Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
12,766
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25


     Malam itu aku agak sibuk mencetak keputusan Ujian Setara 2 melalui komputer ribaku. Menurut Aya melalui keputusan mesyuarat pagi tadi, majlis temu murni itu akan diawalkan. Tarikh baru ialah pada pagi lusa. Walaupun majlis ini bukanlah suatu benda baru dalam hidupku, aku tetap perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan para ibu bapa pelajar-pelajarku nanti.

     Laman facebook turut aku buka. Notifikasi seseorang sedang menantikan aku menerima pelawaan menjadi salah seorang rakannya. Siapa ya? 'Erra Nizam'. Aku membaca nama profil tersebut. Adakah profil ini milik Kak Erra? Aku membuka profil tersebut untuk memastikannya. Memang ternyata Kak Erra. Terpampang wajah wanita cantik itu bersama seorang lelaki di laman sesawang itu. Rasanya, lelaki tersebut adalah Abang Nizam yang telah aku temui tempoh hari. Aku mula mencongak-congak, adakah aku perlu menerima pelawaan ini. Sekiranya, aku menjadi salah seorang rakannya, aku pasti terdedah lagi dengan ahli-ahli keluarganya seperti Datin Anita dan Encik Kacak. Kalau aku tidak menerimanya pula, nanti apa pula kata Kak Erra. Pasti dia mengatakan aku seorang rakan yang sombong. Lagipun, wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan kepadaku. Kelihatan profil wanita itu dalam keadaan 'private'. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dirinya seseorang perlu menerimanya dahulu sebagai rakannya. Esok merupakan hari pertunangannya. Teringin juga untuk aku melihat gambar-gambar cantik pertunangan mereka. Dalam masa yang sama, pasti gambar pertunangan adiknya akan terselit di situ. Hendak terima atau tidak ya? Aku masih berfikir.

     "Idaaaa! Hujannnnn! Baju belum diangkat lagi," aku tersedar apabila terdengar jeritan Mimi yang baru sampai ke rumah dari sekolahnya. Aku keluar. Hampir terlupa aku menjemur jaket hitam Adidas milik Encik Kacak di situ. Aku cepat-cepat turun dan mengambil baju tersebut.

     "Jaket baruke tu? Hehehe... Cantiklah. Mesti mahal kan. ADIDAS!," usik Mimi sebaik sahaja aku turun mengambil jaket tersebut. Banyaklah kau jaket baru.

     "Bukanlah Mimi. Jaket orang pinjamkan," balasku pendek. Senyuman Mimi makin melebar. Kenapa pula?

     "Tapi, jaket hitam ni macam jaket lelakikan. Ehem..ehem.." usik Aya pula. Aku menjeling seraya tersenyum. Malas mahu bercerita perihal Encik Kacak kepada mereka berdua.

     "Pandai-pandai aja kau orang berdua. Jaket ni unisex la. Kalau lelaki pakai, jadilah macam jaket lelaki. Kalau perempuan pulak, jadilah jaket perempuan," aku menyambung kata seraya menamatkan persoalan tentang empunya jaket tersebut. Entah bagaimanalah caranya untuk memulangkan kembali jaket ini pada lelaki itu. Ataupun jaket ini akan tetap selamanya berada dalam simpananku.

     Aku kembali ke dalam bilikku seraya melipat jaket tersebut di dalam laci almariku bersama-sama kotak kecil dan sampul surat yang tertinggal di dalam jaket tersebut. Kalau Tuhan memberi kesempatan nanti, akan ku pulangkan semula kepada Encik Kacak.

     Lamunan ku tersentak apabila Nokia C3 menjerit. Mesej dari Das. Aku mengukir senyuman. Pasti perempuan itu teringat akan aku.

     'Salam. Hai, sahabat.. J Kau sihat tak? Tak sempat tanya banyak kau malam tu. Aku mengantuk sangat,' aku tersenyum membacakan tulisan yang dihantar itu.

     'Wasalam. Aku sihat-sihat ja ni. Tapi, memang thrill masa aku kat stesen teksi Pasir Gudang tu. Nasib baik mak saudara rakan chatting aku yang tolong datang jemput. Fuhh..takut beb' aku membalas panjang seraya menggambarkan keadaan yang menakutkan ketika di stesen teksi malam itu.

     'Apa dah berlaku? Rakan chatting kau yang bernama Lang Merah tu? Isyy..misteri betul rakan chatting kau tu. Macam pelik ja Ida,' balas Das lagi. Memang pelik pun. Kadang-kadang tak berapa nak masuk akal.

     'Itulah pasal. Rupanya mak saudara Lang Merah tu tinggal tak jauh aja dari rumah sewa aku ni. Petang tadi masa meronggeng pasaraya berdekatan, terserempak lagi aku dengan dia. Satu lagi, lelaki tu juga pinjamkan duitnya untuk bayar duit ganti rugi datin sombong tu. Agaknya, lelaki tu memang baik orangnya. Macam tak percayakan," balasku panjang. Lama juga aku tunggu balasan dari Das. Mungkin dia sendiri sedang menghadam apa yang telah aku nyatakan sebentar tadi.

     'Apa? Lang Merah tu pinjamkan duit Rm1000 tu pada kau? Macam tak logik la Ida. Dia kan tak kenal kau. Batang hidung kau pun dia tak pernah nampak. Ini cerita Hindustan bersirike ni?'Das membalas sambil berseloroh. Memang tak percaya. Aku pun tak percaya juga dengan apa yang telah terjadi. Tapi, inilah hakikat yang terjadi.

     'Lepastu, bila aku nak pulangkan semula duitnya tadi, dia cakap dia terlupa akan nombor akaunnya pula. Dia cakap, aku simpanja la dulu duit tu. Senang nanti bila nak nikah.. Hahahhaha.. Bodohkan alasan dia? Hahahaha..' Aku menyambung kata.

     'Wow? Macamtu dia cakap? Aku rasa ada sesuatulah dengan rakan chatting kau tu. Sebab, zaman ekonomi melesetni, orang bodohje yang akan beri pinjam duit sebanyak itu tanpa kenal siapa orang tu. Berapa ramai orang tertipu dengan jualan atas taliankan? Inikan pula hubungan kau dengan dia yang memang atas angin macam tu. Kau kena betul-betul siasat siapa dia sebenanrya. Macam lelaki itu dah kenal benar siapa kau sebenarnya. Serious aku rasa macam tu,' Das membalas panjang. Pesanan berganda-ganda sampai ke dalam peti mesejku. Ada benarnya juga kata-kata Das.

     Apa kata kalau aku 'online' sekarang melalui kotak 'Yahoo Messenger'ku. Aku perlu memastikan siapa Lang Merah sebenarnya. Alang-alang dah kenal ibu saudaranya. Apa salahnya kalau kenal paras rupanya juga. Kalau sudah meminta gambar miliknya, pasti lelaki itu turut meminta gambarku juga, ataupun aku buka 'webcam'ku sahaja. Lantas aku mecapai tudungku. Bersiap-siap untuk 'pertemuan' pertamaku dengan Lang Merah. Aku memandang ke arah cermin. Kusamnya wajahku. Agaknya lelaki itu akan suka atau tidak apabila melihatkan wajahku ini. Keyakinan yang tinggi sebentar tadi turun mendadak apabila terpandang akan wajahku di cermin itu. Tapi, pasti ibu saudara Lang Merah telah pun menceritakan keadaan wajahku kepada Lang Merah. Jadi, apa yang perlu aku malukan lagi. Aku membuka laptopku. Jam menunjukkan angka 11 malam. Agaknya Lang Merah ada di atas talian atau tidak ya? Tapi, kalau aku dapati dia 'offline', tiada salahnya aku menyuruhnya untuk 'online'. Aku benar-benar mahu melihat siapa dirinya. Perasaan makin membuak-buak.

     Kotak Yahoo Messenger kubuka, ramai nampaknya rakan-rakan chattingku yang berada di atas talian. Ada rakan-rakan yang dari luar negara turut berada dalam senarai rakan-rakanku. Pantang nampak aku 'online'. Terus pula disapa oleh mereka. Tapi, Lang Merah kelihatan 'offline'. Alaa... aku betul-betul mengharapkan lelaki itu berada di atas talian. Aku tetap menghantar mesej kepadanya. Mudah-mudahan dia menerima dan sudi berbual-bual denganku di sini malam ini. Aku ingin sekali melihat secara terus akan wajah sebenar lelaki itu, namun tiada sebarang jawapan darinya. Ini tak boleh jadi, mungkin aku perlu menghantar pesanan kepada lelaki itu melalui telefon, barulah ia akan sedar akan kehadiran aku di kotak perbualan 'Yahoo Messenger' itu.

     'Salam.. Maaf mengganggu. Awak sedang buat apa?' Aku menghantar pesanan ringkas pada Lang Merah. Kekok pula rasanya apabila terpaksa memulakan perbualan terlebih dahulu. Malu pun ada. Tapi, tidak mengapalah. Tidak sampai beberapa minit mesej ku terus dibalas.

     'Wassalam. Tak ganggulah. Awak tak pernah ganggu saya J. Rumah saya ada tahlil dan majlis kesyukuran sikit,' oh, begitu pula. Ada majlis tahlil dan kesyukuran. Bagaimana pula dia ada masa untuk ber 'chit-chat' dengan ku di ruangan Yahoo Messenger kalau begini. Masa yang tak sesuai agaknya.

     'Oh, takpa lah kalau macamtu. Awak mesti tengah sibuktu kan. Saya tak nak ganggu awak,' balas ku pendek. Hm.. tak jadilah nak ajak dia 'online' nampaknya.

    'Tak sibuklah. Majlis dah selesai ni. Saja duk kat luar rumah sembang-sembang dengan ahli keluarga. Awak sihat? Cik Uprah cakap dia jumpa awak tadi. Shopping ya?' tanya lelaki itu lagi. Pasti Cik Uprah sedang bersama-sama dia kan. Aku hampir terlupa yang esok merupakan majlis pertunangan kakak Lang Merah iaitu anak saudara Cik Uprah.

     'Ya, memang ada jumpa dengan Cik Uprah tadi. Mak saudara awak yang shopping bukan saya. Dia beli selendang sendondon warna. Hmm..tak apalah awak. Saya sebenarnya nak ajak awak chatting dekat Yahoo Messenger ni. Tapi, masa macam tak sesuai pula,' ujarku memberitahu niat sebenarku. Tudung yang tersarung di kepala itu, aku tanggalkan. Silap haribulan Mimi dan Aya ternampak, kantoi juga dibuatnya. Mesti gelak sakan mereka.

     'Oh, yeke. Nak ajak saya chatting. Kan boleh chatting kat sini. Lagi flexible, tak payah nak mengadap komputer. Ya tak?' ujar lelaki itu lagi. Hm.. perlukah aku menyatakan niat sebenar aku mengajak dia berbual di ruangan Yahoo Messenger itu?

     'Kat ruangan YM ni, banyak featured sikit ada. Saya ni cuma pakai telefon Nokia C3 ja..... Huhuhu. Tak apalah, next time lah kita 'chat' kat sini.' balasku lagi seraya melayan beberapa kotak chat yang menyala dari rakan-rakan YM ku yang lain. Hasrat untuk membuka webcam aku matikan lantaran Lang Merah tiada di talian. Beberapa pesanan ringkas dari Lang Merah menerusi Nokia C3 kubiarkan dahulu. Aku pasti, dia mungkin sedang bersama ahli keluarganya. Aku tidak mahu mengganggunya lagi.

     'Hmm..awak masih chatting dalam YM ke tu? Boleh tak saya nak buat satu permintaan' mesej dari Lang Merah itu menarik perhatianku. Permintaan apa ya? Aku pun ada permintaan padanya. Aku teringin sekali untuk memandang wajahnya.

     'Apa dia? Saya sedang print keputusan pelajar sambil melayan rakan-rakan di YM ni,' balasku padanya.

     'Since saya offline kan kat situ? Awak boleh tak tutup YM tu? Awak 'chat' dengan saya je la, boleh tak? Hanya dengan saya,' lelaki itu kemudiannnya membalas. Amboi, tak bagi aku chatting dengan orang lain? Aku ini kekasihnyakah untuk ditegah sebegitu rupa? Huhuhu.. Sebentar kemudian, butang hijau menyala pada senarai ID Lang Merah di ruangan YM ku menandakan Lang Merah sedang online. Eleh, tadi beria-ria suruh aku 'offline'. Alih-alih, dia sekarang pula yang 'online'. Cepat-cepat aku membalasnya.

     'Eleh, tu awak 'online'. Hehe.. Sempat lagi awak ya. Tadi, kemain suruh saya offline. Jomlah kita chat kat sini,' ternyata ajakan ku berhasil. Aku mengukir senyuman. Tudung aidijuma Donut itu ku sarungkan kembali. Ada harapan untuk bersemuka dengan Lang Merah malam ini.

     'No, bukan saya tu. Saya pinjam ID sepupu saya tu masa chat dengan awak dulu. Saya tak ada YM. Awak, kita chat kat sini ja la. Tutuplah YM awak tu, saya tak nak sepupu saya tu chat yang bukan-bukan dengan awak, please.....' pulak.. Jadi, nama samaran Lang Merah itu bukan nama samarannya, tetapi merupakan nama samaran sepupunya. Musnah sudah harapanku malam ini.

     'La yeke. Baru nak ajak on webcam. Bukan apa, teringin juga nak kenal rupa awak macam mana. Alang-alang dah kenal mak saudara awakkan, empunya diri saya belum kenal lagi,' balasku lagi. Kalau sepupunya yang online, buat apa? Sedangkan tujuan asalku adalah untuk melihat wajahnya.

     'Oh,macam tu. Saya tak hensem awak. Muka buruk aja. Kalau awak ada aplikasi what's app, sekarang juga saya kongsikan gambar saya tu or kita video call,' ujar lelaki itu. Bukan masalah buruk ke hensem sekarang. Sebetulnya, aku hanya ingin mengenali wajahnya. Wajah seorang lelaki yang lain dari yang lain. Jadi, ruangan YM ini tidak akan menjadi medium untuk aku melihat akan wajahnya. Lantas aku menutup ruangan YM milikku itu. Tidak lagi bersemangat seperti tadi. Ah, sudahlah. Banyak lagi yang perlu difikirkan. Nanti, kalau ada rezeki dapatlah aku mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Kenapa hatiku tiba-tiba berbunga begini ya? Tidak mungkinlah aku semudahnya jatuh cinta pada lelaki yang tidak ku kenali ini. Tapi, entah kenapa budi yang ditunjukkan itu betul-betul menyentuh naluriku.


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz