Home Novel Cinta AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Im Raimah
28/8/2019 19:52:28
1,229
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 03

“MANA mamat yang nak jumpa aku ni? Takkan sampai sekarang tak datang-datang lagi? 15 minit lagi movie nak mula. Ke dia tak datang?” mata meliar memerhati sekeliling mencari lelaki yang akan dia temui. Tapi dah lebih sepuluh minit dia tercegat dekat depan ni. Bayang lelaki Itu tak kelihatan.

“Mama nak Hara jumpa dia petang ni. So jangan lupa bawa tiket tu. Lepas tengok wayang tak payah dinner sebab Auntie Siti dah atur candle light dinner untuk kamu berdua” kata-kata si ibu kembali terngiang-giang di telinga. Tengok wayangpun dah buat dia rasa cuak. Apatah lagi nak makan malam bersama. oh no! Aku tak nak!  

Inilah dikatakan hidup sukar untuk diramal. Ada sesetengah ibu bapa enggan melihat anak mereka berkahwin pada usia muda. Biarpun anak tu dah gatal sangat nak kahwin dan ada sesetengah ibu bapa yang tak sabar-sabar nak anak kahwin dengan alasan mahu melihat si anak naik pelamin dan menjalani hidup bahagia sebelum orang tua menutup mata.

Penting sangat ke kahwin? Dalam usia yang muda macam ni aku tak pernah terfikir nak kahwin. Banyak lagi benda lain yang aku nak buat. Mungkin kalau ada lelaki yang boleh buat jantung aku berdebar macam crescendo dalam lagu. Aku akan fikirkan tentang cinta.  

Bi cepatlah movie dah nak mula” seorang perempuan berusia awal 20-an memanggil teman lelakinya.

“Tolonglah bawa air. Tak cukup tangan ni” jawab si teman lelaki. Tidak menang tangan dia membawa dua cawan minuman dan popcorn.

“Apalah you ni. Benda ringan macam ni pun nak minta tolong girlfriend” si teman wanita mengambil cawan dari tangan si lelaki lalu berjalan lalu meninggalkan teman lelakinya di belakang. Tengok gaya macam merajuk sahaja .

Hara yang melihat hanya mampu menarik senyum sambil menggeleng. Mesti lelaki tu rimas sebab ada girlfriend yang mengada-ada macam tu. Tak salah rasanya dia tolong teman lelaki dia bawa popcorn atau air tu. Bukan untuk orang lain, untuk dia jugakan. Ish! Tak faham betul hidup ada teman istimewa ni. Berkerut-kerut muka memerhati gelagat pasangan itu. Al maklumlah dia tidak pernah berada dalam situasi seperti itu. Situasinya adalah menunggu orang yang tak tiba-tiba.

“Mamat ni memang nak aku flying kick agaknya!” kaki dia angkat membuat tendangan. Tapi niatnya terbantut bila melihat pergelangan kakinya lebam. Bibir diketap sambil menarik nafas dalam.

“Tak guna Rian Mikail! Disebabkan kau kaki aku terseliuh! Dah lah lutut aku masih tak sembuh. Ergh! Geramnya” penumbuk dia denggam lalu diangkat.

Beberapa orang yang melihat telatah Hara hanya mampu menggelengkan kepala. Hairan mungkin melihat perangai perempuan yang nampak je lembut. Tapi kasar macam lelaki.

“Tunggu! Jangan harap aku nak jumpa kau lagi” bebelnya seorang diri lagi. Kemudian beredar dari situ dalam keadaan kaki terinjut-injut. Sesekali muka berkerut bila kaki kiri cuba melangkah.

 

 

*****

 

 

“URUSAN dekat hotel tu lagi penting dari adik sendirilah ya? Okay, tak apa. Aku akan tunggu. Manalah tahu dapat jodoh. Dahlah tadi nak setengah jam aku berdiri tunggu manusia yang tak kunjung tiba. Sekarang kena tunggu lagi. Hidup ni memang untuk menunggu ya?” bebelnya. Dia tunduk mengurut kaki yang terseliuh.

“Eh, hai Miss Gurun Sahara. Seorang je?”

Dia mengerutkan dahi apabila suara yang dikenali itu menyapanya. Perlahan-lahan dia mendongak. Kelihatan Erika tersengih-sengih memandangnya.

“Oh hai miss Erika. Tak nampak ke ada lelaki kacak sebelah saya ni?” jawabnya. Sempat juga dia menoleh ke kanan lalu tersenyum.

“Huh! Perempuan gila” Erika menggeleng dan beredar dari situ.

Aku gila? Hara menuding jari ke mukanya sendiri. Kemudian ketawa sebelum memandang Erika yang meninggalkan dirinya.

“Hei, tak nak berkenalan dengan boyfriend I ke?” katanya sambil ketawa.

 Laju langkah Erika mendengar kata-kata Hara. Tak pernah lagi dia jumpa perempuan tak waras seperti itu. Padanlah tak ada lelaki nakkan dia selama ni.

Eh, Dah pukul 7.00 malam. Filem pun dah habis. Kenapalah aku tak masuk je tengok seorang-seorang tadi. Bodoh! Bebelnya lagi sambil menumpukan perhatian pada skrin telefon.

 Sementara menunggu Harris menjemputnya entah pukul berapa. Lebih baik dia habiskan masa dengan menonton video-video Running Man untuk menghiburkan hati sendiri. Memandangkan dia malas nak berjalan dengan kaki yang sakit.

Berkerut-kerut mukanya menahan tawa bila melihat Kwang Soo dipukul manja oleh Kim Jong Kook. “Lee Kwang Soo ni kalau satu episode tak buat hal tak boleh ke? Kadang-kadang tengok dia ni hensem juga. Tapi tak guna juga kalau muka hensem, perangai ke laut China Selatan macam Rian Mikail tu”

Ri… Rian? Dahinya berkerut. Entah kenapa tiba-tiba sahaja  nama itu meniti di bibir. Rasa geram masih lagi membuak di hati bila lelaki itu pergi begitu sahaja  tanpa membantunya. Dia akui memang salahnya kerana merempuh Rian dari belakang. Tapi apa salahnya kalau dia bantu Hara. Walaupun dia tidak sukakan Hara.

“Nama cantik, muka handsome ada mirip chinese look sikit. Tapi perangai tak secantik rupa. Sombong, dingin, poyo. Macam manaalah perempuan-perempuan dekat luar sana tergila-gilakan mamat dingin mata helang tu” bebelnya lagi.

“Ehem” dehem seseorang.

Tubuh Hara membeku saat 

mendengar suara yang agak biasa didengari itu. Perlahan-lahan muka diangkat untuk melihat wajah pemilik suara tersebut. Mata tak berkelip bila seorang lelaki berdiri merenungnya tajam.

Alamak, macam mana mamat dingin, mata helang tu boleh muncul depan aku pula? Takkan dia datang sebab dengar aku mengata dia? Bisik hatinya. Mata masih tidak lepas memandang Rian.

“Hi mamat dingin, mata helang. Awak buat apa tiba-tiba muncul dekat sini? Ingatkan dah tinggalkan mall ni sampai tak menyempat tolong saya tadi” sapa Hara dengan sekali nafas. Entahlah itu sapaan atau sindiran. Pandai-pandailah Rian mentafsirnya.

Rian ketawa kecil mendengar kata-kata Hara. Bila melihat gadis itu dari jarak dengan seperti ini membuatkan dia terfikir sama ada keputusanya untuk bertemu dengan gadis itu baik ataupun satu kesilapan kerana Hara hanya menggunakan peluang ini untuk memerlinya.

“Bukan main lagi awak mengata saya tadi. Mamat dingin, mata helang? Excuse me itu bukan nama saya. Jangan fikir saya tak dengar apa yang awak cakap dari tadi” ujarnya dengan renungan tajam.

“Saya memang nak bagi awak dengar” selamba sahaja  jawapan itu keluar dari bibir nipis Hara. Sempat juga dia tersenyum bila melihat wajah cuak Rian. Dia lagi suka kalau Rian tahu betapa teruknya pandangan orang lain terhadap sikap dingin Rian terutamanya dengan perempuan. Tak mesra langsung. Tapi perempuan-perempuan dekat luar sana masih terkejar-kejar.

“Huh!”  sinis. Rasa menyesal pun ada juga kerana bersimpati dengan gadis itu.

“Ambil ni” Rian menghulurkan sesuatu pada Hara.

Apa pula ni? Wajah Hara berkerut bila melihat Rian menghulurkan plastik putih kepadanya.

“Benda apa ni? Awak jangan nak bagi saya benda tak elok” katanya dengan agak curiga. Sepanjang mengenali Rian tak pernah sekalipun lelaki itu berbuat baik seperti ini. Jangan-jangan ada udang di sebalik batu tak?.

“Tak nampak ke tu plastik ubat, satu tu wafel?” jawab Rian.

“Nampak. Tapi sahaja  tanya” selamba sahaja  dia tersenyum selepas mengusik mamat dingin, mata helang itu.

“Ambillah”  tangan Rian masih menghulurkan plastik ubat dan wafel padanya.

Ambil ke tak? Tapi kalau aku tolak kesian pula kat dia ni. Dia dah penat-penat beli. Tak pasal-pasal membazir. Ambil ajelah Sahara Irdeena. Bisik hatinya merenung plastik di tangan Rian.

“Terima kasih” ucapnya. Pemberian Rian diterima.

Rian hanya mengangguk sebagai jawapan ucapan terima kasih dariapda gadis itu. Anak matanya masih melihat Hara mengeluarkan sedikit hujung waffel strawberry chocolate yang panas.  

Yummy sedap” puji Hara tersenyum gembira. Mamat dingin, mata helang ni macam tahu-tahu aje aku memang tengah lapar. Nak pergi beli sendiri. Kaki pula sakit.

“Baguslah kalau awak suka” kata Rian. Kemudian dia berpaling membelakangi Hara. Niat di hati mahu beredar dari situ kerana tidak ada lagi perkara yang ingin diakatakan.

 “Awak nak ke mana?” soal Hara. Mematikan langkah yang baru sahaja  hendak diambil.

“Marilah duduk teman saya. Dahlah lima tahun lepas awak pergi macam tu je masak kat airport. Tadi pun awak belah macam tu je tak tolong saya. So sekarang awak kena teman saya sampai abang saya datang” kata Hara bukan main panjang lebar lain.  

Rian ketap bibir lalu menoleh. Dia masih ingat lagi apa yang jadi lima tahun lepas? Bisik hatinya. Kelihatan Hara menepuk-nepuk kerusi sambil tersengih memandang ke wajah kosong Rian. Entah-entah dia ni ada plan jahat nak malukan aku. Tengoklah senyuman tu, tak ikhlas langsung. Lagi satu buat apa di ungkit cerit lampau. Aku dah minta maaf kut. Perempuan memang menakutkan. Bisik hatinya 

“Awak tak perlu risaulah. Saya ni bukannya dingin macam awak. Marilah duduk teman saya. Saya jadi macam ni sebab terlanggar awak tadi. So awak kena bertanggungjawab” tersenyum nakal. Dia yang jalan tak pandang depan. Rian pula yang terpaksa bertanggungjawab. Dunia sudah terbalik agaknya.

“Awak yang salah. Saya pula kena bertanggungjawab?” Rian menggeleng.

Hara hanya angkat kening sebagai jawapan pada pertanyaan Rian. Kemudian dia meneguk sedikit air green tea sambil mengerling ke arah Rian. Wajahnya seperti biasa dingin. Tapi matanya kelihatan lebih tenang berbanding sebelum ini.

“Are you okay?”

Pertanyaan Rian mengejutkan Hara. Dia tanya aku okey ke tak? Biar betul Rian ni? Sejak bila pula dia care pasal aku? Dia belikan ubat, wafel, duduk sini dengan aku pun dah macam mimpi ngeri. Sekarang dia tanya aku okey ke tak? Entah-entah… dengan pantas dia menoleh.

Mata berkelip-kelip memandang Rian dengan dahi sedikitberkerut.

“Kenapa tengok saya macam tu?” soal Rian. Seram juga melihat renungan gadis itu.

“Kenapa awak nak tahu saya okey ke tak? Awak berminat dengan saya?” kening diangkat sambil hujung bibir mengukirkan senyuman nakal.

“Jangan perasan” seperti hendak ketawa pun ada bila dia mendengar kata-kata Hara tadi.

Hara juga turut kersengih melihat reaksi Rian. Apa yang kelakar sangat dengan pertanyaan itu? Entahlah dia sendiri kurang pasti. Dia cuma bertanya kerana berasa hairan dengan kelakuan pelik Rian. Tak pernah-pernah dia ambil peduli tentang perempuan apatah lagi perempuan itu Sahara Irdeena.

“Saya cuma bertanya atas dasar kemanusiaan” itulah jawapan realistik yang diberikan oleh Rian untuknya.

Hara mengangguk-anggukkan kepala dengan bibir muncung ke depan. Peri kemanusiaanlah sangat ke sebab… tiba-tiba mata Hara liar memerhati persekitar pusat membeli belah tersebut. Gayanya tidak ubah seperti sedang mencari seseorang.

“Awak cari siapa?” mata Rian turut meliar.

“Erika” serius dia memberikan jawapan.

Erika?” bulat matanya mendengar nama keramat itu   

“Ya aebab Erika ada dekat sini. That’s why awak baik dengan sayakan?” teka Hara. Serius.

Excuse me, kenapa saya kena buat macam tu?” dahi berkerut.

“Pertama sebab awak tahu Erika tak sukakan saya. So awak gunakan kesempatan tu untuk jadikan saya ni tempat awak larikan diri. Am I right?” tekanya.

“Jangan nak merepek. Saya tak ada masa nak gunakan awak dalam masalah saya” jawab Rian melarikan pandangan ke tempat lain.

“Tapi… kenapa awak tak terima aje Erika? Dia tak pernah putus asa untuk kejar…” belum sempat dia menyebut perkataan seterusnya. Rian pula bersuara.

“Keputusan di tangan saya sama ada nak jadikan dia teman wanita saya atau tak” mata kembali menikam ke wajah Hara.

“Tahu. Awak tak kesian ke tengok dia terkejar-kear cinta awak. Tapi awak sikitpun tak beri dia peluang. Saya tahu perangai bimbo dia tu agak merimaskan. but still

“Awak tak kenal siapa Erika. So don’t say anything”  

“Okey” Hara mengangguk-anggukkan kepala lalu menyedut sedikit lagi air green tea yang aipegang. Sesekali mata mengerling ke arah Rian yang mendiamkan diri. Dia masih berasa ingin tahu sebab mengapa Rian berkelauan dingin terhadapnya dan tak dapat menerima Erika yang pada pandanganya tulus mencintai Rian seorang.

Kalau disebabkan sikap Erika yang merimaskan, gedik, bimbo dan pelik. Semua tu kan boleh diubah. Dia boleh perlahan-lahan mengubah Erika ke arah yang lebih baik. Tapi perasaan manusia sukar untuk ditafsirkan dan cinta itu bukanlah satu perkara yang boleh dipaksa.

Tiba-tiba Rian Mikail angkat punggung dari kerusi. Sudah tidak ada apa-apa lagi yang ingin dia bualkan bersama gadis itu. Jadi lebih baik dia beredar untuk menyertai Shazreen dan Khalish melepaskan tekanan dengan berkaraoke. Namun belum sempat kaki kanan melangkah ke hadapan.

“Hei, awak nak pergi macam tu lagi?” soal Hara berbaur sindiran.

Rian menoleh. “So awak nak saya pergi macam mana?” soalnya pula dengan hairan. Tak cukup ke dia sudah belikan bukan setakat ubat. Tapi dengan makanan untuk alas perut sekali.

“Saya nak awak sapu ubat dekat kaki saya yang seliuh ni. Saya jadi macam ni sebab langgar awak tadi” tersenyum.

Bulat mata Rian mendengar bait-bait kata yang keluar dari bibir manis Hara. Sapu ubat di kaki perempuan tu? Seumur hidupnya belum pernah dia melakukan perkara seperti itu. Apatah lagi dengan perempuan. 

Huh! Are you crazy?” soal Rian.

“Yes” jawab Hara serius.

“Awak nak saya sapu ubat dekat kaki awak? I’m not your maid. Tangan awak masih ada. So…” kata-kata Rian mati serta merta saat mata terpandang seorang perempuan. Berskirt pendek paras lutut sedang menaiki escalator. Tangan kanan perempuan itu menjinjing bakul dari butik berjenama.

Er… Erika? Dia buat apa dekat sini? Bisik hati Rian sambil mata tidak berganjak dari memerhai Erika yang dalam perjalanan menuju ke arah mereka.

“Tak apalah kalau awak tak sudi nak tolong saya. Awak ni sama aje dengan Erika. Bencikan saya tanpa sebab” hara masih lagi membebel tanpa menyedari kehadiran Erika berhampiran dengan mereka.

“I’ll do it” dia mengeluarkan ubat sapu dari plastik lalu duduk berlutut di depan Hara.

Tindakkan itu benar-benar mengejutkan Hara. Matanya tidak berkelip memandang Rian yang sedang mencabut kasut tumit tingginya dari kaki. dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja  lelaki itu berubah fikiran.

“Ah” wajahnya berkerut menahan kesakitan saat Riann mengangkat kaki kiri untuk diletakkan di atas lututnya.

“Kaki awak bengkak. Rasanya awak tak pulih lagi lepas cedera empat bulan lepas” kata Rian. Tumpuan sepenuhnya pada kaki Hara yang kelihatan membengkak dan berwarna biru lebam.

Tidak pernah dia membayangkan akan ada adegan seperti ini antara dia dan Rian. Peliknya, kenapa aku rasa berdebar pula bila dia buat macam ni? Nak kata romantik. Tak adalah romantik mana. Tapi… perlahan-lahan tangan merasai degupan jantung yang terasa berdegup pantas.

Rian angkat muka pandang Hara. Dapat dia melihat gadis itu sedang merenungnya. Tapi fikiran gadis itu entah mengelamun ke mana. Dia kembali tunduk dan mengurut lembut kaki Hara. Dalam hati tertanya kalau-kalau Erika sudah berada jauh dari situ.

Oh my god! Apa yang aku fikir ni?” Hara tersedar dari lamunannya lalu menampar lembut pipi sendiri.

“Berangan?” soal Rian. Dia berdiri. Ubat diberikan semula kepada Hara.

Hara angkat muka lalu mengambil ubat tersebut dari tangan Rian. Ya Allah ini bukan mimpi. Mamat dingin mata helang tu memang betul-betul berlutut semata-mata nak sapu ubat untuk kaki aku. Tapi… tapi kenapa dia ubat fikiran buat semua ni? Bertubi-tubi pertanyaan itu menyerang mindanya.

Sementara itu Rian hanya berdiri tenang sambil mata meliar memerhati sekeliling. Erika sudah tak kelihatan berhampiran dengan mereka.  

“By the way I have to leave now” melihat jam di tangan.

“Rian wait” panggil Hara. Menghentikan langkah Rian untuk yang kesekian kali. Dia menoleh ke arah gadis itu.

“Thank you” ucapnya dengan sekilas senyuman. 

Ucapan terima kasih itu hanya dibalas dengan satu anggukan dan dia mula mengatur langkah beredar dari situ. Hara hanya duduk ditempatnya memerhati Rian sehinggalah bayang-bayang lelaki itu hilang dari pandanganya. Selama hampir empat tahun ini adalah kali pertama mereka duduk berdua dalam keadaan yang tenang. Selalunya bertekak sahaja .

Previous: Bab 02
Next: Bab 04

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.