Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
2,314
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

"Macam mana sekolah mia? Semua ok? Ramai kawan tak?" Tegur mokde mungkin ingin tahu perkembangan aku di sekolah.


"Boleh la. Kawan belum lagi. Lama-lama nanti ada lah mokde." Jawab aku sambil menyusun pingan untuk di hidangkan makan malam. Mokde aku tinggal dengan dua orang anaknya, belum lagi berkahwin dan seorang cucu. Cucunya sama baya dengan aku tapi berlainan kelas. Nama dia Amirul. Mak bapak dia berpindah di Masai Johor. Amirul tidak ikut sama. Sebab dia selesa sekolah di sini. Lagi pun ramai kawan dia dekat sini.


Selesai makan, aku siapkan tugasan karangan yang Cikgu Johari berikan. Nasib tak banyak. Boleh lah aku on PUBG.


"Macam mana tempat baru scarlet?" Ijam. Kawan aku dari dunia game. Scarlet watak aku dalam PUBG. Aku suka nama tu sebab aku suka watak anime dalam cerita FairyTail. Orang yang kaki anime akan faham.


"Boleh lah Ijam. Biasa-biasa je. Kau tahu baru dua hari aku sekolah dah ada orang nak cari gaduh dengan aku. Heish"


"Berani ye dia cari pasal dengan Scarlet aku? Hahaha" Ijam ni funny guy bagi aku. Dia suka mengusik. Dia orang Johor. Tapi 3 tahun lalu dia berpindah di pahang. Dia muda setahun dari aku.


"Hai Scarlet." Seorang lagi kawan dunia game aku. WhiteRose. Dia ini pula tinggal di Singapura. dia lebih tua dari aku. Bekerja dan cantik orangnya.




Sekarang ni musim sukan sekolah. Jadi aktiviti lebih banyak di luar kelas. Aku suka bersukan. Terutama larian pecut dan lari berganti-ganti. Mungkin arwah ibu bapa aku dulu atlit. Jadi aku mengikut jejak mereka.


Pelajar perempuan sekolah ni tak ramai yang ikut serta. Ramai yang melarikan diri. Mungkin takut muka akan hitam. Jadi cikgu akan paksa mereka. Kelakar lah sekolah ni.


"Oiii Mia!" Tegur kawan aku Faisal. Dia sajalah kawan aku buat masa ni. Yang rapat dengan aku. Yang boleh masuk kepala dengan perangai aku. Kawan perempuan cuma dalam kelas sahaja. Itu pun tak rapat sangat.


"Kau dah bersedia nak lari?" Tanya Faisal. Aku sama pasukan dengan dia 'Pasukan merah'. Itu pun dia yang paksa. Katanya kalau masuk pasukan lain aku tiada kawan. Haha.


"Sudah bro." Jawab aku dengan semangatnya.


"Ingat apa yang aku pesan. Aina pasukan biru lari laju tau. Tahun lepas dia olahragawati." Hebat. Aku akan berusaha sehabis mungkin. Aku senyum sambil tepuk bahu Faisal. Menandakan jangan risau.


Orang ramai mula bersorak pasukan masing- masing. Kecut perut aku melihat garisan permulaan 200 Meter yang akan mula sekejap saja lagi. Jantung aku berdegup laju. Aku pejam mata. Tarik nafas dan hembus. Bismillah.


"Kegarisan" Pengadil mula memberi isyarat untuk di mulakan.


"Sedia" Aku mengangkat kepala melihat ke depan sambil menunggu isyarat seterusnya.


"Mula!" Wisel mula ditiupkan. Aku berlari sekuat hati. Melihat Aina di depan aku laju memecut. Aku membesarkan langkah dan sekuat hati berlari menuju ke garisan penamat.


"Tahniah beb!" Ucapan dari Faisal. Gembira dengan kejayaan pasukan kami juara keseluruhan. Alhamdulillah aku di nobatkan sebagai olahragawati 2017.


Seseorang menepuk aku dari belakang. Ian? Dia senyum pada aku. Dan aku membalasnya.


"Tahniah mia. Awak hebat."


"Terima kasih Ian" Mata aku mula melihat sekeliling. Takut perempuan ahli sihir itu memerhatikan aku bercakap dengan Ian. Ian ni kekasih dia ke?


"Awak cari apa?" Ian pelik melihat aku macam mencari sesuatu.


"Eh. Tak ada apa. Saya gerak dulu lah ye. Bye!" Bergegas aku beredar dari situ. Nanti jadi isu lain pula kalau ahli sihir tu nampak.


Semakin hari, aku gembira sekolah di sini. Mungkin ada sesuatu yang mencuit hati aku.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.