senyum, tenang hati siapa yang melihat. Sedap mata memandang. Sebab tu saya terpikat. Jadi, lepas ni, senyuman ni hanya untuk saya je tau, jangan bagi kat orang lain. Boleh?!" Kata Shakil lembut. Masih merenung wajah Nadhila. Nadhila berkerut.

"Ha? Jangan bagi kat orang lain? Maksudnya saya tak boleh senyum kat orang lain ke?" Garu kepala Nadhila.

" Yupp..!!" Jawab Shakil selamba.

"Habis? Kalau tak senyum, saya nak kena buat apa?"

" Tak payah buat apa-apa. Buat muka tak ada perasaan. Tak senyum, tak marah. Kan memang awak tu. Muka tak ada perasaan. Betul kan?!" Shakil mengusik.

" Awak cakap saya muka tak ada perasaan?" Bulat mata Nadhila, marah manja.

"Ha lah. Ingat tak masa pertama kali jumpa kat Angsana dulu. Saya punyalah baik hati, senyum kat dia. Dia buat selamba je. Senyum sikit pun tak. Tapi marah. Tapi tulah, sebab dah muka tak ada perasaan kan. Saya pun tak tahu sama ada awak senyum atau marah pun tak tahulah.." cerita Shakil. Mengingati saat itu.

" Hahahahaa.. Iyeke?!" Nadhila gelak.

"Iyelah pun. Tapi sekali senyum, saya pula yang cair.. Hahahaa..." Gelak mereka berdua. Pandai Shakil ambil hati Nadhila.

" Bahaya tak panahan senyuman Nur Nadhila..!" Buat muka bangga pula Nadhila ni.

" Sebab tu, saya nak senyuman ni hanya untuk saya je tau, hanya untuk Mr. Aliyan Shakil bin Haji Ahmad.." Dagu Nadhila dipicit. Gelak lagi mereka.

" Dan.. Dan je kan..!" Shakil mengambil ubat Nadhila diatas meja solek. Menuang air suam ke dalam gelas. Dan beri pada Nadhila.

" Thank you..!!" Ubat terus ditelan dan meneguk air suam hingga habis. Berkerut-kerut mukanya menahan pahitnya ubat. Dia meletakkan gelas kosong diatas meja solek semula. Dan kembali duduk.

" Tadi tengahari.. Abang awak jumpa saya. Tanya mengenai awak.." Nadhila memandang sekilas pada Shakil. Dan, menundukkan kepala ke bawah semula.

" Awak bagitahu ke saya dekat sini?!" Tanyanya malas.

"Ish!! Taklah. Saya cakaplah awak balik JB. Dia cakap dia call awak tak dapat. Awak block nombor dia.." Nadhila sengeh dan angguk.

"Dia cakap dia menyesal buat apa macam tu.."

" Menyesal.. Hmm.. Setiap kali lepas pukul saya, mesti akan cakap menyesal, tak buat lagi, menyesal, tak buat lagi. Auta je lebih.." Shakil senyum.

" Tapi insha Allah.. Saya rasa dia tak kan berani dah kut pukul awak lagi lepas ni.." Nadhila pandang mata Shakil.

" Maksud awak?!"

" Saya cakap dekat dia. Kalau tuan pukul Dhila lagi, saya tak teragak-agak untuk laporkan perlakuan tuan pada pihak atasan. Terus cuak muka dia..!!" Shakil melakonkan semula di depan Nadhila. Nadhila gelak.

" Iyeke awak cakap macam tu. Beraninya awak bagi warning dekat harimau jadian tu.." tanya Nadhila. Macam tak percaya pula dia.

"Buat apa nak takut. Dah memang dia salah, tak semestinya pangkat dia tinggi dari saya, saya tak boleh tegur dia. Berani kerana kebenaran.." jawab Shakil. Serius.

" Baiklah Mr. Aliyan Shakil bin hmm... Apa tadi? Oh okey.. bin Haji Ahmad. Terima kasih pertahankan saya. Nanti saya belanja makan ya.." Shakil gelak san gelak.

"Ni kira nak rasuah saya ke atau apa ni?"

"Helloooo!! Rasuah tak main ek, haram tu haram. Sebenarnya saya memang ada niat nak belanja awak makan pun dari saya kat JB lagi, atas ucapan terima kasih saya pada awak. Awak kan banyak tolong saya. Tak salah kan.." Shakil menyandarkan badan di kerusi. Memeluk tubuh. Rasa sejuk hingga tulangnya.

" Hahaahaa.. Iya. Terima kasih. Oh ya.. Lupa nak bagitahu, Lusa saya outstation ke Penang tau. Berapa lama tak pasti pula. Boleh kan?!"

" Hahaha.. Apalah awak ni. Pergi jelah. Saya bukan bini awak pun nak cakap tak boleh. Hahaha.." Nadhila gelak lagi.

" Bakal bini..!"

" No komen..!!"

"Okeylah bakal bini. Ubat dah makan, sekarang ni, awak tidurlah ye. Dhila.. Mulai esok pagi, saya nak tengok awak senyum dan gelak macam ni ye. Saya ni suka gelak, jadi saya nak kita gelak sama-sama. Saya tak nak tengok airmata awak lagi. Saya tak nak tengok kesedihan awak lagi. Saya nak awak kuat, ceria macam sebelum ni. Okey sayang!" Pinta Shakil. Nadhila angguk kepala.

"Hmm... Kalau macam tu, awak kenalah buat saya gelak dan ceria..!"

"Itu dah semestinya. Okeylah.. Saya keluar dulu. Duduk lama-lama dalam bilik ni, bahaya pula. Ada makhluk ke tiga pula kang. Tak pasal-pasal kahwin free.." Shakil bangun dan melangkah ke pintu.

"Dia ni.. Tak habis-habis kahwin free je kan..!" Nadhila menjeling manja. Jalan mengekori Shakil menuju ke pintu.

"Hahahaha.. Okeylah.. Selamat malam. Assalammualaikum.." Shakil terus meninggalkan Nadhila.

"Selamat malam. Waalaikumsalam..!" Nadhila menutup pintu dan kembali ke katil.

Sunyi sepi ruang tamu. Mesti yang lain dah tidur. Mata dia masih segar lagi. Tv dibuka, melayan movie lah sekejab sementara menunggu mata mengantuk. Bantal sofa diambil dan dipeluknya. Sejuk juga, remote peghawa dingin diambil dan rendahkan suhunya. Naik menggigil badannya. Baru saja mahu baring. Bipp...!! Ada whatsapp masuk pula. Siapa pula whatsapp malam-malam macam ni. Mencapai handphone.

" Hai Abang Sha..!! Dah tidur ke? Biha tak dapat tidurlah. Mata tak ngantuk lagi..!"
Biha lagi..!! Sabar jelah. Shakil tak layan. Diletakkan semula handphone diatas meja.

Sejak petang tadi, rajin pula Nabiha whatsapp Shakil. Boleh dikatakan setiap jam. Naik rimas dia. Bila tak dilayan, boleh pula dia call. Dan bila tak dijawab, berkali-kalilah pula dia call. Ni sekejab lagi pastilah Nabiha akan call.

Tutt... Tutt...!! Ha? Dah agak dah. Aduh..!! Shakil ketuk kepala. Terus duduk. Tak jawab nanti, asyik call je. Jawab jelah Shakil.


" Hello.. !" Jawab Shakil malas.

" Abang Sha dah tidur ke?!" Suara lembut.

" Nak tidur dah ni. Kenapa Biha?" Remote tv dan remote penghawa dingin diambil dan memadamkan kedua-duanya.

" Tak ada apa. Biha tak dapat tidur. Bosan..!"
Shakil bangun dan mematikan lampu pula. Lalu terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

" Tidurlah esok kan nak kerja..!" Balas Shakil.

" Abang Sha tak keluar ke?!" Pintu bilik ditutup rapat. Dan duduk di katil.

" Keluar? Dah malam-malam macam ni buat apa nak keluar.." berkerut Shakil.

" Manalah tahu Abang Sha nak keluar ke. Boleh keluar makan dengan Biha..!" Eh.. eh.. Padahal Nabiha yang nak keluar.

" Sorry lah Biha. Abang dah makan dan abang tak suka nak keluar malam. Penat!" Jawab Shakil jujur.

" Oh yeke? Baiknya abang ni kan..!" Mula dah Nabiha.

" Ni Biha call abang. Tuan tahu ke tak?!" Shakil saja nak tahu.

" Ishh!! Mana tahu. Biha curi-curi call.. Hehe!!" Tercengang Shakil.

" Biha dapat nombor abang ni dari..." tanya Shakil lagi. Berkobar-kobar nak tahu.

" Hahahaa.. Biha ambil dari handphone Abang Dip.. Alaaa.. Kalau Abang Dip tahu pun. Dia tak marah.." Shakil mengeluh. Geleng kepala sendiri.

" Abang Sha takut ye. Hehe.. Janganlah risau. Abang Dip tu baiklah. Dia pun okey je kalau kita kawan.." Kawan??  Lain macam pula Biha ni. Kata hati Shakil.

" Okeylah Biha. Abang dah ngantuk ni. Esok nak kerja. Selamat malam. Assalammualaikum..!!" Shakil rasa tak selesa pula dengan Nabiha.

" Alaaa.. awalnya nak tidur. Okeylah. Selamat malam Abang Sha. Mimpikan Biha tau. Byeee..!!" Shakil terus matikan talian. Geleng kepala lagi. Handphone diletak diatas meja lampu tidur.

Menyapu muka dengan tangan. Masalah ni. Berani betul Nabiha ni. Kalau Nadhif tahu Nabiha menghubunginya. Mesti Shakil yang dituduh menggatal pula nanti. Tak mungkin dia nak kata Nabiha yang menggatal pula.

Punca betul lah Nabiha ni. Macam mana kalau Nadhila pula yang tahu. Aduhh!! Matilah. Baru saja cinta berputik, pula dah ada pengacau dan penyibuk. Pengacau dan penyibuk tu pula adalah adiknya sendiri, musuh ketatnya.

Tiba-tiba Shakil teringat, yang Nadhif pernah cakap yang dia mahu rekomenkan Nabiha dengannya. Tapi Shakil dah beritahu Nadhif yang dia dah berpunya. Tapi tak kanlah Nadhif tak faham dan menyuruh Nabiha tackle Shakil pula. Tak mungkinlah.

 Pandai-pandailah Shakil macam mana nak handle. Arh! Malas dia mahu fikir pasal Nabiha. Anggap jelah Nabiha tu adik. Budak-budak lagi. Layan sebagai adik jelah. Tapi apapun, Shakil kena terus-terang pada Nadhila supaya Nadhila tahu dan faham. Takut nanti di masa datang lain pula jadinya. Macam-macam pula Nadhila kena yang kena nanti. Aduhai..

" Aku hanya sayang Nadhila. Apapun aku tetap akan jaga hubungan aku dan Dhila. Aku akan pertahankan hubungan ni. Hanya Nadhila bukan Nabiha.." kata Shakil. Yakin dan yakin. 

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.