Home Novel Cinta Kahwin 3 Kali
Kahwin 3 Kali
20/12/2014 16:50:10
20,227
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Farizan Natasha mengeluh lagi. Sehingga hari ini, entah berapa kali dia mengulang baca surat itu. Hampir renyuk kertas itu ditatapnya dan pengakhirannya air mata yang menghuni kelopak matanya. Sudah hampir sebulan kes keretakan rumah tangganya. Langsung tidak ada tanda-tanda perdamaian.


Shah Iskandar, satu-satunya lelaki yang dicintai akan tetap melepaskannya. Penceraian adalah satu kalimah yang bakal merubah hidupnya. Hanya itu yang dia takuti. Hanya itu yang dia tangisi. Meleraikannya daripada sebuah ikatan yang telah terpateri kukuh. Dia yakin perkataan talak akan dilafazkan. Dia takut untuk bertukar status dan takut untuk menghadapi hari-hari yang indah tanpa cinta.


Cinta itu perlu dihayati dengan penuh perasaan. Dan cinta Farizan Natasha untuk Shah Iskandar sudah sebati dalam jiwa. Kerana lelaki itulah yang dia sayangi sepenuh hati. Tetapi apakan daya, jika kasih sayang yang disemai hanyalah untuk seketika.


Abang janji, sayang. Abang takkan tinggalkan sayang.” Itu janji Shah Iskandar dulu. Tetapi kini semuanya tidak berguna lagi. Pujuk rayu Farizan Natasha dipandang sepi. Air mata bukan lagi lawannya.


Masih terngiang-ngiang kata-kata indah itu yang keluar dari bibir Shah Iskandar. Dia berjanji tidak akan meninggalkan isterinya. Ketika itu dia sedang berbulan madu, ketika manisnya kehidupan berumah tangga.


Lelaki memang pandai berkata-kata,” ujar Farizan Natasha.


Hisy, sayang tak percaya abang ke?” Farizan Natasha hanya mampu menggeleng. Dia merenung Shah Iskandar yang bersandar di birai katil. Lalu lelaki itu mendepakan tangan, mengharap Farizan Natasha rebah ke dalam dakapannya.


Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Kenikmatan bulan madu memerlukan kasih sayang. Farizan Natasha merapatkan diri ke dalam depaan itu. Senyuman manis dan penuh ikhlas terlahir dari sepasang bibir mulusnya. Farizan Natasha mendongakkan wajah, bertentang mata dengan suami.


Bukan sayang tak percayakan abang, tapi...” ujar Farizan Natasha, berhenti dan tertunduk sayu.


Tapi kenapa?”


Hmm... susah nak cakaplah, bang.” Shah Iskandar memeluk kemas Farizan Natasha di dalam dakapannya.


Cakap ajelah.”


Dah banyak berlakulah, bang. Kata-kata lelaki selalu aje manis di bibir,” ujar Farizan Natasha, ragu. Shah Iskandar menjelir lidah tanda tidak setuju dan kembali merangkul tubuh kecil itu.


Apa pun alasannya, abang tetap sayangkan sayang. Tak mungkin abang akan tinggalkan sayang melainkan maut yang memisahkan kita. Sayang adalah anugerah terindah yang tercipta untuk abang tau,” ujar Shah Iskandar sambil menghadiahkan kucupan hangat di ubun-ubun Farizan Natasha.


Buat masa ni, sayang tahulah. Tapi esok lusa manalah tahu kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan sayang. Sayang sayangkan abang sepenuh hati. Janji yang abang takkan tinggalkan sayang ya,” pinta Farizan Natasha.


Mata mereka bertaut kembali. Lalu Farizan Natasha menyuakan jari kelengkeng ke arah suaminya. Jari mereka bertaut, maka terpaterilah sebuah janji.


Abang takkan tinggalkan sayang, percayalah,” janji Shah Iskandar.


Namun semua itu semasa mereka sedang asyik dilamun cinta. Sedang asyik berikrar untuk sehidup semati. Kini semuanya telah hancur kerana orang ketiga. Kenapa seorang wanita tergamak memusnahkan kehidupan wanita lain?


Kerana cinta, seseorang itu menjadi tamak. Dan kerana cinta juga seseorang itu harus berkorban. Argh, berkorbankah aku

melepaskan suami yang aku cintai?


Kini, mengertilah Farizan Natasha betapa seksanya hati apabila dilukai dan sakitnya hati apabila dikhianati. Ya ALLAH, mengapa beratnya ujian-MU terhadapku? Farizan Natasha mengeluh lagi. Remuk seluruh jiwa apabila janji yang disumpahi dilanggari.


Maafkan abang sebab mengkhianati cinta kita.” Itulah ayat keramat yang meruntun jiwa seorang isteri.


Aku dendami wanita itu seumur hidupku, bisik hati Farizan Natasha sambil mengusap lembut dadanya. Terasa seperti sembilu menusuk kalbu.


Sejak bila?” Soalan itu terpancul di mulut mulus Farizan Natasha.

Ada cemburu yang menghuni hatinya. Shah Iskandar yang tadi bersandar di sofa terus membetulkan kedudukan.


Hampir setahun,” jawab Shah Iskandar.


Matanya menghala ke arah televisyen tetapi tumpuannya tidak ke arah rancangan yang ditayangkan. Fikirannya masih penuh dengan masalah. Mudahnya lelaki. Farizan Natasha tersenyum sinis, berwajah selamba dan menguntum senyuman dalam paksaan. Lalu dia ketawa dalam amarah.

Keluhan berat tersembur keluar. Matanya merah menahan tangis. Apakan daya, aku hanya wanita yang mampu berteman

air mata.


Abang sayang dia? Sebab nilah Sha tak nak abang pindah ke Johor. Sha takut abang akan berubah hati. Betul tekaan Sha. Pekara ni terjadi jugak akhirnya,” ujar Farizan Natasha sambil menangis. Shah Iskandar mengangguk. Kekusutan di wajahnya jelas tergambar.


Ya, abang sayangkan dia,” jawab Shah Iskandar, menunduk.


Oh, TUHAN. Farizan Natasha menutup rapat matanya dengan kedua-dua belah tangan. Ikhlasnya pengakuanmu suamiku, bisik hati Farizan Natasha.


Sha izinkan abang kahwin dengan dia. Tapi abang jangan tinggalkan Sha. Sha tak sanggup kalau abang tinggalkan Sha.” Isteri mana yang mahu diduakan? Tapi jika itu untuk kebahagiaan seorang lelaki yang bergelar suami, aku sanggup lakukan kerana cintaku terhadapnya terlalu mendalam, sedalam lautan yang memenuhi ruang bumi. Dan aku bukanlah seorang wanita yang layak untuk mendapat payung emas Siti Khadijah yang diagung-agungkan untuk isteri yang bermadu. Tidak sama sekali. Tapi jika itu kehendakmu suami, aku rela dibahagi dua. Tapi tolonglah jangan sesekali kau tinggalkan aku, bisik hati Farizan Natasha, cuba bertahan daripada menangis.


Tetapi air mata tetap mengalir membanjiri kelopak matanya. Dia mengetap bibir sambil menahan tangis yang menyakitkan. Disapu lelehan yang keluar dari hidung. Shah Iskandar hanya membisu. Kekesalan bermain api membakar diri, merentung jiwa orang yang disayangi. Dia masih menyayangi Farizan Natasha. Tetapi keadaan yang memaksa. Maafkan abang, sayang, bisik hati Shah Iskandar.


Farizan Natasha beristighfar dalam hati. Dalam keluhan yang berbaki, dia cuba berlagak tenang. Jika ini ujian TUHAN terhadapku, maka dengan rela aku terima ujian ini. Kerana aku hamba yang beriman kepada ALLAH. Aku reda dan terima dengan hati terbuka.


Air mata yang mencurah seperti air hujan tidak boleh diseka lagi.


ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, subhanallah,” ucap Farizan Natasha sambil mengurut dada.

Sakitnya teramat sangat. Seperti sembilu bernanah memakan diri.


Argh!” jerit Farizan Natasya seperti orang hilang akal.


Kak, kenapa ni?” Tiba-tiba Farizan Natasha disapa dari belakang.


Kenapa akak, Lia? Kenapa akak yang diuji?” soal Farizan Natasha sambil merenung Zeha Natalia yang baru pulang

dari kerja.


Kak, percayalah cakap Lia. ALLAH takkan uji hamba-NYA jika DIA tahu hamba-NYA tu tak mampu mengharungi badai. Akak bertuah kerana dipilih untuk diuji. Kerana DIA tahu akak mampu harungi setiap ujian tu. Kalau Lia yang

diuji, mungkin Lia dah lama bunuh diri. Tapi akak tabah.

Akak mampu jalani kehidupan walaupun Abang Is tinggalkan akak. Akak ada kerjaya, harta dan yang penting akak takkan

keseorangan dalam dunia ni.

Percayalah cakap Lia, kak. Abang Is takkan bahagia kerana ceraikan akak. Akak ingat tak, orang tua-tua selalu kata, kalau suami ceraikan isteri pertama kerana cinta yang kedua, hidupnya akan papa kedana. Perjalanan hidup ni masih panjang. Kita tengok setakat mana Abang Is mampu bertahan tanpa akak. Lia tahu dia masih cintakan akak. Tapi sebab perempuan tu, dia terpaksa tinggalkan akak,” ujar Zeha Natalia sambil bersila, menghadap Farizan Natasha yang masih bersedih, menangisi cintanya yang tidak berpanjangan.


Dia tidak putus-putus memberi kata-kata semangat. Mengharapkan kakaknya kembali bersemangat dan membina keyakinan diri yang telah pudar.


Farizan Natasha sekali lagi memejam mata. Dia mengangguk, mengakui kebenaran kata-kata Zeha Natalia. Masih kedengaran sisa-sisa tangisannya yang berbaki.


Maafkan akak, Lia. Akak terlalu ikutkan sangat emosi ni,” ucap Farizan Natasha dalam sebak yang belum berhenti.

Sehelai tisu ditarik dari kotak lalu mengelap lebihan air jernih yang mengalir di pipi.


Akak sakit hati, Lia. Sakit sangat-sangat,” ujar Farizan Natasya sambil menekan dada, berharap Zeha Natalia memahami kesakitan yang dirasainya.


Zeha Natalia mendekatkan diri di sisi kakaknya. Dia merapatkan badan Farizan Natasha ke bahunya.


Lia faham perasaan akak. Faham sangat-sangat. Sabarlah, ingat TUHAN banyak-banyak. Setiap ujian yang ALLAH berikan mesti ada rahmat di sebaliknya. Tapi kita aje tak nampak lagi apa rahmat yang tersembunyi. Lia percaya, akak akan jadi orang yang terhebat nanti.


Akak ingat tak, akak selalu cakap kat Lia yang akak nak jadiiron lady, wanita kuat macam Dato Susilo, macam Zurin Zain, macam pengasas Sendayu Tinggi tu. Siapa nama dia? Lia lupalah pulak. Hah, Puan Rozita. Lia percaya akak jugak tergolong salah seorang daripada mereka yang berjaya. Mereka jugak ditinggalkan suami, kemudian mereka berdikari lalu berjaya. Setiap ujian ALLAH tu pasti tak sia-sia. Sabar tu memang menyakitkan tapi dalam sabar tu pasti ada kemenangan,” ujar Zeha Natalia, tidak putus-putus memberi nasihat. Kerana saat ini Zeha Natalia tahu kakaknya memerlukan sokongan fizikal dan mental yang kuat. Dia harus menjadi penasihat yang terbaik untuk kakaknya. Menjadi tulang belakang untuk kakaknya bangun kembali.


Akak tak ada niat langsung nak ungkit kisah lalu apatah lagi nak mengingatinya. Tapi tadi akak terjumpa surat ni,” ujar Farizan Natasya sambil menghulurkan sehelai kertas yang hampir lusuh ke arah Zeha Natalia.


Akak, Lia dah boleh hafal setiap ayat kat dalam surat ni. Dan Lia tahu kat mana noktah dan komanya,” ujar Zeha Natalia sambil mengambil huluran itu dan menggumpalgumpal kertas lusuh itu lalu dicampak ke dalam tong sampah.


Surat ni layak duduk kat situ,” ujar Zeha Natalia sambil menunjuk ke arah tong sampah. Marah sungguh Zeha Natalia terhadap Shah Iskandar.


Pleaselah bangun, kak. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lia tahu, cakap memang senang sebab Lia tak rasa sendiri. Tapi cubit paha kanan, paha kiri terasa tau. Kesianlah kat mak, kak. Dia lagi sedih bila tengok akak macam ni. Tak ada semangat nak hidup. Mak tak beritahu akak yang dia sedih tapi Lia tahu hati dia macam mana.


Tolonglah kak, Lia perlukan Kak Sha yang lama, yang happy go lucky, yang selalu tersenyum, yang selalu buat orang ketawa. Sebab kakak Lia yang dulu adalah lilin. Sanggup membakar diri kerana orang lain. Dan kerana lilinlah dia menderita. Sanggup bahagiakan suami dan biarkan diri sendiri menanggung derita,” ujar Zeha Natalia, mengeluh sejurus menghabiskan barisan ayat terakhir.


Terlihat ada air jernih yang membasahi pipinya.


Kak, Lia menangis sebab Lia rindukan Kak Sha yang dulu. Akak tahu tak, Kak Sha yang dulu seorang yang bersemangat,

independentdan vouge. Tapi sekarang akak dah macam orang yang melukut kat tepi gantang. Ibarat lalang ditiup angin. Tak

ada pegangan.”


Berat sungguh keluhan Zeha Natalia apabila melihat kakaknya yang hampir tersungkur. Farizan Natasha turut mengeluh.


Tapi...” ujar Farizan Natasya sambil merenung mata Zeha Natalia. Mengharapkan tiupan semangat berbekas di

jiwa.


Tak ada tapi-tapi, kak. Sekarang akak bangun, pergi mandi dan lepas tu Solat Maghrib. Kak, hidup kena diteruskan. Tu aje yang mampu Lia cakap,” pintas Zeha Natalia sambil merangkul bahu Farizan Natasha dan menggoncangkannya.


Akak nak tahu, Abang Is akan ketawa kalau dia tengok keadaan akak macam ni. Dialah orang pertama yang akan

bersorak dan bertepuk tangan. Percayalah cakap Lia, kak.” Farizan Natasha menutup mulut dengan kedua-dua belah tangan. Dia cuba menahan sendu.


Lia, tolong akak!” raung Farizan Natasya dalam pelukan Zeha Natalia.


Kak, sampai bila akak nak meraung dan menangis macam ni?” soal Zeha Natalia sambil menggoncang-goncang bahu Farizan Natasya yang telah lemas dalam masalah perkahwinan. Farizan Natasha hanya menggeleng.


Dah berapa lama akak tak jenguk pekerja akak kat butik? Dah berapa lama akak tak jumpa dengan dia orang? Akak harapkan dia orang aje untuk jaga dan tengokkan butik tu. Akak tak fikir ke pelanggan-pelanggan akak?” soal Zeha Natalia sambil menggoncang-goncang lagi bahu Farizan Natasha. Astaghfirullahalazim... Farizan Natasha beristighfar panjang.


Abang Is dah bahagia, kak. Sedarlah sikit. Dia pun dah kahwin. Cuba akak sedar sikit apa nak jadi dengan diri akak?”


Waa...” Makin kuat kedengaran tangisan Farizan Natasha.


Betul, kak. Lia faham perasaan akak sekarang tapi akak Farizan Natasha menggeleng lagi. Lama mereka berdua tenggelam dalam perasaan. Sepi membisu kedua-duanya. Hanya kedengaran tangisan Farizan Natasha. Semakin erat pelukan Zeha Natalia. Farizan Natasha terasa selamat dalam dakapan adiknya. Lama mereka begitu.


Dalam sendu yang masih bersisa, Farizan Natasha mengangkat wajah. Disapu manik-manik jernih yang tumpahdi wajah Zeha Natalia.


Maafkan akak, Lia.”


Binalah hidup baru, kak.”


Akak akan cuba, Lia.”


Buktikan kak, bukan sekadar mencuba.”

Farizan Natasha mengangguk dalam keluhan. Dia akan cuba melupakan semua itu. Tetapi percayalah, semua itu bukan mudah.


Previous:
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh