Home Novel Cinta UMAR AISYAH
UMAR AISYAH
Riana Elyan
30/1/2021 13:43:02
7,787
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

SELESAI menyemak dokumen yang dia bawa ke rumah, Umarmenyandarkan belakangnya pada kerusi kerja dengan selesa. Matanya terarah padaskrin computer riba yang masih menyala dan memaparkan data terkini syarikat.Hampir tiga jam mengadap kerja tubuh dia mula terasa letih. Kantuk juga datingmenjelma. Dalam waktu itu fikiran Umar terbayang wajah seorang gadis yangbertudung litup. Kata-kata gadis itu bermain dalam kotak fikirannya.

“Macam mana kalausaya ubah mentaliti awak pada perkahwinan? Kahwin dengan saya. Dan awak akansedar apa maksud sebuah perkahwinan”

Berulang kali kata-kata Aisyah bergema dalam fikiran.Umpama lagu yang diputarkan tanpa henti. Dia agak terkejut pada mulanyawalaupun dia tahu gadis itu tidak maksudkan apa-apa. Mungkin kata-kata itu terkeluartanpa gadis itu sendiri sedar selepas mendengar pandangannya yang agak prejudisterhadap sesebuah perkahwinan.

Umar senyum sinis. Wajah Aisyah yang kalut memintadiri bermain dalam mindanya. Tidak dinafikan yang hatinya agak tercuit dengankata-kata gadis itu. Sebelum ini tiada lagi mana-mana gadis yang mengajakkahwin walaupun sekadar bergurau. Umar juga tidak tahu kenapa kata-kata gadisitu seakan mencabar dirinya untuk membuktikan pada gadis itu yang dia tidakperlukan wanita dalam hidupnya. Apatah lagi zuriat sendiri. Terasa inginmembuktikan pada gadis itu kata-katanya.

Bunyi deringan telefon mengejutkan Umar. Dia mencapaitelefonnya yang berada di atas meja kerja. Nama si pemanggil di abaca sepintaslalu sebelum menjawab panggilan itu.

Mama.

“Assalaualaikum, Umar” ujar mamanya selepas talianbersambung.

“Waalaikumussalam, ma.Ada apa mama call Umar malam-malamni?” selepas menjawab salam mamanya, Umar terus bertanya. Pasti ada sesuatuyang penting mamanya ingin sampaikan hingga tidak boleh tunggu esok pagi.

“Kenapa? Mama tak boleh nak call kamu ke? Kena ada urusan penting ke baru mama boleh call kamu? Macam tu?” selar Puan SriSharifah Khadijah tajam di hujung talian.

Umar julingkan mata ke atas. Mamanya ini semenjak diakeluar dari rumah suka menyelar dan membidas kata-katanya. Pantang dia tersilapkata sedikit pasti mamanya itu akan terus menghentamnya. Mentang-mentanglahdalam keluarganya dia seorang yang masih belum berkahwin. Kakak dan abangnyasudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

“Umar tak maksudkan macam tu pun, ma. Umar just hairan mama call Umar malam-lama macam ni. Mama jangan salah faham pula” Umarmenjelaskan kata-katanya tadi.

“Yelah tu. Padahal Umar tak sukakan mama call Umar?”

“Tak, ma. Umar bukan tak suka. Umar cuma nak tahu”

Umar picit pelipisnya. Agak pening dengan kerenahmamanya yang macam budak-budak.

“Huh, mama callUmar ni sebab ada penting mama nak bagitahu Umar. Hujung bulan depan mama akanmerisik seorang peremmpuan untuk kamu. Papa pun dah setuju. Abang dengan kakakkamu pun sama. Jadi sama ada kamu setuju atau tak bulan depan kamu akanbertunang. Titik” ujar Puan Sri Sharifah serius.

Dia langsung tidak bermain dengan kata-katanya. Umarakan dipaksa kahwin sama ada anak lelaki bongsu itu setuju atau tidak. Umar nakmembantah pun dia tidak kisah. Asalkan hujung bulan depan Umar bertunang denganpilihanya.

Tegak terus Umar yang tadi duduk menyandar. Terbuntangmata dia mendengar kata mama dia yang berbaur arahan itu. Oh, tidak. Dia tidakmahu perkahwinan tanpa kerelaannya.

“No, ma. Umar tak setuju. Mama tak boleh nak paksa Umar macamni. Umar tak akan betunang dengan sesiapa” bantah Umar keras.

Dia marah kerana dipaksa bertunang dengan gadis yangdia tidak kenal sama sekali.

“Pertunangan itu akan tetap berlangsung. Mama dan papadah jumpa dengan keluarga belah sana. Mereka dah setuju. Melainkan…” Puan SriSharifah gantung ayat.

Dia memandang wajah suami dan anak-anaknya yang turutmendengar apa dia dengan Umar sedang berbual. Disebabkan Umar tidak dapatmenyertai mereka malam ini, dia buat keputusan untuk telefon Umar dan bagitahuanak lelakinya itu.

“Melainkan apa, ma?” gesa Umar.

“Melainkan kamu ada calon kamu sendiri baru petunanganitu tidak akan berlangsung. Tapi mama tahu kamu takde calon, kan? Jadi…”

“No! Umar dah ada calon Umar sendiri!”

Berkerut kening Puan Sri Sharifah Khadijah. Suara Umaryang agak kuat itu menyebabkan ahli keluarga yang lain turut dengar. Merekasemua berpandangan sesame sendiri. Hairan bagaimana Umar boleh ada calon. Setahumereka Umar tidak pernah keluar dengan mana-mana perempuan

“Betul ke Umar dah ada calon sendiri?” bisik kakakUmar pada papanya.

Papa Umar menjungkit bahu. Dia sendiri tidak tahu jikaUmar berkata benar.

“Siapa? Kamu jangan nak tipu mama, Umar. Siapkan kamumama kerjakan nanti”

“Umar tak main-main. Kalau mama tak percaya Umar akanbawa dia jumpa mama minggu depan”

Sekali lagi Puan Sri Sharifah Khadijah memandang ahlikeluarganya yang lain. Mereka angguk. “Okey, bawa dia jumpa mama minggu depan.Kalau tidak kamu siap”

“Okey, mama. Umar janji”

Umar memberi janjinya. Selepas itu panggilan matikanoleh mama dia. Tersandar Umar pada kerusi kerjanya. Satu masalah pula timbul.Dia sudah berjanji pada mamanya sedangkan dia sendiri tiada calon. Tiba-tibaUmar teringat pada seraut wajah seseorang. Dia pantas menekan skrin telefon.Mesej dihantar pada seseorang.

Umar menunggu. Tidak sampai beberapa minit, satu mesejmasuk. Umar senyum senget. Dia tidak akan kalah pada mamanya sendiri. Minggudepan dia akan tunjuk calon itu pada keluarganya.

 

TERGESA-gesa Aisyah berlari anak menuju ke lobi bangunan tempat dia bekerja. Selepasmenerima mesej daripada seseorang yang dia tidak sangka langsung, Aisyah terusbergegas turun. Tidak mahu orang itu menunggu lama walaupun dia sendiri banyakkerja yang perlu dilakukan. Sampai di lobi, Aisyah terus mencari orang itu.Mata dia meliarkan memandang sekitar lobi itu hingga jatuh pada satu susuktubuh tegap dan tinggi lampai. Aisyah pantas menghampiri.

“Kenapa awak cari saya?” soal Aisyah dengan nafas yangtermengah-mengah.

Dia mendongak memandang Umar yang berkaca mata hitam. Walaupunwajah Uamar terselindung di sebalik kaca mata hitam, Aisyah boleh nampak yangraut wajah Umar yang serius dan agak tegang. Dahinya mula berkerut hairan.

“Kita bincang dekat tempat lain,” ujar Umar serius.Dia tidak menjawab pertanyaan Aisyah.

Aisyah mengeleng perlahan. Mana mungkin dia akan ikutlelaki itu. Lagipun sekarang ini waktu kerja. Dia tidak boleh keluar sesukahati. Tak pasal-pasal dia akan tuduh ponteng kerja. Tak pasal-pasal juga diakena tindakan displin. Lagipun pekerja baru. Aisyah tak nak dipandang serong.

“Tak boleh. Saya ada banyak kerja nak kena buat.Bagitahu jelah kenapa awak nak jumpa saya? Saya tak boleh lama-lama dekat sini.”Aisyah beri alasan. Berharap yang Umar akan menerima alasan yang dia berikan.

Memincing mata Umar memandang gadis genit dihadapannya itu. Dia merengus kasar. Bengang kerana Aisyah tidak mahu mengikutarahannya. Arahan dia hanya mudah. Aisyah hanya perlu mengikut dia saja.

“Kau ingat kau sorang je ada kerja? Aku takde? Come with me, Aisyah. Lagi cepat kauikut arahan aku, lagi cepat kau boleh masuk kerja balik”Aisyah mencebik geram. Dia langsung tidak mengikutarahan Umar.

“Tak bolehlah, Umar. Saya ada banyak kerja sekarangni. Kejap lagi saya kena hantar report. Report tu saya tak siapkan lagi.”Aisyah memberi alasan lagi. Tapi memang betul pun. Pukul tiga nanti dia perluhantar fail laporan pada bosnya. Sudahlah dia belum siapkan lagi laporan itu.

“Cepat, Aisyah. Kau nak orang bergosip pasal kau ke?Tengok kat mana kita sekarang” datar nada suara Umar.

Dia agak bengang dengan Aisyah yang menunjukkan sikapdegil ketika ini. Orang yang berada di lobi itu mula memandang ke arah mereka.Umar seboleh-boleh ingin mengelak sebarang gosip tentang dirinya timbul. Lagi-lagijika melibatkan mana-mana wanita.

Aisyah melihat sekeliling. Betul kata Umar. Merekaberdua mula menjadi tumpuan orang-orang yang ada di sekitar lobi itu. Malah adajuga yang berbisik antara mereka memandangkan Umar seorang yang agak terkenalsekarang. Aisyah gigit bibir bawahnya perlahan. Pipinya mula memerah malu. Diapandang Umar.

“Fine! Saya ikut awak. Saya naik atas ambil purse saya kejap,” ujar Aisyah inginberlalu pergi.

Sebelum gadis itu pergi, Umar pantas menahan.

“Apa? Saya naik nak ambik purse je pun. Awak tunggu je lah dekat bawah ni.”

“Tak payah. Aku bukan nak bawa kau pergi mana pun. Takpayah nak bawak purse bagai.”

Aisyah berdecit kecil. Namun dia akur juga. Merekaberdua meninggalkan lobi itu sebelum semakin ramai orang akan tengok mereka.Aisyah mengikut Umar ke kereta mewah lelaki itu. Mereka masuk ke dalam perutkereta sebelum Umar memandu meninggalkan bangunan tempat Aisyah bekerja.

 

 

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Riana Elyan