Home Novel Cinta Just Mine
Just Mine
Lemon
3/4/2019 14:31:34
44,154
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
SATU

Riuh sahaja perkarangan rumah milik Encik Badrul. Ada yang sibuk memasang khemah, ada yang sibuk menyusun kerusi meja, ada golongan tua yang rancak berbual dan ada juga kanak-kanak yang seronok bermain sesama sendiri. Barangkali teruja, sudah lama tidak bertemu. Iyalah, bila lagi masa mereka saudara berkumpul begini selain Hari Raya?

Jasmine mengesat peluh yang memercik di dahi untuk kesekian kali. Jari-jemari itu tekun membuat hiasan dan gubahan bunga untuk majlis pernikahan sepupu kepada kawan baiknya itu. Dia hanya meringankan tulang membantu, sesekali mata memerhati Amelia yang sibuk menghias pelamin di depan sana.

Nak harapkan Harry? sampai ke sudah memang tidak siap tugas mereka. Bukan main lagi menghulur tangan, tapi kerjanya merayau ke sana ke sini. Medina yang turut membantu pula sudah menghilang entah ke mana. Jasmine memejamkan mata.


Tarik nafas...


Hembus...


Tarik nafas...


"Hai intan payung!"


Suara garau itu membuatkan tubuh Jasmine duduk tegak, dia membuka mata. Dari nada suara dan penggunaan minyak wangi yang berlebihan itu sahaja dia boleh agak suara itu kepunyaan Amir Hafiz. Abang kepada bakal pengantin. Amir segera duduk di sebelahnya, mengenyitkan mata membuat Jasmine naik meluat. Apa tidak ada kerja lainkah selain mengacau dia?"Awak buat apa ni?"


"Bijaknya soalan. Nampak macam I tengah potong daging ke? You buat apa kat sini?"


Amir tersenyum, marah pun manis juga! "Saja bergurau. Saya buat apa? Hmm apa lagi? Saya datang nak tengok calon tulang rusuk kiri saya buat apa"


"Banyaklah you punya tulang rusuk. Amir, daripada you duduk tak buat apa dan mengacau kerja orang, baik you pergi tolong orang kat luar sana. I ni banyak lagi benda nak buat" Bebel Jasmine. Tidak banyak sebenarnya, dia saja nak menghalau nyamuk bernama Amir itu pergi.


"Saya berdiri kat luar pun tak ada benda juga nak dibuat, Jasmine. Kalau awak nak saya tolong, boleh jugak. Tapi saya mampu tolong tengok awak aje. Nak buat kerja ni semua, saya tak pandai. Bab mengorat awak, itu saya pandai" usik Amir, membuatkan si gadis makin menyampah.


Dia suka menyakat gadis manis itu. Wajah Jasmine yang merah dan ada kala mencuka buat hati dia tercuit girang. Sejak pertama kali dia melihat gadis itu, hatinya automatik memahat nama Jasmine Sofea. Dia tahu gadis itu sudah berpunya, tapi tak salah mencuba nasib? Mana tahu gadis itu mungkin jodoh yang ditakdirkan untuk dia.


Belum sempat Jasmine menjawab, suara Amelia pula muncul tanpa jemputan. "Daripada kau asyik kacau kekasih orang, baik kau tolong aku angkut barang di dalam kereta"


"Aku penat, Mel. Aku baru sampai dari KL, kasi chance aku nak charge tenaga aku. Oh ya, mana team kau? Kenapa suruh Jasmine pulak yang buat kerja ni? Makan gaji buta ke macam mana?"


"Pasal Jasmine, besar aje mata kau terbuka. Team aku ada depan tu, separuh lagi di luar. Dia orang dah siap kerja. Aku cuma minta Jay gubah sikit aje. Dia tak pula merungut macam kau"


"Ek eleh, engkau ni kan. Nasib baik kau kawan baik Jasmine. Kalau tidak, aku dah sekeh kepala kecil kau tu. Ada-ada aje modal kau nak cari gaduh"


Jasmine hanya menggelengkan kepala. Amelia dengan Amir dah macam kucing dan anjing. Pertama kali dia dan Amelia menginjak rumah ini, terkejut juga dia bila tahu Amelia dan Amir pernah bersekolah di tempat yang sama. Tapi entah apa yang membuat dua malaun ini bertengkar antara satu sama lain. Hai, dia kahwinkan jugak mereka berdua ni nanti.


"Oh my God, oh my God. Girls, I ada berita terhangat" ucap Harry, merah sahaja wajah lelaki itu. Apa yang berlaku?


"Kenapa pulak ni, Ris?"


Pap! Lengan sasa Amir menjadi mangsa tamparan Harris, atau lebih dikenali dengan nama Harry. Lelaki itu lembut sahaja luaran tapi bab pukul memukul memang kasar.

"Harry, okey? Oh, back to the topic. Girls, I nampak lelaki hot kat luar sana. Oh my God. Handsome betul!"


Amelia mengeluh panjang. Itu aje? "Kau ni, Harry. Pantang betul tengok lelaki handsome. Kau ke mana dari tadi? Cuci mata? Medina mana?"


Jasmine menggelengkan kepala. Harry dan lelaki handsome berpisah tiada. Mata gadis itu beralih pula pada telefon di atas meja. Kosong. Tiada panggilan, tiada mesej. Haikal buat apa?

Sibuk sangatkah lelaki itu sampai tak menjawab panggilan?

Arian menutup pintu kereta. Sempat lagi bertegur sapa dengan mereka yang ada di sana sebelum menapak ke dalam rumah. Mata itu kemudiannya meliar ke seluruh ruang tamu. Mencari orang yang sepatutnya dia temui petang itu.


"Rian!"


Arian menoleh, membalas teguran Amir dengan anggukan kepala. Banyak-banyak tempat, situ jugak lelaki itu pergi. Dia memerhati setiap manusia di ruang tamu, sampailah mata itu berhenti pada gadis yang sibuk menggubah bunga sambil tergelak kecil mendengar celoteh rakan-rakan.

Anggun.


Kalau dia di dalam cerita kartun, pasti sudah ada bentuk hati mengelilingi dia saat ini. Gadis itu pula akan dikelilingi bunga-bunga, ditemani sound effect yang sesuai. Hai. Gadis itu cuma duduk dan ketawa, tapi rama-rama di dalam perut Arian sudah berlari berkeliaran.

Tatkala wajah manis itu menoleh ke arahnya, mata mereka bertentangan untuk seketika. Jantung Arian sudah berdegup tidak waras. Dingin sahaja pandangan mata itu tapi entah kenapa Arian seperti hanyut dan tenggelam dalam sepasang mata hazel tersebut.


What is wrong with you, Arian?


"Kau dengan siapa ke sini, Rian? Seorang aje ke?" Suara garau milik Amir memecahkan lamunan. Arian berdehem, lantas mengangguk kecil.


"Ha'ah. Telefon kau letak kat mana? Aku call dari tadi tak angkat. Ada benda nak bincang kejap" Balas Arian selamba.


Mata itu sesekali mengerling pada gadis yang masih berbual dengan rakan-rakannya. Apa susah sangat nak larikan pandangan dari dia? Rasa macam dah kena santau pula.


Amir menepuk dahi sebaik sahaja memeriksa poket seluar. "Aku lupa, bro. Aku letak telefon kat atas meja di luar. Jomlah bincang kat luar"


Haikal bangun, sempat lagi menggeliat mamai sebelum sepasang mata itu terbuka. Dia memerhati ruang bilik yang kelihatan asing. Kening Haikal bertaut. Dia di mana?

Telefon yang terlentang di atas laci katil dia capai, terbuntang mata lelaki itu melihat notifikasi yang terlalu banyak. Ada berbelas panggilan tidak diangkat, beberapa mesej tidak berjawab. Dia memegang kepala. Banyak sangatkah dia minum sampai tidak menyedari telefonnya berdering? Apa yang berlaku sebenarnya?

Baru sahaja ingin bangun dari katil, matanya terhenti pada sekujur tubuh yang terbaring lena tanpa seutas benang di sebelah. Haikal menggigit bibir bawahnya. "Damn, I messed up again!"


Mendengar suara Haikal, Natrah turut terjaga dari tidur. Senyuman menggoda dia lemparkan buat pemuda itu. Sempat lagi jari jemari hinggap di dada bidang Haikal. "Good morning, handsome. Last night was great. How about another round?"


Haikal mengeluh panjang. Dia sudah berjanji untuk tidak melakukan perkara ini, tapi bagaimana pula boleh terjebak lagi? "What happened last night, Natrah? Macam mana I boleh ada di sini dengan you? Apa yang you buat dekat I?"


"Seriously? You sendiri yang ajak I ke hotel. You mabuk teruk, Haikal. You even paid all the staffs to shut their mouth on what happened last night. Takkan itu pun you lupa?"


"No, no, no. Ini semua satu kesilapan. I messed up, Natrah. This is so wrong. What am I going to do? I betrayed her and, and I love her so much. Damn, Haikal. What have you done?!" Haikal mengutuk diri sendiri, menyarung pakaian pada tubuhnya. Ini tidak sepatutnya berlaku.


Natrah mengerutkan dahi. Dia turut bangun, berjalan ke almari dan mengambil bathrobe yang masih tersadai pada hanger sebelum menghampiri Haikal. "Relaks, honey. She will never find out what happened last night. No one knows you're here, with me"


Haikal meraup rambut ke belakang. Dia memandang wanita berkulit sawo matang itu sejenak. Natrah wanita yang menarik, dengan bibir yang mungil dan bentuk badan yang menawan. Bohonglah kalau dia tidak tergoda. Dia lelaki yang penuh nafsu. Namun, wanita ini bukan Jasmine. Tidak seanggun Jasmine, tidak setanding keperibadian kekasih hatinya yang manis itu.


Haikal, apa yang kau dah buat?


"I don't know, this is not right. I have to go. You, you jangan cerita apa yang berlaku pada siapa pun. Kalau tak, you tahu apa yang I akan buat!" Ugut Haikal, meninggalkan Natrah yang masih lagi keliru.

Next: DUA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon