DATIN Yusra megerling ke arah anaknya, Adam Zayan. Tak pernah-pernah nak ada dekat tingkat bawah sebelum masuk waktu solat isyak, tiba-tiba aje nak duduk tengok televisyen sambil tunggu Rose Adelia mengemas dapur. Senyum memanjang aje anaknya itu. Pantas Datin Yusra duduk di meja makan bersebelahan dengan afiq yang sedang fokus dengan dokumen-dokumennya.
"Fiq, nampak tak tu?" bahu anaknya dicuit.
"Apa dia, mummy?" soal Wafiq namun mata masih melekat pada kertas-kertas kerjanya serta skrin laptop.
"Adam la!" terus Wafiq menoleh ke arah ruang tamu.
"Kenapa dengan Adam?" soal Wafiq lagi, tidak mengerti maksud si ibu.
"Sekarangkan masa dia main game, tapi duduk tengok TV pulak."
"Lah, biarlah dia. Dah bosan agaknya asyik main game." Datin Yusra berdecit.
"Mummy tak rasa pasal tu. Dia nampak happy sangat hari ni." Datin Yusra cuba mengawal nada suaranya sebaik mungkin agar tidak didengari Adam Zayan.
"Wafiq rasa pasal apa?" Datin Yusra masih tidak berpuas hati.
"Manalah Wafiq tahu, mummy. Apa kata mummy tanya dia sendiri. Lagipun biar ajelah Adam happy, lagi elok daripada dia mengamuk tak tentu arah." Datin Yusra diam. Dia memandang Adam Zayan yang sedang gelak sambil menonton rancangan komedi yang sedang bersiaran.
Bersetuju dengan jawapan anaknya, Datin Yusra pun duduk di atas sofa bersebelahan Adam Zayan. Sebentar lagi Rose Adelia akan pulang.
"Ni anak mummy ni, kenapa?" Adam Zayan masih dengan sisa tawanya menoleh memandang mummynya.
"Kenapa apa?" soalan dibalas dengan soalan.
"Iyalah, happy semacam. Ada terlebih dos ubat ke?" Adam Zayan ketawa lagi. Kali ini bukan ketawa kerana lawak dalam rancangan yang ditotonnya tetapi ketawa saat mendengar kata-kata Datin Yusra.
"Tadi Erin datang. Sebab tu Adam happy." Adam Zayan melentokkan kepalanya pada bahu kanan Datin Yusra. Manja.
"Erin? Dia dah balik dari London ke? Kenapa dia tak datang waktu mummy ada dekat rumah?"
"Dia datang memang tak bagi tahu Adam pun. Cuma dia mesej Adam yang dia dah ada dekat sini. Tup-tup tadi, tiba-tiba muncul depan rumah." cerita Adam Zayan. Ya, jawapan sebenarnya dia sangat gembira dapat bertemu semula dengan rakan lamanya itu. Atau lebih tepat sekali, rakannya sejak dia tadika. Lamakan?
"Hurmmm... Nanti ajaklah dia datang sini lagi, mummy nak jumpa dia."
"Insya-Allah, mummy."
"Datin." Datin Yusra menoleh. Rose Adelia sudah siap dengan beg totenya.
"Saya nak balik dah. Ermmm... Adam, nasi goreng belacan tu saya dah oter sikit-sikit. Tak tawar dah."
"Okay, thanks Lia. Tapi bekas tu tak apa ke tinggal kat sini?" sejujurnya Rose Adelia risau juga kalau-kalau Puan Wardah bebel. Tapi tak mengapalah, pandai-pandai dia explain nanti.
"Haih... Tak makan jugak hash brown dengan sosej tu?" si abang menyampuk dari arah belakang.
"Dia yang mintak, saya masak aje." balas Rose Adelia selamba. Wafiq hanya balas dengan tawa.
"Tak apalah, mulai esok awak masak ajelah apa yang awak nak, Rose. Nanti ada orang jemu." sempat lagi Wafiq memerli adiknya.
Entah mengapa, di sudut hati Rose Adelia dia merasakan keluarga ini sangat bahagia. Dan walaupun dia bukan termasuk dalam ahli keluarga ini, dia masih dapat rasakan kebahagiaan itu.
JAM digital di atas meja belajar Balqis menunjukkan waktu sepuluh setengah malam. Rose Adelia mengambil kesempatan untuk berbual dengan adiknya sebelum tidur. Sebenarnya dia bukan nak bual apa, dia cuma ingin bertanyakan tentang Puan Wardah, mamanya.
"Akak okey?" soal Balqis. Waktu makan malam tadi pun mereka hanya ditemani dengan suasana sepi. Biasanya pasti ada sahaja cerita yang mereka bualkan.
"Okey." jawabnya sepatah.
"Akak rasa apa yang mama cakap tu betul. Tapi bukannya akak buat benda tak elok belakang dia pun. Lagipun kalau mama pergi rumah majikan akak tu, memang sunyi sepi. Kereta pun jarang lalu-lalang sebab kawasan tu kawasan elit. Hanya orang-orang berada aje yang duduk situ. Bal fahamkan maksud akak?" Balqis mengangguk-angguk dengan penjelasan kakaknya. Dia tahu, kawasan elit memang jarang-jaranglah jabatan agama hatta pihak berkuasa nak serbu.
"Akak janganlah terasa hati sangat dengan mama tu. Emosi mama masih berkecamuk." Rose Adelia mendengus perlahan.
"Tak bolehlah macam tu. Arwah papa dah lama pergi, mama kenalah kuatkan semangat. Bukannya hambur dekat akak. Ni, akak nak berdikari pun susah." dia tahu sangat maksud tersirat dalam setiap halangan Puan Wardah. Pasti sahaja mamanya tidak mahu dirinya dibebani dengan memori lama ketika dia berseorangan di rumah. Tapi sampai bila?
Lambat-laun Rose Adelia dan Balqis akan jadi isteri orang juga. Nak tak nak, Puan Wardah harus melepaskan mereka juga.
Dan jika Rose Adelia tiada kerja, hanya menghabiskan masa di rumah... Apa pula kata orang? Pasti mereka akan menuduh Rose Adelia seorang yang pemalas. Lagi sakit telinga dan hatinya.
"Sebab tu Bal cadang mama buka kelas Biologi tapi mama degil. Dia tak nak pulak. Takkan mama nak sia-siakan ilmu yang dia ada? Kalau Bal, memang Bal buka satu kelas. Dapat sebarkan ilmu, duit pun dapat jugak." Balqis ketawa kecil di penghujung ayatnya.
"Entahlah, Bal... Akak pun dah puas pujuk mama. Hari tu mama nangis sambil tenung gambar papa. Akak tak nak hati mama kacau-bilau. Kalau boleh, biarlah kita sekeluarga gembira." luah Rose Adelia.
"Bal pun harap macam tu jugak. Tak apa, akak jangan risau. Nanti Bal cuba pujuk mama lagi."
Tanpa mereka sedari, sepasang telinga sedari tadi galak mendengar perbualan dua-beradik itu. Hatinya menjadi runtun tiba-tiba. Puan Wardah melangkah semula ke kamarnya.
Betul ke perbuatannya siang tadi? Dia asyik mendesak anak sulungnya duduk di rumah sahaja tanpa fikirkan masa depan Rose Adelia dan kata-kata orang.
"Abang... Apa yang Wardah buat ni? Kenapa Wardah terlalu ikutkan kata hati sangat? Wardah cuma nak dia orang sentiasa di sisi Wardah. Tak nak dah kisah hitam tu kembali. Wardah nak tunaikan pesan abang. Jaga anak kita elok-elok." airmata Puan Wardah jatuh berjuaraian. Mungkinkah dia terlalu bersikap protective? Kadang-kadang dia terasa seperti Rose Adelia membelakanginya. Ternyata dia salah. Selepas mendengar luahan kedua-dua anaknya, dia terus menyalahkan diri sendiri. Dia yang bersikap pentingkan diri.
Rose... Maafkan mama, sayang.