Home Novel Cinta Just Mine
Just Mine
Lemon
3/4/2019 14:31:34
44,296
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
EMPAT

Salun itu dipenuhi gelak tawa dua orang wanita yang rancak berbual antara satu sama lain. Seorang lagi sibuk membelek majalah nona. Mungkin tertarik melihat bahagian dekorasi dalaman yang ada di majalah itu. Sempat lagi memasang telinga pada perbualan Natrah dan Clara.

"This is crazy. Haikal baru post gambar like two minutes ago dah ada banyak comments and likes. Siap emoji love, flirt. Eu. Apa dia orang ingat Haikal nak layan ke?" Bebel Natrah, tapi masih lagi menekan butang hati pada post milik Haikal.

Post gambar kaki dan bola pun cukup helok!

"Itulah pasal. Lagipun, Haikal tu bukankah dah ada kekasih? Aku tak pernah nampak dia upload gambar Jasmine dalam sosial media, but from the way he talks about her, she must be pretty enough to win his heart. Not to mentioned that she's comes from a rich family" Tutur Clara, namun hanya dibalas dengan renungan tidak puas hati dari Natrah.

"Cantik, kaya, apa gunanya kalau tak boleh nak entertain Haikal? At this point, aku tak hairan kalau si Haikal tu cari baru. Someone prettier than her, someo-"

"Kau keluar lagi dengan Haikal, Nat? Ya ampun. He's clearly taken, stop bothering him. Bukan Jasmine yang tak boleh nak entertain Haikal. In fact, Haikal yang tak ada masa untuk Jasmine. They've been dating for two years tapi Haikal layan dia macam acuh tak acuh. Ingat Jasmine tu apa? Trophy girlfriend dia? Macam kau dulu?" Sampuk Maria.

Dia tidak suka sikap Natrah yang terlalu dahagakan perhatian lelaki. Apatah lagi dari buaya seperti Haikal. Gadis itu pernah dilukai lelaki yang sama, tapi kenapa masih nak merangkak balik pada Haikal?

Clara menekup mulut, mata dia alihkan pada Natrah yang nampak terkejut dengan tekaan Maria. "Kau masih dengan dia? Are you kidding me? What happened to you and Elias? Bukan you berdua bercinta ke?"

Bola mata Natrah berpusing ke atas. Dengar nama Elias pun dia menyampah. "He dumped me over football, Clara. He's hot, but not for me. Lelaki tu terlalu fokus dekat kerjaya dia. Tak macam Haikal. Tapi entahlah. Sejak dari hari tu, dia langsung tak balas chat aku. Aku call pun dia tak angkat"

"Sibuk kot? Lelaki macam dia dan Elias, mana ada masa sangat untuk telefon. Macam orang-orang cakap, lelaki dan bola berpisah tiada" Balas Clara. 

Maria menggelengkan kepala. Sudah tidak waraskah temannya itu untuk merosakkan hubungan orang? Dia tidak begitu mengenali Jasmine, tapi dia tahu gadis itu baik. Haikal pun satu, kenapa nak buat masalah? Dah ada permata depan mata, lelaki itu nak pula angkut batu yang sudah Elias lemparkan. Clara ni pun satu. Sibuk galakkan sangat si Natrah ni dah kenapa? Haih. Tak faham dia dengan manusia begini.

"You should stop, Natrah. This is wrong. Kenapa kau sibuk nak tinggalkan dia two years ago kalau kau tahu kau takkan dapat move on? Letak diri kau dalam posisi Jasmine. What do you think you'd feel when your boyfriend cheated on you with his ex? Sakit kan? Satu lagi. Kau bukan tak tahu si Haikal tu macam mana. Buaya. Just please, stay away from him" Tegas Maria namun hanya dibiarkan tak berbalas oleh Clara dan Natrah.

Move on?

Macam mana dia nak move on bila Haikal sendiri yang kembali mencuit hati? Sejak dia temui lelaki itu di bar tempoh hari, dia tak dapat lupakan Haikal. Sentuhan lelaki itu, belaian lelaki itu, dia rindu semuanya tentang Haikal. Skrin telefon yang memaparkan perbualan dia dan Haikal minggu lalu. Masih berhenti pada pesanan yang dia hantar kemarin. Jangankan blue tick, double tick pun tidak muncul. Takkan Haikal maksudkan pula apa yang dia bagitahu tempoh hari?

"...and I love her so much"

Sekejap. Takkan Haikal benar-benar maksudkan apa yang dia bilang tempoh hari? Dia memang cintakan gadis bernama Jasmine itu? Biar betul? Cinta tak pernah wujud dalam diri Haikal. Sepanjang dia bersama lelaki itu dulu, mana ada Haikal ungkapkan cinta. Lelaki itu penuh nafsu, hidup hanya untuk mempermainkan wanita. Tapi Natrah tak menolak, dia mahukan Haikal atas dasar yang sama. Atas dasar nafsu.

'Eh. Tak mungkin dia cintakan gadis itu. Mungkin kau salah dengar' Natrah menenangkan hati sendiri yang masih ragu-ragu.

Sudu dan garfu berlaga sesama sendiri, masing-masing seperti tidak mahu memulakan sebarang perbualan di ruang makan milik Dato' Zain. Serius benar, walaupun cuma makan malam keluarga. Tak, ini bukan pertama kali. Setiap malam begini. Datin Karina yang selesai menjamah makanan, mengelap bibirnya dengan napkin sebelum mata itu memerhati Jasmine yang menguis makanan di dalam pinggan.

"Do not play with your food, Jasmine. That's rude. Kalau you tak suka makanan tu, let me know. Mummy akan suruh Mak Kiah masakkan apa yang kamu suka. But not unhealthy food" Tegur Datin Karina.

Jasmine mengangguk seperti kanak-kanak yang baru lepas kena marah ibu. Dia tiada selera nak makan. Tiga tahun dia kembali menetap di sini, apa yang dia hadap setiap hari ialah makanan yang sama. Apa ibu tirinya ini dah gila bagi dia makan benda berwarna hijau setiap masa? Dia bukan haiwan.

"Sekali sekala bagi dia makan apa yang dia nak, apa salahnya? Takkan nak hadap sayur setiap masa? Jasmine bukan kambing. She's an adult now, Rina. Give her space" Dato' Zain cuba memujuk isterinya.

"You pun patut berhenti manjakan Jasmine. Ingat I tak tahu, you lunch di luar dengan Jasmine? Makan makanan penuh lemak, tak sihat macam tu. Tengok badan dia, makin berisi. I pun tak tahu apa dia makan di majlis nikah kawan dia tu"

Dato' Zain dan Jasmine saling berpandangan. Wanita itu pasang mata-mata untuk memerhati setiap tingkah merekakah? "Alah, mummy. Bukan selalu Jay dapat makan di luar dengan papa. Right, you should join us next time"

"Betul tu, Rin. Asyik makan di rumah, bila lagi nak explore makanan di luar? Kasihan Mak Kiah tu asyik masak benda warna hijau aje di rumah"

"Anak dengan papa sama aje. No. Makanan di luar tak menjamin selera makan I. Anyway, macam mana you dengan Haikal? Dia tak buat masalah, kan?"

Jasmine diam sejenak. Nak cakap apa? Sejak Haikal balik sini, hubungan dia dan lelaki itu sedikit janggal. Haikal lebih banyak memilih untuk mendiamkan diri. Macam ada perkara yang lelaki itu sembunyikan. Bila dia tanya, Haikal jadi gagap. Mana dia tak curiga dengan perubahan drastik itu?

"Jasmine?"

"Oh. Hm, fine. Everything's fine. Sebelum tu, Jasmine ada sesuatu bincang dengan korang. Jasmine ingat nak cari kerja. Sejak Jasmine balik ke sini, I've been doing nothing that can be called as productive. Selain main violin dan makan. Bosan. I want to do something. Waitress ke, barista ke, anything. Boleh tak?" Soal Jasmine sopan. Harap permintaan ini dikabulkan oleh mereka.

"No"

"Sure"

Datin Karina melepaskan keluhan. Dia memandang suaminya sejenak sebelum kembali pada Jasmine yang tampak keliru dengan jawapan mereka. "No, Jasmine. You have to understand, bukan mummy nak control your life sampai tak suruh you bekerja. No. I faham you dah terbiasa dengan kehidupan di Frankfurt tapi ini di Malaysia. You buat satu kesilapan dan semua orang akan kecam you. Viralkan you. Mocking you. Apatah lagi, you're our daughter and Haikal's girlfriend. You kena tunjuk sisi sempurna pada orang ramai"

"But mummy, Jasmine pandai jaga diri. Sepanjang Jasmine tinggal di sini, tak pernah kan Jasmine buat mummy dan papa malu? Jasmine rasa Jasmine dah cukup baik unt-"

"Baik sahaja tidak cukup, Jasmine. A woman needs to be perfect in order to live a sucessful, a better life. Remember that" Pintas Datin Karina. Jasmine perlu faham, ada sebab kenapa dia buat begini.

Jasmine mengeluh kasar. Dia memandang ayahnya sebentar, tapi tiada reaksi yang lelaki itu pamerkan. Pasti ayahnya juga simpati, tapi tiada apa yang boleh diubah. Tak dia nafikan, apa yang Datin Karina bicarakan memang ada benarnya. Dia anak kepada usahawan berjaya dan wanita yang dihormati. Dia juga teman wanita kepada pemain bola terkenal yang mengharumkan nama negara. Tapi, takkan tak ada sedikit ruang untuk dia bernafas di dunia yang penuh kepuraan ini?

Melihat riak wajah Jasmine, Dato Zain jadi kasihan pada puteri tunggal itu. Separuh hati ingin membantah, separuh lagi hatinya menyokong kata-kata isteri. Mereka tinggal di dunia yang kebanyakannya manusia hipokrit. Manusia yang ingin menjatuhkan satu sama lain. Dia pernah melalui fasa itu, dan fasa itu juga yang membuat ibu kandung Jasmine meninggal dunia kerana tertekan dengan kecaman manusia.

Dato' Zain mencapai tangan isterinya lembut. Wajah risau Datin Karina dia pandang. "Rin, I know you're right but give her a chance. Jasmine tak boleh terlalu terikat dengan peraturan you. Dia masih muda, banyak peluang untuk dia. So, think about it. Trust her"

Previous: TIGA
Next: 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon