Home Novel Cinta AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Im Raimah
28/8/2019 19:52:28
1,227
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 02

SEJAK tadi Aaron, kawan baik kepada Hara hanya memerhati sahabat yang dia kenali sejak di bangku sekolah itu itu membelek satu-satu baju yang tergantung di salah sebuah butik dekat pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Minah ni nak beli ke tak? Kalau tak nak beli baik keluar sekarang. Jangan sampai pekerja ni halau pula. Malu kot! Bisik hatinya. Mata mengerling ke arah seorang pekerja yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Hei, kau nak beli ke tak?" bisik Aaron.

Hara menghela nafas panjang lalu melarikan pandangan pada Aaron.inilah susahnya kalau shopping dengan lelaki. Nak cepat je. Kalau dengan Tiara berjam-jam dalam satu kedai pun tak apa.

“Nak beli ke tak erk?” keluhnya. Wajah Aaron dia pandang.

What? Amoi, dari tadi belum pilih ke?” muka Aaron berkerut.

I don’t know. Aku tengah serabut ni”   

"Kau serabut pasal date yang mama kau dah atur tu ke? Alahai, pergi ajelah bukannya dia paksa kau kahwin dengan lelaki tu. Lagipun kau dah biasa apa hadap benda-benda macam ni" tersenyum. Senang sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya yang manis

"Amboi! Apek Cakap memanglah senang. Tapi yang kena jumpa lelaki entah siapa-siapa tu aku. Ke kau nak ganti aku?" tajam mata memandang Aaron.

“Hello, kau fikir aku adik-adik? Ini Aaron Lee lelaki sejati yang hanya mencintai gadis-gadis di luar sana” jawab Aaron, sempat juga mata dikenyit pada pekerja perempuan yang memandang mereka.

Pekerja perempuan itu mengggeleng dan beredar.

“Amppantaboi, gatalnya. Tapi satu perempuan pun tak berkenan dengan kau” perli Hara. Mati senyuman di bibir Aaron.

 "Excuse misspekerja tadi mendekati mereka.

“Yes beauty” pantas Aaron menjawab. Senyuman diukir semanis gula.

“Maafkan saya. Tapi miss berminat nak beli ke tak? Dah 45 minit miss berdua tercegat dalam kedai ni tak ambil apa-apa" soal pekerja tersebut. Bunyi macam menyindir pun ada juga.

Aaron merapatkan sedikit bibir ke telinga Hara. "Kan aku dah cakap. Baik kau beli sebelum kita kena halau" tersenyum memandang pekerja tersebut. Malu wey! Nasib tak ramai orang dalam butik ni.

“Bukan kau nak mengorat dia ke tadi?” balas Hara. Juga berbisik. Kemudian melarikan pandangan pada pekerja itu.

"Saya nak ini, ini, ini dan..." dia mengambil dua pasang seluar jean lalu diberikan pada pekerja tersebut. Niat di hati dah malas nak beli. Tapi malu pula bila pekerja tu pandang mereka seperti orang tak berduit.

"Oh ya, aku nak beli sweater juga. Hari-hari duk pakai sweater sama" dia mencapai dua pasang sweater lalu dibawa ke kaunter. Aaron hanya mampu melihat gelagat kawannya itu. Sahara Irdeena seorang yang jarang berbelanja. Tapi kalau dah jumpa barang yang dia nak lupa segalanya. Macam harimau terlepas dari kandang pun ada juga.

"Beb" Aaron berdiri di sebelah Hara. Kelihatan kawan baiknya itu sedang mencari-cari kad credit yang dihadiahkan oleh Harris untuknya.

"Kenapa apek?" Hara melarikan pandangan pada Aaron.

“Sorry aku terpaksa tinggalkan kau. Aku ada hal sikit” senyum. Muka macam tak rasa bersalah pun.

“Kau nak pergi mana? Siapa nak teman aku dari belakang masa tengok wayang dengan lelaki tu nanti? Janganlah pergi” rayu Hara. Baju Aaron dia tarik. Pekerja di kaunter hanya mengerling gelagat mereka yang tak ubah seperti pasangan kekasih.

“Aku kena beli barang uncle aku suruh. Tengok wayang je kan? Ramai orang kot. Kalau dia apa-apakan kau, kau jerit je. Kalau tak kol aku” jawabnya.

Hara menarik nafas dalam sebelum dihembus berat. Nampaknya terpaksalah dia jumpa lelaki tu seorang-seorang tanpa bodyguard cinanya yang muka ala-ala bintang K-Pop ni.

 

 

*****

 

 

MATA terbuntang pada resit yang tertulis jumlah kesemua barang yang dia beli dari butik berjenama yang sedang mengadakan jualan potongan harga sebanyak 50 peratus. RM700? Ni cukup belanja makan aku dua bulan dekat Seoul. Kalau tak selalu makan dekat luarlah.

"Tak apalah Hara. Bukan selalupun" tersenyum lalu meneruskan langkah ke hadapan sambil memasukkan resit ke dalam purse.

Shopping menghabiskan duit dah, makan tengah hari pun sudah. Sekarang teringin nak makan kek dekat kafe sementara tunggu pukul 5.30 petang. Entah datang ke tidak lelaki tu. Aku sudahlah tak kenal dia langsung”

Gedebuk!  

Dia merasakan kepalanya terhantuk sesuatu yang keras. Serentak dengan itu badan tertolak sedikit ke belakang lalu terduduk jatuh di lantai pusat beli belah yang sibuk dengan kehadiran orang ramai. Purse dan plastik terlepas dari genggaman. Kelihatan wajahnya berkerut menahan rasa sakit di kepala dan kaki yang terseliuh.

"Alamak! Malunya nak angkat muka! Mesti orang tengah gelakkan aku sebab langgar tiang macam mana kalau video aku langgar tiang ni tular? Dua kali ganda malu" gumamnya. Menekap kedua-dua tangan pada muka. Tak sanggup nak pandang orang sekeliling.  

"Bro, I'll call you back"  seorang lelaki berkemeja biru berdiri di hadapan Hara menoleh. Dahinya berkerut bila melihat seorang gadis anggun memakai blaus dengan skirt labuh dan bertumit tinggi terduduk di atas lantai pusat beli belah.

"Dia ke yang langgar aku tadi?" gumamnya menggeleng. Kemudian pandangan meliar memerhati sekeliling. Kelihatan orang ramai sedang memerhati mereka. Ada juga yang sedang merakam situasi tersebut. Nak muat naik dekat media sosiallah tu.

Nak tolong ke tak? Kalau aku tak tolong orang kata aku kejam pula. Minah ni pun satu. Lain kali jalan tu pakai mata. Jangan pakai kepala lutut. Dalam dilema hendak menolong atau tidak itupun. Sempat juga dia membebel.

"Err... excuse me miss, are you okay?soalnya sedikti takut. Manalah tahu perempuan itu tiba-tiba bangun dah memanggilnya sebagai penyumbahlewengan. Al-maklumlah perempuan abad ke-21 ni bukan semuanya boleh percaya.

"I'm sorry. Let me help you" badan dibongkokkan sedikit sambil menghulurkan tangan pada Hara. Dia tidaklah semesra mana. Apatah lagi mahu menolong orang yang tak dikenali. Tapi keadaan gadis itu agak menyedihkan dimatanya. Sempat juga mata menjeling orang yang memandang mereka.

Tak nak! Tak nak! Aku tak nak buka mata! Malu! Mesti orang tengah ketawakan aku sekarang. Tia, selamatkan aku! Laungnya dalam hati. Sakit kerana malu lebih sakit dari kaki yang terseliuh dan punggung yang terhempas dekat lantai keras.

"I'm so sorry. Cepatlah bangun orang tak ramai ni"  sambungnya. Tangan masih dihulur untuk membantu gadis yang tak berganjak langsung dari kedudukannya.

Oh my god! Apa hal sweet sangat mamat ni? Perlahan-lahan tangan dia alihkan dari muka dan melihat sepasang tangan dihulur untuknya.  

Perlahan-lahan dia angkat muka memandang tepat ke wajah lelaki itu. Senyuman yang tadinya terukir manis. Mati serta merta seperti ditelan badai Tsunami saat mata mereka bertemu.

"Awak?" mata Rian bulat ketika menyedari perempuan itu adalah Hara. Tangan yang tadinya erat memegang tangan Hara dengan pantas dilepaskan. Berdebuk! Hara yang baru sahaja  hendak bangun. Kembali terduduk di atas lantai. Kemudian dengan selamba lelaki itu mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket dan memberikan tangan yang tadinya memegang Hara.

"Hoi! Rian Mikail" jerit Hara bengang. Dia tak kisah kalau satu mall itu dengar. Tapi Rian masih sibuk membersihkan tanganya.

"Huh! Macamlah tangan aku kotor sangat. Dasar mamat dingin, mata helang!" sambungnya dengan geram. Kalaulah lantai ni pasir dah lama dia lepaskan penumbuk. Tapi dia masih waras untuk mencederakan tanganya sendiri. Cukuplah kaki yang cedera.

"Hei, kau tak nak tolong aku ke?" soal Hara. Mukanya berkerut menahan kesakitan pada bahagian kaki akibat kecederaan yang dia alami empat bulan lepas.

Rian yang tadinya sibuk membersihkan tangan dengan sapu tangan melarikan pandangan pada Hara. Tiba-tiba dia mengulumkan senyuman sinis. 

Huh! Boleh pula dia senyum mengejek macam tu?! nasib baik kaki aku injured. Kalau tak dah lama kau terima kick aku tahu tak?! entah apa dosa aku sampai dia tak suka aku. Rasanya aku tak pernah belasah dia sebelum ni.bisik hatinya. Mata tidak lepas memandang ke wajah dingin Rian.

"Kau ni bukan setakat mamat dingin, mata helang. Tapi manusia tak ada perasaan. Tolong orang bukannya ikhlas. Dahlah tu berlagak suci. Macamlah tangan aku kotor sangat. Kalau tak samak ajelah tangan kau tu" bebel Hara geram. Bibirnya sudah muncung ke depan ketika bercakap.

"Kau? Sekarang siapa tak ada adab? Awak ke saya? Im not your friend yang awak boleh panggil 'kau' balas Rian geram.

"Oh? Tak sopan? So kau nak aku panggil kau apa? Awak? Sayang? Baby? Hubby? Atau oppa? Escuse me in your dream Rian" ucapnya sambil ketawa. Dia ni memang tak sedar diri sakit-sakit macam tu pun mulut masih puaka

Bait-bait kata yang meluncur seperti air dari mulut Hara telah mengubah keputusan Rian. Tadinya dia memang ingin membantu gadis itu. Tapi sikap biadab dan bahasanya yang kasar seperti soerang samseng menyebabkan Rian merasakan perempuan seperti Sahara Irdeena tak layak untuk mendapatkan pertolongan. Biarlah dia bangun sendiri.

"Bercakap dengan awak ni cuma buang masa saya.” muka Rian sudah bertukar kemerah-merahan kerana menahan rasa marah. .

"Cakap dengan manusia yang tak ada perasaan lebih teruk dari robot macam awak lagi buang masa. Huh!" balasnya tidak mahu mengalah.

"Huh!" sinis juga Rian membalas. Dia berpaling membelakangi Hara dan terus beredar dari situ. Buang masa sahaja  dia membantu manusia yang tak beradab sepertinya.

"Pergilah, pergi! Macam aku tak boleh bangun sendiri" kata Hara sambil melihat Rian beredar tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. Ergh geramnya! Penumbuk dia genggam seperti hendak memberikan tumbukkan percuma pada mamat dingin, mata helang itu.

 

 

*****

 

 

Incheon International Airport, Korea

"Korea im here! Yahoo!" laung Hara gembira sambil mendepakan kedua-dua tangan. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan menghirup udara musim luruh di negara Winter Sonata itu.

Akhirnya impian untuk melanjutkan pengajian di Korea menjadi realiti. Walaupun pada awalnya ditentang keras oleh ibunya kerana bimbang Hara bersendirian. Tapi selepas mendapat tahu Tiara juga dapat melanjutkan pengajian di universiti yang sama barulah Puan Shida  dapat menghela nafas lega.

Dia memerhati ragam manusia yang berada di situ. Ada yang baru sahaja  keluar dari kereta bersama bagasi, ada juga yang mengangkat barang ke dalam perut teksi, tidak jauh dari situ pula kelihatan sebuah bas persiaran dengan penumpang sedang beratur menaiki bas tersebut dan ada juga yang sedang berdiri menunggu sepertinya.

Aku nak naik apa? Subway? Bas? Teksi? Kak Maya tak dapat nak ambil. Hmmm... tak apa, naik teksi ajelah. Lepas tu tunjuk alamat yang Kak Maya beri kat pak cik teksi. Kebetulan sebuah teksi berhenti didepannya. Dia mengatur langkah setapak demi setapak ke hadapan. Namun baru tiga tapak langkahnya. Tiba-tiba seseorang datang merempuhnya dari belakang dengan kuat.

Hara yang tak dapat mengimbangi badan terus jatuh tersembam memeluk bagasinya yang juga terbaring di atas lantai. Ya Allah, bala apa pula ni?! makhluk apa yang tak nampak aku sebesar alam berdiri dekat sini. Sakit wei! Wajahnya berkerut menahan sakit dada dan perut yang terkena bagasi. Lutut dan belakang badan juga terasa sakit kerana terkena sesuatu seperti troli.

"Excuse me miss? Are you okay?" seorang lelaki menyapanya.

Alamak... malunya! Mesti orang tengah gelakkan aku. Kalau tak rakan video aku lepas tu viralkan. Malu! Tak nak tunjuk muka. Hara menggeleng-gelengkan kepala yang terlekap pada bagasi sambil mata masih lagi tertutup rapat. Malu, malu dan malu itulah yang dia rasakan saat ini.

"Miss? Do you hear me??" soal lelaki itu. Kemudian mengerlingkan mata pada jam dan teksi yang berhenti di hadapan mereka. Alahai minah ni nak main drama pula. Aku dah lah kejar masa.

"No thank you. I can help myself. Leave me" jawab Hara menolak mentah-mentah bantuan itu kerana malu.

"Once again im so sorry for pushing you from the back. Im rushing" kata lelaki itu dengan sedikit rasa bersalah.

Rushing? Push from the back? Wait! Maknanya dialah yang langgar aku dari belakang?! ingatkan hero Korea datang tolong. Bibir Hara ketap lalu perlahan-lahan dia bangkit bangun. Rasa malu kerana jatuh tertiarap di atas bagasi sendiri tak lagi dihiraukan.

"Wait!" panggilnya.

Rian menoleh.

Mata mereka bertentangan. Dapat Rian lihat muka Hara sudah merah padam. Mungkin kerana malu atau mungkin juga kerana marah. Tapi dia yang sedang mengejar masa hanya menundukkan sedikit kepala dan berjalan menuju ke teksi.

"Hey, im talking to you" Hara dengan rambut kusut berlari mencapai lengan Rian.

"What? I just apologize to you. Isn't enough yet?. Im rushing. Let me go" balas Rian dengan sedikit kasar. Dia melepaskan pegangan tangan Hara.

"Huh!" Hara ketap bibir geram. Dia hanya melihat Rian memasukkan barang ke dalam perut teksi. Permintaan maaf itu bukanlah tidak mencukupi. Tapi dia mahu tahu kenapa lelaki yang berlagak itu merempuhnya dari belakang. Mata letak kat mana?.

"Hei pakcik lain kali jalan guna mata! Jangan fikir nak rush je. Kalau aku cedera tadi kau nak bayar bill hospital aku? Muka je handsome. Tapi adab ke lautan pasifik!" marah Hara. Lelaki tu bukannya faham pun dia cakap apa. Orang sekeliling hanya memandang tanpa mengerti maksud disebalik kata-katanya tadi.

Previous: Bab 01
Next: Bab 03

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.