Home Novel Cinta AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Ema Raimah
28/8/2019 19:52:28
4,755
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 05

TAK cukup bekerja di kedai serbaneka dekat Itaewon. Hara turut bekerja di kafe pada setiap hari selasa, rabu dan khamis memandangkan waktu itu dia tak ada sangat aktiviti yang dibuat pada waktu malam melainkan assignment dan final project.

Malam ini dia bertugas menguruskan bahagian kaunter dan mengambil pesanan pelanggan. Ini memang kerja yang dia suka kerana dapat berinteraksi dan melihat bermacam-macam ragam manusia.

Ketika dia sedang sibuk membersihkan meja kaunter datang seorang pelanggan wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an.

“Annyeonghaseyo, Jumun mwo isseoseoyo? (Boleh saya ambil pesanan cik?)” soalnya dengan ramah. Senyumam menag tidak pernah lekang dibibir jika bekerja. Meskipun ada masalah yang melanda, dia tetap akan berikan senyuman yang seikhlas mungkin.

“Latteneun hana geurigo double choco keikeu hana juseyo (Satu Latte dan kek coklat) pelanggan wanita berambut pendek paras bahu itu menghalakan jari ke arah kek yang tersimpan dalam cermin pameran kek.

“Ne, jamkanman gidaryojuseyo seonnim (Baiklah, sila tugnggu sebenatar ya)” dia memberikan semula kad kredit, resit dan nombor kepada pelanggan tersebut.

Apabila pelanggan wanita itu pergi dia cepat-cepat menyiapkan pesanan pelanggan dan mengeluarkan sepotong kek dari dalam cermin pameran kaca sebelum diberikan kepada rakan sekerjanya Ji soo yang bertugas untuk menghantar pesanan pelanggan ke meja mereka.

“Table?” soal Ji Soo bersama kek dan minuman di atas talam.

“10” jawabnya.

“Okay” Ji Soo mengangguk dan terus bergerak ke meja yang berada di hujung denkat dengan dinding.

Hara kemudian menghela nafas panjang sambil membetulkan rambut depan yang sedikit kusut. Masa kerja macam ni dia sudah lupa bagaimana dengan wajahnya. Apa yang dia tahu dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai pekerja untuk memastikan semua pelanggan yang datang berpuas hati dengan servis dari kafe mereka.

‘Ding! Dong!’

Loceng kafe berbunyi menandakan ada pelanggan masuk ke dalam kafe. Hara yang sedang berdiri membelakang dengan pantas berpaling ke hadapan menyambut ramah kedatangan pelanggan yang seterusnya. Ramai pula yang berkunjung ke kafe mereka malam ini.

“Annyeonghaseyo…” ayatnya terbantut sebelum sempat dihabiskan apabila melihat manusia yang berdiri dihadapanya ialah Daniel Im atau nama Koreanya Im Chang Kyun.

Dia ni lagi! Kenapalah sejak dua menjak ni mamat Korea celup ni selalu je muncul depan aku? Takkanlah jodoh? Handsome sangat ni kalau nak buat laki. Nanti tak pasal-pasal jadi rebutan orang lain. Isk! Apa yang aku merepek ni? Hara menggeleng-gelengkan kepalanya.

Daniel kerut dahi apabila melihat telatah gadis itu. Ini tak lain tak bukan mesti berangan? Daniel tarik senyum. Tetapi cepat-cepat dimatikan ketika mendengar suara gadis itu bertanyakan soalan.

“Can I have you’re order Mister Im Chang Kyun?” dia bertanya dan buat pertama kalinya dia memanggil Daniel dengan panggilan Chang Kyun. Terasa janggal dan pelik pula.

Hot chocolate dua”

“Itu je?”

“Ya”

“Semuanya 11.000won” 

Daniel memberi wang tepat 11.000 won. Hara memberikan resit dan nombor lalu meula menyiapkan pesanan Daniel. Namun tumpuanya terganggu apabila jejaka kacak itu cuma berdiri di tepi dan bukanya duduk di meja menunggu sehingga dia menghantar pesananya.

“Awak kenapa tercegat kat sini?” Hara bertanya pelik.

“Saya bukanya nak lepak dekat sini. Saya nak balik” jawab Daniel.

“Faham” Hara mengangguk. Bawa balik rupanya. Tapi, satu lagi untuk siapa? Erika? Isk! Tak mungkin. Ah, untuk siapa-siapa ajelah aku peduli apa? Not my business. 

“Hara you can leave after you’re finish Daniel order. 9.00PM already” kata Ji Soo. Dia bersedia untuk menggantikan tempat Hara. Sempat juga dia menyapa Daniel dengan sekilas senyuman.

“Really? Okay” Hara senyum gembira dan melakukan kera dengan lebih pantas. Tetapi penuh berhemah untuk mematikan rasa minuman yang dibuat sama.

“Chang Kyun-sshi this is you’re order. Enjoy” Hara memberikan dua cup minuman karamel makiato pada Daniel.

“Thank you” ucap Daniel ringkas lalu beredar keluar meninggalkan kafe.

Huh! Dia pergi macam itu je? Kalau Erika itu pelik, dia ni dua kali ganda pelik tahu tak. Kadang peramah, kadang mesra sampai aku rasa aku ni kawan dia, kadang macam ais batu dari kutub utara ke dia ni ada kembar? Ini bukan Daniel. Tapi orang lain. Bebel Hara dalam hati. Mata tidak lepas memerhati belakang lelaki itu sehingga hilang dari pandanganya.

“Mwolbwa? (Awak tengok apa?)” Ji Soo menepuk bahunya.

Amugetoda anya (Tak ada apa-apa)” Hara menggeleng sambil tersenyum.

Dia meninggalkan kaunter lalu pergi ke belakang iaitu satu ruangan yang menempatkan loker mereka dan menukar pakaian seragam kerjanya sebelum pulang. Selesai menukar pakaian dia keluar semula dan bersedia mengucapakan selamat tinggal kepada rakan-rakan sekerjanya yang lain.

“Ji Soo-yah nan meonjeo ganda (Saya pergi dulu ya Ji Soo) dia menepuk bahu Ji Soo.  

“Eung Joshimhaera (Ya. Hati-hati)” balas Ji Soo.

“Hara hanya membalas dengan senyuman dan beredar.

Dia menghela nafas panjang sambil meregangkan badan ke kiri dan ke kanan sebaik sahaja meninggalkan kafe. Dia menoleh ke belakang lalu melihat semula ke hadapan sambil berjalan menuju ke stesen kereta api bawah tanah Gangnam.  

Semakin lama dia berjalan di kawasan terbuka dalam keadaan cuaca masih lagi membeku. Dia mengeluarkan topi dan mafla berwarna merah dililit ke leher untuk menghangatkan badan. Sesekali dia menggosok-gosok tapak tanganya dan ditiup. Lima tahun berada di sini, dia masih tidak sukakan cuaca yang terlalu sejuk.

“Tak lama lagi dah mula busy dengan thesis, final year project melakar, menjahit itu dan ini. Rasanya malam-malam dah kena lepak studio buat kerja. Ada masa lagi ke nak kerja? Hmmm… mesti penat” bebelnya sendirian sambil kaki terus melangkah menuju ke arah yang dituju.

Namun bunyi nada dering dari telefon pintar menandakan ada notifikasi masuk mengejutkan Hara. Dia mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar jean hitam lalu memandang ke skrin.

“Tia mesej?” dia membuka mesej tersebut.

 

Tia, Tiara

Miss Hara bila nak balik?

Aku ada masak makanan favourite kau ni.

Apek tu pun dah kebulur tunggu kau.

 “Apek tu pun ada? Selalunya tak nak join kami makan. Katanya tak elok masuk rumah anak dara. Ini nak pula join sekali” mukanya berkerut.

 

Hara,

Kau buat apa berdua=duaan dengan dia?

Jangan nak buat hal ye.

 

Tia… Tiara,

Hello, dia tak datang lagi.

Dia tunggu bila kau balik baru

Dia pergi sini.

 

“Hara,

Oh! Aku balik naik train ni.

sejam lagi aku sampailah

 

Tia… Tiara,

Okay, aku tunggu.

 

Selepas perbualan pendek itu. Hara masukkan semula telefon pintar ke dalam beg dan mempercepatkan langkah berjalan dalam cuaca sejuk itu. Namun, langkahnya mati apabila seseorang berjalan disisinya.

Dia menoleh, kelihatan Daniel berdiri di sebelahnya. Biar betul apa yang aku nampak ni? Daniel? Dia menggosok-gosok matanya. Lelaki itu masih berada di situ.

“Daniel?” soalnya. Walaupun dia jelas itu sememangnya Daniel.

Daniel hanya memandangnya tanpa berkara apa-apa sebelum melarikan pandangan ke depan.

“Awak tak balik lagi?” Hara bertanya lagi.

“Saya singgah beli ni” dia mengeluarkan sebungkus pek pemanas dari dalam plastik lalu diberikan pada Hara.

“Untuk saya?” Hara nagkat kening.

“Ya” Daniel mengangguk.

Thank you. Tapi, peliknya kenapa tiba-tiba baik…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Daniel menghulurkan hot chocolate yang dibelinya dari kafe tempat Hara bekerja tadi.

“This is also for you?”  

“For… For me?” teragak-agak pula dia nak mengambil cup tersebut. Pelik benar ni kenapa Daniel Im tiba-tiba sahaja berkelakuan baik denganya.

Daniel hanya mengangguk.

“Peliknya, kenapa awak tiba-tiba baik semacam ni? Kita tak rapat manapunkan? Eh peliklah cuba jelaskan sebelum saya fikir benda yang bukan-bukan”

“Saya… Saya rasa bersalah sebab dah libatkan awak dalam masalah saya dan Erika” jelas Daniel.

Hara mengangguk-anggukkan kepala sambil ketawa. Sekarang baru dia nak rasa bersalah ke? Sebelum gunakan aku hari tu tak ada pula rasa bersalah.

“kalau awak rasa bersalah terus teranglah dengan Erika yang sebenarnya awak tak sukakan saya. Sebenarnya awak tak perlu gunakan perempuan lain kalau awak tak cintakan dia just tell her the truth and insya-Allah dia akan…” 

“Saya dah buat semua but still dia tak pernah putus asa that’s why I need someone to help me” potong Daniel dengan serius.

“Huh! Macam tu pula? Itulah susahnya jadi orang handsome, top student ni. Semua orang suka” Hara tersenyum sinis.

“Maafkan saya” sekali lagi Daniel hanya mampu mengungkapkan kata maaf.

“Dah sudahlah nak minta maaf. Minta maaf tu tak boleh selesaikan masalahpun. Eh jomlah kita balik sama-sama tak adalah seram sangat jalan seorang-seorang” Hara senyum sambil mula melangkah ke hadapan.

“Awak takut orang jahat tu kacau awak lagi?” soal Daniel.

“Ha’ah” ringkas Hara menjawab.

Selepas seketika berjalan dalam keadaan cuaca malam yang dingin. Hara tiba-tiba berhenti lalu memegang lengan Daniel.

“Kenapa?” soal Daniel pelik.

“Tunduk sikit” pinta Hara.

“Rendahkan lutut awak sikit?” terkejut Daniel ketika mendengar permintaan itu. Kenapa pula tiba-tiba nak aku rendahkan badan ni? Dia nak buat apa? Biisk hatinya.

“Buat ajelah…”

Daniel merendahkan badanya sama tinggi dengan Hara lalu muka kedepan menjadikan jarak muka antara mereka terasa begitu dekat sekali. Hara yang terkejut dengan jarak mereka yang terlalu dekat dengan pantas menolak mukanya ke belakang. Boleh gugur jantung disebabkan wajah tampan itu.

“Kenapa mengelak?”  soal Daniel pula.

“Siapa suruh pandang saya dekat macam tu?” Hara jawab pertanyaan itu juga dengan soalan.

“Awak yang suruh bongkok tadi” jawab Daniel. Dia kembali berdiri seperti biasa. Namun belum sempat dia berdiri tegak tiba-tiba Hara menanggalkan topiatau snow cap berwarna merah jambu dari kepala lalu disarungkan ke kepala Daniel.

“Pakai ni. Cuaca masih sejuk awak dahlah pakai baju nipis je” kata Hara. Dia membetulkan topi tersebut.

Daniel hanya merenung gaids itu dengan sejuta perasaan berbeza. Dia sangkakan Hara akan membencinya. Tetapi ternyata Hara jauh lebih baik dari apa yang dia fikirkan sebelum ini. Betullah kata Aaron, Sahara Irdeena seorang kawan yang baik yang akan jaga kawan-kawan dia and now I can feel it. 

“Dah, jom balik” Hara senyum. 

“Terima kasih” ucap Daniel.

“Pulangkan semula tau” pesan Hara.

“Sampai dekat apartment nanti saya pulangkan” Daniel senyum.

“Okey” Hara mengangguk faham.

Saat mereka sedang rancak berbual sambil berjalan ke stesen kereta api bawah tanah atau lebih dikenali sebagai Subway. Mereka tidak menyedari seseorang sedang memerhati mereka dari belakang.

Erika yang kebetulan berada berhampiran kawasan tersebut bersama teman serumahnya Munira memerhati Daniel dan Hara yang kelihatan begitu mesra sekali. Erika ketap bibir lalu melarikan pandangan ke tempat lain sebelum kembali memandang pasangan bahagian itu.

“Tak guna, dia siap jemput perempuan tu balik?” marah Erika.

“Takkanlah Daniel betul-betul sukakan Hara?” sambung Munira.

“I know right. Apa kurangnya aku dari Gurun Sahara tu? Aku lagi cantik, tinggi, seksi kot dari perempuan tu. Huh, nanti kau Hara aku tahulah nak buat apa dengan kau” Erika tersenyum sinis.

 

 

 

*****

 

 

SELESAI sahaja mandi Daniel keluar dari bilik ke ruang tamu duduk menonton televisyen. Teringat kembali perbualanya bersama Hara sewaktu mereka berada dalam train tadi.

“Awak sebenarnya bertuah sebab ada perempuan yang betul-betul cintakan awak macam Erika. Mungkin cara dia salah atau keterlaluan. Tapi dia buat macam tu sebab dia betul-betul cintakan awak. Why not awak beri dia peluang”

Berikan Erika peluang? Aku belum pernah terfikir tentang perkara itu. Aku tak cintakan dia buat apa aku nak bagi dia harapan dengan beri peluang bercinta dengan dia? Benda tu hanya akan tambah melukakan hati dia lagi.

“Hoi, kau termenungkan apa tu?” kejut Izwan. Pelik betul melihat kawan serumahnya itu termenung depan TV.

“Tak ada apa-apa” Daniel menggeleng. Kemudian senyum.

“Yalah tu. Entah-entah tengah fikirkan jiran kita kat atas tu” usik Izwan.

“Kau jangan nak mula” Daniel memberikan amaran keras supaya Izwan berhenti mengusiknya.

“Mula apa? Kau yang mula confess macam tu sampai satu kampus dah tahu kau suka Hara. Padanlah selama ni aku perasan kau duk perhati dia dari jauh. Rupa-rupanya...”

Belum sempat Izwan menghabiskan ayatnya. Kedengaran bunyi seseorang menekan kata laluan sebelum membuka pintu dan beberapa saat kemudian muncul Aaron yang hanya memakai T-Shirt kosong putih dan seluar jean dari pintu bersama mangkuk tingkat empat tingkat berwarna merah jambu.

“Hi guys” sapa Aaron dengan senyuman.

“Kau tapau makanan dari restoran mana ni? Siap dengan mangkuk tingkat bagai” tegur Izwan. Dia bangun dari sofa untuk duduk di depan meja makan pula.

“Dari restoran jiran kita kat atas tu” jawab Aaron tersenyum. Dia mula membuka satu persatu mangkuk tingkat tersebut lalu mengambil pinggan dan sudu untuk dua rakan serumahnya itu.

“Amboi bukan main apek ni masuk rumah anak dara” usik Izwan lagi. Sempat juga dia mengerlingkan mata pada Daniel.

“Aku pergi makan je kot bukanya buat apapun. Lagi satu kami bertiga bukan berdua-duan” jawab Aaron. Izwan ni kalau tidak mengusik mereka tak sah. Kadang-kadang dia rasa Izwan boleh masuk geng makcik-makcik bawang di luar sana tu. 

“Daniel jomlah makan sama-sama” panggil Izwan.

Daniel bangun dan duduk disebelah Izwan. Bulat mata apabila melihat empat jenis lauk didepanya. Dia tak tahu pula Hara dan Tiara itu hebat memasak.

“Ada telur dadar yang digoreng oleh Hara, ada masak lemak cili api, ayam goreng hot and spicy dan sayur rebus” jelas Aaron. Dia tak ubah seperti pekerja restoran melayan pelanggan VVIPnya.

“Semua makanan favourite aku” Izwan tarik senyum terlebar sekali.

“Kau tak makan sekali?” Daniel bertanya.

“Aku dah makan kat sana. Ini aku bawa khas untuk kau berdua. So makanlah” jawab Aaron. Dia duduk bertentangan dengan Daniel dan Izwan.

“By the way kau dah lama ke berkawan dengan Hara dan Tia?” soal Izwan.

“Lama jugalah sejak darjah empat bila keluarga aku pindah KL” senyum.

“Wow! Lama gila tu patutlah kau orang nampak rapat gila macam adik beradik. Tapi…”

“Tapi apa lagi? Kau ni banyak soallah Iz” tegur Aaron sambil menggeleng.

“sorry, sorry. Ini soalan terakhir aku sebelum aku sambung makan”

“Apa dia?” Aaron angkat kening.

“Pepatah ada mengatakan lelaki dan perempuan tu tak boleh jadi kawan baik. Tapi macam mana kau bertiga boleh jadi bestfriend tanpa dia orang suka kat kau atau kau ada hati kat salah seorang?” panjang soalan Izwan.

Daniel hanya mendengar sambil menikmati makanan yang di bawa oleh Aaron. Malas nak mencelah perbualan mereka kerana makan adalah perkara yang lebih penting.

“Ke kau sebenarnya dalam dia ada hati kat salah seorang tu? Betul tak?” sambung Izwan dalam nada mengusik.

“Isk! Apa kau merepek ni? Aku tak pernah lagi terfikir macam tu bagi aku Hara dan Tiara dah macam family aku lagi satu test aku lain. Dua-dua tu tak ada ciri perempuan yang aku suka” jelas Aaro yang diakhri dengan senyuman.

“Yelah tu” Izwan tersengih seperti tidak percaya dengan alasan itu.

 

 

 

Previous: Bab 04
Next: Bab 06

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.