Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
3,339
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8


Aku hanya berehat di atas katil. Walaupun dokter sudah beri perlepasan keluar hospital. Tapi mokde aku tak bagi perlepasan keluar dari bilik aku. 'Alahai tepunya.' Aku merenung di luar jendela. Melihat hujan gerimis membasahi rumah kampung. Lagu dari telefon bimbitku pasangkan. Mendengar lagu 'Merindukanmu dari Dash Uciha.'


'Senyum dirimu membuatku terlalu bersemangat,

Jalani hari-hari ku dengan hebat,
Kau tahu hidup tanpamu itu berat,
Denganmu aku kuat.



Dengan begitu ku berhenti untuk terus mencari,
Kerna ku telah temukan pawang hati,
Mengisi kesempurnaan hidup ini,
Jangan kau pergi lagi.'


"Bosan, stress plus plus plus." Rungut aku. Lagu aku matikan. Aplikasi permainan PUBG aku tekan. Friend list aku scroll ke atas. Ijam dengan WhiteRose online nampaknya.


"Scarlet! Mana kau pergi? Lama tak nampak." WhiteRose bersuara. Aku pun sudah lama tak berbual dengan dia.


"Rindu aku ke? Aku sibuk dengan program SPM. Nak exam kan." Jawab aku tidak memberi tahu hal sebenar.


"Rindu juga lah. Haha. Good luck nanti ok." Ucap WhiteRose.


Dari tadi aku tak dengar suara Ijam. Dia 'off mic' ke?


"Ijam? Membisu je kenapa? Dah tak ada mic?" Kata aku. Selalu riuh je mamat ni.


"Ye. Ye aku tengah buang air." Jawab Ijam dengan selamba. Perangai betul lah budak kecil ni.


"Serabailah kau. Patutlah aku dengar flash. Hahaha"


"Alamak! Kantui aku kencing berdiri."


"Er.. Ijam, yang tu kalau kau tak cakap. Aku takkan tahu rasanya."


"Ush. Damn it!"


"Hahahahaha!" Sakit perut aku dengan WhiteRose ketawa punya pasal. Melayankan kumbang seorang ni. Nasib ada tukang penghibur dekat sini. Hilang segala stress aku.



Aku berjalan perlahan menuju ke pagar sekolah. Terlihat Faisal duduk di bangku kawasan jaga sekolah. 'Dia tunggu aku ke?'


Faisal menghampiri aku. "Asal kau tak bagitahu aku yang hari ni kau sekolah?" Faisal membantu aku berjalan. Sememangnya kaki aku masih lagi sakit. Dialah yang selalu jadi tongkat aku bila aku hendak ke mana-mana.


"Aku tak naklah menyusahkan kau."


"Hey, Im your buddies. Come on Mia." Kata-kata Faisal buat aku gelak.


"Ok. Kalau macam tu, kau janji aku satu benda." Aku menunjukkan jari kelingkingku menandakan perjanjian.


"What?"


"Kau janji dengan aku. Yang kau tak akan lupa aku sampai bila-bila. Walaupun kau dah kahwin dengan orang lain. Boleh?"


"Apa susah. Kita kahwin jelah. Kan?" Aku mencubit badan Faisal. Boleh bergurau pula dia.


"Ok. Ok. Aku janji." Faisal menyambut tangan aku. Yang dia setuju.


Kami berjalan menuju ke kelas. Terlihat Ian di hadapan. "Nak apalah mamat ni." Faisal merungut. Hilang segala gelak tawa Faisal bila lihat mamat tu. Aku menepuk bahu Faisal. Suka sangat mengomel budak ni.


"Mia? Boleh kita bercakap sekejap?" Ian memandang Faisal memberi isyarat untuk meminjam kawannya sebentar.


"Aku tunggu sanalah Mia." Faisal menunggu di hadapan kelas sambil memerhatikan Ian. Faisal risau akan kawannya.


"Mia.. pasal hari tu. Saya.." tak sempat Ian menghabiskan ayat.


"Ian.. saya pun sukakan awak. Tapi hanya sebagai kawan. Awak fahamkan?" Ian mengetap bibir. Dia hanya mengangguk.


"Tapi Mia.. Saya nak awak tahu.. yang saya tetap sayangkan awak lebih dari kawan. Saya tetap akan tunggu awak." Ian memegang tangan aku.


Aku hanya senyum mengangguk. Tangan Ian aku lepaskan. Aku terus ke arah Faisal.


Ian hanya mengagguk faham. 'Saya tetap akan tunggu awak Mia.'


Semenjak kes aku di buli hari itu, Sarah di buang sekolah. Manakala kawan-kawannya telah digantung. Husnah pula datang berjumpa aku. Dia pun tak sangka yang Sarah sanggup buat macam itu. Dia hanya meminta maaf bagi pihat Sarah.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.