Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
15,184
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18


     Sesampainya sahaja di kamar Das, kami berbaring sementara menunggu azan zohor berkumandang. Sebelum ke kamar tadi, sempat juga aku menjenguk ke dapur, kalau-kalau ada yang boleh ku tolong. Kata ibu Das, hari ni dapur tak perlu berasap dek ada yang menghantar juadah ke rumah mereka. Ada jiran yang membuat majlis aqiqah secara sederhana dengan mengagihkan daging-danging lembu tersebut ke rumah-rumah. Periuk berisi gulai daging itu sempat kubuka. Banyak isinya. Memang tak habis makan kami berempat. Lauk-pauk lain juga turut dihantar ke situ. Lagipun, ayah Das memang dikenali di situ. Ayah Das merupakan ustaz yang telah berpencen tiga tahun lalu. Selain mengajar, ayahnya juga turut membuka kelas mengaji petang kepada anak-anak dan orang-orang dewasa. Patutlah di perkarangan rumahnya, ada dibina sebuah balai yang sederhana di situ untuk menempatkan pelajar-pelajar yang datang mengaji dengannya. Seusai dengan statusnya seorang ustaz, memang padanlah mempunyai anak gadis sebaik Das. Seorang yang sangat baik dan suka membantu. Aku cuba memejamkan mata. Notifikasi telefonku berbunyi lagi. Pasti dari bank lagi yang menandakan duit dikreditkan ke dalam akaunku. Aku menekan punat kekunci telefon itu untuk menutup bunyi. Mungkin perluku diamkan telefon ini buat seketika. Tertera pesanan dari Lang Merah. Bukan dari bank seperti yang sebelumnya. Aku membukanya.

     'Assalamualaikum... awak kat mana? Buat apa sekarang?' macam biasalah pertanyaannya. Awak..awak kat mana..

     'Waalaikumussalam. Baru balik ke rumah. Duk rehat-rehat kejap' jawabku pendek.

     'Tadi pergi ke mana?' tanyanya lagi. Memang dia seorang yang busy body sejak kali pertama dia menghantar pesanan kepadaku. Ramah tak bertempat.

     'Pergi jual perfumes. Perghh.. Masyuk. 200 botol terjual laris tadi' aku memberitahu jujur. Lama kemudian, barulah mesej dari Lang Merah masuk.

     'Wow..awak jual kat mana? Best sangat ke bauan dia?' tanya lelaki itu lagi.

     'Best.. awak nak cuba tak?'aku pula yang semangat bertanya.

     'Ceritalah bau dia macam mana,' ujar lelaki itu lagi. Terus aku terbayangkan wangian Sense of Independet dan Romantic Inspiration'yang menjadi pilihan Farhan dan Kimi tadi.

     'Best, lebih-lebih lagi wangian Sense of Independet dan Romantic Inspiration. Bau dia macam Hugo Boss dan Lacoste White tau' ujarku lagi

     'Oh..saya tak minat sangat dengan bauan tu' balasnya pendek. Cehhh...habistu kau minat wangian yang bagaimana? Tapi, aku tak boleh mengalah. Manalah tahu kalau-kalau Lang Merah ini merupakan salah seorang pelanggan aku juga nanti.

     'Bukan setakat tu saja. Kita ada wangian 'Magic Spray'. Bauan dia tu macam Burberry Brit for Man tu. Awak tahu tak perfumes tu?' ujarku lagi cuba memancing minatnya. Agak-agak tertarikkah dia dengan perfumes ini?

     'Serious? Macam Burberry Brit? Saya suka perfumes tu. Berapa harganya?' ujar Lang Merah pula. Umpan macam dah mengena. Aku menceritakan harga perfumes itu dan diskaun yang dia akan dapat sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak.

     'Kalau macam tu, saya nak 400 unit' balasnya pendek. 400? Gila mamat ni. Mesti salah taip ni. Kalau dihitung dengan angka. Boleh cecah RM36 000 duit yang perlu dia keluarkan untuk membayar harga perfumes tersebut. Mesti dia acah-acah nak beli. Bukan boleh percaya sangat mamat technIchian ni.

     'Teruja nya? Mengarut! Awak nak buat apa sampai 400 unit?' tanyaku tidak percaya. Mesti sengaja nak mempermainkan aku. Kaya sangat kah dia? Gaji bulanan dia pun mungkin kurang berbanding aku. Nak membeli 400 unit konon.

     'Apa lak? Saya nak 400 unit boleh tak? Ada stok?' tanyanya lagi. Acah-acah serius pula dia. Aku hempuk juga kepala dia ni karang.

     'Ada ja. Tapi, belum kat tangan. Tapi, kalau betul-betul nak, saya akan ambil stok di kilang then saya poskan' ujarku melayan permintaan tidak munasabahnya itu. Nak tengok sejauh mana dia nak lelucon dengan ku.

     'Bila nak ambil stok kat kilang tu? Meh nombor akaun awak, saya nak transfer duit' Amboi! Berlagak betul mamat ni. Siap minta nombor akaun lagi. Biar betul. Macam mencabar aku ja. Ingat aku main-mainke nak ambil stok dari kilang ni. Kalau aku kata petang ni, tak boleh. Selagi duit Kimi dan Farhan belum masuk sepenuhnya, aku tak dapat nak pindahkan wang kepada Encik Shark. Pembuktian duit yang telah dipindahkan ke akaun syarikatnya perlu ditunjukkan sebelum mengambil stok yang baru. Terpaksa tunggu hingga tengah malam ni untuk dapat selesaikannya. Macam mana nak bagi alasan kat mamat ni yang seolah-olah menyindir aku.

     'Insya Allah stok perfumes tu hari ahad, baru saya dapat ambil. Sebab nak settlekan jualan pagi tadi.' jawabku lagi. Lelaki itu masih mendesak meminta nombor akaun ku supaya dapat dia pindahkan sejumlah wang itu bagi membeli pewangi-pewangi yang dijual olehku itu. Aneh sungguh! Rm36 000 itu bukan suatu nilai yang sedikit. Malah, terlalu banyak! Mungkinkah lelaki ini seperti Kimi yang merupakan usahawan yang berjaya. Tapi, dulu dia sendiri yang mengatakan bahawa dia adalah technician kilang yang biasa-biasa saja. Ada perusahaan keluargakah lelaki ini ya?

     'Ok, ni details account saya. Kalau berminat, boleh drop amount yang tertera di bawah' balasku kemudiannya. Malas nak berbasa-basi. Dia nak berlagak kaya sangat, biarkan sajalah! Malas aku nak bertanyakan pekerjaannya itu lagi. Lagaknya itu seperti memancing minatku untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang pekerjaannya. Aku bukan cewek matere! Heh!

     ':). Thank you sayang. Nanti saya dah transfer, I'll inform you later ya,' Cisss... bersayang-sayang lagi. Sudahlah Lang Merah dengan ayat basi kau tu. Aku menarik bantal, lalu terlelap sementara menatikan azan zohor berkumandang.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz