Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
3,337
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9


Faisal berjalan menuju pondok hujung sawah. Teringat akan peristiwa di kejar anjing. Lintang pukang lari dibuatnya. Faisal tersenyum seorang diri. Membawa sebuah kotak bersaiz kecil. Di balut dengan kertas bewarna merah dan di letakkan kad kecil. Bertulis


'Happy birthday my girl.'


Ye. Hari ni hari jadi Mia. Faisal ingin membuat kejutan kepada Mia. Seumur hidupnya, dia tak pernah bersungguh-sungguh memberi hadiah hari jadi. Ini kali pertama. Perempuan pula tu.


Perkenalan dia dengan Mia banyak mengubah hidupnya. Dari baran sekarang menjadi penyabar. Dari sedih sekarang menjadi ceria. Faisal bersyukur sangat dapat berkawan dengan Mia. Dia berjanji pada dirinya. Tidak kira apa pun terjadi. Dia tetap akan berada di samping Mia.


"Mana Faisal ni. Beria-ria suruh aku datang cepat. Dia pun lambat." Aku memegang kepala ku. Tiba-tiba terasa sakit. Aku hanya duduk di pondok menunggu Faisal.


Teringat masa arwah mak dan abah masih ada. Hari jadi aku, mesti dorang akan sorokkan hadiah. Dan meminta aku mencari sendiri berpandukan sehelai kertas. Sehelai kertas menuju ke sesuatu tempat dan menemukan sehelai kertas yang lain. Seperti mencari harta karun. Aku ketawa dalam tangisan. Bila mengenangkan mereka.


Aku memejamkan mata. Tangan ku letakkan di dada. Ku tarik nafas dan hembus. Membaca Al-Fatihah untuk kedua mak dan abah ku. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Sedang ku membuka mata.


"Hello sweethearts." Aku terkejut melihat Sarah di hadapan ku.


"Sarah? Kau buat apa kat sini?" Aku menoleh sekeliling. Mencari kelibat Faisal. Aku takut jika Sarah akan apa-apakan aku.


"Kenapa muka kau nampak takut? Relax lah." Sarah menghampiri aku. Dia menarik tangan aku dengan kuat.


"Kau nak buat apa ni Sarah? Lepaslah.. Jangan buat aku macam ni.. apa lagi yang kau nak?" Aku menangis ketakutan. Meminta tidak di apa-apakan. Cukuplah sebelum ni. Aku tak nak diseksa lagi.


"Kau tanya apa yang aku nak?" Sarah menarik rambut Mia dengan kuat. Aku menjerit. Menangis. Kepala aku masih lagi sakit akibat dihentak sebelum ni.


"Sarah pleaseeee.. Jangan.. jan..." Sarah menghentak kepala Mia pada dinding pondok tersebut. Tanpa belas kasihan. Sarah seperti orang hilang akal. Rambut yang kusut tidak terurus seperti bukan Sarah yang sebenar.


"Kau nak tahu cerita tak sayang?" Sarah menepuk-nepuk pipi Mia.


"Ian benci aku SEBAB KAU! Aku dibuang sekolah SEBAB KAU! Keluarga aku benci aku sebab kauuu.." Sarah menangis. Dia menolak Mia jatuh ke tanah. Aku menahan kesakitan di kepala.


Sarah mengambil sebatang kayu. Dia ketawa lalu mengetuk kepala Mia.


"AKU BENCI KAU!" Jerit Sarah.


Faisal berjalan merenung kotak. Dia tersenyum, tak sabar nak beri pada Mia. Mesti dia suka.


Faisal semakin hampir di pondok. Terlihat seorang perempuan sedang memegang kayu. 'Siapa tu?' Faisal merenung tajam. Ada seseorang terbaring di tanah sambil menangis.


"Mia?" Faisal berlari terus ke arah pondok.


"Oi kau nak buat apa ni?!" Faisal menolak Sarah terhentak di pokok kelapa. Faisal memeluk Mia dengan erat.


"Fa.. Faisal tolong a.. aku.. Aku takut." Kata aku dengan nada yang tak bermaya. Kesakitan. Aku memegang kepala yang berlumuran darah. Menahan sakit dan terlampau sakit untuk ditahan. Perlahan aku memejamkan mata.


"Aku ada Mia, jangan risau.. Mia bangun.. MIA!" Faisal menepuk-nepuk pipi Mia. Bila melihat Mia mula tak sedarkan diri.


Sarah bangun dan ingin memukul Faisal. Tak sempat Sarah nak pukul. Ian datang menghalang Sarah. Tangan Sarah dipegang erat supaya dia tak dapat melarikan diri. Amirul terus menghubungi polis. Beberapa minit kemudian, polis datang dan Sarah diserahkan pada pihak berkuasa. Faisal di berikan keterangan dan Mia di hantar ke Hospital Besar Tangkak.



Faisal menangis melihat Mia di dalam unit kecemasan. Mokde datang menenangkan Faisal. Mia masih lagi tak sedarkan diri. 


Kata dokter, Mia mengalami pendarahan di kepala. Mungkin sebab dihentak dengan kuat sebelum ni. Terdapat darah beku berkumpul di satu tempat.


Baru Faisal sedar kenapa Mia sering mengadu sakit kepala selepas kejadian tempoh hari. Faisal mengetap bibir menahan dari menangis lagi. Dia terlambat lagi untuk berada di sisi Mia.


Faisal keluar berdiri di kaki lima hospital. Merenung di luar jendela. Kotak hadiah Mia di keluarkan dari poket seluarnya. Tanpa sedar Ian di sebelahnya. Pantas Faisal menyimpannya semula.


"Untuk Mia?" Tegur Ian.


Faisal hanya membisu. Melihat jalan raya yang sesak dengan kenderaan.


"Aku tahu kau masih lagi marah aku. Sebab yang dulu. Aku minta maaf." Faisal hanya senyum sinis. Mendengar perkara yang dah lama berlalu.


"Dah lah Ian. Benda dah lama. Anggap jelah aku tak ada rezeki. Kita ni dah nak tamat sekolah dah. Aku malas nak fikir. Kita lupakan sajalah." Terang Faisal.


Dulu Faisal penyerang bola sepak sekolah. Sepatutnya Faisal terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah. Tetapi disebabkan Ian gilakan pupulariti masa itu. Dia merasuah pelatih bola sepak dan memilih Ian sebagai penyerang. Faisal terlalu marah sampai menyebabkan pergaduhan. Akhirnya Faisal dibuang pasukan dan tak terlibat dengan mana-mana aktiviti.


Perkenalan dia dengan Mia buatkan dia bangkit semula. Sebab itu dia terlalu sayangkan Mia.

Ian tersenyum dan berjabat tangan dengan Faisal. Buat masa ini, mereka hanya menumpukan keadaan Mia.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.