Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
2,315
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5


Aku berjalan seorang diri, hanya di biarkan saja kaki berjalan tanpa henti. Hari ini tak ramai yang keluar bersiar-siar di sawah. Mungkin sibuk ulang kaji pelajaran agaknya. Maklumlah sekarang ini musim peperiksaan.


"Alahai tepu lah aku macam ni. Mana lah Faisal ni pergi. Lembab betul la." Rungut aku sambil membaling batu ke arah sawah. 


"Dia sampai nanti, aku seligi kepala dia." Pantang betul aku kalau dah janji lepas itu datang lambat.


"Mia!! Lari!!" Jerit Faisal. Terlihat Faisal berlari menuju ke arah Mia.


"Datang pun kau. Eh eh! Asal ni?" Cepat-cepat Faisal tarik tangan Mia dan terus lari.


"Kenapa aku pun terjebak sekali ni?" Kata aku sambil berlari.


"Kau tak nampak ke anjing tu kejar." Kata Faisal sambil menunjuk ke arah belakangnya. Alamak tiga ekor anjing liar. Apalah yang Faisal buat dengan ajing itu sampai kena kejar.


"Peminat kau ke tu? Aku pecut dulu!" Aku terus besarkan langkah menuju ke hujung kampung.


"Agak-agaklah kalau peminat aku pun. Tunggu la aku!" Takut Faisal bila Mia dah jauh ke hadapan. Perlari pecutkan mesti laju.


Aku sembunyi di belakang pondok lama. Tercungap-cungap nafas aku di buatnya. 'Ni semua salah Faisal' bisik aku dalam hati. Aku tarik Faisal ke arah aku. Faisal bersandar di dinding kayu, terlihat Mia di hadapannya. Kedua tangan Mia berada di bahu Faisal. Keadaan mereka sangat rapat. Faisal melihat wajah Mia yang kepenatan akibat lari. 'Kenapalah kau ni cantik sangat' bisik Faisal dalam hati. Faisal hanya tersenyum.


"Kena kejar anjing pun suka?" Mia tak perasan yang Faisal memandangnya sejak tadi.


"Tak. Yang kau ni rapat semacam dengan aku. Nak try ke?" Usik Faisal apabila tangan kiri dan kanan aku masih lagi di bahunya. Cepat-cepat aku mengangkat tangan aku. "Sorry." Aku terngendap-ngendap ke hadapan, melihat sama ada anjing masih lagi mengejar atau tidak.


Dush! "Aduh! Dah kenapa kau tumbuk aku." Kata Faisal sambil mengusap lengannya yang sakit akibat di tumbuk oleh Mia.


"Geram! Dah lah datang lambat. Lepas tu bawa bala tentera pula." Kata aku dengan marah. Sakit hati di buatnya. Hampir luluh jantung aku, terpaksa lari bersama si dungu ni. Nasib aku tak lupa macam mana nak lari pecut. Bukan seekor, tiga ekor tau. Sabar jelah.


"Mia." Panggil Faisal. Dia rasa serba salah sebab terpaksa tarik Mia lari sekali.


"Hmm" aku jawab acuh tak acuh.


"Sorry lah. Aku berlanja minum nak?" Pujuk Faisal. Dia tak suka lihat Mia bermasam muka dari tadi.


"Ok. Kali ni kau berlanja aku ais kacang. Boleh?" Kata aku, tekak ni tiba-tiba rasa nak minum ais kacang pula. Alang-alang orang nak berlanja kan. Minta lebih sikit.


"For you Mia. Lautan api akan ku renangi." Usik Faisal. Sebenarnya Faisal ada hati juga dengan Mia. Cuma dia takut nak luahkan. Tapi dia gembira dengan hubungan sekarang ini. Itu pun sudah cukup baginya.



Hari semakin senja. Aku dan Faisal berjalan kaki pulang ke rumah. Suasana sangat sunyi. Hanya mendengar bunyi burung bertiung di dahan pokok.


"Aku nak tanya kau ni." Kata Faisal. Sambil menendang batu kecil di jalan.


"Apa dia?"


"Apa maksud cinta bagi kau?" 
Aku lihat wajah Faisal dengan pelik. Hantu apa yang rasuk Faisal sampai jadi macam ni? Tak pernah pula lihat Faisal nak ambil tahu pasal cinta.


"Cinta? bagi aku cinta itu ialah kasih sayang yang susah untuk di ungkapkan." Kata aku dengan selamba.


"Maksudnya?" Faisal pun keliru dengan apa yang aku katakan.


"Entah lah. Aku pun susah nak ungkap. Haha." Aku ketawa dengan sekuat hati. Faisal hanya mengetap bibir melihat Mia mempermainkan dia. Cepat-cepat Faisal mencubit pipi Mia.


"Padan muka kau! Bye jumpa esok." Faisal terus berlari dan pulang ke rumah. Aku mengusap pipi aku sambil memikirkan soalan Faisal tadi. Apa ertinya cinta?
'Aku pun masih lagi mencari maksudnya'.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.