Home Novel Cinta UMAR AISYAH
UMAR AISYAH
Riana Elyan
30/1/2021 13:43:02
7,801
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

Bammm

Riakwajah Umar berubah tegang dan bengis apabila pintu pejabatnya tiba-tiba sajadikuak kasar dari arah luar. Mencerlung matanya memandang satu susuk tubuhwanita yang masuk ke dalam pejabat tanpa riak serba salah. Lagi sakit hatinyaapabila wanita muda itu dengan selambanya melabuhkan duduk di atas sofaberangkai tiga  yang ada di hadapan mejakerjanya. Umar yang tadinya sedang berbincang mengenai projek baru syarikatTeguh Holding terganggu dengan kehadiran wanita muda itu. Begitu juga denganpekerjanya.

Terketaprapat rahang Umar melihat sikap tidak malu wanita muda itu. Dada bidang mulaberombak kasar menandakan yang dia berada diambang kemarahan. Tajam matanyamerenung wajah yang bersolek tebal itu.

“What are you doing here,Sharifah Khalisya?” soal Umar dengan nada suara yang rendah.

Wanitayang bernama Sharifah Khalisya itu memandang Umar. Bibir merah menyala mengukirsenyuman menggoda. Namun, sayangnya Umar langsung tidak tergugat dengansenyuman wanita itu. Malah Umar merasa jengkel melihat senyuman yangditunjukkan Sharifah Khalisya. Matanya menurut melihat pakaian yang dikenakanwanita muda itu. Terdedah sana sini dan menjolok mata.

“I’m asking again. Whatare you doing here, Sharifah Khalisya?”

“Erm…Bossaya minta diri dulu” Pekerja yang tadi bebincang dengan Umar segara inginmeminta diri. Melihat raut wajah Umar dia sudah dapat mengagak yang ketuanyaitu sedang menahan marah. Sebelum apa-apa berlaku baik dia minta diri dulu.

Umarmengangguk. Dia langsung tidak memandang ke arah pekerjanya itu. Matanya dipakupada wajah selamba Sharifah Khalisya. Sakit hatinya melihat wajah yang sabanhari menganggu dia di tempat kerjanya. Wanita itu boleh dikatakan setiap hariakan datang ke syarikatnya hingga dia naik menyampah.

Bilamelihat pekerja Umar telah meninggalkan mereka berdua, Sharifah Khalisyabangun. Dia berjalan ke arah meja kerja Umar dengan lengkok tubuh yangmenggoda. Sharifah Khalisya duduk dibirai meja kerja Umar. Kaki panjang bakmodelnya disilang menyebabkan skirt pendek yang dipakainya ternaik sedikit keatas. Menampakkan paha putih gebunya. Sharifah Khalisya memegang pipiberjambang nipis milik Umar.

“Idatang sini nak jumpa you, sayangku Umar. Inak ajak youkeluar lunch dengan I” balas Sharifah Khalisya.Dia mengusap pipi Umar lembut.

Umarpantas menepis tangan Sharifah Khalisya kasar. Dia merengus kuat. Amarahnyacuba dikawal dengan sebaik mungkin. Dia juga sedang cuba mengawal dirinyadaripada berkasar dengan sepupu tidak tahu malunya ini. Ya, Sharifah Khalisyaadalah sepupu dari belah ibunya. Wanita itu sejak dari dulu asyik mengejarnyawalaupun sudah banyak kali dia menolak. Tapi Sharifah Khalisya memang tidakfaham bahasa. Masih terhegeh-hegeh mengejar dirinya sampaikan dia naik rimas.

Sorry, Itak ada masa nak keluar lunchdengan you. As you can see, I’m busyright now. Can you get out from my office?

SharifahKhalisya mengeleng. Dia menayang wajah cemberut. Punggungnya diangkat dari mejakerja Umar. Lengan sasa Umar dipautnya kemas untuk menarik tubuh tegap itubangun dan mengikutnya.

“No, I don’t care. Youhave to follow me right now. Ikut  I lunch, Umar”

AmarahUmar sudah sampai kemuncaknya. Dia bangun dan menolak tubuh tinggi lampai lagikurus Sharifah Khalisya. Perempuan ini memang tidak faham apa yang dia kataagaknya. Kalau dia kata tak nak itu, memang tak naklah. Entah kenapa, sepupunyaini suka memaksa.

“SharifahKhalisya, get out from my office now!”

Bagaihallintar suara garau Umar bergema di dalam pejabatnya. Kuat nada suara Umarbertempik marah. Merah padam wajahnya. Tajam mata dia memandang SharifahKhalisya. Jika diikutkan hatinya yang sudah membara saat ini memang wajah yangbersolek tebal itu sudah makan penamparnya. Sakit hatinya sudah tidak terkatalagi.

“Baikyoukeluar dari pejabat Isekarang, Khalisya. Sebelum Isendiri yang akan heret you keluar darisini” suara celah gigi Umar kedengaran.

SharifahKhalisya memandang Umar dengan muka tidak puas hati. Sakit hatinya apabiladitolak oleh Umar tadi. Mujur dia dapat mengimbangi dirinya daripada terjatuh.

Youni kenapa? I cuma ajak you keluar lunch je kan? Tak perlulah naktolak-tolak I” bentak Sharifah Khalisya.

“Kalauyou tak paksa I, I tak akan tolak you. So,you better keluar sekarang sebelum Ibuatlagi teruk dari ni”

SharifahKhalisya menghentak kakinya. Dia keluar di pejabat Umar dengan muka tidak puashati. Di dalam hati Sharifah Khalisya tidak putus mengutuk Umar. Jika bukan diakerana dia sayang Umar memang tidaklah dia datang ke pejabat sepupunya itu.Namun, sayangnya Umar langsung tidak mempunyai perasaan yang sama seperti dia.Hanya dia yang tergila-gilakan Umar. Sepupunya itu langsung tidak. Malahan,Umar sejak dari dulu sentiasa menolak diirnya.

 

“YO, bro”

Umarmengangkat kepalanya. Dia memandang Faleeq, rakannya sekerja merangkap sahabatbaiknya itu masuk ke dalam pejabatnya. Teguran Faleeq tidak dibalas. Umar masihcuba menenangkan dirinya yang tadi berada dalam keadaan marah. Dia masih tidakpuas hati dengan kehadiran Sharifah Khalisya tadi. Marahnya masih ada tapisemakin kurang.

“Busyke?” soal Faleeq berbasa-basi.

“Kautengok?”

Faleeqsenyum kambing. Dari balasan Umar seperti ini sudah dapat mengagak apa yangtelah terjadi. Dia masuk pejabat Umar ini pun sebab dia nampak SharifahKhalisya tadi sewaktu dia ingin masuk ke dalam pejabatnya. Bila nampak sajakelibat sepupu Umar itu dia melencong ke pejabat Umar. Tidak jadi ingin masukke dalam pejabatnya. Dia nak tahu drama apa pula yang sepupu Umar itu buat.

“Diaajak kau keluar lunch ke?”

Umarangguk. Faleeq tidak sebut nama pun Umar sudah tahu siapa yang dimaksudkan olehrakannya itu. Dia tidak lagi memandang Faleeq. Sebaliknya dia sibuk menyemakbeberapa dokumen penting. Dokumen itu dia perlu hantar pada abangnya yangmerupakan CEO Teguh Holding.

“Kenapakau tak terima?” soalan berani mati Faleeq.

Soalanitu mengundang jelingan tajam dari Umar.

“Kalaukau tak ada hal penting nak informaku, lebih baik kau keluar. Aku busy sekarangni. Tak ada masa nak layan soalan bodoh kau” kasar balasan Umar.

Meletusketawa kecil dari mulut Faleeq. Dia memang saja tanya soalan itu.

“Rileks, bro.aku Cuma tanya dia tadi. Masam semacam muka dia”

“Bukanmasalah aku muka dia masam sekalipun. Salah dia. Dia tahu aku tak suka dipaksatapi tetap nak paksa aku juga. Memang kenalah dengan aku tadi”

Faleeqangguk. Umar tidak cerita pun dia tahu juga. Kadang-kala dia juga rimas dengansikap sepupu Umar itu. Merenyam semacam. Tak pernah lagi dia jumpa perempuanmacam itu. Terlalu gila-gilakan Umar macam lelaki lain sudah pupus. Faleeq jugapernah Nampak Umar marah Sharifah Khalisya dulu. Memang teruk. Masalahnya,sepupu Umar itu jenis tak makan saman. Muka tebal. Umar tolak tetapterhegeh-hegeh nakkan rakannya lagi.

“Kaupun kalau tak suka janganlah berkasar dengan dia. Apapun dia tetap sepupu kauwalaupun perangai dia macam itu. Kau kena ingat bapak dia pun ada bahagaiandalam syarikat ini. Kau nak elak macam mana sekalipun dia tetap akan munculdepan kau juga” kata Faleeq lebih kepada nasihat.

Umarhanya mendengar. Dia tahu tentang hakikat itu. Cuma perangai Sharifah Khalisyaitu memang menjemput marah dia. Umar memang pantang dipaksa. Malah sifat panasbarannya juga kadang-kala tidak dapat dikawal. Lagi-lagi bila terpaksa berdepandengan perempuan seperti Sharifah Khalisya. Terlalu obses dengan dia.

“Akutahu, Leeq. Entahlah. Mungkin aku kena kawhin dulu kut baru dia stop kacau aku” balas Umar dengan nadabergurau.

Faleeqsenyum senget. “Siapalah nak kahwin dengan kau Umar? Dahlah panas baran. Keraskepala. Suka merengus. Tak suka kena paksa. Pulak itu tak reti nak berlembutdengan perempuan”

Depan-depanFaleeq mengutuk Umar. Bukannya dia makusdkannya pun walaupun memang ituperangai Umar. Lagi-lagi tak suka berlembut dengan perempuan itu. Memang diajarang melihat Umar berlembut dengan mana-mana perempuan. Lelaki itu akanmenayang wajah serius dan beku setiap kali dia didekati oleh perempuan.

“Amboi,kau. Sedap mengutuk aku Nampak. Macamlah kau tu ada awek sangat. Sedarlah diritu, Leeq. Kau pun bujang macam aku juga”

Faleeqketawa besar. Memang tidak dinafikan yang mereka berdua masih bujangwalaupu  usia sudah meningkat ke 32tahun. Jangan kata nak kahwin. Calon isteri pun tiada lagi.

Umarmengeleng melihat Faleeq yang sudah ketawa besar itu. Terganggu sedikitkerjanya dengan kehadiran Faleeq.

“Dahlah,pergilah masuk bilik kau tu. Aku ada kerja nak buat” Umar mula menghalauFaleeq.

“Yelah” 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Riana Elyan