Home Novel Cinta Just Mine
Just Mine
Lemon
3/4/2019 14:31:34
44,309
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
TIGA

Acara lafaz berjalan dengan lancar walaupun Rafiq sedikit gugup dan gementar. Pasangan yang kini duduk di pelamin nampak sepadan bersama, seperti pinang dibelah dua. Majlis pernikahan hari itu berjalan meriah dengan kehadiran saudara mara dan tetamu yang diundang. 


"Jasmine, awak tukar skirt eh? Tak perasan pula awak pakai skirt batik ni. Nampak sesuai dengan awak, dan baju batik saya sekali" Usik Amir, menyedari perubahan pada Jasmine. Apa-apa yang Jasmine pakai buat gadis itu tambah menawan. Untung betul si Haikal itu! 


Jasmine mengangguk. "Skirt I koyak, itu yang I pinjam dari Alia buat sementara. A bit short but bolehlah daripada tak ada langsung"


Medina melepaskan tawa. "Is that why you masuk bilik Alia dengan jaket di pinggang you? Who's jacket is that? Tak pernah nampak pun sebelum ni" 


"Someone named Adrian? Arian? I think. Waktu I keluar dari kereta dia, I tak perasan skirt I tersepit dekat celah pintu. Jadi dia pun bagi I pinjam jaket to cover my legs" 


Mendengar nama Arian dipetik hampir membuat Amir tersedak air. Sekejap. "Awak kenal Rian? Kawan baik Rafiq tu? Macam mana awak boleh kenal dia?"


"You're in his car? Apa yang you buat dalam kereta dia?" 


Medina dan Amir melontar soalan pada masa yang sama. Jasmine tertawa kecil. "Relaks. Macam ni, I'm on my way nak ambil lace ribbon in my car bila I nampak Haji Muhsin datang. You tahu kan lelaki tua tu macam mana. I panicked, and the only car yang tak berkunci is his car so I pun masuk dalam kereta. Itu apa yang berlaku, dan itu macam mana I kenal dengan Arian" 


"But still, tak elok dipandang orang. Kalau Arian tu berpunya macam mana? Tak pasal-pasal awak kena tuduh perosak rumah tangga" Tegas Amir, nada suara lelaki itu kedengaran cemburu.


Medina mengangguk. "Betul cakap Amir. You pun dah berpunya, naik hantu si Haikal tu kalau dengar perkara ni. Si Arian tu, orangnya macam mana? Handsome tak?"


Jasmine hanya menggelengkan kepala. Medina ni, dua kali lima pula dengan Harry. Entah mana pula lelaki itu pergi. Tak senang duduk! Jasmine menoleh, memerhati Arian yang masih lagi dengan kamera. Dia tidak begitu mengenali Arian, tapi dia selesa dengan lelaki itu. Tak mengambil kesempatan, sebaliknya ambil berat pada orang lain! Siapa pun yang memiliki hati Arian pastinya orang yang bertuah. Berbeza pula dengan Haikal. Sampai sekarang pun lelaki itu masih tidak menelefon dia. 


Merasa diri diperhatikan, Arian menoleh. Pandangannya jatuh pada Jasmine yang turut memandang ke arahnya. Dahi Arian berkerut, tidak pasti dengan pandangan mata Jasmine. Dia menoleh ke depan dan belakang berulang kali. 


'Dia pandang aku ke? Eh, perasaan kau kot!' Bisik hati kecil Arian. Separuh hatinya gembira, tapi separuh lagi tidak mahu terus berharap. Nanti termakan harapan palsu.


Dia kembali fokus mengambil gambar tetamu. Tak pasal-pasal Amir minta dia jadi fotografer untuk hari ini hanya kerana fotografer yang sepatutnya hadir ada kecemasan pula. 


Tidak lagi memandang Arian, sebaliknya dia diganggu dengan bunyi telefon yang berdering minta dijawab. Jasmine meminta diri pada mereka, mencari tempat yang sunyi untuk menjawab panggilan dari Haikal. 38 jam berlalu dan baru sekarang lelaki itu berfikir untuk menelefon dia? 


"You buat apa sampai tak jawab panggilan I? Mesej I pun you tak jawab. Sibuk sangat eh you?" Serang Jasmine, tidak berpuas hati dengan layanan Haikal terhadapnya kebelakangan ini.


Haikal mengeluh panjang. "I'm so sorry, sweetheart. Telefon I ada problem, baru sekarang I dapat contact you. I pun sibuk berlatih untuk next match. I harap you faham" 


Jasmine mengetap bibir, menahan marah. Dia nak melenting pun tak guna, dia berada di majlis orang. "I know you're busy but at least, update me. Let me know what are you doing, where are you going and don't leave me hanging, Haikal. Bila you nak balik sini? Masih lama ke?" 


"Ah, um, mungkin next week? I will let you know. I'm so sorry. I memang nak update you tapi you know the rules. Where are you? Macam riuh sangat bunyi tu" Sengaja Haikal mengubah topik. 


Rasa bersalah sudah menyelubungi diri. Apa patut dia berterus terang dengan Jasmine? Dia tak mahu merosakkan kepercayaan gadis itu, tapi dia juga tidak sanggup kehilangan Jasmine. There will be no another Jasmine. She's the only one, one of a kind. Mana mungkin dia cari pengganti? 


"Fine. Hm, sepupu Harry punya majlis nikah..."


"You masih kawan dengan pondan tu? Seriously? Bukan I dah suruh you jauhkan diri dari dia ke?" Berkerut dahi milik Haikal mendengar nama Harry. Dia tak suka lelaki itu, asyik nak berkepit dengan kekasihnya. Biarpun lembut, Harry tetap seorang lelaki.


"Haikal, please? Not this again. He's my friend. Jangan kutuk dia macam tu. Harry dah baik sangat dengan I. Dia ada waktu I susah, senang. You nak I buat tak endah dengan dia just because you don't like him?"


"Jasmine Sofea..."


Jasmine diam. Dia kenal nada suara yang tegas itu. Haikal sudah naik hantu. Sudah dua tahun mereka bercinta, jarang Haikal memanggilnya dengan nama penuh kecuali ada perkara yang buat lelaki itu sakit hati. Salah diakah? Tapi dia ada hak untuk bersuara. Dia ada hak untuk berteman. 


"Please, takkan nak bertengkar sebab perkara yang sama? I tak pernah larang you berkawan dengan bekas kekasih you, bekas scandal you. Takkan you nak larang I berkawan dengan Harry? I know my limit and he knows his limit" 


Haikal mengeluh lagi. Apa yang berlaku dua hari lalu kembali bermain di fikiran. Dia dan Natrah. Apa agaknya reaksi Jasmine kalau dia tahu tentang ini? "Fine. Tapi ingat, jangan rapat sangat. I have to go, I ada practice kejap lagi. See you next week. I miss you so much, and...I love you" 


Jasmine menamatkan panggilan tanpa membalas apa-apa. Tak perlu ungkap, Haikal sendiri tahu apa jawapannya. Baru sahaja ingin kembali masuk, matanya bertembung pula dengan Arian. Apa pula lelaki ni buat di luar? 


"I tak tahu pun you ada boyfriend" Tutur Arian. Entah kenapa suara itu kedengaran kecewa di telinga Jasmine. Mungkin cuma ilusi dia.


"Sebab you tak pernah tanya...? Pasal jaket tu, I mungkin akan kembalikan melalui Amir. Kalau tak ada apa-apa lagi, I masuk dulu" 


Arian mengeluh panjang. Wajar sahaja gadis seperti Jasmine sudah berpunya, lagipun apa yang dia harap? Tak tahu kenapa, kali ini rasa kecewa itu lain macam. Rasa macam hatinya dirobek-robek secara halus. Sakit, dan menyiksakan.


Dia mengeringkan rambut menggunakan tuala miliknya sambil mengorak langkah ke meja kerja. Tajam sahaja mata itu memandang skrin komputer riba yang masih dalam proses pemindahan gambar-gambar perkahwinan Rafiq dan Alia dari kamera ke dalam komputer.


Arian melabuhkan punggung, sempat lagi menguap. Ada seribu lebih gambar yang ada di dalamnya. Jam yang berada di dinding dia kerling sekilas sambil menunggu proses pemindahan itu selesai.


"Akhirnya!" 


Selesai pemindahan gambar, dia menambah satu folder baru di atas nama 'Rafalia' dan memilih gambar dan beberapa video yang berkaitan sahaja. Ada beberapa gambar asing yang Amir tangkap sewaktu meminjam kameranya tempoh hari. "Let's see, banyaknya gambar makanan. Amir ni dah kenapa? Minuman pun dia nak gambar ke?"


Skroll punya skroll, tetikus itu berhenti bila melihat foto-foto candid Jasmine. Pasti Amir yang ambil senyap-senyap. Arian mengeluh panjang. Candid pun gadis itu masih saja lawa. Satu persatu gambar Jasmine dia tatap, tidak sedar bibirnya sudah mengukir senyuman. Ada kala lelaki itu melepaskan tawa kecil. Nasib baik tak ada yang perasan tingkah anehnya. 


"Beautiful...." 


"Siapa yang beautiful tu?" 


Mendengar suara lantang Irfan, Naufal pantas menutup folder gambar. Dia menoleh ke belkang, menggelengkan kepala pada Irfan yang sedang memeluk tubuh. Bila masa pula mamat ni balik?


Kening Irfan bertaut. "Kenapa tutup? Amboi, engkau. Baru seminggu aku tak ada, kau dah dapat teman wanita. Siapa orangnya? Aku kenal ke? Kau jumpa di mana?"


Bola mata Arian berpusing ke atas. Banyak tanyalah lelaki ni! "Girlfriend? Bro, muka macam aku ni nampak ada girlfriend ke? Hesy. Lain kali bila masuk bagi salam tak pun ketuk pintu. Bila kau balik?"


Irfan mencebik. Punggung dia labuhkan pada kerusi bean milik Arian. Muka macam Arian, berpuluh wanita nak masuk line. "Berbuih mulut aku bagi salam. Tangan pun dah lenguk ketuk pintu tapi kau tak beri respon. Aku risau jugak kot-kot kau pengsan. Aku juga yang akan dipersalahkan"


"Seriously? Nampak macam aku ni lemah sangat ke di mata kau?"


"Tak...? Ah, apa-apa ajelah. Kau tengok gambar apa tu?" Soal Irfan. Segera menukar topik. Malas dia nak berperang mulut dengan Arian. Lelaki itu bukan faham makna jenaka.


"Aku tengok gambar-gambar wedding yang aku ambik hari tu. Adik ipar Rafiq minta aku jadi fotografer ganti. Nak kena hantar minggu depan. Bolehlah daripada tak ada kerja" Balas Arian, berbasa basi.


Senyuman Irfan mekar. Pantas lelaki itu mengalihkan kerusi bean ke sebelah Arian. "Aku nak tengok sekali boleh? Aku nak cuci mata, mana tahu dapat jumpa jodoh!" 


Arian menggelengkan kepala. Dia memegang tetikus, menekan kembali folder yang menunjukkan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Rafiq dan Alia. "Cakap pasal cuci mata laju saja kau. Kalau orang tu dah berpunya, kau nak buat apa?" 


Sebentar. Soalan itu untuk Arian atau untuk Irfan? Arian mulai mempersoalkan diri. Bukan jodoh dia, nak buat macam mana? Tapi dari riak wajah Jasmine tempoh hari, gadis itu tak nampak bahagia. Dia ada masalahkah dengan teman lelakinya? 


Irfan di sisi sibuk memandang satu per satu gambar yang Arian tunjukkan dalam bentuk slideshow. Hujung bibir lelaki 29 tahun itu naik, memuji manusia yang terselit di dalam gambar itu. Ramai juga yang cantik, tapi belum cukup untuk menarik hati dia.


"Oh. Wait. Bro, boleh tekan back tak? Aku nak pastikan sesuatu. Perempuan pakai baju mint tu nampak familiar" 


"Siapa? Yang ni?" Soal Arian, menunjukkan gambar Jasmine yang elok tersenyum di sebelah pengantin perempuan. Takkan Irfan minat orang yang sama?! 


Irfan mengangguk. Tiba-tiba, lelaki itu menepuk meja, bagai teringat sesuatu. "Right, Jasmine! No wonder she looks familiar. Tak sangka, dia pun ada hadir majlis Rafiq"


"Kau kenal dia?" Soal Arian, berkerut dahinya bila tahu Irfan turut mengenali Jasmine. Bila mereka kenal? Di mana dan bagaimana? Itu persoalan yang Arian mahu soal sekali tapi nanti apa pula Irfan fikirkan.


"Soalan kau pun. Siapa tak kenal Jasmine? Dia adik Elias Hakimi. Kawan sekolah aku di Jerman dulu. Jasmine ni teman wanita Tengku Haikal. Pemain bola sepak yang famous dengan perangai tak semenggah tu. Aku pun tak faham kenapa Jasmine nak jugak dengan lelaki macam Haikal" 


"Tak semenggah maksud kau?" Sepanjang dia menonton perlawanan bola sepak, jarang pula dia nak tahu nama pemain. Apatah lagi muka mereka. Tapi kali ini, dia ada matlamat baru. Nak tengok wajah lelaki yang dah ambil hati Jasmine.


Irfan meraup rambut ke belakang. "Haikal tu playboy, bro. Tak tahu sebab dia kaya atau sebab dia tampan. Perempuan keliling pinggang. Last year, ada satu skandal melibatkan dia dengan Natrah. Right. Natrah tu bekas teman wanita dia"


"Jasmine tu tahu tak perangai lelaki tak guna tu? Dah dapat girlfriend elok pun masih nak buang tebiat? Tak faham aku" 


"Itulah pasal. Tak silap aku, Jasmine dah tahu. Sebelum dia bercinta dengan buaya tu. Cuma entah kenapa dia masih nak melekat dengan lelaki macam tu. Mungkin sebab mak tiri Jasmine" Jelas Irfan. Itu apa yang dia dengar dari orang. 


Arian hanya mengangguk. Patutlah tegang semacam perbualan gadis itu dengan Haikal tempoh hari. Pasti lelaki tak guna tu cari masalah lagi. "I see. Mak tiri dia kenapa? Macam drama sinetron pula aku dengar"


Irfan tertawa kecil. Arian nampak berminat, dah tak macam Arian yang dia kenal pula. Sebab Jasmine atau sebab Haikal? "Aku tak kenal sangat mak tiri dia tapi Elias pernah cerita. Mak tiri dia tu pentingkan imej. A perfectionist. Dia tak sukakan gosip murahan. Apa kau fikir Jasmine tu tak buat masalah sebab dia sempurna? Salah. Sebab dia tak nak malukan mak tiri dan ayah dia" 


Haih. Arian pula yang rasa pelik. Masih ada manusia yang macam mak tiri Jasmine di dunia ini. Apa masalah wanita itu? Patutlah Jasmine sentiasa memilih untuk berdiam diri. Apa dia memilih untuk bersama Haikal sebab tak nak keluarga dia tanggung malu juga? Ini tak boleh jadi. Gadis itu nampak tak bahagia! 


Kening Irfan bertaut tatkala menyedari perubahan pada riak wajah Arian. "Bro, kau serius sangat kenapa? Macam kau minat Jasmine pula. Wait a minute. Jangan cakap apa yang aku fikir ni betul pulak? You do like her?!" 


Arian mengeluh panjang. Mata itu kembali menatap Jasmine di dalam gambar. "Kau rasa? Aku tak pasti sebenarnya apa yang aku rasa. Ever since I met her, I can't take my eyes off her. Everytime she laughs, she smiles, I felt butterflies in my stomach. Dia berdiri tak buat apa pun, jantung aku dah menggila. I can't deny, I feel a bit dissapointed to know that she's  taken" 


Irfan mengetap bibir. Tak sangka pula Arian boleh jadi seserius ini bila menyangkut soal hati dan perasaan. Sayang, dia jatuh pada orang yang salah pula. Kenapa Jasmine dalam banyak-banyak orang? 


"Aku pun tak faham dengan kau. She's off limits, walaupun aku mengaku kau lebih sesuai dengan dia dibanding Haikal. But hey, tak salah kan mencuba? You got the looks, you have good personality, financially stable, but not funny. Tapi tak kisah part jenaka tu. Cuba dulu. Mana tahu kau dapat bawa dia pergi dari buaya tak guna tu"  


Arian berdiam diri. Wajah Irfan ditemani senyum penuh makna lelaki itu dipandang sejenak. Irfan betul. Tak salah mencuba. Walau bagaimanapun, Jasmine tetap hak milik orang walau bukan secara sah dan sepenuhnya. Arian meraup wajah, ayat Irfan masih lagi melekat di fikiran. Benda tu salah, tapi kenapa kedengaran macam betul pula?! 


"Fine. I'll give it a try. Kalau dia betul-betul cintakan lelaki tu, aku memang tak dapat nak buat apa but to let her go and move on" 

Previous: DUA
Next: EMPAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon