Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Bab 33
Pejam celik.. Pejam celik.. Hampir seminggu juga Nadhila menumpang di rumah Wahida. Luka mulut dan luka kepalanya pun dah sembuh. Kalau boleh dia nak je balik JB, tapi terpaksa tunggu Shakil balik dari outstation, Penang. Tak tahu bila baliknya. Nak tak nak terpaksalah tunda balik JB lagi.

Kalau boleh, Wahida tak bagi Nadhila balik JB. Dia nak Nadhila kerja di KL je. Senang nak jumpa, elok pula Wahida ajak duduk bersamanya terus. Dah serasi dan rapat dengan Nadhila. Mesra. Rasa sedih pula nak berpisah dengan Nadhila. Tapi mana boleh, Nadhila sayang dengan kerjayanya. Lagi pula, dia tak nak terjumpa atau berserempak dengan Nadhif dan Nabiha. Belum bersedia mahu berjumpa. Biarlah dia duduk jauh, sekurang-kurang peluang berjumpa dengan abang dan adiknya amat tipis.

Selama duduk di rumah Wahida, Nadhila sangat gembira. Dia rasa sangat disayangi, dihargai dan diberi perhatian oleh mereka. Bukan Shakil je yang ambil berat pada Nadhila tapi Wahida dan Abang Musa pun sangat mengambil berat. Mereka anggap Nadhila seperti adik mereka sendiri. Nadhila sangat terharu. Keluarga mereka memang penyayang. Bahagianya!

Petang hari, Nadhila dan Wahida duduk berbual. Saling mengenali lebih mendalam lagi antara satu sama lain. Seronok perbualan mereka.

" Kalau akak balik JB nanti, kita jumpa ya. Abang sulung kami ada dekat sana. Kami kalau balik JB memang akan balik rumah dia. Dialah pengganti arwah ayah dan mak. Kalau lama tak balik, memang kena bising.." cerita Wahida seronok.

" Oh.. Yang Sha kata balik kampung JB tu maknanya balik rumah abang akak lah ye?!" Tanya Nadhila ingin tahu.

"Iya Dhila. Kami dah tak ada mak ayah dah. Yang ada Abang Long dan Abang Ngah. Abang Long dekat JB. Abang Ngah pula dekat Sungai Petani. Kami berempat ni memang rapat sejak kecil. Memang tak ada nak berahsia bagai. Kalau ada yang tak puashati ke atau kecil hati ke, biasanya kami akan adukan pada Abang Long, boss.. Hahahaa.." Seronoknya Wahida bercerita. Nadhila senyum mendengar.

"Bahagianya hidup akak bersama adik-beradik akak. Saya tumpang gembira. Kalaulah adik-beradik saya macam adik-beradik akak, mesti bahagia sangat hidup saya.." Nadhila senyum sedih. Wahida memandang wajah Nadhila, sayu.

"Tak apa Dhila.. Jangan bersedih! Insha Allah ada hikmah semua tu. Hidup ini seperti roda, yang sedih akan gembira dan yang gembira akan sedih. Apapun, sabar dan bersedia untuk hadapi segala kemungkinan. Arwah ayah dan mak akak selalu pesan. Walau apapun terjadi dalam hidup, jangan sesekali tinggal solat dan jangan sampai terputus tali persaudaraan adik- beradik. Sebab solat tulah yang membahagiakan kita dan tali persaudaraan adik-beradik adalah pengikat kasih sayang.." Nasihat Wahida lembut. Suka Nadhila, Wahida, Abang Musa dan Shakil sendiri pasti akan sentiasa menasihatinya, mengingatinya dan memberi semangat padanya.

Nadhila terfikir, patutlah Shakil selalu ingatkan Nadhila, walau apapun terjadi, jangan sampai berdendam dan terputus ikatan adik-beradik. Rupanya itu pesanan dari arwah ayah dan maknya. Baiknya keluarga mereka.

Nadhila angguk tanda faham. Nadhila mengambil sebiji kuih cucur badak yang berada dihadapannya. Memasukkannya ke dalam mulut, kunyah perlahan. Kuih yang dia buat bersama Wahida tadi. Mereka berdua saja yang duduk berbual di dapur. Abang Musa dan Anis keluar joging. Hari minggu macam ni, memang  mereka akan keluar beriadah. Biasa sekali dengan Wahida tapi disebabkan ada tetamu. Jadi anak-beranak itu sajalah yang keluar ke taman berhampiran.

Rancak mereka berbual. Sampai tak perasaan ada yang mendengar perbualan mereka. Shakil mengintai dari pintu dapur, menghendap seperti pencuri lagaknya. Senyum lebar dia melihat kemesraan si kakak dan si buah hati. Dia jalan perlahan-lahan masuk ke dapur. Wahida pandang ke arah Shakil dan Shakil meletakkan jari telunjuk ke mulutnya. Tanda meminta Wahida supaya senyap. Wahida senyum-senyum dan masih terus berbual.

Satu persatu langkah berjingkit diatur. Sampai saja ditepi Nadhila terus. "Dhilaaa..!!!" Suara kuat Shakil menjerit di telinga Nadhila. Terus tercampak kuih cucur badak tepat kena muka Shakil. Terkejut besar Nadhila. Pucat terus mukanya. Wahida gelak sekuat-kuatnya. Shakil juga gelak tak ingat dunia. Disapu mukanya dengan tapak tangan dan mengambil kuih cucur badak yang jatuh ke lantai dan dibuang dalam bakul sampah. Masih gelak mereka.

" Jahatnya manusia..!! Hey Sha..! Elok-elok saya sihat, boleh jadi sakit jantung macam ni tau tak?" Makin kuat Shakil gelak. Merungut Nadhila dan gelak kecil. Menjeling manja.

" Hahahaha.. Okey.. Okey..!! Sorry..!! Lama tak menyakat awak. Rindu pula..!" Jawabnya.

" Agak-agaklah nak menyakat pun. Ini menyakat buat orang nak mati pula. Tahulah nak saya mati cepat.." Ceh.. ceh.. Merajuk konon.

"Alalalaa.. Janganlah cakap macam tu. Dah.. tak payah nak merajuk sangat ye. Kata kasar kan. Orang kasar mana ada nak merajuk-rajuk.." Shakil duduk disebelah Nadhila. Wahida menuang air ke dalam cawan dan beri pada Shakil.

" Mana ada merajuk cuma bengang je..!" Jawab Nadhila. Senyum.

"Sha cakap balik lusa. Tiba-tiba je muncul.." tanya Wahida. Shakil menghirup air. Lega tekaknya.

" Hehe.. Saja buat surprise..!!"

" Oh okey!! Fahamm.. " Senyum pada Nadhila. Nadhila buat selamba je.

" Nah ole-ole dari Penang. Jeruk je yang sempat beli. Sorry Dhila, saya tak beli apa-apapun untuk awak. Tak sempat, selesai tugas terus gerak balik. Ni pun tangkap jelah mana yang dapat.." Shakil memberikan beg plastik di atas meja.

"Ishh!! Awak ni. Saya tak minta apapunlah. Awak kerja kan bukan bercuti.. "

"Ha betul tu Dhila. Tak payah beli apapun tak apa Sha. Janji Sha selamat pergi dan selamat balik. Itu dah cukup baik sangat. Tapi jeruk ni memang akak tunggu pun. Favorite ni.. hehee!!" Tersengeh Wahida. Shakil dan Nadhila berpandangan dan gelak.

"Dhila.. Makanlah. Sedap ni...!!" Wahida memakan jeruk buah pala. Berselera sungguh dia makan. Tenang saja mukanya makan. Tak rasa masam kut.

" Akak makanlah. Saya tak minat makan jeruk. Masammmm!!" Berkerut-kerut muka Nadhila melihat Wahida makan jeruk dengan selamba. Langsung tak ada reaksi masam ke kelat ke pahit ke. Dasyat!! Kalau Nadhila yang makan, terus retak seribu mukanya.

" Oh iyeke?! Ruginya tak minat. Tapi tunggulah nanti, kalau Dhila pregnant. Tak minat terus jadi minat. Jeruk juga yang Dhila cari nanti tau. Automatik mesti nak punya. Mahunya nak jeruk Pak Ali Penang ni ha, jenuhlah Sha nak mencari.." Ha?! Ke situ pula Kak Ida. Tersengeh Nadhila. Shakil gelak lagi dan lagi. Amboii sukanya dia.

Tutt.... tuttt...!! Handphone Shakil berbunyi. Terus keluarkan dari dalam poket. Dan melihat di skrin panggilan. Alamak!!! Dibiarkan saja panggilan. Dimasukkan semula ke dalam poket dan kembali berbual.

Tak lama, berbunyi lagi handphone. Wahida dan Nadhila memandang pada Shakil. Shakil jadi serba salah pula. Kalau tak dijawab, memang akan berkali-kalilah panggilan tu masuk.

"Siapa yang call tu Sha? Kenapa tak jawab?!" Tanya Wahida. Hairan.

"Tak penting.." jawabnya ringkas. Nadhila menoleh ke arahnya.

"Jawab jelah. Berkali-kali call tu. Mesti pentinglah tu..!" Balas Wahida lagi.

"Aha.. Jawab jelah..!" Sampuk Nadhila pula.

" Hmm.. Okeylah. Saya jawab call sekejab..!" Terpaksalah jawab. Shakil terus menuju keluar rumah. Tak nak dia jawab depan Wahida atau Nadhila. Bahaya!! Nadhila dan Wahida sambung berbual.

Shakil berjalan jauh sikit ke pagar. Takut pula tiba-tiba muncul si Nadhila nanti. Masalah pula. Dengan terpaksa! Jawab jelah. Hmm...

"Hello...!!" Jawabnya malas.

"Hai Abang Sha..!! Dah balik outstation ye. Lama tak dengar suara abang.." Suara gedik Nabiha di talian. Shakil tarik nafas dan hembuskan perlahan. Naik lemas pula dia rasa.

" Iya baru sampai.."

" Abang Dip pun baru sampai ni. Tu yang Biha terus call Abang Sha.. Rindu nak dengar suara abang.. hehe..!!" Berkerut Shakil mendengar. Shakil tak jawab apapun.

" Hmm.. Abang Shaaa.!! Abang Sha free tak malam ni? Biha ingat nak ajak Abang Sha keluar dinner malam ni, nak tak?" Shakil bersandar di belakang keretanya. Pula dah budak ni.


" Sorrylah Biha. Malam ni abang ada janji dengan teman wanita abang.." Jawab Shakil jujur.

" Teman wanita? Maksud abang, kekasih abang?!" Nada terkejut.

" Iyalah. Kenapa?!" Tanya Shakil. Sengaja.

" Abang dah ada kekasih ke?" Tanya Nabiha lagi.

" Mestilah ada. Insha Allah.. Nak bertunang pun. Cuma tarikh je tak pasti lagi.." Alamak!! Sorry lah Biha. Terpaksa tipu sikit. Kata hati Shakil.

" Oh?! Iyeke?! Alaaa.. Tak apa, belum bertunang pun kan. Jadi, tak salah kut kalau abang keluar dengan Biha. Orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, ini kan lagi belum bertunang. Hahahahaa..!" Ha?? Telan liur Shakil dengar kata-kata dari Nabiha. Gila berani budak ni. Fuhh!!

" Apa maksud Biha ni?!" Sengaja Shakil tanya. Lain macam pula ayat Nabiha.

" Hahaha.. Nanti abang tahu juga.." Memang tak ada hati perasaan Nabiha ni.

" Okeylah Biha. Abang penat nak rehat. Assalammualaikum..!" Talian terus Shakil matikan. Merenung ke jalan sekejab.

" Mendalam maksud Biha tu. Tak kan dia sanggup nak.. Subhanallah..!! Minta dijauhkanlah. Lindungilah hubungan aku dan Dhila.." Shakil memikirkan sesuatu.

"Sha..!! Menungkan apa tu? Ingat siapa tuuu..!" Tegur Nadhila lembut.

"Eh.. Taklah. Tak ada apa..!" Alamak!! Bila pula Dhila ada dekat belakang ni. Dia dengar ke perbualan aku tadi. Risau Shakil. Terus mendekati Nadhila dan ajaknya duduk.

" Sha.. Esok saya ingat nak balik JB.."

"Cepatnya nak balik. Tunggulah sehari dua lagi. Terubat rindu pun tak lagi ni.." Shakil buat muka sedih.

" Banyaklah awak punya rindu. Dah seminggu kut saya dekat sini. Segan tau dengan Kak Ida dan Abang Musa. Lagipun saya dah sihat..!" Kata Nadhila.

" Baiklah Cik Nadhila. Nak naik bas bila? Pagi? Petang? Malam?" Senyum Shakil. Memahami.

" Ingat nak naik bas petang. Sampai sana boleh Helmi terus ambil waktu diaorang balik kerja. Sekali jalan.." Jelas Nadhila. Shakil angguk kepala.

" Baiklah..!"

" Awak boleh hantar saya ke, esok ke Pudu. Tak busy ke? Kalau awak busy, saya boleh naik bas atau naik teksi je.." Shakil gelak.

" Saya boleh hantarlah. Dah saya kerja dan duduk pun dekat KL kut. Ni saya ulang- alik KL Shah Alam sebab awak je tau.." Gelak lagi Shakil.

" Oh!! Iyelah kan.. Lupa!!" Nadhila sengeh. Mereka berbual dan bergurau senda.

Seronok dan bahagia sekali. Gelak tawa memang jadi peneman mereka. Sorang menyakat sorang gelak. Tak kering gusi pasangan ni. Walaupun marah tetap juga gelak. Shakil memang suka gelak. Nadhila pula kalau bercakap memang ada je gurauannya, ada je yang mencuit hati Shakil.

" Disebabkan esok awak nak balik JB, malam ni kita keluar dinner ye.." Ajak Shakil.

" Dinner kat rumah udahlah. Sama juga kan dinner..!"

" Tak samalah Dhila. Pergilah dinner kat luar. Bukan selalu pun. Kan Sha kan...!!" Tiba-tiba Wahida menyampuk. Senyum pada mereka. Shakil mengenyitkan mata pada Wahida.

" Ha.. Iya sangat..!!" Sukanya Shakil ada yang menyokong.

" Amboi...!! Ada back up nampak. Hmm.. Okeylah.." Nadhila senyum.

"Hahahahaa.. Sudah semestinya.." Gelak besar Shakil. Wahida pun gelak kemudian masuk kembali ke dalam rumah.

" Awak suka makan western food tak?!" Tanya Shakil masih juga senyum.

" Saya ni tolak batu dan kayu je. Semua makanan saya bedal. Janji halal. Tapi ada jugalah yang tak nak makan, tak suka makan dan tak boleh makan. Hehe.." Sengeh Nadhila.

" Aik..!! Punyalah semangat cakap semua bedal tapi ada pula yang tak makan. Hahaha.. Okey, cuba jelaskan satu persatu. Apa yang awak tak nak makan, tak suka makan dan tak boleh makan?" Nadhila gelak kecil. Bergurau di petang hari. Melepaskan rindu konon.

"Hmm.. Yang tak nak makan ayam kampung, siput sedut. Tak suka makan Kuew tiaw dan ketam dan tak boleh makan durian.." jawab Nadhila. Shakil berkerut dan angguk-anggukkan kepala.

" Sebab apa semua tu tak makan? Tolong jelaskan Cik Nadhila?"

" Sebabnya.. Ayam kampung, dagingnya dahlah liat, lepas tu nak makan kena kejar satu kampung dulu. Penat tau tak? Siput sedut lagi pelik, sedut punya sedut sekali sedut lumpur. Taubat nasuha saya nak makan. Kuew tiaw sebab lembik kut. Geli pula nak makan. Ketam pula,  makanan menyusahkan. Nak kena kopek badannya baru dapat makan. Lepas tu, isinya alahai sikit je. Ada tu saya kopek beriya-iya tapi kosong tak ada isi. Sejak tu menyampah makan ketam. Dan.. Durian pula. Musuh ketat saya. Tak boleh bau pun, kalau bau je kang pitam. Tak pasal- pasal saya mati sebab bau durian.. Itulah kisah makan saya. Puashati tak Encik Aliyan Sha.. kil..!" Jelas Nadhila dengan panjang lebar. Shakil asyik gelak dan gelak saja. Lucu pula dia.

" Awak ni asyik gelak je. Tadi nak tahu sangat. Tak lawak kut, jujur tu saya cakap. Apa dah..!!" Nadhila bersungut. Menjeling manja. Shakil tetap gelak. Memang seorang yang penggeli agaknya dia ni, kata hati Nadhila.

" Hahahaa.. Awak ni lawak dan  peliklah Dhila. Pasal makanan pun banyak sangat bunyinya. Itu tak kena ini tak kena. Cerewet ek!!" Geleng kepala Shakil.

" Cerewet bendanya. Dah memang tak nak makan, tak suka makan dan tak boleh makan. Nak buat macam mana. Tak kan nak paksa.. Apalah awak ni. Ish!! Dahlah. Tak naklah cerita apa-apa lagi. Orang cerita betul kut. Kata orang cerewet pula!" Nadhila berkerut dan memuncungkan mulut. Bengang.

"Hahahaaa.. Okeylah janganlah bengang. Sikit-sikit nak sentap. Senyum sikit, kan saya dah cakap, senyuman tu untuk saya, senyum sekarang senyum.." Nadhila pula gelak. Berpandangan dan dah dua-dua gelak pula. Gembiranya mereka. Shakil membiarkan Nadhila gelak, nampak gelaknya dan gembiranya lahir dari hati. Syukur sangat melihat Nadhila gembira. Bahagia. Shakil senyum bahagia juga.

Tiba-tiba Shakil teringat pada Nabiha. Dia kena berterus-terang juga dengan Nadhila. Kena juga dan tak boleh tidak. Berat macam mana pun hati, memang kena juga berterus-terang. Wajib! Sudahlah esok Nadhila nak balik JB, bila lagi nak terus-terang.  Aduhai.. Serba salah pula nak mulakan. Tapi kena jujur, itu lebih baik. Jangan disembunyikan semata-mata nak menjaga hati Nadhila. Kelak bila dia tahu, lagi sakit hatinya. Tak pasal-pasal kena reject pula Shakil nanti.

"Perlu ke aku cakap sekarang? Tapi sekarang ni Dhila tengah gembira, tengah ceria hatinya. Aku tak nak rosakkan kegembiraan dan keceriaannya. Aduhai...!! Beratnya hati nak beritahu. Tapi kalau aku beritahu sekarang, nanti dia cancel dinner pula. Habis peluang. Baru nak romantik dengan dia. Hmm.. Okey, tak apalah. Malam ni lepas dinner aku akan terus-terang. Nak tak nak memang kena. Iya.. Kena beritahu..! Harap Nadhila okeylah..!" Kata Shakil didalam hati. Nekadnya.

Mereka terus berbual bersama. Menghabiskan sisa-sisa petang bersama. Dan menghabiskan peluang bersama sebelum berpisah esok. Shakil manfaatkan masa-masa indah bersama Nadhila. Bahagia tercipta. Sinar bahagia mula menyinari percintaan mereka. Tapi sejauh manakah ia akan terus bersinar? Selama manakah ikatan percintaan akan kekal?  Entahlah..

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.